KOREAN MOVIE REVIEW - FABRICATED CITY, MOOD OF THE DAY & A MAN AND A WOMAN

instalife

April 23, 2017

KOREAN MOVIE REVIEW - FABRICATED CITY, MOOD OF THE DAY & A MAN AND A WOMAN


Aku lebih meminati drama Korea berbanding filem Korea. Aku tak berapa minat sangat filem Korea sebab biasanya jalan cerita slow je. Atau mungkin aku yang jarang ambil pusing pasal filem Korea kot. 

Dua minggu lepas, entah kenapa tiba-tiba tangan ni gatal mencari filem Korea untuk ditonton. Aku tengok tiga filem Korea dan sekarang, tiba masa untuk tulis review pula. 

Pada mulanya aku agak malas nak tulis review filem Korea, tapi eh, taip jela sementara menunggu suami pulang. tengah ada mood menaip ni 😁

Jadi, jom baca review filem Korea ye ^_^ 


FABRICATED CITY




Sekarang, filem ini sedang ditayangkan di Malaysia dan aku hanya menontonnya secara online saja. Aku meminati Ji Chang Wook dan itu adalah sebab utama kenapa aku menonton filem ini. Kalau tiada JCW, rasanya filem ini bukan dalam senarai untuk ditonton. Hii.


SYNOPSIS


In real life, Kwon Yoo (Ji Chang Wook) is unemployed, but in the virtual, he is recognized as a top gamer with no rival. While playing as usual at a local Internet cafe, Kwon Yoo is stunned to learn that he has become the prime suspect of a shocking crime: the rape and murder of a high school girl.

The police arrest him, and he learns that he has been framed by a large corporation for the crime. With the help of fellow gamer (Ahn Jae Hong) and hacker Yeo Wool (Shim Eun Kyung), he sets out to uncover the truth and clear his name.   - copy from Wikipedia -


REVIEW


Filem ini, hmm, bolehlah. Mujur aku tak pergi tengok di pawagam :D

Aku tak berapa suka tengok cerita yang ada babak buli-membuli. Tak memasal Kwon Yoo kena pukul segala dalam penjara. Masa babak dalam penjara, aku tengok sambil lalu saja. Bila Kwon Yoo dah mula menunjukkan aksi taekwondo, baru aku start tengok filem ini dengan 100% fokus. 

Filem ini menarik dari segi kehebatan teknologi yang ada. Hebat gila teknologi dia weii! Cara orang jahat memutarbelitkan keadaan dan tempat kejadian jenayah sangat hebat sampai tak dapat dikesan oleh pihak forensik.



Bagi aku, jalan cerita biasa je. Mata fokus kat Ji Chang Wook yang pastinya. Haha. Aku suka babak semasa final battle. Hebat juga cara Kwon Yoo berfikir untuk jatuhkan orang jahat. Daebak! 

Happy ending. Orang jahat ditangkap. Kwon Yoo gembira bersama kawan yang menolong dia dalam misi menjernihkan namanya. Cuma, aku harap ada diselitkan sedikit cerita mengenai hubungan Kwon Yo dan Yeo Wool, tapi sayangnya tiada :( 

Kalau korang suka tengok filem aksi, jenayah dan thriller, bolehlah tengok filem ini =) Nak korang tengok teknologi yang orang jahat tu ada je nanye. Hihi. 

Rating: ★★★


MOOD OF THE DAY



Okay. Lagi pengakuan. Aku tengok filem ini sebab hero. Haha. Aku mula meminati Yoo Yeon Seok selepas menonton drama Romantic Doctor, Teacher Kim. Ohh drama tu daebak! 

Aku google Yeon Sok dan tertarik untuk tengok filem Mood of the Day memandangkan ini adalah latest film yang Yeon Seok berlakon. 

Dapat tengok Yeon Seok sekejap pun jadilah. Hihi. 💗


SYNOPSIS


By chance, a man and a woman meet on the KTX train and spend 24 hours in the unfamiliar city of Busan, South Korea. Soo Jung (Moon Chae Won) has been with her boyfriend for 10 years, but their romance is now nothing but a lukewarm relationship. 

On the train to Busan, she sits next to Jae Hyun (Yoo Yeon Seok) who's claiming himself as a playboy and that he willingly jumps into bed with a woman for one night. 

He keeps coming on to her during the journey. She tries to push him away but ends up sharing the car ride to Busan with him due to the sudden breakdown of the train. She begins to slowly open up to him as he consistently tries to win her heart. 

And as the time passes on the road, she gets to see the true inside of Jae Hyun and finds herself attracted to him. - copy from KissAsian -


REVIEW


Love. Love. Love. 😍

Jalan cerita filem ini sudah dapat dijangka. Orang kata, cliche. Tapi aku suka juga =) 

Yeon Seok ada karisma tersendiri tau. Ahhh suka! Hihi. Walaupun dalam filem ini, dia berlakon sebagai seorang lelaki pencinta wanita, suka sangat dengan istilah "one night stand" tapi akhirnya aku suka apabila dia berubah menjadi lelaki sejati yang cinta dan hanya mahu bersama Soo Jung saja. 

