MY YEAR 2018 IN BOOKS

instalife

January 19, 2019

MY YEAR 2018 IN BOOKS




Aku mengenali aplikasi Goodreads pada tahun 2016 dan sejak itu Goodreads merupakan salah satu aplikasi kegemaran dalam phone aku. Selalu juga aku open Goodreads untuk melihat bahan bacaan rakan-rakan. Mana buku yang aku berkenan tu, akan terus aku add to TBR (to-be-read) list. 

Dan sejak itu, makin bertambahlah buku yang aku add to TBR list. Hihi. Setakat sekarang, buku dalam list TBR di Goodreads adalah sebanyak 330 buku. Haha. Gila ke apa kan. Tapi takpe, add to TBR je. Senang nak rujuk balik in future. 

Aku baru perasan yang aku tak update blog mengenai My Year 2017 in Books. Sungguh aku dalam blogging slump tahun lepas nampaknya. Huhu. Tahun ni, aku berniat untuk berkongsi mengenai topik buku yang dibaca dalam tahun 2018 sebelum berakhirnya bulan Januari 2019. Semoga menjadilah hendaknya :D

Berikut adalah My Year 2018 in Books secara sinopsis lah senang kata yang dibuat oleh Goodreads. Based on what I've read in 2018 😊

My Year 2018 in Books

Aku telah baca 60 buku pada tahun 2018 dan melebihi target aku setiap tahun untuk baca 50 buku saja. I read 18,977 pages across 60 books. Banyak jugak kan. Pilihan buku yang aku baca bukan hanya pada novel saja, ada juga buku poetry dan non-fiction books yang mengandungi jumlah muka surat yang kurang daripada 200 pages.  

Maybe, that's the reason why I can read up to 60 books in 2018. Hihi. Kalau semua buku tebal, rasanya tak sampai lah 60 buku 😅



My average rating for 2018 adalah 3.7. Rasanya banyak jugak buku yang aku rated 4 dan 5 ★ tapi rupanya lagi banyak buku yang aku rated 3 ★. 

Dan highest rated on Goodreads adalah buku biografi Siti Nordiana bertajuk Life Goes On. Review buku boleh dibaca dalam ENTRI INI





Review pertama dan terakhir dalam tahun 2018 telah diberikan khas untuk penulis tempatan. Aku sangat suka akan karya Ramlee Awang Murshid dan Syu Ariani pula adalah penulis tempatan yang aku baru masukkan dalam list penulis tempatan kegemaran. Aku dah baca dua karya Syu Ariani bertajuk Aku Ada dan Anastasia dan tak keterlaluan jika aku katakan yang kedua-dua novel Syu Ariani menarik dan yang pasti, jalan ceritanya adalah bukan cliche dan kisah cinta biasa. 

MY 2018 BOOKS


Senarai 60 buku yang telah dibaca pada tahun 2018. Kebanyakan buku yang aku baca adalah dalam genre romance, mystery/thriller, poetry, fiction, dan non-fiction.

Aku akan berkongsi mengenai buku kegemaran dan penulis kegemaran pada tahun 2018 dalam entri yang berlainan mengikut genre. Rasa macam banyak nak cerita ni. Hihi. 😁









That's all for My Year 2018 in Books. I'm looking forward to read more on non-fiction category and some fantasy book this year. Banyak buku non-fiction masih berada kemas di rak buku dan aku nak cuba baca sebenarnya satu buku fantasy yang agak popular bertajuk Six of Crows 😊

Share about books in comment section below. Maybe your favourite book, favourite author, genre, anything ^_^

Write later, 

Have a nice weekend. 


35 comments:

  1. First time saya dengar tentang Goodreads. Mungkin lepas ni saya boleh cuba memperbanyakkan jumlah buku yang saya baca :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Goodreads sangat bagus untuk mereka yang suka baca buku. Boleh track our personal reading record. Boleh boleh. Kalau ada Goodreads nanti, bolehlah add Siqah :)

      Delete
  2. Saya pun suka membaca tapi lebih kepada buku fizikal. Biasanya cerpen je saya akan baca online. Pernah dengar tentang aplikasi Goodreads tapi tak pernah cuba guna lagi. Saya suka baca buku berkaitan penyiasatan, cinta dan kekeluargaan. Buat masa sekarang ni penulis novel kegemaran ialah Syamnuriezmil sampai ada koleksi buku beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah ada juga baca novel kat Wattpad tapi tak pernah habis. Hihi. Bolehlah cuba Goodreads nanti. Boleh kita jadi kawan kat sana jugak. Hihi. Siqah ada satu novel Syamnuriezmil tapi tak baca lagi. Ramai bagi good reviews about her novels :)

      Delete
  3. Moga tahun ini bertambah lagi jumlah bahan bacaan Siqah ya..

    ReplyDelete
  4. Wahhh banyak buku awak baca, saya tengok cantik kamu edit picture buku dan susun kemas. Btw saya pun ada buku 100 things i learn about learning..~

    http://www.imaginasiklasik.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ada semangat baca, bacalah jugak. Now dah reading slump pulak :D Awak maksudkan gambar untuk list my 2018 books ke? Itu bukan saya susun. Saya ambil screenshot daripada website Goodreads je. Hihi.

      Delete
  5. Good sharing. Miera ni jenis malas membaca. huhu..banyaknya buku awak dh baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. takpe. Maybe Miera ada minat lain kan? :)

      Delete
  6. ya Allah, kagum sangat dgn Siqah :D Skrg ni buku yg beli tahun lepas pun tak sempat2 nak bukak T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanis busy sekarang kerja kan. Takpe, ada masa nanti boleh baca okay. Sikit-sikit baca pun okay :)

      Delete
  7. Eka langsung tak dekat dengan goal tahun ni, haha, book slump semakin berleluasa. Hopefully this year will be better, tapi this year eka will go with the flow jak dlu, and nnt tgk balik berapa goal yg bleh dicapai.

    Have a blessing day siqah!

    The Hundred Pages | Eyqa Zq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang Siqah book slump jugak ni. Maybe sebab buku yang current read tak best mana. Hihi. Hope tahun ni Eka baca buku banyak2 dan reading slump tak datang terjah Eka. Kalau datang ke Eka pun, hope kejap je. Hihi.

      Have a blessing day too Eka :)

      Delete
  8. Perghhh 60 buku! Hmmm kalau Sayidah rasanya banyak juga tapi tak jot down kat mana2 lepas baca, so lupa mana yang dah baca haha. maybe tahun baru ni azam baru nak install apps Goodreads & review novel/buku yang sudah dibaca yeahhh! tapi tu lah kan. kekadang malas nak review sebab tak pandai sangat bab2 review ni kihkih.

    btw, kak Siqah.. jemput join segmen Sayidah :) http://www.sayidahnapisah.com/2019/01/8-juta-special-bloglist-sayidah-napisah.html. last date 26jan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes yes! Please install Goodreads and jangan lupa add Siqah tau. Hihi. Kan, kadang2 malas jugak nak review buku tambah lagi kalau buku tu, meh tak suka. Hihi.

      Sayidah!! I miss your segmen. Next time if ada buat segmen or GA, kalau takde aral, Siqah join okay :)

      Delete
  9. Waahhh!!! banyak tu 60 buku setahun. suatu pencapaian yang memuaskan. saya sendiripun tak sampai lagi 50 buku. sikit-sikit je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe sikit pun baca buku. Yang penting apa yang kita dapat lepas dah baca semua buku tu :) Maybe tahun ni semangat Najah baca buku semakin berganda ke :)

      Delete
  10. I hope I can read as much as you. Thank you for the inspiration. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome Anyss!! And please do read. Boleh membawa kita masuk ke dunia lain jika membaca :)

      Delete
  11. I've just heard about goodreads. And nak tahu dia dalam apps sahaja or website pun ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Goodreads ada website dan app. Lagi senang kalau guna app. Bolehlah awak downaload GR lepas ni :)

      Delete
  12. Bnayaknya bukuuuuuuu, btw, goodreads ni app utk review buku je ke ataupun ada full content buku ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Goodreads adalah apps untuk track our reading record and also reviews. Takde full content buku. Hihi

      Delete
  13. waahh! hebatnya dapat baca 60 buah buku sepanjang tahun lepas. i'm proud of u. kipidap a good work untuk tahun ni k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah. Dapat baca 60 buku tahun lepas. Harap tahun nie semangat membaca ada dalam diri :)

      Delete
  14. Happy reading books Siqah.. Seronok haritu tengok Siqah share pasal cafe buku yang dekat ig story.. Nanti update tau 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Husniey :) Hihi, nanti Siqah update pasal kafe buku tu ye <3

      Delete
  15. Sha pun minat Ramlee Awang Murshid.. Buku terbaru beliau belum beli lagi.. Syu Ariani tu pula antara penulis yang menarik novelnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayy! Kita geng minat Ramlee Awang Murshid. Buku Kasyaf Ain ke? Buku tu best <3 Siqah dah preorder buku Anding Anyangan 2 jugak <3 Haah, Siqah suka jugak Syu Ariani.

      Delete
  16. Hanya mampu berasa kagum je dengan pencapaian orang. :)
    Doakan la terbuka hati untuk membaca & menulis semula.
    Sekarang ni dok belek buku aktiviti anak je. :P

    ReplyDelete
  17. Hihi. Takpe. Siqah doakan terbuka hati Shea nak baca dan menulis semula ye. Sambil2 belek buku anak tu :D

    ReplyDelete
  18. Rindunya nak membaca balik.. hadui laa...

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife