REVIEW FILEM | SURGA YANG TAK DIRINDUKAN

instalife

February 15, 2017

REVIEW FILEM | SURGA YANG TAK DIRINDUKAN




Aku tidak tahu akan kewujudan filem ini sehingga kawan aku ada berkongsi link menonton filem ini di Facebook. Aku jadi tertarik untuk menonton selepas aku tengok Official Trailer untuk kesinambungan filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 yang bakal ditayangkan pada 16 Februari 2017 di Malaysia. 

Filem kedua nampak menarik dan aku perlu menonton filem pertama untuk memahami cerita ini. 

Dan aku habis tengok semalam. Bercucuran air mata 😭😭😭


SINOPSIS 


Pertemuan Pras dan Arini seperti sebuah kisah dongeng. Bertemu, bercinta, dan hidup bersama. Kehadiran Nadia menambahkan lagi keutuhan dan kebahagiaan rumahtangga mereka. 


Pras adalah seorang lelaki yang sebatang kara di dunia ini setelah ditinggalkan oleh ibunya yang mati bunuh diri atas kecelakaan jalan raya. Pras seorang lelaki yang baik dan dia bersungguh ingin menggambarkan sebuah surga yang bakal dirindukan oleh Arini. Pras berjanji untuk tidak pernah menyakiti hati Arini dan tidak akan mengusik walau sedikit kepercayaan Arini kepadanya. 

Takdir berubah apabila Meirose datang dalam kehidupan Pras. Pras menyelamatkan Meirose yang ingin mengakhiri hidupnya walaupun dia baru saja melahirkan seorang bayi lelaki. 

Pras teringat akan kisah silamnya dan mengambil keputusan drastik untuk mengahwini Meirose. Hanya itu jalan yang ada untuk buat Meirose percaya bahawa ada lelaki yang jujur dan baik dalam dunia ini. Pras juga tidak mahu anak Meirose menjadi sepertinya dahulu. Hidup sebatang kara. 

Pras merahsiakan perkahwinannya dengan Meirose kerana ingin mencari masa yang sesuai untuk memberitahu Arini yang baru saja kehilangan ayahnya. Dan di hari peninggalan ayah Arini, Arini baru saja mendapat tahu bahawa rupanya ayahnya berpoligami. 

Akhirnya rahsia terbongkar. Arini merasakan bahawa dongeng indah mengenai perkahwinnya dirosakkan oleh Pras dan Meirose. Arini juga merasa rumah tangganya dengan Pras bukan lagi seperti surga yang dirindukan. 

Mereka berpisah rumah buat sementara. Setelah sekian lama, Arini menerima kehadiran Meirose dalam kisah dongeng dia bersama Pras. Meirose merasa dirinya sebagai perosak kebahagiaan wanita lain dan pergi membawa diri meninggalkan anaknya bersama Arini dan Pras.


REVIEW


Sebuah kisah yang sangat menyentuh jiwa. Sebuah kisah yang membuatkan aku berfikir mengenai cinta, kesetiaan, kebahagiaan, takdir dan ujian yang harus diharungi. 

Kita sebagai manusia kadang-kadang tersepit dengan pilihan yang ada. Seperti Pras yang tersepit di antara pilihan untuk tidak mengecewakan Arini dan pilihan untuk menyelamatkan seorang insan Allah yang ingin menamatkan kehidupannya.

Pras seorang lelaki yang baik. Benar. Sangat baik. Tapi itulah, adakah ada lelaki yang mampu berlaku adil kepada isteri-isteri? Adakah wujud lelaki seperti itu? Even Pras juga tidak percaya akan kemampuan dirinya berpoligami dan berlaku adil. 

Poligami. Perkara paling tidak disukai oleh wanita dan aku tergolong dalam wanita itu. Tak kira walau apa penjelasan suami, mana mungkin seorang isteri tegar melihat kasih sayang dan cinta suami berbelah bagi. 

Arini mengambil masa untuk berfikir mengenai masalah keluarganya dan dia memilih untuk menerima Meirose. Aku sangat tabik spring dengan ketabahan dan keikhlasan hati Arini.

Surga hanyalah tempat bagi orang-orang yang selalu bersyukur dan ikhlas. Adakah benar keikhlasan itu wujud untuk berkongsi kasih? Atau semuanya hanya pergorbanan saja? 

Marilah sama-sama kita sebagai wanita fikirkan. Tidak salah untuk katakan tidak dan memilih jalan hidup yang lain asalkan itu membahagiakan kita. Jika pilihan kita adalah untuk kekal bersama, tabah, sabar, dan ikhlas perlu diterapkan dalam jiwa dan fikiran. 

