Facebook Ohhh Facebook

instalife

February 28, 2016

Facebook Ohhh Facebook

Dulu, aku takdelah suka sangat FB. Lebih kepada instagram semata. Tapi sekarang, dah kembali kepada FB. Selalu jugaklah online FB sekarang. Sebab hanya di FB, aku akan tahu mengenai isu semasa, apa-apa yang viral dan paling penting, FB adalah tempat untuk aku akan sentiasa update dengan aktiviti kawan-kawan lama malah keluarga juga. Sebab nowadays, all activities will update in FB.


Sekarang, ada butang 'LIKE' yang dah ada mengeluarkan reaksi pulak. Haha! Ada 5 reaksi yang boleh dipilih untuk satu post iaitu, Love, Haha, Wow, Sad, and Angry. Seronok betul aku sejak ada fungsi nie. Comel je rasa! Bersungguh aku bagi reaksi kat post orang. Hihi! 

Selain daripada fungsi butang 'LIKE' yang paling baru nie, aku juga sukakan fungsi 'Save Post'. Meaning korang boleh save post mana yang korang nak baca later. Lebih kurang fungsi aplikasi Pocket. Tapi itu kita save post or article daripada web. Banyak betul dah post yang telah aku save, sama ada to read later or just nak save for my reference later. Maklumlah aku mudah lupa. Baik save beriya! 

Satu lagi fungsi yang aku suka adalah 'Unfollow' but still be friends. Opps! Haha! Ada jugak beberapa orang yang aku unfollow. Hii. To be honest, zaman dulu kala, asyik add and approve je semua orang ( asalkan ada mutual friend ), so kadang-kadang tak kenal sangat pun orang tue. Orang-orang yang aku tak kenal sangat tue lah yang aku unfollow. Agar aku tak terlepas update daripada kawan-kawan yang aku kenal dan keluarga tersayang :) 

Setakat sekarang, aku berpuas hati dengan fungsi di FB. Hope ada update yang lagi menarik in future ;) 

*masih takde feature untuk 'add account' di Instagram :( 

Sehingga bertemu lagi, 

Love
SiQaH

2 comments:

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife