Novel keempat daripada Suri Ryana. Tapi ini adalah novel kedua yang aku baca selepas M.A.I.D.
Seperti M.A.I.D, aku juga suka pada novel Kimchi untuk Awak! Cara penceritaan, ayat-ayat yang ada, scene yang ada ( walaupun bagi aku, banyak sangat romantic scene ) tapi biasalah novel kan.
Penerangan dan penceritaan lebih mendalam. Sebab tue, aku suka baca novel lagi daripada tonton drama. Sebab bila kita baca novel, kita akan lebih mendalami setiap watak yang ada.
Novel mengisahkan permulaan kisah antara Daniel Lee Jae Hwan dan Bella yang pada mulanya masam dan akhirnya bertukar menjadi manis, dan sangat manis walaupun diganggu oleh watak jahat seperti Yoo Ri (adik susuan Daniel Lee ) dan Zara ( penggoda tegar ), mereka tetap tidak berubah.
Unsur drama Korea sangat diterapkan dalam novel nie. 100% yakin disebabkan oleh penulis, Suri Ryana yang kini menetap di Korea Selatan dan semestinya dia boleh menceritakan mengenai suasana di Korea dengan terperinci dalam novel.
Dan seterusnya membuat aku rindu pada Korea!! Teringat kisah aku bersama #gengmakan ke Korea pada tahun lepas. Aku masih tidak bekesempatan nak blog pasal #gengmakankekorea trip. Insyallah, I will do it later :) Untuk entri nie, disertakan sedikit gambar jela :D
Masa baca novel nie, paling dirindui kenangan di Korea semestinya makanan Korea! Sumpah, makanan Korea sangat menepati citarasa aku. Aku suka sangat-sangat! Tak lapar sepanjang berada di Korea, dengan tour guide yang menurut perintah bawa kami ke kedai makan yang best saja! Hihi.
Odeng |
Odeng adalah kek ikan yang dicucuk dengan lidi. Dan rasanya sedap! Lembut! Makan dengan sup yang disediakan. Takde pula sos cili kat kedai Ahjumma tue. Hihi. Odeng memang sedap cuma sebenarnya aku lebih sukakan Hotteok.
Dalam novel nie ada banyak diterangkan mengenai makanan Korea. Salah satunya, Banchan. Rupanya Banchan bermaksud side dish atau makanan sampingan. Aku ingatkan nama satu makanan, Silap rupanya. Hihi.
Kimchi adalah salah satu makanan popular di dalam Banchan. Selain itu, ada pajeon, pancake tradisional Korea yang dibuat dengan menggunakan tepung, telur dan daun bawang. Dubu-jorim pula adalah tofu yang dimasak dengan kicap, minyak bijan, bawang putih dan daun bawang. Kongnamul adalah tauge yang direbus dengan minyak bijan. Snek makanan yang lain adalah Tteokbokki dan Goguma mattang ( ubi manis goreng bersalut karamel ).
#gengmakankekorea in Kimchi Making Experience |
Makanan paling popular di Korea, semestinya KIMCHI! Dalam novel ni, banyak disebut mengenai kimchi sebab Danial Lee suka makan kimchi sampai beriya Bella belajar nak buat kimchi macam yang Omma (ibu susuan Danial).
Bella juga ada kerja part time di Kimchi Academy dan itu membuatkan aku teringat masa kami #gengmakankekorea masuk kelas buat kimchi. Ohh rindunyaaa!! Kimchi yang dibuat boleh dibawa pulang ke Malaysia. Dorang siap custom packed for us. Camne rasa kimchi aku buat? Bolehlahhhh ~ Haha!
Ada diberi resepi kimchi dan ungkapan asas dalam bahasa Korea sebagai lampiran dalam novel nie. Bolehlah cuba buat kimchi kepada sesiapa yang berminat. Aku? Malas nak buat sebab aku sorang je pun yang makan. Tak payah nak cuba sangat lah :p
#gengmakankekorea with hanbok sebelum kelas kimchi bermula |
Suri Ryana juga ada berkongsi mengenai pemakaian hanbok. Katanya, pada zaman dahulu, hanya golongan atasan saja yang dibenarkan memakai hanbok berwarna ceria dan terang. Golongan bawahan hanya boleh memakai hanbok warna putih dan warna yang tidak menonjol.
Dari segi fabrik atau material hanbok pula, golongan bawahan hanya boleh mengenakan hanbok yang diperbuat daripada kain kapas sahaja manakala golongan atasan pula, material daripada sutera, dan lain-lain fabrik yang berkualiti,
Tapi ini semua sudah berlalu. Sekarang, tak kira apa pangkat dan golongan, semua boleh mengenakan hanbok yang disukai. Sediakan duit lebih jela kalau nak beli yang super kualiti dengan warna yang cantik :)
#gengmakankekorea in Nami Island |
Nami Island! Tempat paling popular di Korea! Dalam novel nie, ada diceritakan Bella ke Nami Island dengan menaiki Nami Skyline ZipWire ZipRider!! Bestnyaaaa! Teringin nak naik zip-wire nie. Walaupun aku takut pada tempat tinggi, tapi nak cuba zip-wire sebab sure best! Jika ada rezeki kali kedua ke sana, aku nak naik zip-wire ke Nami Island. Insyallah ~ :)
Satu lagi fakta dalam novel ini adalah Hwanghap. Hwanghap adalah majlis di Korea untuk menyambut ulang tahun kelahiran seseorang itu apabila dia mencecah umur 60 tahun. Ini adalah untuk menghargai usia yang ada sebab pada zaman dahulu, tak ramai yang boleh mencecah umur 60 tahun (akibat kekurangan pakar dalam bidang perubatan). Kita di sini tiada istilah Hwanghap. Kalau birthday, buat birthday party atau majlis kesyukuran, tak kira usia.
Last points dalam novel nie. Aku suka pada quote yang ada. Aku seorang yang suka baca quote. Walaupun pendek quote tapi penuh bermakna. Antara quote dalam novel nie:
When you stop searching for a prince, and make Allah your King, He will complete your fairytale. Insyallah.
Cry as much as you want to, but just make sure when you're finished, you never cry for same reason again.
Before you judge, listen. Before you listen, see. That's why we have eyes and two ears because there are always two sides of every story.
You refuse to forgive people but on the day of judgment you will stand bare, begging Allah to forgive you.
Quote yang paling romantik dalam novel nie :D
"You are my sugar crush, my cocaine bliss, my illegal high, my perfect kiss. You're an addiction that I fail to resist."
Uishhh, romantik + jiwang sangat ayat di atas. Haha. Aku baca novel terasa seperti di awangan. Cuba kalau aku lafazkan kata-kata nie kat encik suami, apalah agaknya reaksi dia? Agaknya dia pandang aku pelik je nanti sambil ketawa terbahak-bahak. Hahaha!
Kepada peminat novel, patutlah baca novel Kimchi untuk Awak! Aku suka novel nie. Harap korang pun sama.
***Only a little picture of our #gengmakankekorea in this entry, Will definitely post entry about our Korea trip in my blog as it was one of my sweet memories :)
Mcm menarik je..dah lama tak baca novel๐๐๐
ReplyDeleteBolehlah start baca balik sekarang :D
DeleteNovel tu menarik dan saya ada buat satu entry pasal ayat ni..
ReplyDelete'Before you judge, listen. Before you listen, see. That's why we have eyes and two ears because there are always two sides of every story.'
Kan. Ayat tue betul. Memang tue lah yang kita kena terapkan. Nanti saya terjah entry awak yang tue :)
DeleteHa ha ha... balik perhentian haritu sy singgah "nami island" versi malaysia... pernah sampai tak?
ReplyDeleteNami island versi malaysia yang kat pantai bachok kelantan ke?? Tak pernah pergi awak kalau kat sana. Lama sangat dah tak pergi pantai timur. Mesti lawa kan sana?
DeleteBest nya. Teringin pulak nak futher study dekat korea
ReplyDeletehai salam kenal fron Indonesia. saya udah cari buku ni di Indonesia tapi tak ada. boleh kah saya dapat file PDF dari novel ni ?
ReplyDeleteBestnya..baca review ni terus nak beli buku tu ...
ReplyDelete