Aku suka cerita yang menunjukkan bahawa cinta itu wujud untuk semua. Tak kisahlah kau playboy, playgirl, tak percaya pada cinta, whatsoever, satu hari apabila kau bertemu dengan orang yang tepat, perasaan dan fikiran kau akan berubah serta-merta. Cuba menidakkan tapi tiada gunanya. Satu hari pasti akan terluah juga perasaan indah itu =) 

Love will come to you at the right moment, at a time when you least expect it 💕

Salah satu babak kegemaran =) 

Pendek kata aku suka filem ini. Menarik dan aku rasa nak pergi Korea dan naik KTX train ke Busan. Hihi. 

Rating: ★★★★


A MAN AND A WOMAN




Nampaknya aku tengok filem Korea kerana hero saja kan? Haha. Lagi pengakuan, tengok filem ini pun hanya kerana si Goblin, Gong Yoo :D


SYNOPSIS


On a cold, winter day, Sang Min (Jeon Do Yeon) asks Ki Hong (Gong Yoo) for a light. The two strangers have dropped their kids off a pickup area for a children's camp in Helsinki, Finland. A spark of mutual interest is ignited between the man and woman. 

The man and woman decide to trail their children to the campground. On their way back, a snowstorm forces them to spend an evening at an inn. In the morning, they walk through the woods and to a secluded sauna. They leave the next day without knowing each other's name. 

Several months later, Sang Min fixes a display at her workplace and sees Ki Hong walking by. The man and woman are both married, but share a bond that defies their condition.  - copy from AsianWiki -


REVIEW


Hmm, filem apalah ni? Aduhai. Kenapalah aku boleh tertekan filem ni? 😕

Bagi aku, Gong Yoo adalah seorang pelakon yang hebat. Daripada The Coffee Prince, Train to Busan, dan Goblin. Aku suka lakonan dia. Tapi tidak untuk filem ini. Okay, sebenarnya lakonan Gong Yoo bagus juga dalam filem ini, berjaya menjiwai watak, cuma aku tak suka jalan cerita filem ini. 

Curang. Main kayu tiga. Alasan mudah: orang itu lebih memahami jiwa dan jadikan persamaan diri sebagai reason for lying! I hate it! 

Dahi aku berkerut tengok filem ini. Tak boleh terima sungguh. Haih, The storyline and the adult scene. Merosakkan imej Gong Yoo. Mujur aku tengok filem ini selepas tengok drama paling best, Goblin. 

Satu-satunya perkara yang aku suka dalam filem ini adalah kecantikan bumi Finland semasa musim salji. Salji putih meliputi tanah, pokok, dan tasik. Cantik sangat! 😍☃



Daripada filem ini, jelas nyata bahawa dalam apa saja hubungan rahsia, wanita yang paling memendam rasa dan terluka di akhirnya. Lelaki tiada apa rugi pun. Senang je nak move on 🙊 

Rating: ★★


Have you ever watched the above movies? Any Korean movies recommendations? 


37 comments:

  1. Tak sangka cerita A man and a woman tu tak best. Kalau tengok online mahu jugak tertekan cerita tu sebab hero famous. Kalau baca review ni dah tahu cerita tak best,memang malas ler nak tengok 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi Siqah, tak best cerita tu. Tak tahulah kalau Cik Epal rasa best. Hii. Cuba tekan. Haha. Siqah tekan pun sebab hero famous lah tu. Maybe tak leh terima jalan cerita dia 😬

      Delete
    2. bestnyaa Cik Epal komen di blog Siqah. Bila lah Cik Epal nak singgah and komen di blog Nadia pulak . hihi

      hopefully one day, Cik Epal singgah blog saya pulak. Amin.

      Delete
    3. Hihi. One day nanti tu nadiah :)

      Delete
  2. hahaha.. atlast tgk jugak online fabricated city tue. Aah mmg adnit teknologi movie tue mmg best . Nadia pernah tgk annoying brother tapi tak habis tkg lagi hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teknologi okaylah dalam Fabricated City tu. Lain biasa. Hihi. Annoying brother? Cam annoying je cerita tu. Hii

      Delete
    2. Serious tak annoying lansung sebab storyline pasal perhubungan adik beradik yang dah lama terputus.

      saya tgk asalnya sebab pelakon wanita nya Park Shin Hye. hihi

      Delete
    3. Oo Park Shin Hye ke. Bolehlah Siqah tengok nanti filem tu. Dengar heroin, terus rasa nak tengok. Hihi.

      Delete
  3. Sis cepat betul eh tengok movie. Q disini masih lagi terkapai-kapai nak menontonya. Adeh... memang jenis kaki movie kut sis ni. hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah. Kira macam betul je apa Qbal cakap, sis kaki movie. Hahahah. Ada lagi filem Korea yang ditengok selepas tulis post ni :D

      Delete
  4. movie mood of the day tu sy pernah tgk hehehe sweet je, byk juga movie korea yg best cuma kena pandai pilih sikit, cer tgk movie the beauty inside, the proposal (dua2 movie ni ada yoo yeon seok berlakon hehe),pastu movie tunnel dan the wailing pun okey..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banu! Thank you for the recommendations :) Baca Yeon Seok terus nak tengkklah dua filem tu. Hihi. Nanti siqah tengok semua filem yang Banu suggest ni k :D

      Delete
  5. Nampak sangat laaa ketinggalan sangat drama movie terbaru ni :D

    Rasanya kalau kita pun, akan tengok sebab hero je ;p...

    Macam tak minat jugak babak ganas dalam movie / drama, either tutup mata or fast forward. Haha struggle jugak la kalau nak tgk drama2 thriller ni. But okay je nak tengok bukanlah takleh langsung :D

    Agree with you yg cinta tu wujud tak kisah lah macam mana background seseorang tu :)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nie bukan movie terbaru Hanis. Yang baru Fabricated Coty je. Filem lain semua dah bertahun lepas. Hihi.

      Haha. Kan! Always go for hero :)

      Tue lah. Boleh tengok adegan ganas cuma biasanya elak. Hihi. And yes, cinta itu wujud tak kisah sesiapaa :)

      Delete
  6. in love with gong yoo! seriously haha. tp plg suka coffee prince :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Coffee Prince best!! Walaupun tak minat sangat cerita perempuan menyamar jadi lelaki tapi for Coffee Prince boleh pulak terima sebab Gong Yoo. Hii :D

      Delete
  7. hehehee ternyata semua tak best kan.. hahaha.. tok sah tgk dah.. kikiki..

    ReplyDelete
  8. memang dh masuk dlm list dh cite fabricated city tu. sama jugak alasannya, sbb ada ji chang wook!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kannn!! Mesti sebab JCW. Kalau takde dia, tak tengoklah cerita ni 😅😆

      Delete
  9. cntiknya heroin dia kak siqah.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heroin Mood of the Day kan? Cantik dan comel je dia 😍

      Delete
  10. Reen jarang layan filem korea. Last tengok filem Train to Busan. Huhu. Lebih suka layan drama Korea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah! Suka layan drama Korea lago.
      Setakat filem ni, sesekali boleh jugak melayan 😬

      Delete
  11. Ji Chang Wook memang aktor favorite akak, tapi belum berkesempatan nak tengok filem terbaru dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. JCW 😍 Free nanti akak tengok movie dia eh :)

      Delete
  12. Boleh lah nanti Husni bosan tengok movie yang siqah listkan ni.. 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. No 1 dan no 2 je tau. No 3 tak payah tengok. Haha 😍

      Delete
  13. Nani tak terjebak lagi nak tengok cerita Korea ni. Hahaha! Tak berminat sangat walaupun kawan kawan dekat sini hari hari layan Korea 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Tabahnya hati Nani tak terjebak lagi. One day, rasanya Nani terjebak ni kot 😂😂

      Delete
  14. yang atas sekali JI chang wook..wuu..x kenal tapi ad classmate yng gilakan dia..hahaa..Tak kisahlah kau playboy, playgirl, tak percaya pada cinta, whatsoever, satu hari apabila kau bertemu dengan orang yang tepat, perasaan dan fikiran kau akan berubah serta-merta. Cuba menidakkan tapi tiada gunanya. Satu hari pasti akan terluah juga perasaan indah itu =)

    Love will come to you at the right moment, at a time when you least expect it 💕

    Hahaa..saja kopipes balik..suka la ayat akak neh..walawehh..berbunga rsa hati..jengg!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh Ji Chang Wook! Haha. Kirim salam kat kawan Mas tu ye :)

      Jeng jeng jeng... ada sesuatu dalam diri Mas ke sekarang? Sesuatu yang indah? Hihi 😍

      Delete
  15. baru je layan a man and a woman tu dekat tvn movie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filem tu kuar kat tvn movie? means kat tv ke?

      Delete
  16. Ji Chang Wook tu memang sesuai berlakon watak cengginie.. nampak kemachoannya.. hehehe.. tapi yang a man and a woman tu memang tak tengok.. dah baca sinopsis dia.. terus block, tak suka cerita cengginie.. Lagipun image Gong Yoo dalam goblin sangat power.. tak leh move on..

    ReplyDelete
    Replies
    1. JCW memang macho kan!! KAdang-kadang kasihan jugak kat dia asyik berlakon cerita aksi je. MAcam tak boleh ubah dah drpd watak tu. Hii. Tapi apa pun, JCW handsome!! <3 Better tak payah tengok filem tu. Setuju dengan Sha. Imej Gong Yoo dalam Goblin sangat kuat!

      Delete
  17. semua movie ni belum tgk lg. bleh masuk dlm list nnti

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife