Percutian Awesome di Best Western Petaling Jaya

instalife

March 20, 2017

Percutian Awesome di Best Western Petaling Jaya

Hello semua!

Korang semua ke mana masa cuti hujung minggu lepas? Jalan-jalan kah? :)

Agaknya mungkin korang dah puas bercuti di kawasan yang aman dan mendamaikan, apa kata hari ni aku nak ajak korang bercuti di bandar pula. Bandar yang jarang dilawati oleh pelancong tetapi mempunyai daya tarikan yang tidak kurang hebatnya. 

Apakah bandar tersebut? Hihi. Bandar Petaling Jaya. Bandar di mana tempat aku bekerja. Seronok juga kalau bercuti di bandar sekali sekala. Walau tidak dinafikan tempat peranginan di luar bandar lagi menarik. Berubah angin seketika, apa salahnya kan? 😂

Kalau nak bercuti di bandar PJ, semestinya hotel penginapan adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan. Semestinya semua orang mahukan hotel penginapan yang selesa dan mempunyai kemudahan yang baik. 

Kali ni, aku nak berkongsi sebuah hotel yang aku berminat untuk menginap di Petaling Jaya. Hotel yang dimaksudkan adalah hotel Best Western Petaling Jaya. Rangkaian hotel ini dimiliki oleh Best Western Hotel & Resort yang memiliki ratusan hotel di seluruh dunia. No wonder, servise dorang mesti tip top. 

Credit photo here

Dari luar dah nampak menarik kan hotelnya? Hotel ini terletak di pusat bandar Petaling Jaya iaitu di Seksyen 13 yang sememangnya sentiasa hidup walau di malam hari.

Hotel ini bagi aku sangat strategik sebab:
  • 10 minit memandu ke Mid Valley Megamall Kuala Lumpur
  • 50 minit memandu dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
  • 30 minit memandu dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz (Skypark)
  • 20 minit memandu ke Sunway Lagoon dan Sunway Piramid
  • Hanya beberapa langkah dari Jaya 33 Shopping Mall. 

Banyak tempat makanan menarik di Jaya 33 Shopping Mall dan sekitar Petaling Jaya. Jadi, korang tak perlu risau akan kelaparan dan kebosanan di sini. 

Hotel ini sebenarnya merupakan sebahagian dari Centre Stage Complex yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk bisnes, percutian, dan gaya hidup dalam satu tempat. Kalau korang bosan, boleh turun jalan-jalan di kompleks ini. 

Kalau korang nak ke tempat lain luar dari Petaling Jaya, ianya sangat mudah sebab ada banyak akses kepada kemudahan awam seperti LRT, teksi, dan bas. Kalau nak lagi senang, naik je Uber atau Grab Car. Memang senang sebab kawasan PJ boleh dikatakan hot spot. Senanglah kira nak dapat Uber atau Grab Car, tak perlu tunggu lama. 

Kemudahan di Best Western Petaling Jaya:

Free Wifi
Travel dan internet tak dapat dipisahkan. Walaupun berada dalam mood percutian, kita masih tidak boleh berenggang dengan phone. Dah ada free wifi, bolehlah kiranya korang surf internet sambil mencari lokasi menarik untuk dikunjungi. Plus, nak upload gambar di laman sosial juga mudah. Nak tengok drama Korea yang tidak boleh ditinggalkan itu juga mudah. Hihi. 

Credit photo here

Kolam Renang
Kalau bercuti dengan anak-anak, kolam renang adalah kemudahan wajib ada. Setuju? Hihi. Ada dua jenis kolam renang disediakan iaitu satu untuk kanak-kanak dan satu untuk dewasa. Kolam renang untuk dewasa tidaklah dalam sangat, bolehlah kira lepaskan hajat nak berenang. Paling best, korang boleh mandi kolam selama mana yang korang nak dan sambil tu, boleh luangkan masa bersama keluarga atau kawan-kawan. 

Credit photo here 


The Staff
Friendly and professional staff. Korang boleh tanya mereka apa saja daripada teksi sampailah nak aturkan any event. Mereka akan membantu dengan hati terbuka. Aku suka kalau customer service bagus camni. Baru rasa dihargai dan dihormati. 

Banyak review menarik dan positif mengenai hotel ini yang membuatkan aku berkenan untuk menginap di sini. Boleh cuba one day. Aku dan suami pernah menginap di salah satu hotel di Kuala Lumpur dan Cyberjaya. Boleh ulang lakukan perkara sama dengan menginap di hotel Best Western Petaling Jaya pula. 

Bagi korang yang teringin untuk menginap di sini, korang boleh terjah room rate best western hotel on Traveloka. Mudah kan?


Credit photo here

Jadi tunggu apa lagi. Jom sama-sama bercuti di Best Western Petaling Jaya! 😀

57 comments:

  1. kolan renang tu nampak best. hotel pun nampak ekslusif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn! Both nampak menarik untuk diterjah :)

      Delete
  2. Selain kos..lazimnya pengunjung yang nak cari tempat penginapan ni biasanya kalau boleh nak kerja mudah..kalau boleh nak jimat masa,,tenaga sekali..hihihi..kalau tempat penginapan tu dekat dengan kemudahan lain..shopping mall..dan seangkatan dengannya..insyaAllah menjadi pilihan..bila keperluan dan kehendak boleh disatukan..ha lagilah tak pilih lain...salam monday Siqah..sihat.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yessss! Setuju dengan apa yang kak PC cakap! Betul2, kalau boleh semua benda nak ada dalam satu tempat. Baru senang nak bergerak kan. Salam tuesday kak PC. Have a nice day :)

      Delete
  3. Sebelum ni pernah guna agoda n booking.com. Traveloka xpenah cube lagi.. Tapi, kalo kena dengan masa promosi, berbaloiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh cuba Traveloka pulak. Kalau berganda murah, berbaloi..

      Delete
  4. Bercuti di bandar pula ye Siqah. Tukar angin sekali sekala. Tp hotel tu memang nampak menarik. Kolam renang tu yg paling menarik. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Sesekali kan Ana, bercuti di bandar pula. Tak payah pergi jauh2. Hii. Siqah pun berkenan dengan kolam renang jugak 😁

      Delete
  5. Mcm best je hotel nie yank. Ok boleh try nnt if saja2 nak one day getaways =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann! Weekend getaway okay gak ni :)

      Delete
    2. Or ada lagi tiga org blum bridal shower hihi

      Delete
  6. Bestnyeee Kak Siqah. Dahla view yang cantik walaupun tengah kota bandar macam tu. Meltingggg !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kota bandar pun menarik juga. Sesekali tengok belantara konkrit. Hihi.

      Delete
  7. Wahh bestnyoo akak pi jalan-jalan, bolehla masuk list dulu ni, btw makin kemas la blog akak ni jeles betol shaf :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Alaa janganlah jeles. Blog shaf pun kemas juga tau :)

      Delete
  8. wahhh cantiknya! dah lama tak swimming nieyh. kena pergi sini nieyh hahaha

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/4-tips-elak-digelar-drama-queen.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya elsa pandai swimming eh? Hii. Akak berendam je mampu. Kalau swim, tenggelam nanti 😆🙈🙈

      Delete
  9. bestnya swimming pool dia. I lagi suka staycation macam ni. takyah susah payah dengan tol bagai. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yessss! Betul tu. Tak payah bayar tol. Sekarang tol pun dah berganda harga. Minyak pun jimat. Hii. Bolehlah nanti ada masa kot Mommy berkenan ke sini pula :)

      Delete
  10. Wahh cantik juga hotel best western ni 😍

    ReplyDelete
  11. Akak suka spend masa hujung minggu di hotel dalam bandar seperti Best Western PJ ni especially kalau hotel tu Ada access ke shopping mall, memang terbaik! 😍.

    In shaa Allah akak akan ke sini pula sebab teruja dengan entri Siqah ini 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak! Jimat tenaga nak pergi makan dan berhibur. Paling penting makan nanye. Untuk Siqah lah. Hihi.

      Bolehlah nanti ada kelapangan akak datang ke sini. Berjaya siqah buat akak teruja. Yes. Hehe 😍🤗

      Delete
  12. Sebenarnya memang tak pernah terfikir naj bercutu dekat PJ. Tapi dah memandangkan hotel ni macam best je, mungkin boleh cuba nanti hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Macam takde apa kat PJ kan? :D Boleh stay hotel kat sini. Cuba cuba weekend getaway di PJ. Hii

      Delete
  13. "Nak tengok drama Korea yang tidak boleh ditinggalkan itu juga mudah."

    Hahaha Siqah2.

    Baru perasan, setiap kali travel dgn family, memang susah nak keluar awal (check out) dari hotel. Mungkin faktor utama hahaha sbb dgn family je travel dapat tidur hotel. Kalau travel sendiri, memang yg murah2 je penginapan nya. Parents pun dah berumur dah, kita selalu cari hotel2 yg selesa.

    Setakat ni belum ada sebab sgt nak turun PJ, tapi insyAllah if I'm around, menarik jugak nak cuba hotel ni (dengan family la tapi) ahahhaha

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Drama korea 🙈🙈

      Kalau vacation dengan family, tempat penginapan perkara yang perlu diambil berat kan. Tak nak lah mak ayah tidur tempat tak selesa. Kalau kita je, hentam je mana2 pun tak kisah. Hihi.

      Kalau datang PJ, bagitahu eh. Siqah jenguk. Dekat je dengan pejabat, tapi mesti datang weekend kan? Hii.

      Delete
  14. Modern + mewah konsepnyaa.. Seronok juga bercuti kadangkala, untuk cari ketenangan..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali boleh juga Mai. Reward diri juga kadang2. Hii. Nanti Mai dah kerja, boleh bercuti ye :)

      Delete
  15. tahun ni mmg xdan nak p PJ. dah plan nak p tmpt lain ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh dah ada plan vacation sampai hujung tahun ke Nour? Bestnyaaaaaaa! Nanti update kat blog okay. Nak jugak tahu. Hii. #busybodypulakrasa 😅

      Delete
  16. Menarikk ni! Hari tu setahun lebih duduk PJ, tapi tak pernah nampak hotel ni. Hahahha! Ini lah sejenis manusia yang tak memerhati kan sekeliling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel ni baru lagi.. So maybe masa Nani duk kat PJ, belum siap lagi kot. Hihi. Siqah pun jenis tak pandang sekeliling jugak. tambah lagi kalau masa drive. Fokus tengok depan je. Hihi

      Delete
  17. rindu nk bercuti... kolam renang tu bestnya dpt berenang sorang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Kalau nak berenang sorang2, kena booked satu kolam lah :D Ada kelapangan nanti, Unni pergi bercuti ye :)

      Delete
  18. Nampak cantik betul view dari kolam renang tue, seronoknya awak dan hubby dapat bercuti kat hotel.. huhu akak nak bercuti kat hotel berdekatan dengan rumah akak pun hubby tak bagi..hihi camne tue..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Alamak. Maybe sebab dekat sanagt kot kak, alang2 bercuti, pergi jauh sikit, maybe hubby akak bagi. Hihi :D

      Delete
  19. Best ! Bile mek nk plan pegi ni. Klau hotel dekat area sunway tu memang mahalll laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Hotel area sunway mahal. So boleh juga Mek datang tidur kat PJ dan prgi ke Sunway. Dekat je pun. Insyallah nanti ada masa Mek datang sini k. habiskan pantang dulu. hii

      Delete
  20. woahh..ternganga je la mampu..hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. Tak nak lah nganga, masuk lalat satgi :P

      Delete
  21. Cantiknya!! Tengok gambar pun rasa macam teringin dah nak duduk sini.

    ReplyDelete
  22. Replies
    1. Kan!! Bercuti di bandar, dapat tengok belantara konkrit lah :D

      Delete
  23. Cam best je bercuti di tengah bandar.. hehehe..

    ReplyDelete
  24. Setuju sangat. Kadang tu best jugak bertukar selera bercuti di bandar. Banyak kemudahannya. Tapi yg tak bestnya sebab dekat dgn rumah, tetiba pulak rasa membazir kang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa betul kak! Itulah pros and cons kalau bercuti di bandar yang dekat dengan rumah. Rasa tak berbaloi gak kan. Hii. Sesekali bolehlah kalau nak really short getaway :D

      Delete
  25. cntiknyaaaa kak siqahhhh <3 wifi tu penting tuuuu. ehhehe :p

    ReplyDelete
  26. neeza pun mood nak tidur hotel je sekarang dari rumah hahaha me time

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife