Hello semua! :) Lamanya tak bersiaran dari dunia blogging. Hampir sebulan! Hanya bersiaran di Instagram, Twitter dan Facebook saja. Cuma blog saja sering ditinggalkan, tergantung sepi. Hihi.
Sekian lama dipendam dan kini baru nak berkongsi mengenai produk baru yang aku sedang cuba sekarang. Sehingga ke hari ini, aku masih mencuba produk yang aku senaraikan dalam entri ini.
Sebenarnya gambar dalam entri ini telah diambil sebulan yang lepas. Draft sudah dibuat dan hanya letak gambar saja. Malam ini, tiba-tiba mood datang menjelma untuk siapkan entri mengenai topik ini.
Jangan disia-siakan mood blogging yang datang tiba-tiba. Marilah siapkan satu entri. Entri pertama dalam bulan Disember :D
Aku mengalami masalah jerawat dan darkspot kesan daripada jerawat. Sejak umur berganjak ke 30-an, masalah ini semakin berleluasa di muka aku. Tak tahulah kenapa.
Dulu, jerawat hanya ada ketika PMS saja. Biasalah tarikh mendekati ke arah bendera merah kan, tapi kini jerawat aku tumbuh tak kira masa dan di mana saja di muka ini. Bukan setakat itu, siap meninggalkan kesan lagi.
Muka aku tak pernah ada darkspot tapi kini dah ada kesan daripada jerawat. Sedih rasanya. Comot je rasa muka aku sekarang 😑
Tenangkan hati dan fikiran, dan aku cuba produk muka yang baru. Based on good review from others.
INNISFREE JEJU VOLCANIC PORE CLEANSING FOAM
Pada mulanya, aku pakai Green Tea Cleansing Foam dan bertukar kepada Jeju Volcanic Pore Cleansing Foam. Bila baca review, rasa yakin nak cuba produk ini. It smells nice! This product is good for pore minimizing but I don't really see the effect on my skin. Atau aku yang tak perasan. Confuse dengan diri sendiri.
INNISFREE GREEN TEA SKIN CARE SET, BIJA CICA BALM, & PERFECT UV PROTECTION CREAM
Green - All Green Tea Skin Care Set White - Innisfree Bija Cica Balm Yellow - Perfect UV Protection Cream |
Green tea sesuai untuk semua jenis kulit dan aku beli green tea set ini tanpa perasaan ragu-ragu. Sebab aku yakin yang tiada kesan tidak elok pada muka kerana bahan yang digunakan adalah 100% green tea.
Ada empat produk dalam skin care set ini iaitu:
1) Green Tea Cleansing Foam (not in picture)
2) The Green Tea Seed Serum
3) The Green Tea Seed Cream
4) Green Tea Fresh Skin (toner)
Aku suka semua produk cuma paling aku suka adalah The Green Tea Seed Serum. It absorbs quickly and has a nice smell. Rasa best je tiap kali pakai serum ni.
Tapi, dengan muka aku yang asyik tumbuh jerawat sekarang, adakah aku perlu hentikan penggunaan produk ini? Mungkin tidak sesuai dengan aku? Hmm. Masih berfikir sebenarnya.
INNISFREE BIJA CICA BALM
Sebenarnya, ini adalah produk pertama Innisfree yang aku nak cuba. Sangat sesuai untuk mereka yang ada jerawat macam aku. Based on good review juga lah kiranya ni.
Produk kedua yang aku paling suka dalam Innisfree. Aku pernah pakai di jerawat dan dalam masa 4 hari, jerawat hilang tanpa meninggalkan kesan. Mula lah rasa happy gila masa tu!
Tapi sayangnya, aku menggunakan produk ini di jerawat yang lain tapi kesannya tidak sama seperti pertama kali aku gunakannya. Jerawat mengecut cuma meninggalkan kesan darkspot di muka. Ahhhhhhhhh stress!!
Aku masih menggunakan produk ini sehingga sekarang. Tengoklah kalau dah habis nanti, dan masih tidak berkurang darkspot, aku mungkin akan bertukar kepada produk lain.
Any recommendation products for acne problem? Please share with me. Thank you in advance!
INNISFREE PERFECT UV PROTECTION CREAM
Kina Omar ada berkongsi mengenai kepentingan sunblock yang mempunyai SPF 50+. Katanya, orang Korea pakai sunblock lebih daripada dua kali sehari. Pelik juga sebab negara mereka tidaklah panas seperti negara kita.
Lepas tu, ada juga Kina Omar berkongsi review mereka yang mengamalkan pemakaian sunblock SPF 50+. Rasa tertarik dan terus beli sunblock. Haha. Mudah sungguh terkesan dengan review kan? 😅
Biasanya pakai sunblock masa ke pulau saja. Masalahnya aku ni, pergi pulau pun tak pakai sunblock. Ada pengalaman buruk masa kali pertama aku pakai sunblock lima tahun lepas. Sampai muka aku berubah teruk kerana sunblock.
Sejak itu, aku tidak pernah pakai sunblock walaupun aku ke pulau. Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Selamba je tak pakai sunblock. Hanya pakai krim biasa saja. Takut kejadian lama berulang kembali.
Dan kini, aku telah berubah. Haha. Aku pakai sunblock Innisfree ini setiap hari. Water-resistance jadinya pakai sekali saja. Malas nak banyak kali bersihkan muka sebelum solat. Ada lagi sindrom malas aku. Hii.
INNISFREE SUPER VOLCANIC PORE CLAY MASK & IT'S REAL SQUEEZE MASK
Love this products! Tegang kulit muka selepas pakai Super Volcanic Pore Clay Mask. Suami aku pun join juga pakai produk ini. Semangat pula sampai dia yang mengingatkan aku untuk pakai produk ini dua kali seminggu.
It's Real Squeeze Mask pula aku pakai di hari yang lain. Aku pernah pakai mask yang lain juga. Mana-mana mask yang ada di Watson. Aku rasa mask Innisfree ini lagi moisture daripada mask lain yang pernah aku pakai sebelum ni.
GUARDIAN ALOE VERA GEL
Beli pula produk ini selepas tengok #instastory Erin :D Aku tiada pokok aloe vera di rumah jadinya cubalah produk Guardian ini. Contains 100% pure aloe vera. Percaya dan mari cuba.
Aku guna produk ini di malam hari sebelum tidur. Selepas sapu Aloe Vera Gel, aku pastikan pakai Innisfree Bija Cica Balm.
HIMALAYA ANTI-HAIR FALL HAIR OIL
Beralih kepada produk rambut pula. Aku ada masalah keguguran rambut. Itu juga menjadi punca aku sentiasa berambut pendek. Masa rambut panjang dulu, lagilah banyak rambut aku gugur.
Aku baru cuba produk ini selama seminggu. Tak nampak kesan lagi. Harap produk ini berkesan untuk aku. Sakit hati setiap kali menyapu di rumah. Geram je tengok rambut bertaburan di lantai.
********
Ini saja produk baru yang aku sedang cuba sekarang. Mungkin akan berubah produknya. Tak tahu lagi. Sekarang aku masih dalam proses cubaan, jadi jangan cepat mengalah. Cuba sampai produk ini habis. Jika tiada kesan, barulah fikir untuk cuba produk seterusnya.
Susah sebenarnya untuk jumpa produk yang sesuai dengan kita. Kadang-kadang, produk itu sesuai untuk orang lain tapi bila kita cuba, tidak sesuai pula.
Pendek kata kena cuba juga dan baru boleh tahu sama ada sesuai atau tidak.
Kalau korang ada produk yang bagus untuk masalah jerawat, sila kongsi dengan aku ye. Any drugstore products.
Thank you all for reading ^_^
Banyaknya products Innisfree. Teringin nak pakai Innisfree tapi kena tunggu pergi Korea or balik Malaysia. Currently, kita pakai Nature Republic tapi sebenarnya tak tahulah berkesan ke tak. Setakat ni macam tak berapa nak berkesan except part moisturizing tapi okaylah kot (?) sebab kat sini kulit jadi kering sangat.
ReplyDeleteFarah pakai Nature Republic dah lama ke? Siqah rasa Innisfree macam tak sesuai dengan kulit Siqah tapi masih cuba lagi pakai sekarang. Huhu. Kat sana musim sejuk kan sekarang, kulit mesti jadi kering je ek.
Deleteteringat dulu time study, jerawat mmg teruk kaw kaw.
ReplyDeletesekarang ni still jerawat juga, cuma kurang dah.
saya guna set safi rania gold tu la.
tapi saya pun campur aduk juga dgn segala mcm produk. hehe.
tak tau mana satu yang berkesan.
utk hairfall, saya guna set loreal anti hairfall and dandfruff , botol kaler hitam tu,
tak silap penutup kaler dark pink tu. so far berkesan utk saya.
Bestnya sesuai dengan safi rania gold! Siqah pernah cuba set safi gold tapi tak sesuai dengan muka. Naik banyak bintik2 halus. Terus stop pakai.
DeleteSiqah baru je beli set loreal untuk dandruff. Baru nak cuba jugak ni.
Thanks for recommendation Mrs Pip :D
Nice post! ☺️
ReplyDeleteAnyway, I heard that Corsx Brand also good for acne problem. A few of my friends love the brand. Maybe you can give it a try? xx
Thank you :)
DeleteI heard Corsx Brand before and really eager to try it. Maybe in next year? Hihi. Thanks for recommendation :)
org cakap innisfree pon elok kan. sy bru nak try syampoo tu sbb rambut gugur gila. tapi trbeli yg jenama lain, hahaha bau macam ubat sikit. i hope its working. rasa macam nak pakai syampoo bawang. hahaha
ReplyDeleteAda wujud eh syampoo bawang? Tak pernah lak akak dengar. Hihi. Try lah dulu syampoo jenama tu, kalau okay, boleh review nanti. Hii
DeleteDalam banyak banyak produk Siqa tu. Ika guna Aloe Vera. Hee. Sebab sesuai dengan kulit ika. Ika pakai bila dekat ofis untuk lembapkan kulit kering. Siqa kena try and error produk. Tengok mana yg sesuai. Macam ika, ika punya kulit sensitif. Ika try cetaphil. Tapi cetaphil lagi buat ika punya muka tak ok.
ReplyDeleteAll the best Siqa :D
Itulah Ika. Kena try and error produk. Dah banyak rasanya cuba ni, satu pun macam tak sesuai dengan muka. Same with me! Siqah dah pernah cuba Cetaphil but for me, muka tak ok jugak.
DeleteThank you Ika! Hope jumpa produk yang sesuai dengan muka ini :D
produk innisfree memang best tapi sedikit mahal tapi oklah haha banyak pulak tapi ><
ReplyDeleteHaha. Banyak tapi ek? :D Mahal kalau berkesan ok lagi, kalau tak berkesan, serius memang rasa rugi. Tapi nak wat camne kan, kena try and error lak TT
Deletegreen tea line innisfree ,,kuat sgt fragrance dia,,so terus stop pakai,huhu,tp yg cleansing foam volcanic tu mmg best ;D
ReplyDeleteGlad cleansing foam sesuai untuk Amira :) Siqah suka bau green tea tapi tak suka minum green tea. Macam takde kaitan. Haha
DeleteLoveee your flatlay photos. Super gorgeous 🌹
ReplyDeleteThank you dear <3 Biasa je flatlay photos Siqah, masih banyak nak belajar ni. Hihi
DeleteAloe vera guardian tu memang best. Pernah pakai untuk sunburn. Rasa soothe je pakai ^^
ReplyDeleteKann! Siqah suka Aloe Vera. Sejuk rasa muka bila pakai. Wajib pakai tiap malam sekarang. Tambah lagi muka sunburn lepas pergi WetWorld last week TT
Deletekalau utk yg jerawat sarah first time guna hiruscar nampaklaa kesan. memang best and parut jerawat pun hampir pudar! ni pun kawan yg recommend guna hiruscar cuma sarah tak sempat nak review kat blog lagi heheh akak try laa
ReplyDeleteMenarik!! Akak baru google Hiruscar. Nnati nak cari kat Watsons or Guardian. tak pernah dengar brand ni. TQ Maisarah rekomen! Nanti review kat blog tau :)
DeleteFirst time tengok minyak rambut Himalaya ni.. Pasal produk untuk jerawat ni husniey pun tak berapa nak arif..
ReplyDeleteSebab jerawat selalu jugak naik.. Yang husniey buat selalunya kalau pencuci tak berkesan
just sental dengan scrub St ives, sapu madu dan basuh muka dengan warm water
Mungkin kena cuba makan untuk dalaman jugak kot.. Seperti vitamin c or something ^^
Moga membantu sikit sebanyak heee
Hihi. Thanks bagi tips Husniey ;) Siqah ada juga scrub St Ives tapi kan, aduh, malas betul pakai scrub Lupa kadang2 seminggu kena pakai dua kali kan? hihi. Dulu consume vitamin C tapi dah lama stop. Huhu
Deletesaya pun pakai produk innisfree jugak! clay mask tu slalu pakai seminggu sekali, tpi kadang2 lup nk pakai xD
ReplyDeletedulu pun saya tk pakai sunblock, skrg ni sunblock tu mmng dikira produk wajib stiap kali keluar rumah. even cuaca tk panas sgt pon pakai jugak
yeayy! Sep sikit untuk clay mask! Dan sep jugak untuk kadang2 lupa pakai. Hihi.
DeleteKann! Siqah pun baru tahu kebaikan pakai sunblock. Cuaca mendung pun kita tetap kena pakai sunblock. Moga rajin selalu :)
Innisfree face mask is the best..! Product lain tak pernah pakai sebab I'm using Pure Beauty but I have the aloe vera gel tapi malas nak pakai.... hehe
ReplyDeleteYes!! Moisture sangat2 kan! Hihi. Bab malas memang ada je dalam diri kita ni kan. Bilalah nak rajin selalu. Hihi
DeleteSiqah memang suka produk innisfree ye? Beli kat mana ye?
ReplyDeleteKalau dah dapat recommendation on nak rawat acne tu bagitau Lya sekali ye hihi.
Anyway, welcome back Siqah, rindu dengan your write up. Hihi
Saja cuba Innisfree. Tak tahulah nape dalam banyak produk Korea berkenan dengan Innisfee. Maybe sebab Lee Min Ho? Hahahaha
DeleteMaisarah komen kata Hiruscar bagus untuk acne dan hilangkan parut. Siqah baru nak mencari ni. Jom cuba sama-sama :D
If okay, InshaAllah akan Siqah buat review nanti. Hii
Thank you Lya singgah sini. Dah lama Lya tak datang <3
Eh lupa jawab satu soalan LYa :D Siqah beli Innisfree kat kedai nya. Di Sunway Piramid @ Pavilion.
Deleteproduk innisfree memang banyak yg best. :D
ReplyDeleteBV pun baru sedar pentingnya guna sunblock.
boleh la review hair oil tu nanti kalau berkesan, BV pun mengalami masalah sama, rambut gugur T^T
Kalau masuk kedai Innisfree, rasa nak beli semua :D
DeleteKann! Meh lah kita istiqamah dalam pakai sunblock. Hihi
InshaAllah. If berkesan nanti Siqah review ye. payah kan rambut gugur, geram tengok rambut berterabur TT
Samaaaaaaa ya Allah stress gila bila rambut asyik gugur dekat lantai sobs
ReplyDeleteKannn! Geram geram tengok rambut gugur. Semak je rasa. T_T
DeleteNurul suka produk innisfree ni.. and dah terjebak dengan siqah beli template.. hehehe :D
ReplyDeleteHihi. yeayy! Nak terjah blog Nurul, nak tengok template baru!! Yeayy! :D
DeleteSetakat ni ira baru cuba claymask innisfree tu tapi nampaknya akak dah cuba pengaruhi ira untuk beli produk innesfree yang lain ni hmm. Akak kalau hair oil tu menjadi habaq mai nah. Ira pun mengalami masalah yang sama, tak sukaaa ðŸ˜
ReplyDeleteEhem, lagi satu kan ira suka marble pattern so sangtalah tertarik dengan background backdrop akak tu. Mana beli eh? hehe (off topic pulak)
Belilah Ira belilah Innisfree. Hehe. Okay, kalau hair oil tu okay nanti akak share eh. Tak suka kan masalah rambut gugur, nyampah tiap kali sapu sampah 😔
DeleteMarble background akak guna tu sebenarnya pembalut hadiah. Akak beli kat kedai depan area rumah Mama akak. Kebetulan ke sana sebab nak cari pembalut hadiah. Terjumpa pulak 😊
Ira boleh cari background marble kat shoppee or lazada. Cuma tak tahulah ok ke tak, akak pun tak pernah beli kat sana.
Innisfree memang best! Nanti nak cuba jugalah produk untuk rambut Himalaya tu.
ReplyDeleteFarrah guna Innisfree jugak eh? Nanti cubalah produk Himalaya. Siqah terjumpa dan tercuba. Hehe. Setakat ni rasa okay je :)
DeleteReen ada masalah pori besar ,dark spot,jrwt dan whitehead. banyakkk gila mslh kulit reen.😂 tp xtaw nak pakai produk ape jgk ni. mohon share lagi kalau jmpe yg ok ea. innisfree dkt tmpt reen xde jual.
ReplyDeletedan reen pun ada masalah rambut gugur melampau. skrg pkai shampu dove.
Bab produk ni masalah jugak kan Reen. Nak kena cuba satu demi satu produk dan tengok kesannya pada kulit kita. Kalau ok, alhamdullilah. Kalau tak ok, dah kena cuba produk lain pula. Yang penting guna produk yang terjamin selamat :) Reen boleh beli innisfree via online. Kat Hermo ada rasanya.
DeleteRambut gugur, eee geramnyaaa!! Siqah sekarang pakai syampu Loreal. Beli kat salon. Baru pakai sekali je pun 😅
Mask tu nampak menarik..
ReplyDeleteMenarik dan best pakai, Sha.
Deletememang sis, susah nak cari yang and sesuai. Lepas tu bila dah sesuai, dah lama pakai.. rasa macam dah xda effect kat kulit haha
ReplyDeleteBetul sangat Mellya!!! Samalah apa yang akak rasa sekarang. Tapi masih pakai jugaklah. Hihi
Deletekite pun penah try kwn kite punye clay mask tu.. mmg best <3 sejuk je muke hehehe
ReplyDeleteKann! Rasa sejuk je muka bila pakai. Kadang2 langsung tak sedar dah pakai lebih daripada masa yang sepatutnya. Hehe
Deletekak mia guna aloe vera gel sebagai pelembap kulit muka.... tak berani nak cuba yang lain...
ReplyDeletepsssttt terima kasih join Segmen Nak URL Blog #33. Blog anda ada di http://www.mialiana.com/2018/01/senarai-url-blog-33.html
Kalau dah okay guna aloe vera gel better guna yang tu je kan kak. Siqah ni duk suka campur produk, sekarang haa jenuh lah nak betulkan balik.
DeleteTerima kasih juga kak buat segmen ni. Siqah jenguk nanti :)
CT ade bija balm jugak and suka sangat. inisfree so far tak mengecewakan =)
ReplyDeleteBagusnya bija balm sesuai dengan CT. Siqah masih guna super clay mask je sekarnag. Bija balm dah habis dan tak beli baru pun. Hii
Deletegood info, thank you.from http://chea94.blogspot.my/
ReplyDeleteThank you singgah sini!
DeleteHi Siqah,
ReplyDeleteAlam pun pakai minyak rambut Himalaya tu..Tapi masalah rambut gugur tu masih ada..Sedih la...
Hi Alam. Itulah, Siqah pun macam sama je. Masih ada rambut gugur tapi tak pasti sama ada dah berkurang atau tidak. Mungkin kena cuba produk lain.
Deleteray suke singgah innisfree and tgk2 je la. but x penah try any of the products. ray ni suke tgk packaging je. hehe
ReplyDeleteHehe. Kulit Ray cantik dah. pakai je apa yang Ray pakai sekarang. Hihi.
DeletePernah nak try pakai tapi harganya mahal sangat. Buat masa sekarang ni I try Himalaya untuk cleanser je dulu. Taktau menjadi ke tak haha sebab dah banyak kali tukar produk tapi still jerawat banyak.
ReplyDeleteHaah Innisfree mahal jugak nanye. Huhu. Siqah sekarang guna balik produk Olay dan guna produk baru untuk jerawat. Harap berkesan. Huhu
Deletebusyra tak penah try Innisfree lg. tp bila baca review pengguna. mmg ckp bagus produk ni :)
ReplyDeleteHii. Innisfree bagus for certain orang kot. Lain orang lain kan kesannya. Sekarang, Siqah guna mask Innisfree je. Sebab suka <3
DeleteInnisfree ni memang ramai orang guna rata2 cakap sesuai dgn dorang. kita tak try lagi. baru cuba hiruscar. hihi
ReplyDeleteLain orang lain kesannya. Bagi SIqah, lebih kepada mask Innisfree je sekarang :D Haa ramai jugak review Hiruscar okay kan. SIqah try nanti jugak lah. Hihi
Delete