Genting Highlands Awana Skyway Free Rides

instalife

July 31, 2016

Genting Highlands Awana Skyway Free Rides

Hello, all 

 
Teruja tak bila baca tajuk? Hee. Macam dah lama je tak dengar mengenai Genting Highland sejak mereka tutup untuk ubahsuai kawasan.

Bila kali terakhir korang naik Awana Skyway di Genting Highland? Aku tak ingat bila. Nampak sangat dah lama kan. Hehe. Last time pergi Genting pun tak ingat bila. Seingat aku baru dua kali je aku naik Awana Skyway. 

Berita baik untuk semua! 

Sempena pembukaan Awana Skyway yang baru, mereka ada bagi satu giveaway iaitu Awana Skyway FREE Rides di sepanjang bulan Ogos 2016. 

Free Rides Promotion: dari Awana Station to First World Hotel 
Promotion Period: 1st - 31st August 2016 

Lagi berita baik apabila AngPau akan diberikan kepada 200 orang pertama. Berapa agaknya jumlah dalam AngPau tu kan? Kalau nak tahu, kenalah jadi antara 200 orang pertama. 

Lagi lagi berita baik apabila kali ni ada glass-floor gondola! Gilalah weii! Memang upgrade sangat! Aku nak naik gondola tu walaupun takut nanye. Haha. Nak jugak enjoy a breathtaking view hutan di bawah. 

Lagi lagi lagi berita baik. Haha. Banyak sungguh berita baik ni. Nak ambil gambar mesti mostly semua guna phone je kan? Berita baik adalah ada tempat cas phone dalam gondola! Serius! Tak tahulah dorang letak camne. Tak akan lah power bank pula kan? Hehe.

Masih teruja? 
Sila terjah ke Awana Skyway Genting Highland di sepanjang bulan Ogos ini. FREE! FREE! Siapa tak suka benda free kan? =D

Mark your calendar ya.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila KLIK SINI.

Have a nice day, all.


45 comments:

  1. Wah...boleh lah nak pergi naik gondola jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila sila.. Nanti share pengalaman eh. Siqah nak pergi juga tapi tak tahulah jadi ke tak. Hehe..

      Delete
  2. kalau dekat dah pegi dah ni. lame dah tak naik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan mek.. Lama dah tak naik gondola. Nanti ada masa mek pergi ye.. Cuma bukan free dah lah. Hee. Siqah pun bukan pergi masa bulan nie kot =D

      Delete
  3. Assalamualaikum Siqah,

    Inilah yang dok diperkatakan dalam media sosial, glass floor gondola..
    Sesuai sangat kepada mereka yang sukakan cabaran & tak gayat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak LZ =)

      Siqah gayat orangnya tapi nak cuba jugak naik glass gloor gondola tu. Tak tahulah kalau sampai sana nanti, bila tengok gondola terus berubah fikiran =p

      Delete
  4. Menarik ni! Akak pun tak ingat kali terakhir ke sana bila :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kak farrah kita pergi =D Lama tak dengar kisah genting highlands sejak dorang tutup outdoor kan..

      Delete
  5. Bestnyaaa .. tak pernah lagi naik genting. Nai cameron pun pernah sekali je . Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada rezeki dan masa nanti, kim chaa pergi eh. Best rasa pengalaman kat tempat sejuk katanya. Hehe. Genting untuk bersuka ria, cameron untuk ketenangan 😍

      Delete
  6. Wah banyak angpau siqah
    Mesti org dekat2 dah teruja kan
    Kaknoor yg jauh ni kena sabo je lah

    ReplyDelete
  7. Wah banyak yang menarik dan buat rasa teruja ni..hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi kak PC. Ada masa silalah pergi. Hehe. Siqah plan nak pergi masa outdoor theme park dah siap. Sekali naik je =D Hii

      Delete
  8. Reen merancang nak pergi.. Tapi risau sebab naik bas.. Lepas tu baru jumpa skyway. Cantik template baru Siqah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu reen. Siqah pun seram kalau naik bas g genting. Reen boleh cuba car pool dengan keluarga dan kawan2. Ajak ramai2 pergi baru best 😊

      Hee. Tq reen. Siqah beli template lagi. Tak reti nak buat sendiri template macam reen. Hehe. Bila dah beli, banyak pulak nak kena buat sendiri. Pening lah eh. Cuba lagi =D

      Delete
  9. Wow3x, byk betul berita baik nih, teruja nih terutama yg gondola tu, nak naik jugakk, ada tgk kt tv, mmg best sgt lah, hihi..mcm dh pegi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak azimah =D teruja kan tengok gondola terutama yang glass floor tu. Walaupun takut tapi macammm nak cuba. Hehe. Pergilah nanti akak lepastu share pengalaman ye =D Hihi

      Delete
  10. seronoknya tp akak mcm seram jelah naik skyway tu heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Sekali je kak.. Lawan keseraman itu. Kiki =D

      Delete
  11. Replies
    1. Hee. Takpe yui. Nanti ada masa yui pergi eh.. Kat ipoh pun banyak tempat menarik. Siqah nak pergi ipoh nanti rujuk yui lah =D

      Delete
  12. Mesti best sngt kalau siqah antara 200 tu kan
    Dapat angpau boleh belanja makan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak noor kena datang KL lah kalau nak siqah belanja. Hehe. Siqah bagi orang lain peluang untuk dapat 200 pertama angpau tu. Biarlah jadi rezeki mereka. Hehe..

      Delete
  13. Glass-floor gondola? Gayat weiii.
    Naik yang biasa tu pun dah kusss semangat. Hihihih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Kan shea =D Tapi siqah nak cuba glass floor gondola tu. Jom kita g sesama. Leh merasai gayat bersama. Hihi

      Delete
  14. Wahh..Menarik ni! Tapi berangan ajelah nak pergi ke tempat tu. Haha.

    ReplyDelete
  15. alamak jauhnya kat genting..kena naik belon..tapi kak MV ni gayat..berani ker nak naik ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah pun gayat jugak kak MV. Tapi teringin juga nak merasa naik gondola nie. Jom kita sama-sama beranikan diri nak kak? 😊😁

      Delete
    2. kena tgu beli tiket flight ke sana dulu lah..

      Delete
  16. waaa... last pergi genting tah bila tah tak ingat pula.. alamak x sempat la nak menaiknye baru je sampai sabah smlm.. hurmmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo duduk sabah rupanya.. Hee. Takpe, nanti boleh pergi ye, cuma kena bayar dah lah =D

      Delete
  17. akk ada tengok dalam fb smlm..transparent kan..boleh nampak view bawah..hoho...seram pun ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak ayu. Siqah seram jugak nanye. Tapiii nak jugak cuba naik.. Sekali je jadilah.. Jom lah kak.. Hehe =)

      Delete

  18. Bestnya...teruja pulak kita...cuma money je belun teruja...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. nanti bila money dah teruja, nini boleh pergi ye :) Siqah pun post je dulu, bukan nak pergi bulan nie pun. kiki

      Delete
  19. menarik ni...free!!..tapi akak gayat dok tinggi-tinggi...kena cabar diri baru boleh naik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak! benda free biasa lagi menarik. hehe. siqah pun gayat jugak. jom sama-sama cabar diri nak naik kak :D

      Delete
  20. Kalau yg jenis sukakan cabaran boleh aje Siqah
    Tapi kakak ni gayat rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. siqah gayat jugak kak. kalau boleh beranikan diri, bolehlah cuba. kalau tak, takpe kak. baik naik kereta je kan :)

      Delete
  21. best nye genting. tapi rase nye kite xboleh pegi kot.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa orked tak boleh pergi? sebab tinggi ke? huhu

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife