Aku menonton filem ini semalam bersama Tasha. Mujur sempat kami tiba di Citta Mall sebelum tayangan bermula. Jalan sesak sangat! Sampai di Citta Mall 15 minit sebelum tayangan. Fuhhh, lega sangat bila dah sampai. Hihi. Kalau tidak, berdebar sampai tak senang nak memandu tau.
Filem pertama, Surga Yang Tak Dirindukan, ternyata memberi impak yang besar kepada penonton dan membuatkan penonton tidak sabar untuk mengetahui kisah seterusnya. Selepas dua tahun, filem sequel kedua bertajuk, Surga Yang Tak Dirindukan 2, kembali menemui penonton dan pastinya peminat tegar SYTD tidak melepaskan peluang untuk menontonnya.
Termasuk aku walaupun aku baru tengok filem pertama pada hari Selasa yang lalu. Hihi.
Filem ini adalah novel adaptasi daripada pengarang Asma Nadia. Aku teringin baca kedua-dua novel ini. Cuma masalahnya, aku tidak tahu nak beli di mana dan yang kedua, aku tidak berapa faham akan bahasa Indonesia. Jadi, takpelah, tengok filem saja sudah cukup ya =)
SYNOPSIS
Setelah pemergian Meirose (Raline Shah) , Arini (Laudya Chintya Bella) dan Pras (Fedi Nuril) hidup bahagia bersama puteri kesayangan mereka, Nadia (Sandrina). Karier Arini sebagai penulis juga semakin meningkat naik dan dia bukan saja terkenal di Indonesia malah di luar negara.
Arini memenuhi undangan ke Budapest, Hungary untuk mempromosikan bukunya. Dia pergi ke sana bersama Nadia dan pengurusnya, Shiela (Nora Danish).
Kisah bermula apabila Arini bertemu Meirose bersama anak lelakinya, Akbar di Budapest. Meirose telah move on ke Budapest dan memulakan kehidupan baru di Budapest. Meirose memiliki kedai sendiri dan mempunyai kekasih hati, seorang doktor tampan bernama Syarief (Reza Rahadian). Meirose berniat untuk bercerai dengan Pras dan bersama Syarief.
Namun niat Meirose bergoyang apabila dia kembali bertemu Pras dan Arini yang tidak mahu Pras menceraikan Meirose.
Ini semua kerana Arini mendapat tahu bahawa dia mengidap kanser serviks tahap empat dan peluang untuk hidup adalah tipis sekali. Dia mahukan Meirose mengantikan tempatnya di sisi Pras dan Nadia.
Ending filem ini menyaksikan siapa yang bakal dipilih oleh Meirose, Pras atau Doktor Syarief?
REVIEW
Sebuah kisah turut menyentuh jiwa seperti filem pertama. Sebuah kisah yang penuh dengan mesej mengenai kehidupan yang cuba disampaikan dan mesej itu berjaya sampai ke hati dan fikiran aku.
Sebuah kisah yang membuatkan aku memikirkan lebih mengenai kematian. Aku tak tahu bagaimana untuk describe my feelings apabila melihat Arini melawan penyakitnya dan dalam masa yang sama berusaha untuk memastikan orang kesayangan yang ditinggalkan hidup dengan bahagia selepas Arini pergi.
Membuatkan aku berfikir, bagaimana nanti bila aku pergi? Bagaimana agaknya kehidupan suami dan keluarga aku setelah aku pergi? Serius. Hanya itu yang bermain dalam kepala aku setelah habis menonton filem ini.
Aku sedih dan menangis semasa babak Arini meninggal. Arini meninggal semasa menunaikan solat jemaah bersama Pras, Meirose, dan Nadia. Sedih sangat masa babak ini. Sangat. Malah mata aku bergenang sekarang semasa menulis review filem ini =(
________________________________________________________________________
Mesej dan pengajaran dalam Surga Yang Tak Dirindukan 2:
Mati Itu Pasti. Benar sekali. Mati itu akan menjemput kita pada waktu yang ditetapkan. Tidak akan pernah lambat atau cepat walau sesaat. Lagi sakit apabila kita sudah tahu bahawa hidup kita tidak lama lagi seperti Arini. Dia tahu akan masa yang dia ada di dunia tidak lama dan berusaha untuk memastikan orang kesayangan yang ditinggalkan di dunia hidup bahagia.
Ujian dan Takdir Allah. Kita harus menerima ujian dan takdir Allah dengan redha. Semua ujian yang Allah bagi pasti ada hikmahnya. Jika Allah menguji kita dengan musibah, ketahuilah bahawa Allah mencintai kita. Allah ingin mendengar suara rintihan kita di dalam doa.
Redha dan Pasrah. Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan kita, percayalah bahawa Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka. Sesuatu yang kita perlu dan Allah lebih mengetahui. Seperti Doktor Syarief yang mengalah dan melepaskan Meirose.
Jodoh Pasti Bertemu. Jodoh itu rahsia Allah. Hadir tidak pernah diduga walau terkadang membuat kita luka dan berair mata. Cuma hanya satu yang pasti kita yakin bahawa jodoh itu Allah yang tentukan, bukan kita. Telah tercatat sebaris nama pasanganmu di Luh Mahfuz. Percayalah. Kalau ada jodoh tidak akan ke mana. Pergilah walau ke hujung dunia, pasti akan bertemu jodoh itu.
________________________________________________________________________
Lakonan
Semua pelakon bijak memainkan watak yang diberi seperti watak ini diciptakan khas buat mereka. Aku paling suka apabila pelakon masih kekal sama daripada filem SYTD.
Kemampuan pelakon seperti Reza Rahadian berbahasa Hungary juga fasih dan begitu menyakinkan sekali. Malah Akbar yang kecil itu pun ada berbahasa Hungary walaupun sekejap saja.
________________________________________________________________________
Lokasi pengambaran yang sangat cantik bertempat di Budapest, Hungary. Sambil menonton filem ini, boleh berangan seperti kaki sudah melangkah travel ke sana. Hihi. Cantik sangat ❤
________________________________________________________________________
Fesyen Tudung
Haha. Tak kisahlah apa pun, cara Meirose pakai tudung memang win! Hihi. Dah nama pun orangnya cantik kan, pakailah gaya tudung apa pun, tetap cantik je. Ingatkan masa wedding babak akhir, style tudung berubah. Rupanya masih kekal begitu dan tetap cantik. Hihi.
Aku dan Tasha cuba bayangkan kami pakai tudung style Meirose. Ehhhhh, malu nak bayangkan. Haha.
Korang kena tengok filem ini baru boleh bayangkan fesyen tudung style Meirose :D
Haha. Tak kisahlah apa pun, cara Meirose pakai tudung memang win! Hihi. Dah nama pun orangnya cantik kan, pakailah gaya tudung apa pun, tetap cantik je. Ingatkan masa wedding babak akhir, style tudung berubah. Rupanya masih kekal begitu dan tetap cantik. Hihi.
Aku dan Tasha cuba bayangkan kami pakai tudung style Meirose. Ehhhhh, malu nak bayangkan. Haha.
Korang kena tengok filem ini baru boleh bayangkan fesyen tudung style Meirose :D
________________________________________________________________________
Original Soundtrack
Aku suka dua lagu dalam filem ini. Dalam Kenangan nyanyian Kris Dayanti dan Surga Yang Kurindukan nyanyian Laudya Cynthia Bella dan Wafda.
Dalam perjalanan balik dari wayang semalam, aku dengar lagu Dalam Kenangan. Air mata mengalir lagi. Huhu. Lirik lagu yang sangat menyentuh hati.
Aku suka dua lagu dalam filem ini. Dalam Kenangan nyanyian Kris Dayanti dan Surga Yang Kurindukan nyanyian Laudya Cynthia Bella dan Wafda.
Kamu biasa denganku
Kamu biasa ada aku
Namun hidup ini jangan berhenti
Hanya bila aku pergi
Kenanglah aku di hati
Kenanglah senyum dan tangisku
Baik dan marahku dan segalanya
Simpanlah saja dalam dalam
Simpanlah selamanya
Dalam Kenangan...
________________________________________________________________________
Kesimpulannya, SYTD 2 mampu memberikan satu impak yang lebih kurang sama dengan SYTD. Filem yang penuh emosi dan moral mengenai kehidupan yang direncanakan begitu baik sekali. Filem yang membuatkan aku nak terbang ke Budapest, Hungary. Hihi.
Personally, aku lebih suka akan SYTD berbanding SYTD 2. Namun begitu, kedua-dua filem berbaloi untuk ditonton. Kepada semua peminat SYTD, semestinya SYTD 2 wajib menjadi tontonan anda ❤
Rating: Nora bagi 5 bintang :D
Personally, aku lebih suka akan SYTD berbanding SYTD 2. Namun begitu, kedua-dua filem berbaloi untuk ditonton. Kepada semua peminat SYTD, semestinya SYTD 2 wajib menjadi tontonan anda ❤
Rating: Nora bagi 5 bintang :D
Selamat menonton ^_^
Sesiapa yang sudah menonton SYTD 2, apa pendapat korang mengenai filem ini?
Sesiapa yang sudah menonton SYTD 2, apa pendapat korang mengenai filem ini?
teringin nk tengok tp yg first pn x tgk
ReplyDeleteBoleh tengok yang first dulu. Ada kat astro gempak siap ada english subs. Takut tak faham bahasa indon kan. Kalau syira nak link, siqah boleh bagi :)
Deletetak sempaaat lagi naaak tengok .. T___________T huarggggghhhhh .. teringin sangat nak tengok. Memang best movie SYTD.
ReplyDeleteKannnnn! Nanti pergi tengok tau! Baru je ditayangkan filem ni. So sempat lagi nak pergi tengok. SYTD best sangat ðŸ˜ðŸ˜
Deletetak sempat nak tengok lagi movie nie huhu. in shaa allah ada lapang elsa tengok. memang filem nie rating tinggi :)
ReplyDeletesinggah isi tabung :* http://elsaalicious.blogspot.my/2017/02/wah-giveaway-elsa-dah-capai-45-peserta.html
Nanti elsa tengok okay :) Filem ni patut rating tinggi sebab memang best :)
DeleteThank you dear. Siqah datang blog elsa juga nanti ye :)
Ramai cakap best. Tak sabar pula nak tengok..
ReplyDeleteFesyen tudung dia camana ek.. Saspen pula rasa.. :D
Nanti lepas kak long tengok filem ni, boleh tengok fesyen tudung meirose. Hehe. Pakai bawal je nanye tapi gaya dia tu. Cantik je tengok :D
DeleteNak tengok, tapi takut jadi terlalu emosi ._. tengok Jane Eyre haritu pun dah rasa depressed T_T tapi memang movie ni nampak sarat dengan mesej.
ReplyDeleteHee. Tengoklah faten nanti k :) Bagi siqah SYTD lagi emosi daripada SYTD 2. Pendapat siqah lah. Mungkin faten lain. Kena tengok baru tahu :)
DeleteWow dah tengok siqah... meletop cerita ni..hihi ni ada macam confused bukan tu nora danish ke
ReplyDeleteHihi. Tak sabar nak tengok. Tu yang cepat je pergi wayang :D Haah Nora Danish. jadi pelakon tambahan dalam SYTD 2 :)
DeleteMenarik jalan ceritanya. tempat pun cantik :) betul sambil tgk boleh berangan pergi sana ^^
ReplyDeleteHii. Berangan pun jadilah kan :D
DeleteWah da tengok. Bestnya. Wayang yg dekat rumah reen tam amik filem ni. Kena pergi kuantan baru ade. Sedih btul lahhh.
ReplyDeleteBaca review pun dah rase sedih. Kalau tengok mesti meleleh jugak ni.
Alamak. Weekend bolehlah ke Kuantan nanti ye CR. Rindu Kuantan, lama tak pergi sana :D
DeleteSedih cerita ni. Mesti meleleh CR nanti ni. Baik bawa tisu siap2 ye :D
Belum tengok lagi.. :(
ReplyDeleteNanti tengok ye Haslina :)
Deleteteringin nak tengok,tapi takut nangis..hehe..btw siqah pun cantik jugak,pakai tudung macam tu mesti cantik jugak..diorang ni sebab artis je tu nampak cantik..heheh...cite macam ni mesti ramai pompuan yang layan kan..ni kalau ajak husband ni mahu dia tak nak ni..cite jiwang dia kata...tapi memang indonesia pandai buat cerita yang bermanfaat untuk penonton..takdelah asyik cite rempit ,cite apa2lah..more story about life..sangat2 bagus actually...ok siqah,irda nak cari gang ni nak layan cite ni..hehe doakan berjaya ya..huuuuu
ReplyDeleteHihi. Tak boleh Irda. Hanya Meirose boleh pakai tudung style gitu. Hihi. Dorang cantiklah sebab artis lagipun kan :D
DeleteBetul tu Irda. Husband siqah tak nak tengok cerita ini. Dia memang tak layan filem Indon tambah lagi filem romantik, poligami pulak tu. Hihi. Sebab tu cari teman nak pergi tengok wayang filem ni :D
Haa Setuju sangat dengan Irda. Filem Indon banyak mesej nak disampaikan. Kalau asyik cerita rempit je, boring eh. Sama je lebih kurang jalan cerita.
Hihi. Hope irda jumpa geng nak layan filem ni eh. Wish you luck dear <3
Oh! ininyg KD dengan ND promote kat melodi semalam dedua tak pernah tengok lagi.
ReplyDeleteBaca reviews nih! sedih
Haah kak cerita nie sedih :( Kalau tengok, sure nangis. Nanti akak tengok eh :)
DeleteDua-dua belum tengok lagi jugak. Hihi
ReplyDeleteAsyik baca review dan tengok trailer je.
Saya biasa kalau tengok cerita macamni, memang akan nangis jugak. Haha
Hehe. Nanti ana tengok eh kalau ada masa :)
DeleteHaha. Kannnnn! Mesti nangis punya. Soft heart. Hihi
tak hanya filemnya yang bagus. novelnya pun bagus kak. Saya sudah baca novelnya #SurgaYangTakDirindukan2
ReplyDeleteSaya tak baca novelnya sebab mungkin tak faham nanti :) Tapi tengok novel, memang bagus sangat :)
DeleteDah tengok jugak. Heheh. Cerita ni macam pengajaran boleh dapat dari segi persahabatan, keluarga eh banyak lagi lah. Sukaaa lah movie ni, rasa nak repeat lagi 😂 Dah lah dengan Nadya tu comel sangaaat. Mula mula movie banyak scene yg kelakar, sekali ending ambik nangis wooo. Haha.
ReplyDeleteHaha! Kannnnnnnn! Awal2 babak cam kelakar je. Dengan sape entah mamat tu tak habis2 suka Nora. Hehe. Nadya comel!!! Cantiklah dia budak pun cantik. Geram! Hehe
DeleteNi pon cam kene tgk jugak ni ! Tgu 1st kluar mek tgk la kot :) tk pon beli dvd mihmih
ReplyDeleteHehe. Beli DVd boleh tengok ulang kali :D Selamat menonton ye Mek :)
Deletecerita ni tgh hangat kat office, semua da g panggung tgk, unni menanti online.. baca review nk nagis!! mcm lagi sedih dr first
ReplyDeleteLambat sikit lah kalau tunggu online unni. Sedih filem ni. bagi akak, yang first sedih lagi. Yang 2nd ni pun sedih jugak. Berlainan topik dan mesej yang dibawa. Nanti Unni tengok online k :D
DeleteAssalamualaikum sis, film ini sedang booming juga di Indo,ada satu film Laudya Chintya Bella terbitan tahun 2016 yaitu 'Aisyah,Biarkan Kami Bersaudara'.Film ini jauh lebih bagus dari SYTD dan Bella masuk nominasi best actress di Festifal Film Indo 2016.
ReplyDeleteWaalaikumusalam sis :) Ohhh Bella ada berlakon filem lain ya? Terima kasih rekomen filem bella. Nanti saya tengok ye. Minat Bella :)
DeleteNad langsung tak tahu menahu tau pasal cerita ni. Tetibe dah viral hahah :>
ReplyDeleteHahaha. Adoiii :D
DeleteBaru lepas tengok surga yang tak dirindukan 1, nak tengok yang ke 2 laa. tak sabarnya, mesti best.
ReplyDeletebest best! Selamat menonton ye :)
Deletekalau bukan sbb melayankan housemate konon nak bonding, tak tengok pon SYTD 1. jalan cerita sytd 2 is really really good. taktaw pon ada nora danish.
ReplyDeleteSiqah pun tertarik nak tengok sebab kawan share jugak. Nampak tak pengaruh kawan kat situ. Hihi. Yes, jalan cerita SYTD 2 really good. Berbeza mesej yang dibawa drpd SYTD but both best ;)
DeleteTeringin sangat nak tengok.. sebab saya minat nora danish :)
ReplyDeleteSilalah tengok. Nora Danish maintain comel dalam SYTD 2 :)
Deletenak tengoklah movie ni nanti.. tergoda dengan review ni.heee. SYTD tu pun belum tonton lagi
ReplyDeleteMai kena tengok SYTD dulu, baru tengok SYTD 2. BAru feel tu bertambah2 gitu. Hihi. Selamat menonton :D
DeleteMcm teringin pulak nak tengok cerita ni Siqah. Best ek. Kalau tengok, hakak dah tentu nangis nih
ReplyDeletebest kak!! Yang SYTD lagi mencurahkan air mata. SYTD 2 pun tak kurang hebatnya juga tangkap nangis.. Akak sediakan tisu atau sapu tangan nanti ye bila tengok :D
DeleteWahh, macam best je. Kena tengok ni.
ReplyDeletetengok tengok. Best :D
Deletewahhh macam best nii, teringin nak tengokk ~ :D
ReplyDeleteTengoklah ye. MAsih ada di pawagam :)
DeleteSaya belum tengok lagi filem ni tapi OST dia memang best, dengar dalam youtube.
ReplyDeleteHaaa betul, OST sure best. Lirik lagu best. Lepas tengok filem ni, rasa lagu OST bertambah best :D
DeleteKat astro first bila ditayangkan erk SYTD2 ni? Kat Kelantan tkde pawagam��
ReplyDeleteTak tahulah bila. Lepas habis tayang di pawagam, sure terus keluar Astro First. tak lama lagi kot tue :) Nanti beli di Astro ek. Lagi best leh tengok ulang kali.
Deletedah tengok yg first. yg kedua ni belum lagi tapi memang teringin nak tengok. huhu.acane lah meirose eh. dia pilih pras ke reza?
ReplyDeleteAkhirnya Meirose pilih Pras. bagus Reza lepaskan Meirose :)
Delete