Aku tertanya-tanya, setelah terpalit satu kejadian yang boleh meruntun jiwa, merosakkan kepercayaan Arini kepada suaminya, Pras. Adakah kehidupan Pras dan Arini kembali bahagia dan seperti sediakala walaupun Meirose telah pergi meninggalkan mereka? 

Mungkin mengambil masa untuk move on daripada kisah itu. Only time can heal a broken heart. It's true. 

Aku suka pada Meirose. Daripada seorang wanita bukan Islam dan menjadi seorang wanita Islam yang bijak dan mempercayai takdir Allah. Percaya sepenuhnya kepada Allah. Menyatakan bahawa dirinya sudah kuat kerana mempunyai Allah di hatinya. Hidayah adalah milik Allah dan merupakan anugerah terbaik kepada hambaNya. 

Kata Mutiara dalam filem ini:

◨ Surga yang digambarkan begitu indah, tapi maaf bukan surga itu yang aku rindukan. 

◨ Siapa saja yang bisa menjamin orang itu baik atau tidak, kalau bukan kita yang mempercayainya.

◨ "Kamu percaya akan dia?". "Atas redha bapak".

◨ Tidak ada yang bisa aku berikan untuk membahagiakan kamu kecuali diriku sendiri. 

◨ Buat aku, kebahagiaan tidak diberikan. Tapi bersama-sama kita cipta dengan saling percaya. Di situlah surga kita. - Insyallah. Aku akan menjaganya bersamamu. 

◨ Kita berdua tahu. Tidak ada perempuan yang sepenuhnya ikhlas berbagi, yang ada kita sama-sama berkorban. 

◨ Dia pahlawanku Ya Allah. Dia yang selamatkan aku. Tapi dia bukan hanya milikku. Aku yang memaksanya berbagi. Kalau saja aku mengenalMu lebih baik Ya Allah, aku tidak akan membangun kebahagiaan di atas air mata perempuan lain. Aku tidak akan membuat susah orang lain, juga diriku sendiri. Kau yang punya takdir Ya Allah, lindungilah aku, jagalah aku, lindungilah dia, jagalah dia..

◨ Hari ini aku tutup dongengku dengan kesedihan. Agar dongeng perempuan lain mendapatkan kebahagiaan. Kerana menurutku kebahagiaan adalah ketika kita bisa membuat orang lain bahagia. 


Lagu Surga Yang Tak Dirindukan oleh Kris Dayanti sangat bertepatan dengan filem ini. Aku menangis semasa lagu ini disiarkan ketika babak Pras, Arini, dan Meirose, masing-masing memohon kekuatan dan petunjuk daripada Allah. Lirik lagu yang menyentuh hati dan perasaan 😭


Merelakan cinta untuk dibagi
Tak semua hati siap berbagi
Mungkin bisa saja 
Hanya bilang Tuhan yang mahu

Akulah sayapmu yang kau butuhkan
Untuk nanti terbang ke surga Dia
Namun bukan ini surga ku rindukan


Kesimpulan. Filem Surga Yang Tak Dirindukan adalah layak untuk ditonton dengan cerita yang penuh Islamik, serta pengajaran dan mesej kehidupan.



P/s: Aku mahu menonton filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 yang akan disiarkan esok, 16 Februari 2017. Kalau boleh nak tengok esok jugak! Gila gelojoh di situ? Haha. Disebabkan suami tak layan filem ini, aku nak ajak #gengmakan teman aku. Kalau semua sibuk, aku boleh pergi tengok wayang sorang-sorang. Apa nak heran? Macam tak biasa. Hihi.  

50 comments:

  1. Macam best je...cuma jalan cerita dan pengakhiran tu lain sikit dgn satu drama yg pernah sy tgk dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best :) Oo drama apa ek yang maria tengok tu? Boleh siqah tengok nanti..

      Delete
    2. Saya rasa saya pun pernah tengok drama Malaysia macam ni, pelakon utama Zizie ezzete (tak reti eja,hahaha) , tajuknya Aku juga wanita kalau tak salah saya lah. hehehe

      Delete
  2. kak siqahhh. busyra dah tngok cerita ni malam isnin hritu. sedihhhh :( dapat rasai hati isteri kalau suami kawen lain. walaupun laki tu pun tersepit dalam keadaan masa tu. tak sabar nak tngok yg no 2. kt wayang esok kan. tp tak dak geng nak ke wayang. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan busyra. Walaupun lelaki tersepit dengan keadaan, but still mana ada wanita nak terima suami kahwin lain. Huhu. Kannn! Akak pun yak sabar nak tengok wayang filem kedua. Plan nak pergi esok sebab ada teman. Busyra ajaklah sorang. Kalau dekat jom g sama2. Hehe

      Delete
  3. Ana kena tengok jugak ni Siqah. Banyak pengajaran boleh dapat dalam cerita ni bila baca review Siqah.

    Bila sesuatu terjadi kan, Ana selalu berfikir. Kenapa benda2 tu jadi. Kenapa dekat kita / keluarga / sahabat kita bukan orang lain. Bila renung sedalam2nya baru tesedar semua tu dah di atur. Mesti ada sebab kenapa semua tu terjadi kan. Kita ni bukan sesiapa nak salahkan takdirNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ana... setiap apa yang jadi mesti ada pengajaran dan hikmah yang ada. Cuma kita kadang2 susah nak nampak benda tu. Yang pasti Allah hanya akan turunkan masalah yang mampu kita tangani. Kita mampu berusaha cuma kita tak boleh melawan takdirNya..

      Delete
  4. Adoilah.. Baca review siqah je dah buat air mata bergenang...
    Memang nak kena tengok juga nie.. Nice review Siqah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengoklah kak sha :) Serius terkesan di hati cerita ni. Nanti dah tengok boleh share jugak :)

      Delete
  5. akak ada jgk tgk kt blog indonesia psl filem ni, mmg nampak menarik...

    kt malaysia pun dh mule di tayangkan jgk kan... tp kene tau yg satu dulu baru best kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak. Kena tengok yang filem pertama baru lebih faham filem kedua. Sebab ia bersambung kan. Best kak. Siqah rekomen tengok filem ni :)

      Delete
  6. Kann memang ada part yang sedih sangat. Haritu masa ada tayang kat astro tak tengok pun, semalam baru cari kat Internet. Heheh. Nani pun excited sangat nak tunggu yang kedua. Hahah! Dah set Jumaat ni terus nak pergi tengok. Takzabaar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Samalah kita. Baru tengok jugak kat internet. Selepas 2 tahun, lambat ek kita tengok filem ni. Hehe. Siqah pun tak sabar jugak nak tengok filem kedua! Jumaat nak tengok gak. Yeayy!

      Delete
  7. Cik Renex baru je habis tengok petang tadi. Memang menangis. Huhu. Nasib tengok sorang2 masa tu. Jom CR teman siqah g tengok wayang. Tak sabar jugak nk tngok ksnmbgn filem ni.

    CR suka quote ni.

    "Hidup itu adalah pilihan. Dan aku pilih yang ini."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn CR! Sedih sangat 😭😭 Siqah tengok kat rumah, diam2 je menangis. Kantoi lak dengan suami. Haha.

      CR nak tengok bila? Siqah plan nak tengok wayang Jumaat malam. Hihi. Tak sabar ni.

      Yesssss! Quote yang CR bagi pun best kan :)

      Delete
  8. Fatin pun tertanya movie ni tentang apa, terasa pelik tiba-tiba ada yang kedua dah hehe :) bila baca review Siqah terasa nak tengok ni tapi kena sediakan tisu banyak2 ni hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Siqah tertanya jugak bila tengok official trailer filem kedua. Tu yang terus cari filem pertama. Hihi.

      Haa betul tu fatina. Kena sediakan tisu okay. Hihi. Sure menangis sedih punya :D

      Delete
  9. omg macam best je baca review siqah ni. terus rasa nak tengok tau! haha sebab i kinda need to watch emotional films like this at the moment haha thanks for the review siqah! xx

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Yessss! My pleasure to share lenne :) Tengok nanti eh. Pastu terus sambung tengok filem kedua. Bercucuran airmata nanti..

      Delete
  10. Saya singgah blogwalking sambil follow blog ni ya. Jemput singgah blog saya jika berkelapangan :) nice blog.

    http://anothersyed.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. Akak tak tengok..tapi bila baca sinopsis dan review dari Siqah...rumusan akak..dalam jiwa mereka penuh dengan rasa cinta pada Pencipta..bekorban kerana Pencipta buka kerana sayang kepada pasangan semata-mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak! Pandai akak faham apa maksud sebenar filem ni. Semuanya kerana Pencipta. Yakin pada takdir Allah dan sentiasa letak Allah dalam hati kita <3

      Suka dengan rumusan akak :)

      Delete
  12. Sedih kan cerita ni, mai tengok dah lama. Even tak kahwin lagi tapi tetap dapat rasa hancurnya hati Arini. Tak sabar nak tengok sambungan kedua, macam lagi sedih je T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn mai, sedih filem ni 😭 Hati wanita mana tak hancur kalau suami dia kahwin lain. Huhu. Akak pun tak sabar nak tengok filem kedua. Macam lagi sedih kan..

      Delete
  13. Nampak jugak org share kat fb tp sempat save je dlu.. Takde masa nak tengok.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Nanti anis tengok eh :) Boleh sambung terus tengok filem kedua. Hehe

      Delete
  14. filem ni semakin hangat diperkatakan hehe ramai yg kata best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filem pertama best! Hope yang kedua pun best jugak. Esok baru nak tengok :)

      Delete
  15. aah movie nie memang best. Sebenarnya bnyk lagi movie Indonesia yg best yg ada bagi pengajaran dan unsur2 keagamaan . Nnt nadia share lah list movie yg menarik dkt chika. Cuma tak saya nie tak se-rajin chika ha , slalu update blog tue review movie ke apa ke pending je . Adoi lah =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Nanti share list movie indon yang best eh. Nanye tak suka sangat tengok filem Indon sebab tak berapa faham. Tapi lagi menarik nampaknya dengan pengajaran yang ada :)
      Hee. Only selected film je rajin buat review. Tengok mood gak nanye. Hihi :D

      Delete
  16. Sungguh mendalam makna yang tersirat dalam jalan citer filem nie..

    ReplyDelete
  17. menarik nampaknya filem ni, teringin nak tengok juga nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengoklah kak AA :) Menarik filem ni untuk kita tengok nanye :)

      Delete
  18. belum tengok lagi. kena tengok nie sebab banyak kata best. :D
    suka filem yg banyak pengajaran tentang kehidupan macam nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti BV tengok okay :)
      Kannnn ~ Suka filem ada pengajaran pasal kehidupan. Baru rasa berbaloi habiskan masa tengok filem gitu :)

      Delete
  19. Nanti kita dah tengok, baru nak datang balik nak komen2 :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay dah tengok dah alhamdulillah!

      Hahaha, rasa macam hati ni dirobek sangatttt bila kadang2 cuba nak letak diri kat watak arini. pastu sedih jugak bila nak letak kat posisi meirose. A good movie overall!

      Kita pun ada tweet few beautiful quotes dari filem ni hehe

      hanisamanina.com

      Delete
    2. Yeayyy! Finally! Hihi.

      Kannnnnnn ~ Tak boleh nak describe feeling Arini dan Meirose. Haih, sedih both watak tu. Huhu. Good movie right :D

      Hihi. Suka kan quotes dalam filem ni. Siqah duk ulang beriya sebab nak salin quotes nya. Hihi.

      Delete
  20. Mek kena cari cite ni. Must have ! Bace review dh sebak. Tgk apatah lagi :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mek dah tengok kan!! Hehe. Dah baca review Mek kat blog, baru kejap tadi. Sedih kan filem ni :(

      Delete
  21. selain filmnya. Saya juga novelnya kak. #SurgaYangTakDirindukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti baca novel lagi terasa sedihnya kan :)

      Delete
  22. yang ni best da tgk.. siap nagis sorang2.. hihihihihi

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum, nak tanya kalau novel dia ada jual x kat sini?

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum.. sape2 tau kat mana ada jual novel ni?

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum, saya orang Indonesia. Bahagia sangat membaca comment2 di sini. FYI, Asma Nadia penulis asal novel Surga Yang Tak Dirindukan memang sudah banyak menghasilkan karya hebat dan bernilai Islami. Asma Nadia ini adik kepada Helvy Tiana Rosa, pioneer Forum Lingkar Pena, kumpulan penulis muda yang menjayakan cerita2 Islami sejak 1990-an. Antara karya sastera Asma Nadia yang sudah diadaptasi ke film/drama : Emak Ingin Naik Haji,Rumah Tanpa Jendela, Jilbab Traveler, Love Sparks in Korea, Catatan Hati Seorang Istri. Favorit saya Emak Ingin Naik Haji dan Rumah Tanpa Jendela

    Penulis lain yg sarat message Islami itu Tere Liye. Karya2nya yg sudah dibuat film :Hafalan Sholat Delisa, Bidadari-bidadari Surga, Moga Bunda Disayang Allah.

    Try cari sebahagian movie ni di youtube. Memang best

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife