BUKU YANG INGIN DIBELI DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2018

instalife

April 02, 2018

BUKU YANG INGIN DIBELI DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2018



Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur adalah salah satu acara yang dinanti oleh penggemar buku di Malaysia. Siapa yang tak nak beli buku dengan harga yang murah kan? Kalau bernasib baik, boleh berjumpa dengan penulis buku lagi. Dapatkan autograf dan swafoto bersama. Pasti jadi kenangan terindah :D 

Aku tidak pernah berpeluang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Ada keinginan untuk pergi tapi sayangnya ada aral melintang. Mungkin tahun ini aku boleh meluangkan masa ke sana. Setiap tahun perlu mencuba :D 

Bukan saja harga buku lebih rendah di PBAKL2018, ada juga beberapa buku baru yang diterbitkan dan dijual pertama kali di PBAKL2018. Maksudnya siapa yang beli buku baru di PBAKL merupakan antara orang pertama yang mendapatkan buku tersebut. 

Pastinya aku sudah senaraikan buku-buku yang ingin aku beli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018. Senarai buku mungkin akan bertambah. Hihi. 

NOVEL BARU TERBITAN PROLOG MEDIA


Siapa yang masih tidak kenal Prolog Media? Sesungguhnya anda tergolong dalam golongan yang rugi. Haha. Prolog Media adalah satu-satunya pihak penerbit yang aku sangat suka dan percaya.

Percaya di sini maksudnya aku akan beli semua novel terbitan Prolog Media sebab aku percaya Prolog Media tidak sesekali terbitkan novel yang tidak best. Novel terbitan Prolog Media mempunyai genre dan cerita yang lain daripada lain. Tidak sama konsep dan cerita bagi setiap novel yang diterbitkan.

Aku mula jatuh cinta dengan Prolog Media selepas membaca dua novel daripada Anna Lee yang diterbitkan oleh Prolog Media bertajuk Mesej dan Hello It's Me.

Untuk PBAKL2018, Prolog Media bakal melancarkan beberapa novel baru. Setakat sekarang hanya ada dua buah judul novel baru saja yang telah dikongsi di Instagram Prolog Media. More to come katanya. I'm so happy!! 😀

Terus semangat nak pergi PBAKL2018 :D

Shhh.. Rahsia! by T Sea

Cempaka Melati by Zahida Zarkasi


NOVEL TERBARU RAMLEE AWANG MURSHID


Ramlee Awang Murshid atau lebih dikenali sebagai RAM adalah penulis yang aku kagum dari dulu. Semua novel RAM telah aku baca dan pastinya aku tidak mahu ketinggalan untuk memiliki novel terbaru beliau bertajuk Banja Manggala yang bakal dilancarkan di PBAKL2018. 

Kagum dengan penulisan RAM yang sangat di luar kotak akal fikiran. Semua novel RAM merupakan koleksi kesayangan aku. Novel beliau yang paling aku gemar adalah Trilogi Sunan. Bila baca novel Trilogi Sunan, bagaikan ianya satu kisah benar. Hihi.

Banja Manggala by Ramlee Awang Murhsid


NOVEL-NOVEL HADI FAYYADH 


Aku sudah lama mendengar nama penulis Hadi Fayyadh yang terkenal dengan penulisan yang boleh menginsafkan para pembaca. Konsep penulisan beliau yang menggabungkan fiksyen dan pembalasan kepada setiap dosa dalam Islam. 

Pendekatan novel beliau sangat baik. Aku berpeluang membaca novel terbaru beliau bertajuk Mengintai Aku Di Neraka dan sungguh seperti apa yang sering aku dengar dan baca review, novel beliau benar menginsafkan.

Maka timbullah keinginan untuk membaca tiga novel beliau yang popular iaitu Semusim di Barzakh, Ketika Azazil Berputus Asa, dan Semusim di Mahsyar.


Ini saja buku yang ingin dibeli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018. Mungkin senarai buku akan bertambah. Ada sebulan lagi sebelum PBAKL2018 berlangsung. Mesti ada lagi buku baru yang bakal muncul dalam masa sebulan ni. Wait and see :D

Bukan main lagi aku bercerita mengenai buku yang ingin dibeli tapi masih tak bagitahu tarikh PBAKL2018? Teruja cerita pasal buku sampai lupa nak bagitahu tarikh. Hihi. 

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 bakal berlangsung pada 27 April hingga 6 Mei 2018. Hari yang paling aku rasa sesuai untuk pergi ke sini pastinya ketika hari cuti hujung minggu dan hari cuti umum pada 1 Mei 2018.


Details untuk PBAKL2018 adalah seperti berikut:
Tarikh: 27 April - 6 Mei 2018.
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Masa: Isnin - Khamis (10 pagi - 7 malam) ; Jumaat - Ahad dan Cuti Umum (10 pagi - 9 malam)


Selain daripada membeli buku dan bertemu dengan penulis kesayangan di PBAKL2018, korang boleh juga menyertai Peraduan Bergambar dan Menang RM5000 (10 gambar terbaik x RM500). Banyak jugak jumlah wang tunai sebagai ganjaran 😉

Senang sangat nak menyertai peraduan ni. Hanya bergambar bersama poster PBAKL2018 di stesen LRT terpilih, upload gambar di Instagram, dan letakkan hashtag berkenaan. Mudah sangat!!   



Ada satu lagi peraduan yang menarik perhatian aku iaitu Peraduan Komik Strip | Lerang Komik. Peraduan ini telah ditutup dan korang boleh baca komik semua peserta di Facebook page Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Menarik tau semua komik yang telah dipost. Cuba korang luangkan masa membaca komik strip dan dalam masa yang sama memberi sokongan pada para peserta. Ramai orang berbakat di Malaysia 👍

Selain dua peraduan yang diadakan sempena PBAKL2018, ada satu kempen yang aku tahu akan kewujudannya selepas melayari Facebook Page Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. 


Kempen yang diberi nama KL BACA! Ini adalah satu kempen untuk membawa Kuala Lumpur ke Arah Ibu Kota Buku Dunia 2020. Semoga dapat merealisasikan kempen KL BACA! Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kempen KL BACA, korang boleh melayari Facebook page rasmi KL BACA

Simple je nama kempen kan? Senang nak ingat :) 

Sebagai mengakhiri entri ini, sekali lagi aku ingatkan korang untuk tanda kalendar tarikh 27 April - 6 Mei 2018 untuk ke PBAKL2018 okay 👌 Jumpa di sana! :D


37 comments:

  1. Novel-novel yan Siqah share ini semuanya best.. Semoga tercapai hajatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. MOga sampailah kaki Siqah ke sana nanti :)

      Delete
  2. yg novel Hadi Fayyadh tu rasa mcm nak grab semua ... dgr2 semua cerita dia best ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan!! Kalau tengok review pun, memang semua cakap novel Hadi Fayyadh best. Mesti kena baca ni.

      Delete
  3. Thank you! Kalau tak dina memang tak tahu bila tarikh pesta buku ni. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Now dah tahu, bolehlah plan pergi kan? :D

      Delete
  4. Inilah ketikanya penggemar2 karya penulis yang diidolakan mencari dan mendapatkah naskah...

    ReplyDelete
  5. alaaa seronok nya dah plan nak pergi.airah masih berkira kira nak pergi ke tak -.- jauh sangat nak gerak dari jb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huu. Jauh tu Airah dari JB ke KL. Tapi boleh plan lagi, alang2 datang KL boleh bercuti sekali :)

      Delete
  6. Suka semua peraduan dan kempen yang diadakan seperti KL Baca tu, memang wow sangat.. Moga lebih ramai golongan ulul albab 👍

    Mudahan berjalan lancar PBAKL 2018!
    Kot ada rezeki dapat jumpa penulis buku yang hebat hebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann!! Baru tahu kewujudan KL Baca. Menarik kempen tu! Hii. Mesti Husniey dah ada senarai penulis yang nak dijumpa kan. Moga bertemu mereka nanti :)

      Delete
  7. Hana minat gila buku2 keluaran Prologmed hehe :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Kann!! Ada 4 buku baru terbitan Prolog Media masa PBAKL2018. Baru reveal tadi :D

      Delete
  8. alaaa nak pergi jugakkk nak pergi jugakkk! tapi macam jauh sangat dari Seremban ni wuwuwuuww T-T nak kirim kat awak boleh? hahhaha!

    btw, novel terbitan Prolog Media tu okayy fine saya tak pernah baca haha. but after this i will ushar ushar because you said novel dorang tak pernah tak best. okay i believe you! hehe.

    RAM ada novel baru! ohmaiii nanti nak beli lahh. saya, kakak saya n umi saya memang peminat tegar RAM. heheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Saya pun tak tahu pergi ke tak ni. Ada jugak yang order online or kat PS. Hihi.

      Please baca novel Prolog Media. Best! Jalan cerita semua lain-lain tau. Mesti menarik minat jugak 😁

      Haha. Kannn! Samalah saya dan kakak pun minat RAM jugak. Hehe

      Delete
  9. wahhh...xsabarnya ke pesta buku tahun ni...tahun.lepas dpt borong 5 buku..huhu..ada rezeki.leh jumpa siqah juga..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pbakl dah jadi acara tahunan Irda eh. Hehe. Menarik kan banyak buku dan semua murah. Best tu!! InshaAllah ada rezeki boleh kita jumpa juga. Hehe

      Delete
  10. Bestnya..kalau dekat ni, memang pergi terus..hurm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah yang dekat ni pun tak tahu boleh pergi ke tak ni. Hehe. Auni boleh beli online jugak :)

      Delete
  11. Akak tak pernah lagi baca novel2 genre macam tu..boleh cuba beli ni..save the date la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Save the date kak. Mari membeli dan membaca. Hihi :D

      Delete
  12. Dari dulu lagi teringin nak pergi tapi tak dapat. Harapnya tahun ni boleh pergi. Nak buat wishlist macam ni jugaklah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga ada peluang kita pergi pbakl tahun ni. Wishlist kena ada agar tidak merayau tanpa arah tuju. Tapi rasanya mesti terlebih dari wishlist kot yang dibeli 😂

      Delete
  13. Time Mrs. A kerja KL dulu rajinlah baca novel sekarang dah malas huhuhuu...
    Mrs. A pun suka gak baca novel RAM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs A dah ada hobi lain agaknya kan :) Yess!! Peminat novel RAM jugak. Sep sikit! :D

      Delete
  14. Banyak nak beli, tapi yang ada ni pun tak habis baca lagi. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah nama pencinta buku, biasa dah kalau beli je buku walau dah ada banyak buku yang tak habis baca lagi. Hihi

      Delete
  15. Punya baca sampai habis entry sebab nak tengok bila tarikh hahah. Harap berkesempatan nak pergi and beli banyakkkkk buku walaupun yang ada ni tak habis lagi baca hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Yesss!! Save the date! Beli je dulu buku yang kita nak, bila nak baca tu, biarkan masa yang menentukan. Haha

      Delete
  16. Wowwww siap dah ada list buku nak dibeli. Lajuuu! Heheh. Nani pun plan jugak ni nak pergi. Event wajib setiap tahun, tak pernah miss lagi setakat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Kena aim dah siap2 buku apa nak dibeli :D Wahh bestnya Nani tak pernah miss pergi pbakl. Siqah baru plan nak pergi tahun ni :D

      Delete
  17. Reen pun tak berkesempatan nak ke Pesta Buku lagi. seronok bila tgok kawan2 dapat peluang g,,smga siqah dapat buku yg siqah listkan tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap Siqah ada peluang nak pergi pbakl dan dapatkan buku yang Siqah nak. Kalau tak, terpaksa order online or tunggu kat kedai buku jela nampaknya :) nanti ada peluang Reen ke pesta buku juga ye :)

      Delete
  18. jgn kata abg tak payung tu mcm best je tu. hehe

    ReplyDelete
  19. Tak sabar dah ni nak jejak PBAKL. Maklumlah dah tiga tahun tak pergi sana. Plan nak pergi masa hari pertama tu. Nanti bolehlah beli novel yang ada dalam wishlist. Hehe 😊

    ReplyDelete
  20. RAM ada novel baru??? OMG!!! kena grab cepat-cepat nih!

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife