Hello 2018!!
Entri blog pertama dalam tahun 2018 dan menaip entri ini dengan menggunakan keyboard baru. Hihi. Encik suami dah upgrade PC dan aku boleh tumpang guna sehingga aku beli laptop (tak tahu bila 😅, impian itu masih ada).
Seperti biasa, menjelang tahun baru, pastinya kita semua akan recall kembali kehidupan yang telah dilalui sepanjang satu tahun yang lepas. Aku juga tidak terkecuali daripada melakukan perkara itu.
Aku sangat berterima kasih kepada rakan blogger yang memberi inspirasi untuk menulis entri Month Wrap Up. Sesungguhnya entri itu sangat membantu ketika aku recall kembali segala memori tahun lepas.
Aku tidak update entri Month Wrap Up untuk bulan November dan Disember 2017. Bila dah melangkah tahun 2018, rasanya entri untuk wrap up dua bulan terakhir tahun 2017 bakal terkubur begitu saja. Kira halal lah ye. Hihi.
Apa terjadi dalam tahun 2017 dalam hidup Siqah Hussin?
1. Kesihatan Mama tidak begitu baik. Sekejap sihat, sekejap boleh melakukan aktiviti. Mama boleh lemah tiba-tiba. Ayah dah bawa Mama berubat di banyak tempat tapi keadaan Mama masih sama. Rawatan di hospital juga sudah dibuat dan kesihatan Mama okay menurut laporan doktor. Sehingga sekarang, masih mencari punca.
Harap tahun ini kesihatan Mama bertambah baik. Nanti dah sihat, bolehlah kami bawa jalan-jalan. InshaAllah.
2. Bercuti bersama keluarga mertua di Perak. Memori tercipta walaupun aku dan suami hanya meluangkan masa selama 2 hari 1 malam saja di sana. Terpaksa pulang awal sebab suami kerja di hari minggu. So sad 😑 Tapi okaylah daripada tiada langsung. Bersyukur apa adanya :)
3. Dapat duit raya daripada anak saudara. Erysya, anak saudara aku yang kedua bagi aku duit raya weii tahun ni!! Seronok gila Mak Lang dapat duit raya. Duit belanja sekolah yang dikumpul oleh Erysya untuk dijadikan duit raya. Erysya bagi duit raya kat semua kecuali Haikal (abang dia). HAHA.
Gasaklah Haikal. Selalu sangat menyakat adik dia, dah tak dapat duit raya. HAHA.
4. Phone masuk air di Sunway Lagoon in May 2017. Dalam kegembiraan di Sunway Lagoon, ternyata ada juga kisah sedih terjadi. Sedih tak terkira melihat phone yang telah dimasuki air dan tak boleh ON. Kesilapan diri sendiri.
5. Terpaksa beli iPhone 7 Plus. iPhone user dan semestinya beli iPhone sebagai penganti phone. Sedih duit keluar T_T Walaupun dapat phone baru, masih rasa terkilan sebab terpaksa beli phone di saat aku tidak terfikir langsung untuk beli phone. Di saat sejumlah wang itu tidak patut dihabiskan untuk phone T_T
iPhone 6 Plus yang rosak itu menjadi barang prop paling mahal dalam gambar flatlays aku 😆
6. Alhamdullilah. Aku dapat satu anugerah di syarikat iaitu Value Champ Award for Trustworthy. Agaknya aku seorang yang dipercayai dalam menyimpan rahsia. Eh? HAHA. Terima kasih untuk ITT team terutama manager yang nominates aku. Thank you :)
7. Work on weekend at least once a month. Keadaan kerja sudah berubah. Selain HK, SG dan Taiwan, aku juga support payments untuk negara UAE. Makanya, at least once a month, aku kena kerja untuk UAE dari jam 2 petang - 11 malam. Tuntutan kerja yang harus dipenuhi demi mencari rezeki yang halal dan diberkati Allah.
8. Company event in Pulau Tioman. Jadi volunteer di Pulau Tioman, paling tepat, di Kg Tekek Pulau Tioman. Pertama kali join aktiviti volunteer di sana dan rasanya cukuplah sekali saja aku pergi. At least, ada juga pengalaman. Bagi peluang pada orang lain pula jika masih ada dianjurkan tahun ini.
9. Tahun 2017 menjadikan perkahwinan kami menganjak ke angka tiga tahun. Alhamdullilah dikurniakan suami yang baik hati walaupun kadangkala annoying melampau. HAHA.
Suami yang membenarkan aku meluangkan masa bersama kawan-kawan terutama pergi bercuti. Dua tahun berturut-turut dan bakal terjadi lagi dalam tahun ini. Hihi. Melayan kerenah aku yang adakalanya, annoying melampau juga. HAHA.
Semoga kehidupan kita kekal bahagia dan dilimpahkan rezeki daripada Allah. Semoga suami terbuka hati untuk membawa isteri bercuti di Korea atau New Zealand. HAHA. 😝
Semoga suami tidak mengunci isteri di luar rumah lagi pada tahun ini. HAHA. Boleh baca kisah lanjut dalam entri A True Story - I've Been Locked Out of House by My Husband.
10. First Blog Giveaway. Aku telah menganjurkan giveaway pertama blog ini pada bulan Oktober 2017. Terima kasih kepada semua blogger yang meluangkan masa untuk menyertai blog giveaway aku. InshaAllah, aku akan anjurkan lagi giveaway pada tahun ini 😊 Mungkin satu atau dua giveaway. Please join nanti okay. Pesan siap-siap. Hihi.
11. Hadiah daripada rakan blogger. Aku kembali aktif blogging tahun ini dan berkenalan dengan ramai blogger yang baik hati. Terima kasih Hanis, Kak Shikin, Kak LZ, Cik La dan Mek Ayunie yang memberi aku hadiah tahun lepas. Seronok tau dapat hadiah tidak disangka daripada rakan blogger.
12. Followers dan Pageviews. Alhamdullilah. Setelah setahun kembali aktif, followers dan pageviews blog ini semakin bertambah. 408 followers dan pageviews melebihi setengah juta. Terima kasih semua yang singgah, baca, dan tinggalkan komen. Aku sangat menghargainya. Jangan serik datang blog ini ye 😀
13. Blog Template. Rasanya lebih daripada tiga kali aku tukar blog template tahun lepas. Belum dikira lagi dengan tukar home page, blog header, watermark dan signature. Suka betul tukar segala macam di blog. Ada je yang tak puas hati dan tidak kena di mata.
14. 2017 Goodreads Reading Challenge telah berjaya dilengkapkan dengan sempurna. Chewaahhh! Aku telah baca 79 buku dalam tahun 2017. Lebih 39 buku daripada yang aku set dalam cabaran ini.
15. E-books. Baru mengenali erti E-Books. Terima kasih Fatina yang memberi tunjuk ajar dalam mencari E-Books. Sejak itu, aku gigih mencari E-Books yang aku nak. Bila jumpa satu E-Books yang aku suka, kepuasannya melampau tau. Boleh lompat kijang. Hehe.
Nak juga jadikan ini salah satu topik dalam 2017 Wrap Up. Hihi. Tak dinafikan, sedikit sebanyak, kita pasti akan rasa gembira jika hasil kerja kita dihargai oleh orang lain. Dihargai dengan cara our posts will be highlighted by someone. Mesti happy kan?
Begitu juga dengan aku. Gembira dan dalam masa yang sama, perasaan malu itu ada sebab sedar diri ini yang serba kekurangan. Buang jauh-jauh perasaan itu. Yakin dengan diri sendiri. Bagaimana nak yakin? Pakai Dnars lah. HAHA. Mengarut dah nie :p
16. Entri mengenai satu-satunya larian yang aku sertai dalam tahun 2017 iaitu Standard Chartered KL Marathon 2017 telah featured di laman Facebook Jom Kita Lari. Banyak kisah mereka yang berlari di dalam laman Facebook ini yang boleh memberi semangat untuk kita juga aktif melarikan diri. Berlari, bukan melarikan diri. Lain maksud tu :p
17. Cik Sara Aisha berkongsi review novel di Instagram beliau yang diambil daripada blog aku dalam entri Review Novel | Salju Kyoto by Sara Aisha. Rasa gembira dan lega juga sebenarnya. Hehe. Lega sebab penulis setuju dengan review yang aku tulis.
18. Featured di Instagram The Duck Group. Ini lagilah buat aku terkejut dan malu. Malu sebab flatlay aku yang sangat biasa itu dipilih untuk difeatured. Flatlays orang lain semua gempak weii. Malu dan rasa nak hands down terus bila tengok flatlays orang lain yang cantik T_T
Dahlah gambar flatlay ni diambil dalam keadaan main-main. Yang main-main itu biasanya menjadi pilihan. Yang bersungguh beriya ambil gambar, takde pulak terpilih ek 😅
Tapi apa pun, terima kasih @theduckgroup for the featured. Rezeki di hujung tahun ler ni. HAHA.
Aku dah beli LipstickWitU Bubbly Carol yang dimaksudkan itu 💄💋
19. Tahun 2017 adalah tahun di mana aku banyak menghabiskan masa di rumah. Tak banyak berjalan. Travel yang aku maksudkan bukan ke luar negara tau, hanya di dalam negara saja. Asal tidur hotel maksudnya travel okay. Hihi.
Hanya empat destinasi aku berjalan dalam tahun 2017. Alhamdullilah. Merasa juga melihat tempat orang.
- Pulau Redang (bersama geng makan)
- Pulau Tioman (company event)
- Perak (bersama keluarga mertua)
- Penang (bersama suami)
*******
*******
Alhamdullilah untuk tahun 2017. Kenangan indah semestinya diingati agar diri sentiasa bersyukur dan kenangan tidak indah perlu juga diingati supaya ianya dapat dijadikan pengajaran dalam menempuhi hari-hari mendatang.
"Memories are the key not to the past, but to the future"
Thank you for reading, all ~ :)
1. Ira doakan mama akak cepat sembuh, sihat kuat lagi termasuk untuk akak dan keluarga ye dan comel je bab anak saudara bagi duit raya tu. Gigih saving untuk bagi eh? Pelik tapi comel sangat hehe.
ReplyDelete2. Keluar duit untuk beli phone tanpa dirancang adalah perkara senasib kita untuk 2017. Cerita suka duka sangat 😭
3. Tahniah lagi sekali untuk anugerah yang diperolehi dan tahniah juga that FEATURED kerana berjaya menarik minat admin. Glamour gituh hehe.
Apapun harapan dan impian moga 2018 yang baik-baik dan terbaik saja untuk akak ❤
1. Terima kasih Ira atas doa :) haah beriya anak saudara akak simpan duit belanja sekolah, nak berkongsi kegembiraan bagi duit raya katanya. Hihi. \
Delete2. Tawa dalam tangisan T_T
3. Terima kasih Ira. Hihi. Bernasib baik je tu namanya :D
Mana ada flatlays siqah biasa2 je, cantik kot semua flatlays siqah! Jeles betul tengok. Banyak jugak achievement siqah untuk tahun 2017, good luck in 2018. Happy new year tau :D
ReplyDeleteAww ~ Thank you Farhana for your kind words. Banyak lagi Siqah nak belajar bab flatlays. TQ sebab cakap flatlays siqah cantik. Lega dengar :D Happy New Year too and good luck to you in 2018 <3
DeleteBanyaknye kenangan indah awak. Moga tahun 2018 ni lagi meriah hehe
ReplyDelete☆ Atheera ☆
Alhamdullilah. Semoga tahun ni semuanya baik-baik belaka. Hihi. Same goes to you Tyra :)
DeleteWahh panjang lebar wrap up 2017 :D
ReplyDeleteAll the best menghadapi 2018
Husniey doakan semoga Siqah ceria selalu dan dapat travel ke New Zealand atau Korea tahun ni.. Hehehe
Siqah suka tau menulis panjang walau pada mulanya plan nak tulis pendek je. Hihi.
DeleteThank you Husniey. Harap jadilah salah satu negera ke kan travel. Husniey kalau nak ke Jepun cakaplah, mana tahu boleh join. Hihi
Tahun 2017 yang penuh warna dan lakaran...moga 2018 akan berlangsung dan terisi serta diisi dengan lebih warna-warna indah untuk Siqah dan suami serta keluarga.
ReplyDeleteAlhamdulilah. Terima kasih kak PC atas doa yang diberi. Semoga semuanya baik2 untuk akak sekeluarga juga <3
DeleteWaahh .. Tak tahu nak komen yg mcm mana Kak Siqah hahaha sbb semuanya pun sy rasa nak komen. Part akak terkunci tu pun sy masi ingat hehe~ Byak kumpul memori tahun 2017 kan.. Apapun semoga dimurahkan rezeki selalu, diberikan kesihatan yg baik, bahagia bersama suami dan keluarga. Keep on blogging. Suka baca entry akak, cuma kdg2 tu tak tinggalkan jejak haha.
ReplyDeleteHihi. memori betul bab akak terkunci tu :D Thank you Atika for your du'a. InshaAllah akak akan berterusan blogging. Same goes to you tau, keep on blogging. Terima kasih suka baca entri akak. Kalau boleh nanti tinggalkan jejak eh. Akak suka. Hihi :D
Deletei enjoy reading ur blog very much. suke gileeeee
ReplyDeleteSo sweet of you ~ Thank you dear <3 Love reading your blog too!
DeleteSama-sama kasih Siqah.. Seronok baca Wrap Up Siqah for 2017. Gambar blog pun cantik, clear.
ReplyDeleteSis doakan semoga segala impian Siqah menjadi kenyataan..
Tahun 2018 ini lebih baik dari tahun 2017..
Thank you for reading my wrap up yang panjang berjela ni kak LZ. Hii.
DeleteSiqah doakan yang baik2 juga untuk akak dalam tahun 2018. Semoga impian akak tercapai <3
happy new year sis..
ReplyDeleteHappy New Year too, Anum :)
DeleteYour 2017 sure looked happening! May your 2018 will be better :)
ReplyDeleteAlhamdullilah. InshaAllah for 2018. Same goes to your dear <3
DeleteBanyak kisah-kisah menarik dan positif happened to you. Alhamdulillah. =)
ReplyDeletePart paling best bila kena featured . Harapnya satu hari saya punya entri dapat lah jugak di featured mcm awak . Insyaallah Ameen .
Yang Duck featured saya pun pernah dapat masa gie Korea trip . Segan jugak . Tapi rasa happy pun ada . Hihi.
Saya pun happy jugak tgk followers and viewers saya makin meningkat even belum sampai 400 orang and setengah juta viewers. Hihi. Tapi, syukur atleast there are friends or readers yang tak putus2 singgah and support kita untuk terus kita blogging.
Congratz for your blog , yank. =)
Nway, happy 2018. Semoga semuanya dipermudahkan untuk awak dalam segala hal tahun nie. Ameen.
Keep on blogging.
Alhamdullilah for 2017 :)
DeleteKann! Segan tapi happy gak nanye. Bukan senang nak terpilih daripada ribuan gambar. Hihi.
Alhamdullilah. At least ada yang support kita on blogging. Keep on blogging yank and never stop blogging <3
Semoga dipermudahkan untuk awak juga dalam tahun ni. Ameen <3
Wah banyak cerita dalam satu entry. Memang terbaik. Selamat tahun baru, semoga tahun ni membawa lebih banyak kebahgiaan kepada kita :D
ReplyDeleteHii. Selamat tahun baru juga Fatin :)
Deletesuch amazing wrap up dear..suka baca...bab bercuti dalam negara asalkan tidur hotel tu namanya travel,ayat ni buat i tersenyum...actually flashback entry 2017 irda masih dalam draft..huhu tak tahu bila siapnya..woww tahniah for all ur achievement in 2017 ya.Moga terus success dalam dunia blogging..lebih setengah juta tuu..hebat2 ...
ReplyDeleteHihi. Asal tidur hotel namanya travel >> konsep Siqah. Hihi. Takpe, take your time to finish up ur 2017 wrap up stories. nanti ada mood, sekejap je siap entri tu. Hii. Moga kita sama-sama sentiasa support each other on blogging. keep on blogging, Irda :)
DeleteHappy New Year!
ReplyDeleteRuginya tak dapat join give away T_T
Ala Rasya, nanti balik Malaysia boleh join giveaway eh. InshaAllah ada rezeki Rasya nanti okay :)
DeleteHave a blast siqah! Seronok baca how fun your 2017 are! :D
ReplyDeleteHihi, Thank you Eyqa for reading :D
DeleteSemoga di tahun nie rezeki awak akan melimpah ruah..thanks to u too Siqah sebab selalu singgah ke jurnal akak walaupun akak jarang nak komen kat blog awak, hanya mampu jadi silent reader jea..hihihi..anyway akak harap ikatan ukhuwah antara kita akan berkekalan Insha Allah..
ReplyDeleteTerima kasih kak atas doa yang diberi :) Same goes to you, kak. Hihi. Semoga ikatan ukhuwah kita berkekalan ye kak. Keep on blogging tau :)
DeleteWaaa.. siap list best memories dalam tahun 2017! Happening! Anyway, semoga 2018 dan tahun tahun seterusnya bawak keceriaan yang lebih lagi buat kita semua dan yang paling penting, sentiasa dipayungi rahmat Ilahi.
ReplyDeleteInshaAllah. Semoga tahun 2018 lebih baik daripada tahun sebelumnya. Ameen :)
DeleteSiqah punya flatlays semuanya cantik-cantik :)
ReplyDeleteThank you Amy for your nice words :) Lagi semangat Siqah nak ambik gambar nie :)
DeleteSelalu confused dah komen ke belum hahahha. Biasa baca guna phone tapi entah la nak jumpa reply guna lappy.
ReplyDelete1. Utk diagnose penyakit tu, kadang2 mmg ambik masa yg lama untuk doktor finalise punca. Kena banyak bersabar dan terus berusaha taw. InsyAllah she'll be fine, berkat doa anak2 nyaaa :)
2. Ohhh? ada family kat Perak ehh? Ingatkan Johor jaaa.
3. Gigih Erysya bagi duit raya. Hehe sentap pulak rasa sbb kite sendiri tak pernah bagi duit raya kat orang. T___T thank you Erysya for teaching me kindness like this.
4. Prop rupanyaaaa hahaha, kite ingatkan Siqah beli kamera baru utk snap flatlays tuuu sambil phone skrg jadi prop.
5. Kite ingatkan org kerja bank ni semuanya ikut normal working hours hahaha, rupanya sampai kul 11 malam pun bertapa kat ofis.
6. Teringin nak guna 1 side (?) template macam ni just takde kekuatan lagi nak ubah :D
7. Moga makin banyak dapat featured, makin banyak dapat travel esp. NZ tuu dan moga sihat selaluuuu <3
hanisamanina.com
Haha. Takpe Hanis. Lagi suka Hanis banyak kali singgah sini. Hihi. Kalau komen guna laptop lagi best kan. laju tangan menaip :D
Delete1. Insha Allah. Dah lama bawa Mama berubat moden dan tradisional cuma both tak menjadi. Insha Allah, akan terus berusaha untuk ubati Mama.
2. Hii. Takde Hanis. Pergi Perak tu jalan-jalan sempena tahun melawat perak. haha. Family Ayah Siqah ramai juga kat Perak dan Kedah tapi jarang berhubung. So ada yang Siqah pun tak kenal
3. Hihi. I will let Erysya read your comment here :D Erysya jenis perhati orang sikit. Dia kata dia suka bila dapat duit raya, so orang lain mesti suka jugak kalau dia bagi duit raya. Hihi. Hanis tak kerja lagi, takpelah. Nanti dah kerja, bolehlah bagi duit raya pula. Hii :)
4. Hahahahaha!! Takdelah Hanis. Itu ip6+ Siqah yang dah masuk air tu. Guna as prop lah. Hahaha.
5. Iya Hanis. Hidup as banking officer tidak indah mana nanye. Haha. Kerja sampai malam bila country yang disupport itu waktunya bukan waktu Malaysia. Hii.
6. Maybe this year will be the year for you to change your blog template? I'm waiting for that. Hii. Ikut minat masing2 Hanis. Cantik di mata Hanis, bagaimana? :)
7. Hii. Thank you Hanis!! Sedih bab travel!! Huhu. Cancel trip dahhh nie T_T
Paling rare tu dapat duit raya daripda anak saudara hehehe ^^
ReplyDeleteHihi. Kann! Tak sangka dapat duit raya. harap tahun ni dapat lagi. Hehehe :D
Deleteadoiii, rajinnya buat review macam ni balik hehe.. Ok Qekra nak kena bertabah carik cerita lama-lama ni hehe
ReplyDeleteSuka buat review camni. Siqah jadikan blog sebagai kenangan so bila ada review camni, best sesekali baca balik blog sendiri. hihi.
Deletebyk tuuu yg menarik spnjg thn lps...tp x aci laa dpt duit raya...sgt x aci ok!😆
ReplyDeleteHaha. harap tahun ni dapat lagi duit raya. :D
Delete