Jom Pergi ke Langkawi Wildlife Park

instalife

January 30, 2019

Jom Pergi ke Langkawi Wildlife Park



Tajuk pun dah macam kita pergi ke hutan Amazon kan? Hihi. Padahal tak. Sebab kalau kita bercuti di hutan amazon, belum tentu lagi kita dapat balik. Bukan sebab mati tau. Tapi sebab cantik sangat hutan flora dan fauna dorang sampai rasa tak nak balik. Hii. 

Tapi kena beringatlah kalau ke hutan Amazon. Jangan mandi kat sungai dorang sebab ada banyak ikan piranha yang macam dalam filem tu. Masuk tangan keluar tulang. Uish seram eh. Daripada kita berasa gembira sebab explore tempat menarik, jadi dukacita pula. Tak kisah walau ke mana saja kita pergi, jangan berlebih-lebih sampai lupa diri :D 

Sebenarnya dalam entri ini, aku nak cerita yang kat Malaysia pun ada satu tempat yang korang boleh merasa pengalaman kehidupan dalam hutan. Bukan hutan Amazon, semestinya hutan Malaysia. Tidak perlu passport, hanya kad pengenalan dah cukup 😁

So korang, pack your bag, ajak keluarga, kawan-kawan atau sanak saudara untuk pergi ke Langkawi!! Yess!! Di sanalah terdapatnya Langkawi Wildlife Park!!

Kat sini korang boleh bagi makan kat haiwan yang ada, tapi jangan main ikut bagi je sebab semua haiwan di sini ada jadual makan tersendiri. Macam kita lah, ada breakfast, lunch dan dinner. Haiwan pun tak boleh terlebih makan. Kalau selalu makan boleh membuatkan badan kita bertambah saiz, berat dan segala yang berkaitan. Dah macam cakap untuk diri sendiri pulak, Haha. 


Langkawi Wildlife Park adalah satu destinasi yang amat sesuai untuk trip sekolah sebab banyak benda boleh belajar terutama mengenai interaksi dengan haiwan. Bukan setakat budak sekolah, orang dewasa pun turut boleh belajar daripada pengalaman di sini. Dengan apa yang korang dapat semasa pergi ke sini, korang akan faham pentingnya untuk jaga haiwan-haiwan ini. 

Kita tak nak haiwan-haiwan terpupus untuk generasi akan datang. Tak kan kita nak satu hari nanti, budak-budak tanya camne agaknya rupa monyet? Kita boleh bagi mereka tengok gambar tapi sesungguhnya tengok in real life lagi buatkan dorang ingat sampai bila-bila. Terpahat di fikiran mereka. Oleh itu, adalah menjadi tugas kita untuk menjaga kesejahteraan haiwan-haiwan ini. Antara haiwan yang ada di Langkawi Wildlife Park ialah pelbagai spesies burung, monyet, rusa, dan lain-lain. 

Ada dua pakej yang disediakan dalam Langkawi Wildlife Park. Pakej keluarga (group) yang harganya semestinya berpatutan dan pakej personal tour guide so that korang boleh belajar lebih banyak lagi benda secara terperinci.

Sebenarnya, pada tahun 2002. hanya ada burung saja di Wildlife Park ini dan semakin bertambah spesies haiwan lain mengikut peredaran masa. Burung-burung di sini amat jinak sekali. Dengan sekali korang siul, burung-burung comel ini akan terus terbang ke arah korang tapi dengan syarat di tangan korang ada makanan. Hihi. 

Antara burung-burung jinak yang ada di Langkawi Wildlife Park ini ialah dari spesies Budgerigar yang biasanya dikenali sebagai burung Parakeet atau Budgie. Kecik je saiz dia, berekor panjang dan berwarna-warni. Banyak boleh kita jumpa kat kawasan kering Australia dan satu-satunya spesies burung dari genus Austaralian Melopsittacus yang berjaya hidup sejak lima ribu tahun dahulu. Hebat kan?

Spesies Budgerigar

Korang pernah dengar pasal Rakun? Rakun ialah mamalia bersaiz sederhana yang berasal dari Amerika Utara. Rakun biasanya ganas tapi rakun yang ada di Langkawi Wildlife Park ini jinak kerana dilahirkan dan dibesarkan di sini, jadi mereka sudah biasa dengan manusia. Begitu juga dengan anak-anak landak yang comel dan berbulu halus. 


Sambung balik bab beri makan tadi. Selain beri makan pada burung kecil, korang boleh juga beri makanan pada burung Emu, burung Ostrich, rusa, keldai, dan arnab. Makanan ada disediakan dan perlu dibeli. Kalau korang lucky dan datang pada waktu makan haiwan-haiwan ini, korang boleh dapatkan makanan percuma untuk haiwan-haiwan ini secara percuma daripada kakitangan taman ini. 

Langkawi tempat percutian yang sentiasa menjadi pilihan untuk penduduk Malaysia malah pelancong juga. Biasa kita dengar orang pergi Langkawi nak beli coklat dan ke pantai, tapi jarang sekali dengar pergi ke Wildlife Park ni kan? 

Jadi inilah masanya. Korang boleh terjah website Traveloka Malaysia dan korang boleh tengok rate yang sangat reasonable.

Lagipun korang mesti nak cari cheap Langkawi Wildlife Park online booking sebab senang nak beli dan tak perlu susah payah beratur di sana nanti. Untung-untung boleh dapat harga lebih murah. 

Selain itu, korang boleh plan sendiri nak ke sini atau pilih agensi pelancongan yang ada pakej ke Langkawi Wildlife Park. 

Kalau ada jangan lepaskan peluang untuk ke sini bersama anak-anak, keluarga, dan kawan-kawan. Boleh tambah ilmu pengetahuan mengenai haiwan dan merasa sendiri pengalaman bersama haiwan-haiwan di sini. Menghabiskan masa berkualiti bersama orang tersayang sambil mempelajari sesuatu adalah sesuatu yang kita nak semasa percutian. Setuju? 😉

5 comments:

  1. Ya setuju.Berjalan-jalan bukan semata-mara berhibur..tetapi mendekati makhluk lain yang Allah ciptakan juga.

    ReplyDelete
  2. aaa bestnye kalau Raccoon depa jinak2..
    geram dala comey..

    ReplyDelete
  3. Menariknya kalau dapat tengok pelbagai jenis haiwan liar kan.. 😍

    Ini kalau bawa kanak-kanak jalan², memang sesuai sangat. Ehh yang dewasa pun masih teruja kot 😂

    ReplyDelete
  4. Dulu pergi Langkawi, tak masuk pun sini. Hihi. Next time boleh lah pergi, Langkawi ni memang ada banyaak tempat best kan. Nak jimat, memang guna Traveloka lah :)

    ReplyDelete
  5. Nape lain kebenooo itik kat atas tu.. Comey ngat.. hehehe

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife