2018 YEAR IN REVIEW

instalife

January 16, 2019

2018 YEAR IN REVIEW

Flatlay yang diambil pada bulan Mac 2018 untuk Mac Wrap Up tapi tak buat sampai sekarang.
Jadi aku letak di sini. Malas nak ambil gambar baru :)

Entri pertama dalam tahun 2019 dan semestinya aku nak bercerita mengenai tahun 2018 yang kini hanya tinggal kenangan. Kemalasan dalam update blog sangat melampau pada tahun lepas. Tak tahulah apa yang menghantui fikiran. Aku sangat malas berganda-ganda malas. 

Bukan itu saja, blogwalking pun aku dah jarang buat. Ditambah pula sekarang, aku tak boleh tinggalkan komen di entri blog jika aku blogwalking menggunakan phone. Tak tahulah apa sebabnya. Tak keluar Google Profile T_T 

Nak on PC memang berganda malas lah kan. Mungkin aku kena ada laptop sendiri kot baru rajin dalam segala hal. Ada sesiapa nak hadiahkan aku laptop tak? Haha.

Mengenai entri ini, aku hanya nak letak beberapa memori dalam tahun 2018 di sini sebagai ingatan untuk diri sendiri. Well, aku jugak yang akan baca blog aku sendiri sebenarnya sambil mengimbau kenangan 😊

So, my 2018 year in review as below. Selepas 16 hari baru nak update :D




Pertama kali mengundi di PRU-14
You read it right. Hihi. Aku berusia 32 tahun dan tahun lepas adalah tahun pertama aku mengundi di Pilihan Raya Umum ke-14 🙈 Sebenarnya, aku baru tukar tempat mengundi ke Subang Perdana. Sebab tu lah, baru nak mengundi. Selama ni, tempat mengundi aku di Pekan, Pahang. Asyik tunda je untuk buat pertukaran tempat dan akhirnya selepas disuruh oleh suami, aku pergi juga buat pertukaran tempat. Konon nak Malaysia berubah lah ni :D

Sangat bangga dengan diri sendiri sebab dah pernah mengundi. Boleh? Haha.

Ambik gambar bersama jari tanda mengundi -- benda wajib buat :D

Bayaran penuh pinjaman PTPTN
Alhamdullilah. Aku sudah langsaikan pinjaman PTPTN sebanyak RM28k+. Bayar secara berperingkat dengan mengeluarkan duit simpanan daripada KWSP. Sayang sebenarnya nak guna duit KWSP untuk bayaran pinjaman PTPTN, plan nak beli rumah, tapi takpelah. Ada rezeki lain. InshaAllah. Yang penting, hutang PTPTN langsai. Lega sungguh rasanya. 




Kelahiran anak saudara ke-6
Bulan Februari 2018, bertambah lagi ahli keluarga Hussin dengan kelahiran anak saudara aku yang ke-6, Muhammad Abdullah Al-Amin daripada adik aku, Anjang dan Wanie. Amin yang comel sangat, gebu sangat, dan suka sangat senyum. Manis je tengok dia. Sampai suami aku kata, Amin jatuh nombor satu untuk anak saudara aku yang paling comel. Hihi. 

Angah ke USA selama setahun
Abang aku, Angah, telah pergi ke USA untuk menyertai kursus di sana pada bulan Mac 2018. Kakak ipar aku, Mai, bersama dua orang anak, Surfina dan Thaqif pergi ke USA juga pada bulan Jun 2018. Cadangan awal untuk mereka sekeluarga pulang bersama pada bulan Jun 2019 tapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Mai dan anak-anak telah kembali ke Malaysia pada hujung bulan Disember 2018. Arwah Mak Mai telah kembali ke rahmatullah. Al Fatihah. 

Kehilangan Atuk tersayang
3 Sept 2018, Atuk telah kembali ke rahmatullah. Tak sangka yang tahun lepas adalah tahun akhir beraya bersama dan kali terakhir untuk aku menjawab soalan-soalan cepumas Atuk. Atuk pernah cakap yang dia nak tengok anak aku dan Aliff tapi sayangnya hajat Atuk tak kesampaian. Sedih bila memikirkan perkara itu T_T

Atuk telah dikebumikan di sebelah kubur arwah Mak. Semoga roh Atuk, Mak dan Mak Mai dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan mereka yang beriman. Amin.

Setia di Standard Chartered 
Aku masih bekerja di tempat yang sama dan tahun 2019 merupakan tahun ke-10 aku kerja di sini. Lama gila!! Dulu selalu kata kejap je kerja sini, sedar tak sedar, dah 10 tahun. Hihi. Alhamdullilah. Rezeki aku masih di Standard Chartered. Rakan sekerja yang buatkan aku masih kekal di sini. Dorang sangat awesome! Kerja sambil mulut bising bergosip itu adalah perkara biasa untuk ITT team. HAHA.

Aktiviti kami tak banyak untuk tahun lepas. Ada team lunch di Tonka Bean Cafe, Impiana Hotel dan aku, Hanis, dan Tasha bekesempatan untuk pergi ke Standard Chartered GBS Malaysia Hari Raya Open House 2018. Kebetulan je sebenarnya pergi ni. Dah tetiba ada kosong. Kami on je asalkan makan free kat hotel. Haha.

Aku, Hanis, Tasha.
Kami satu team dan tidak dibenarkan cuti sekali. Harap maklum :D




The Flatlay-Bookstagram Account - @siriusiqa
Another Instagram account. Hihi. Aku ada IG ketiga ini sejak Dec 2017 tapi aku tak aktif dan gambar pertama aku adalah gambar dUCk. Haha. Bulan May 2018 aku kembali aktif dan decided untuk jadikan akaun ini sebagai akaun flatlays dan bookstagram.

Pada mulanya, aku nak jadikan akaun ini sebagai akaun flatlays saja tapi disebabkan aku suka akan buku dan hampir semua flatlays aku adalah gambar buku, jadi aku teruskan niat untuk jadikan akaun ini sebagai medium perkongsian buku-buku yang telah aku baca.

Flatlays/Bookstagram acc @siriusiqa

Apabila merujuk kembali kepada kali pertama aku terjebak dengan flatlays adalah kerana buku. Ambil flatlays buku untuk review di blog dan kini aku buat perkara yang sama cuma di medium instagram pula.

Ada beberapa review buku yang telah aku buat di instagram ini @siriusiqa . Tak sempat lagi nak update full book review di blog. Will do it in this year. Hopefully.

My latest feed @siriusiqa

Komuniti bookstagram di Instagram sangat supportive. Sentiasa bagi sokongan to each other dengan komen di gambar dan reply insta story. Sembang-sembang dan berkongsi pendapat mengenai buku yang dibaca. Bukan pasal buku je, pasal benda lain pun campur sekali. I love that kind of engagement 💓

Dan disebabkan mereka juga, buku dalam TBR list aku semakin bertambah. Banyak buku yang menarik untuk dibaca sampai aku dah buat satu folder Book Recommendations di bahagian saved pictures. Makin hari makin banyak gambar added to that folder :D 

Tidak Aktif di @haqisfila , Facebook, dan Twitter. 
Aku hanya post kalau tak silap hanya 21 gambar di @haqisfila pada tahun 2018. Sikit gila! Malas nak edit dan susun gambar sebenarnya. Konon nak feed tersusun cantik kemas ikut tone tapi aku dah fedup rasanya. Haha. So mungkin tahun 2019, aku post jela gambar apa yang aku rasa nak post. Pedulikan feed. Semua gambar adalah kenangan dan itu yang penting :)

Hanya sesekali aku muncul di Facebook dan Twitter. Kalau teringat, aku on lah kejap. Kejap itu maknanya mungkin hanya 5 minit. Hihi. Aku dah off notifications untuk both social media, so hidup agak tenang di situ. Cukuplah notifications daripada Instagram saja. 




Dua Giveaway dan Satu Segmen
Aku telah mengadakan satu giveaway iaitu Letter of Happiness Giveaway bersama satu segmen bloglist pada bulan April 2018. Masa ini semangat blogging masih utuh dalam diri. Hihi. Giveaway kedua diadakan pada bulan Julai 2018 bersempena hari raya dan bertepatan dengan hadiah berupa Sampul Raya Fashion Valet 2018. 

Aku berniat untuk menganjurkan satu giveaway pada tahun 2019 cuma tarikhnya belum ditetapkan. Bukan setakat tarikh, hadiah pun masih belum ada. Jadi, InshaAllah, doakan aku dimurahkan rezeki ye ^_^

Menang Giveaway dan Surprise Gift from blogger 
Alhamdullilah. Aku ada menang satu giveaway yang dianjurkan oleh Sis LZ. Bukan senang nak menang tau. Sebenarnya, aku ni bukan orang yang sentiasa menang anything. Lucky draw pun tak pernah dapat. Hihi. Jadi bila memang giveaway, rasa happy sangat :)

Dapat hadiah yang tidak disangka daripada Kak Farrah. Hadiah daripada hasil tangan Kak Farrah sendiri. Nanti aku kongsikan di sini ye. Nak share di blog, ambil gambar dah beriya, cuma masih tak siap entri tersebut. Hihi.

Free Copy Novel Pulang from Media Prima
First time, aku dapat free copy sebuah novel in exchange with an honest review. Novel Pulang daripada Media Prima sempena filem Pulang yang ditayangkan tahun lepas. Aku bukanlah blogger yang selalu dapat job, hihi, jadi, dapat free copy sebuah novel pun dah buat aku rasa happy sangat. Novel kot. Aku ni dahlah pantang dengan buku :D

Boleh baca review novel Pulang by Lily Haslina Nasir >> DI SINI.

Sahabat Blogger Pilihan Starlavenderluna
Terima kasih Kak Shikin daripada Journal Shikin Razali kerana telah memilih Siqah sebagai salah seorang sahabat blogger pilihan. Dah lama juga tunggu manalah nama sendiri tak muncul 🙈 Tapi sedar dengan ketiadaan aku di blog rakan-rakan, malah di blog sendiri, mungkin diri ini sudah dilupakan. Tapi tidak oleh Kak Shikin. Terima kasih sekali lagi Kak Shikin dan rakan blogger yang lain. Terima kasih di atas komen yang diberikan. Inshallah akan dipertingkatkan kerajinan diri di masa akan datang ^_^

Kita boleh stay-in-touch di Instagram okay. Aku jarang berada di blog tapi ada je di Instagram. Walaupun kadang-kadang hilang juga, sebentar cuma 😊

Followers and Pageviews
Terima kasih pada 527 followers kerana sudi mengikuti perjalanan blog ini. Dan terima kasih juga kepada followers/readers yang telah memberi sumbangan kepada total pageviews di blog ini. Kini sudah menghampiri 1 juta trafik.

Sekarang, pageviews sangat sedikit berbanding pada awal tahun. Aku yang tidak update blog secara konsisten mungkin menjadi punca kepada pageviews yang sedikit sekarang. Tapi takpelah, asal masih ada yang sudi menjenguk blog ini. Terima kasih semua ^_^

New Blog Template 
As always, aku dan blog template berpisah tiada. Haha. Aku telah tukar blog template buat kali entah keberapa pada akhir tahun 2018. Kononnya untuk dijadikan pemangkin semangat agar aku rajin update blog pada tahun 2019.

Tipulah kalau aku kata yang aku tak kisah dengan pageviews yang semakin merundum selepas tukar blog template T_T tapi takpelah, asalkan blog aku telah dipasang dengan template yang aku suka. Dan blog template baru ini telah menelan belanja yang agak besar. Makanya, tak nak dah lah tukar blog template dalam tahun 2019. Fingers crossed 😁✌

Korang dah tengok ke blog template baru aku? Boleh klik button HOME. Hihi. Paling aku suka adalah instagram widgets 😍




2018 Goodreads Reading Challenge
Setiap tahun aku set cabaran membaca dengan 50 buku. Tak pernah berkurang dan bertambah daripada nilai 50. Tahun lepas, aku berjaya baca 60 buku. Banyak juga buku kegemaran dan beberapa penulis baru yang aku suka. Aku akan berkongsi mengenai dua topik ini dalam entri yang lain. Mungkin dalam masa terdekat? Ohh tidak pasti :D

My Year 2018 in Books 




Tahun 2018 adalah tahun di mana aku banyak menghabiskan masa di rumah saja. Malah, masa cuti dua minggu pun aku hanya duduk di rumah. Orang lain cuti lama semuanya travel. Aku je duduk di rumah dan melepak di kafe-kafe yang ada. Kebetulan masa aku cuti dua minggu, suami pun ada tugas luar 😅

Ada beberapa lokasi yang telah aku terjah pada tahun lepas. Ada juga lokasi yang bagaikan sudah menjadi kewajipan setiap tahun. Hihi. 

1. Cyberjaya
2. Bukit Tinggi, Pahang
3. Genting Highlands, Pahang
4. Bukit Fraser, Pahang
5. Bukit Gambang Waterpark, Pahang. 
6. Hatyai, Thailand. 

Banyaknya negeri Pahang!!! 😂

Entri mengenai beberapa lokasi ini macam biasa masih ada dalam draft terutama kisah di Hatyai, Thailand. Malas melampau. Haha. Aku hanya berkongsi di Instagram @haqisfila atau @siqahiqa_ (private). Ikut suka hati je nak share di mana-mana. Hihi. 

Belanja satu gambar :D

Done! Hihi. Sekian saja kisah 2018. Mari tutup planner 2018 dan buka planner 2019. Semoga apa yang dirancangkan pada tahun ini diperkenankan olehNya. Perancangan manusia adalah usaha dan Allah adalah sebaik-baik perancang dan penentu takdir kita. InshaAllah, semoga dipermudahkan. 

Aku tiada niat nak berkongsi 2019 Resolutions di blog. Cukuplah dengan menulis setiap azam tahun 2019 di planner. Keep it to myself only 😊 Mungkin berjaya capai azam tahun ni. Hihi.

Tidak terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan,

Selamat Tahun Baru 2019

Thank you for reading.

Write later,
Have a nice day.




21 comments:

  1. rindu nak baca entry siqah nanti update selalu tau 2019

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Airah. Siqah pun lama tak jenguk blog Airah. Rindu nak baca blog kawan2 semua. Lets hope for the best in 2019 :)

      Delete
  2. selamat tahun baru siqah, apapun perancangannya moga Allah permudahkan semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak AA. Sama jugak untuk akak. Semoga semua perancangan dipermudahkan olehNya :)

      Delete
  3. hi, bw here cantik betul blog awak

    ReplyDelete
  4. Harap2 tahun ni dapat entri banyak2 lagi sis. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Itulah., Harapnya begitulah. Nak ambik mood rajin macam rakan blogger semua lah nie. Hihi :D

      Delete
  5. Assalamualaikum Siqah..
    Walaupun lama tak update blog ini tapi nama blog SiqahIqa sentiasa di hati sis..
    Semoga tahun 2019 ini mendapat lebih kejayaan, dikurniakan rezeki dan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak LZ :)
      Aww ` Thank you kak for your sweet words. Rasa berbunga pulak hati ini masih diingati oleh akak >3
      Terima kasih juga kak atas doa yang diberikan. Same goes to akak jugak. Semoga dipermudahkan semuanya untuk tahun ini <3

      Delete
  6. terbaek.. semoga dipermudahkan 2019 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. Semoga dipermudahkan untuk awak jugak :)

      Delete
  7. 10 tahun tuuuu tahniahhh!!

    p/s standard chartered x de buat contest gi Anfield ke? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi., Thank you Anies. Lama dah haa 10 tahun. Dah darjah 4. Haha :D
      Takde rasanya contest tu. Hihi. Jom join SCBKL Marathon jela nak? :D

      Delete
  8. happy new year awaaakk.. have a nice year ahead.
    cantik2 gambar flatlay hehe kite tak reti =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy new year too awak :) Semoga tahun ni semuanya dipermudahkan untuk awak dan banyak lagi tempat awak travel. Hihi.
      Biasa je gambar flatlay siqah. Ikut suka je ambik gambar :D Btw, thank you so much <3<3

      Delete
  9. Lamanya abang awak kursus. Dia PTD ke? My senior is a PTD and he has to go to USA as well for a course. Not sure for who long.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang Siqah tentera darat, Farah. Hihi. Ada kursus sekali ni je setahun if tak silap Siqah lah :D

      Delete
  10. Happy New Year Siqah. Semoga tahun ni kita sama-sama rajin update blog. Amin. Hehe

    Mijablur - Malaysian Lifestyle Blogger

    ReplyDelete
  11. Hai siqah. Seronok baca entry ni.
    Hope 2019 akan bertambah rajin la kita memasing untuk update blog ye.
    Hihihihi.

    ReplyDelete
  12. Hihi walaupun wish untuk tahun baru dah lama berakhir tapi nak ucap jugak.. Semoga di tahun nie awak terus sukses Siqah.. Sori baru berkesempatan nak drop down komen kerana tuntutan kerja akak yang tak mengizinkan untuk blogwalking suma rakan-rakan akak including awak.. Apapun nama awak masih lagi di hati akak.. hihihi thanks for your lovely words in this entry..

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife