The Teapot Deli

instalife

February 25, 2016

The Teapot Deli

Kafe comel, The Teapot Deli. Terletak di Aras 2, SACC Mall. Nie kali kedua aku ke sini. Kali pertama, tahun lepas rasanya, bersama Tasha. Hari nie, aku berkeseorangan je datang sini. Habis selesaikan urusan PTPTN dan KWSP, aku terus ke SACC Mall untuk berjalan-jalan dan makan semestinya. Sebab aku langsung tak sarapan pagi tadi. Konon nak berada di PTPTN seawal yang boleh. Takut ramai orang, rupanya takde orang. Hihi.



Dari escalator dah nampak kafe nie. Nice dan comel je dari jauh. 



Details mengenai The Teapot Deli dan juga buku menu. Banyak menu disediakan mengikut pada bahagian. Ada Soup of the day, Sandwiches, Fish, Chicken, Beef, Local Favourite ( fried rice, roti jala, mee rebus, laksa johor, nasi tomato, dll ). Ada jugak pelbagai kek dan sweet thing ( bread & butter pudding, dll ) dan pelbagai minuman. 



My lucky number 13 :)



Ambik gambar nie #fromwhereiseat :D



Juga gambar nie. Simple je kan :) Ramai jugak nampak wanita pangkat mak-mak kita datang kafe nie berseorangan. Macam aku sorang-sorang layan diri dan makanan :p

Pada mulanya aku nak order fried rice, will be served with chicken wings and egg (maklumlah tak sarapan pagi, lapar gila jadi :D) tapi sayangnya mereka kata pedas. Ingatkan boleh kurangkan kepedasan tapi rupanya tak boleh sebab resepi dah gitu. Maybe dah goreng in bulk ke. Tak tahulah. Aku tak nak menghancurkan mood indah cuti hari nie dengan mungkin termakan makanan pedas yang aku mungkin tak tahan. Walaupun tak tahu pada skala berapakah kepedasan itu.

Makanya, my menu changed to: 



Spaggeti Bolognese. Ini je yang aku ingat dan paling selamat untuk dimakan. Sedangkan baru makan spaggeti jugak semalam. Aiyakk. Rasa spaggeti nie biasa-biasa je. Takdelah wauuu faktor sangat. But, it's nice :)



My dessert - Bread & butter pudding with caramel. Haha. Korang mesti pelik kan? Makan sorang tapi bersungguh order sekali dessert. Haha. Kali nie aku terpaksa gigih habiskan semua makanan termasuk minuman, Iced Neslo, dengan jayanya sebab tiada teman di sisi. Lama jugaklah aku lepak kat kafe nie. Nak habiskan makanan punya pasal. Tak nak membazir katanya. Kalau keluar dengan encik suami, keluarga atau #gengmakan , dah pass to them dengan jayanya. Tak payah aku nak fikir panjang. Hahahaha.

Lepas habis melantak, berhijrah ke kedai kegemaran aku, MPH. Hihi. Beli satu novel as usual :)

Have a nice day, friends.

Sehingga bertemu lagi,

Love,
SiQaH


4 comments:

  1. Cantiknyaaaa deko kafe tu...

    Dulu selalu gak la pi sacc mall sbb ofis suami area2 situ je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik, simple je deco nya. nice to lepak di sini :)
      boleh datang lagi SACC mall nanti :D

      Delete
  2. nadia if datang sini suka order roasted chicken dia mcm ala-ala kenny rogers tapi versi murah ...sedap yank nnt next time datang try =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time datang, sure makan roasted chicken tue. Mesti sedap nie :)

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife