Hello semua :)
Entri kedua dalam bulan Disember. Loser gila rasanya aku sekarang. Aku rindu nak blogwalking, update blog tapi kekangan masa menyebabkan aku tak buat semua itu. Huhu.
Tak tengok dashboard, tak tengok email. Haih, menghilangkan diri dalam dunia blog tapi masih wujud di dunia laman sosial lain terutama #instastory. Hihi. Senang je nak update #instastory daripada siapkan satu entri blog post. Berbeza sangat masa yang diambil untuk buat dua aktiviti itu.
InshaAllah. Aku akan kembali aktif semula dalam tahun 2018. Eh, esok lah kan? 😉
Aku memilih untuk update blog mengenai planner 2018 memandangkan esok nak melangkah ke tahun baru. Hihi. Dah ambil gambar flatlay dari dua minggu lepas, tapi tu lah, blogging slump pulak.
Sedangkan masa ambil gambar flatlay hari tu, berkobar-kobar semangat nak update blog. Hati manusia cepat sangat berubah. Eh? 🙈
Aku tak pernah ada planner dalam hidup. Sejak mengenali rakan blogger yang selalu update pasal planner, aku jadi berkenan pula nak ada satu planner untuk tahun 2018. Rasa macam menarik jugak planner sebenarnya. Boleh catit semua plan dalam hidup kita.
Pendek kata, boleh letak semua dalam planner. Bagi mereka yang planner addict, rasanya kalau planner hilang diibaratkan seperti hidup hilang. Eh? Ada ke istilah begitu? Aku memandai je bagi istilah sendiri. Haha.
Aku memilih untuk memiliki dUCk planner 2018. Kalau korang dah lama follow aku, rasanya tahu yang aku salah seorang dUCkies. dUCkies yang plan untuk #duckrehab in 2018. Harapnya berjaya 😊
Ada lapan warna pilihan untuk dUCk planner 2018 dan semestinya aku memilih warna PINK. Hihi
Jom tengok isi kandungan dalam dUCk planner 2018 ^_^
Tempat letak resit dan segala macam kertas lain. Hello! Tolong tulis nama. Nama masih tidak ditulis ketika entri ini ditaip :D |
Public Holidays in Malaysia in 2018 and calendar 2018 |
Kalendar 2019 dan bermulalah bulan pertama, January. |
#goals untuk setiap bulan. |
Paling penting dalam planner. Kotak-kotak menunjukkan setiap hari dalam setiap bulan. Senang nak tengok apa yang bakal terjadi. Senang juga nak catat tarikh rakan sekerja cuti, agar tidak tertanya-tanya selalu. Maklumlah, aku ni pelupa orangnya. Hihi.
Blank page |
Diskaun dari January - June 2018 |
Diskaun dari July - December 2018 |
Diskaun ini adalah perkara yang buat rasa nak beli dUCK planner. Walaupun diskaunnya takdelah banyak tapi asal nama diskaun. Hihi. Baru nak #duckrehab next year tapi dah ada diskaun pulak.
Tapi takpe, masih boleh kekal #duckrehab sebab diskaun setiap bulan adalah untuk barang dUCk yang berbeza. Jadi, aku akan guna diskaun untuk bulan yang aku nak barangnya saja. Bakal digunakan diskaun ini dalam bulan April. June, dan Disember :)
Ini saja isi kandungan dalam dUCk planner dan sama isi kandungan untuk setiap bulan. Aku paling suka akan cover planner yang keras dan pastinya tidak rabak sehingga hujung tahun. Hihi.
Dan warna pink! Dua kali suka! Hihi.
Orang kata bila dah ada planner mesti nak beli stickers kan? Jari jemari pun dah mula gatal untuk beli stickers agar planner nampak cantik. Nanti akan aku fikirkan mana nak cari stickers. Kat kedai buku ada ke? Maklumlah, tak pernah beli stickers, jadi tak tahu mana nak cari. Hihi.
dUCk ada jual stickers comel juga tapi agak mahal untuk aku beli. Ikutkan hati, aku nak beli je. Hihi. Tapi nantilah, nak cari jugak kalau ada jumpa stickers lain yang comel.
Pada sesiapa yang tahu kat mana nak cari stickers comel, tolong berkongsi di ruangan komen ye :)
Sebenarnya, aku ada beli satu lagi planner selepas aku beli dUCk planner ni. Berkenan pula dengan planner itu selepas tengok kawan aku, Tasha punya. Jadi aku beli satu untuk diri sendiri. Nanti InshaAllah, aku akan berkongsi pula isi kandungan dalam planner itu.
Rasanya, korang semua dah tahu planner apa yang aku maksudkan. Kan? Hihi.
Korang dah ada planner 2018? Beli yang mana? Kalau ada buat entri mengenai planner korang, boleh bagi link. Aku suka baca kisah planner :)
*****
Ini adalah entri terakhir dalam tahun 2017! Plan to do wrap up for 2017 cuma tengoklah nanti siap ke tak entri itu 😅
May the NEW YEAR 2018 bring joy, peace, and happiness for all of us. Let's welcome the new year with a fresh mind and heart!
HAPPY NEW YEAR 2018 ~~ !!
Jumpa tahun depan! :D
takbeli lagi planner 2018 haha padahal esok dah 2018. btw cun lah planner duck ni!
ReplyDeleteDah beli ke belum planner tu? Hihi. Happy New Year Shaf! :)
DeleteCantikk sangat design duck planner ni, aduhai..
ReplyDeleteBtw sticker comel husniey baru kebetulan beli beberapa hari lepas..
Di kedai serbaneka MR DIY..
Murah aje
Comel. Ada macam macam jenis sticker
Girly, quote, travel..
Cantik kan duck planner. Mula-mula sayang nak guna tapi bila dah beli, kenalah guna kalau tak bazir kan. Yessss Siqah cari kat Mr DIY dah. Banyak gila sticker. Geram je tengok :D
DeleteKak Siqah apeni cantik sangat ni apeni apeni. Color, design cover and also flatlay planner. Eh semualah senang cerita. Jelly tau ira tengok 😭
ReplyDeleteHappy New Year akak. May your life with mr. hubs be filled with health, joy, love and happiness too. okeyh 👌🤗
Alaaa no jelly please 😊🙏🏻 Terima kasih tau sebab Ira kata semuanya cantik termasuk flatlays. Hii. Akak masih lagi banyak kurangnya, nanti akak buat blog post mengenai flatlays kat blog as requested okay 😍
DeleteHappy New Year too Ira! Semoga indah2 hidup tahun ni <3
Selamat kembali aktif berbloging, Siqah.
ReplyDeleteCantik sungguh duck planner tu. Siqah kalau berminat nak cari stickers/embellishments for your planner,cari di ig guna hashtag planneraddicts or planneraddictsmalaysia. Ada ramai seller online yang jual stuff untuk hias planner :)
Terima kasih Farrah. Hope berterus mood blogging ni :)
DeleteOoo thank you jugak Farah for the tips. Siqah jarang tengok hashtag planner, nanti siqah terjah. Excited nak stickers ni :D
oh lupa pula,..HAPPY 2018! Selamat menulis bab-bab baru untuk 2018 :)
ReplyDeleteHee. Happy New Year 2018 jugak Farrah! <3 Bab-bab baru ditulis dalam tahun 2018 tapi cerita tahun lepas. Boleh kan? Hihi
DeleteLawanya planner! Plus ada diskaun pulak tu! Sticker comel ada banyak jual dekat daiso dan kaison.
ReplyDeleteDiskaun yang penting. Hehe. Rupanya tempat biasa pergi tue lah ada sticker eh. Nampak sangat tak pernah tengok bahagian itu. Hee. TQ Rasya and Happy New Year! <3
Deletewahh cantiknya planner duck ni..happy new year siqah
ReplyDeleteHappy New Year Irda!
DeleteAlhamdulillah dah muncul adik sorang ni...duck planner cumil dah ada..pink lagi..haaaa moga bila apa yang diidami tercapai akan buat diri termotivasi untuk terus berkarya...insyaAllah.. #duckplannerpinkcutemacamtuannya
ReplyDeleteHaha. Hye Kak PC :D InshaAllah semoga baik2 saja tahun ni, boleh blogging dan paling penting 2018 resolution berjaya. Wahh baru hari kedua semangat ada lagi. Hehe.
DeletePanjangnya hashtag akak dannn Siqah suka. Hihi <3
Hi kak Siqa :) Amboi lawanya planner tu, jatuh cinta kita hahaha.
ReplyDeleteHi adik manis, Safarina :) Kita pun jatuh cinta jugak, jomlah jatuh cinta bersama :D
Deletethe dUCk planner looks so nice, I really want to buy it but right now I'm still penniless so maybe later hehe. happy new year btw, all the best for your new year sis! :)
ReplyDeleteBoleh beli nanti Afifah. Masih ada je di online juga :D Happy New Year, Afifah! Wishing you all the best in 2018! :)
DeleteTeringin betul sebenarnya nak berplanner. Hari tu ada beli kat Mr.DIY, murah2 ajaa sbb ni pun belum confirm akan berjaya guna ke tak. Haha. A thing I realised about planners, susah nak cari planner yg lengkap ada macam2 tapi saiz kecil. Kalau lah dapat saiz lagi kecil dari satu tapak tangan, it will be great. Kita ni sejenis yg malas bawak beg kadang2, so entah mana la nak letak planner tu kat mana kalau keluar. End up, guna digital approach hehe.
ReplyDeleteCuma, hopefully attempt berplanner (fizikal) tahun 2018 ni berjayaaaaa. Haha. Go go Siqah!
hanisamanina.com
Itulah. Selama ni duk tengok je, tahun ni jomlah kita sama2 guna planner Hanis. Harap berjayalah kita berplanner sampai ke hujung tahun Hanis! Hehe.
DeleteBetul2! Siqah pun mencari jugak planner kecik yang ada semua benda tapi biasanya memang saiz buku kan. Nak bawak berjalan agak payah gak lah, tambah lagi beg dah penuh 😅
Whoa, cantiknya...pinkk..im pink lover too..
ReplyDeleteWell, Nona has notebook untuk kerja je.........umpama kalau hilang, leh sakit hati gaks..hehe
Yeayy! High five for pink lover <3
DeleteKalau planner untuk kerja, kalau hilanglah, memang sakit hati. Semua mesti catit dalam planner kan. Hehe
Happy new year siqah.bestnya beli duck planner.kita beli notebook biasa je buat diy planner sendiri.tengah cri jugak sticker comel2 biasa kat bookstore confirm banyak.kalau siqah nak tengok kat ig try rico.risu tak silap nama ig dia.banyak jugak stationery comel
ReplyDeleteLagi bagus buat sendiri planner As. Mesti As kreatif nie kan :) Siqah baru beli stickers semalam kat MR DIY. Banyak gila stickers comel. Adalah beli dah tapi masih tiada jumpa stickers yang lain. TQ As rekomen ig rico. Siqah cari nanti. Hee. Mehlah kita bersticker bersama :)
DeleteHappy New Year too, As! :)
Dah nama pun duckies , of course saya pun beli planner Duck nie. Sayang nak pkai sebenarnya tapi dah tulis dah dkt page pertama masa buat GA Duck saya . Hahaha
ReplyDeleteBeli tak tahu lah akan pakai jugak or tak. Sebab lain saya beli Duck planner of course utk buat flat layyyyy~ hahaha
Happy new year , yank. Semoga plan kita akan dipermudahkan 2018 nnt. Ameen . ( u know what plan right? Hahhaa ) dannnnb semoga istiqamah lah ye kita nak #duckrehab hahaha
Saya beli untuk guna duck planner tu. sayang nak guna nanye sebab cantik tapi lagi sayang duit or membazir bila beli mahal tapi tak guna. Next year nak guna lain dah 😂 Untuk flatlay tu, saya pun sama 🙈😬
DeleteInshaAllah. Semoga dipermudahkan dan istiqamah lah kita dalam #duckrehab Hee
Lawa juga planner dUck ni. As for me, I use planner tapi jenis yang simple je bukan jenis yang #planneraddict punya.
ReplyDeletePlanner duck lawa tapi isi kandungannya tak lah banyak kan. Simple je. Siqah bukan planner addict tapi tahun ni dah jadi lak tetiba 😅
DeleteReen pun ada planner da utk 2018 tp yg simple je sbb more to bisnes planner je sbb nk tlis due date nk post brg cstmr.hee.
ReplyDeletesticker comel2 reen sllu bli di Mr.DIY dan kedai rm2. haha. kalau siqah rajin,print sndri je atas kertas sticker. 😊
Kalau bisnes, mesti wajib ada planner kan. Senang nak on track semuanya. Takdelah miss anything. Lambat post kang kena marah lak dgn customer. Hii.
DeleteSiqah dah cari sticker comel semalam kat DIY. Banyak gila sticker. Dan banyak jugaklah beli. Hahaha.
Bab print sendiri memang siqah malas betullah. Tapi kan, kertas sticker nak cari kat mana? Tanya, kot2 nanti rajin menjelma 😬
Cantiknya kak..mai pakai planner murah kulit nipis tu je. Meh sama2 aminkan planner tu selamat sampai December 2018. Hahahaha.
ReplyDeleteOh sticker mai selalu beli kat DIY je. Tak pun cari freebies planner kit kat pinterest then print je sendiri.haha.
Happy newyear akak cantik!
Mai!! Akak baru approve komen Mai sebab komen Mai masuk dalam spam. Tak tahulah kenapa. huhu.
DeleteMoga planner tu kekal tidak rabak sampai hujung tahun ye. Hihi.
Akak dah beli stickers kat Mr DIY. Semua comel, terbanyak lak rasa beli. Haha.
Happy new year adik cantik :)
oh lupa ... sharp nyaaa gambar awak.... adui adakah saya patut tukar iPhone 8 or iPhone X ? iPhone saya skrag dah tak sharp dah gambar ... sad tul. dgn hang nya . hmmm
ReplyDeleteMaybe awak kena tukar phone kot Nadia. iPhone 8 pun okay dah. Saya tengok blog awak guna phone so rasa sharp je gambar awak. Hee.
DeleteCantikla planner awak Siqah.. Akak ada jea planner tiap2 tahun tapi tak penah nak penuhkan.. hihi
ReplyDeleteAkak, tolong doakan agar saya istiqamah berplanner sampai 31 Dec 2018. Hihi. Takut gak hangat2 tahi ayam ni kang :D
Deletecantiknya planner niiii! saya pun ada planner gak, sampai 2 pulak tu tpi tk guna lagi sebab sayang. comel sangat haha xD
ReplyDeleteHaha. Itulah kita ni kan, beli planner comel sebab memang tengok yang comel dan cantik je, bila dah beli sayang lak nak pakai 😅 Pakailah Mazni, hehe
DeleteAkak pun baru je ada planner. Tahun 2018 ni baru nak buat. Sebelum ni hanya ada planner jer tapi tak tulis apa pun. Hahahha... Beli kat mana planner duck ni? Cantik la
ReplyDeleteHahah. Jom kak sama2 kita guna planner tahun ni eh :) Planner duck ni beli kat fashionvalet.com.
Deletewah cantiknya duck planner ni!! Terpikat hati tengok hehe :)
ReplyDeleteHappy New Year, Siqah! Semoga tahun 2018 menjadi tahun yang lebih baik buat Siqah dan keluarga <3
Fatina xx
Hehe. Terpikat pada benda yang cantik dah menjadi lumrah wanita kan :D
DeleteHappy New Year Fatina!! Semoga tahun 2018 juga baik2 saja untuk Fatina dan keluarga <3
Cantiknyaa gambar~ hahaha .. jeles pula.. Haiii bilalah dapat ambik pic secantik tu ~
ReplyDeleteComel planner tu kak Siqah. Kalau sy slalu beli stiker dkat D.I.Y ja, ataupun dkat popular :D
Boleh Nurul pun ambik gambar cantik juga. Edit yang pastinya selepas itu. Editing penting nanye 😬 Banyak lagi akak nak belajar tau. Ramai lagi flatlays cantik sangat, jeles tengok 😔
DeleteAkak beli dah stickers kat DIY! Yeayyy!! Memang banyak stickers comel, geram je tengok semua. Hehe
Alaaa.. jenuh scroll nak tahu harga. x jumpa pun.. huhu.. tanya teruslah kat sini . berapa harganya ni? ada kaler apa lagi yea? boleh beli online tak? heee
ReplyDeleteHehe. Sorry lupa nak letak harga 😅 Harga RM150. Boleh beli online kat fashionvalet.com. Search dalam kategori dUCk. Rasanya semua warna ada lagi :)
DeleteHai siqah. Happy New Year 2018.
ReplyDeleteDengan adanya planner duck tahun ni akan tersusun la jadual blogging nanti. Eh, hahaha.
Semoga apa yang awak impikan akan tercapai tahun ni. InshaAllah. :)
Happy New Year, Shea :)
DeleteHaha. Tersusun lah sangat ni haa jadual blogging. Harapnya tersusun lah sampai hujung tahun. Haha.
Terima kasih Shea atas doa. Same goes to you :)
Wah.. Lawanya planner tu.. Happy New year Siqah..
ReplyDelete(ps: Siqah nak tengok RC dekat bahagian profile Siqah dekat Goodreads.. My Year in a books pun ada dekat situ.. Belah kanan..)
Happy New Year too Sha :) Selamat membaca tahun ni. Hihi. Haa Siqah check nanti. TQ for answering :D
DeleteTahun ni terlupaa nak beli planner. Hahah! Busy sangat hujung tahun ni sampai terlupa semua benda. Anyway, happy new year Siqah :)
ReplyDeleteBusy sangat tu Nani. Biasa orang kata busy maksudnya rezeki bertambah. Alhamdullilah :) Happy new year too, Nani :)
DeleteHappy new year siqah. Wah memang duck hard fan ni. Sampai planner pun planner duck. Hehe. Tp serius smart planner tu. Kena fully utilise nampaknya.
ReplyDeleteHappy new year Ana! :) Beli sebab cantik dan kena gunalah kalau tak rugi je beli kan. Smart and simple planner :)
DeletePlanner dUck mmg terbaik. hehe. Eka pun berbintang mata tgk planner ni, tp bila terfikir da ada 3 planner (2 dibagi 1 dibeli) huhu trus takjadi beli. takpalah. next year insyaAllah. Happy new year Siqah <3
ReplyDeleteEyqa planner addict dan Siqah terpikat nak guna planner tahun ni sebab awak lah. Hihi. Next year, InshaAllah beli duck planner okay. Boleh beli sesama :)
DeleteOMG serious cantik planner ni. Lya belu beli planner tpi rasanya boleh guna yang tahun lepas sebab tak sentuh pon lol.
ReplyDeleteCantik planner sebab warna pink jugak kan? Hehe/. Lol, planner tahun lepas leh bawak ke tahun ni ek. Jimat kan. Guna apa yang ada, tak perlu membazir.
DeleteLawa planner-planner sekarang ni sampai rasa nak terbeli juga hehehe
ReplyDeleteHihi. Kan!! Punca betullah bila nampak planner lawa.
Deletelawanya planner. Fall in love sangat. Tapi, ika beli planner biasa je sebab ika ni sejenis manusia yang kalau menulis kena proper. If ika beli planner mahal mahal. Alamatnyaaa, planner tu tersimpan dengan jayanya laaaa dekat dalam rak. HAHA. So, ika beli planner murah. Kalau tulisan buruk , pun tak apa. Hehe
ReplyDeleteBab tulisan buruk ni, alaaaa tulisan siqah buruk nanye Ika. tapi gigih lah beli planner beriya. Habis comot lah planner ni nanti. Hihi.
DeleteLawanyaaa planner duckkk
ReplyDeleteLawa sebab pink kan? #nakjugaktanyacamtu Haha
Deletecantiknya planner duck. cemana nak beli?
ReplyDeleteBoleh beli secara online di website fashionvalet.dot.com atau beli terus di kedai FV di Pavilion atau Bangsar.
DeleteHappy new year Siqah.. May your 2018 be a blast.. :3
ReplyDeleteps://Diskaun lip matte and lip gloss tu, kalau tak pakai bagi anis please...? heheheh
Happy new year too Anis!! <3
DeleteHii. If tak guna diskaun tu nanti, Siqah inform Anis eh. Kalau Anis nak beli sesama pun boleh jugak. Hehe
Cantinya warna pink! siap ade voucher lagi tu. berbaloi2!
ReplyDeleteHee. Voucher tu penting walaupun tak banyak. Bolehlah dari takde. Hihi
DeleteHappy New year, Siqah! Cantiknya flatlay tu. Ajar please? Hehe. Btw, planner Duck tu cantik sangat tapi tak mampu lagi nak beli. InshaAllah in the future 😊
ReplyDeleteHappy New Year too Syaza! <3 Thank you Syaza rasa flatlays Siqah cantik. Biasa je tu kalau nak compare dengan otai berbisa diluar sana. Banyak lagi benda SIqah nak belajar. InshaAllah, Siqah buat satu entri mengenai flatlays nanti okay :)
DeleteInshaAllah in future, Syaza beli planner duck juga okay :)
masih belum trlambat rsanya busyra nak ckp selamat tahun baru kak siqahhh. hehe.. serius comel gila planner akak tuu.. cun! soft pink.. busyra belum ada planner 2018. hehe
ReplyDeleteSelamat tahun baru Busyra!! Sempat lagi nak beli planner 2018 Busyra. Awal lagi ni. Hihi
DeletePlanner is a must pada sis..
ReplyDeleteAl-maklum sis banyak benda kena uruskan so to avoid lupa planner adalah penyelamat..
By the way, dUCk planner memang cantik..
Kak LZ dan planner tak boleh dipisahkan. Hihi. Planner akak pun cantik. Yang penting fungsi planner itu kan. Penyelamat dalam kehidupan. Hee
Deletecantik planner kak
ReplyDeleteCantik gila planner!!! Macam mana nak dapat tu, jeles tengok warna pink pulak tuu.
ReplyDeletePink cantik kan!! <3 Fatin boleh beli online di website Fashion Valet dot com or beli terus kat kedai FV di Bangsar or Pavilion :)
Deletecantiknya...
ReplyDeleteHihi :)
DeleteDuck planner ni cantik sgt! Tapi saya beli planner lain. Tak tau pulak ade discount dlm planner tu. Kena bgtau kawan saya ni sbb die duckies.
ReplyDeleteNak beli sticker boleh cari dekat myfasyshop.com. Cantik sume sticker dorang.
Tunggu nanti entri planner 2018 saya ye...
☆ Atheera ☆
haa sila bagitahu kawan Tyra yang duckies tu. mesti excited bab diskaun. Hihi.
DeleteTQ Tyra share website sticker. SIqah terjah nanti. Hihi.
Yesss!! I'm looking forward for your planner entry :)
cantiknya! hehe aci tak baru nak beli planner? tahun baru dah start dah pun hahaha
ReplyDeleteAci Aci. Boleh je Mellya. Baru 8 Januari. Awal lagi ni. Hehe
DeleteCantik sangat flatlay siqah nii.. Teruskan berplanner.. Hehehe
ReplyDeleteThank you Nurul. Hihi. Moga berterusan rajin update planner :)
Deletesmart planner tu... awal tahun hr tu merata riti juga mencari planner x berjumpa. lastly wat sendiri.hehehe
ReplyDeleteLagi bagus buat planner sendiri. Siqah tak tahu buat planner sendiri. Terpaksa beli. Hiii
ReplyDeleteAda planner ni best sebab dapat catat daily routine dan plan apa2 jek.^^ Lagi2 kalau planner cute!
ReplyDeleteBaru tahun ni SIqah nak berjinak-jinak dengan planner. Hihi. Kalau planner cute, lagi seronok. Comel je tengok planner sendiri, sejuk mata memandang. Haha :D
Deletebestnya ada planner...cakap pasal sticker,masa skola rendah cuya selalu jual sticker..kekekeke...adoi rindu lak kenangan dulu >< kalau cuya jual sekarang,mesti boleh jual kat siqa..kekeke
ReplyDelete