MARCH 2017 WRAP UP

instalife

April 02, 2017

MARCH 2017 WRAP UP





Hello semua ~ Aku lambat dua hari untuk bercerita mengenai March 2017 Wrap Up. Sekarang entah kenapa blogging slump melanda diri. Sebulan hanya publish kurang daripada 15 entri saja.

Ada beberapa entri yang masih dalam draft hanya kerana aku malas nak ambil gambar. Entri itu tidak akan siap tanpa gambar. Dan apabila malas mengatasi segalanya, tidak jadi apa-apa nampaknya. 

Apa pun, aku tetap siapkan juga Month Wrap Up post. Ini adalah post wajib dalam blog aku setiap bulan 😊

Mari dengar, eh baca, hihi, cerita aku dalam bulan March 2017 😊


PERSONAL 


1. Kecewa dan Sedih. Korang semua tahu akan Big Sale Air Asia kan? Aku tak dapat beli tiket ke Korea for next year sebab aku tidak diberi pelepasan 😭 Satu team tidak boleh ada dua orang cuti serentak. But it all depend on each team. Team aku tak boleh lepaskan aku sebab mungkin ada KL Daylight which is we need to cover 100% workload. Jika tiada daylight, aku nak juga pergi Korea. Sheima, if you read this, please give me your permission okay 🤗 Please please 🙏

Rakan blogger, doakan aku juga pleaseeee 😇

2. Just Do It Sunday. Ohh lemah sungguh rasanya! Aku hanya join aktiviti ini untuk sehari saja. Minggu yang lain aku hanya lari 2 KM, lepas tu, aku join zumba. Hihi. Zumba is much more fun than running!! Yeahhhh ~ 

Satu-satunya rekod 5 KM yang ada dalam bulan Mac T_T

3. Seiras Tapi Tak Serupa. Haha. Okay ini sumpah lawak. Nak dijadikan cerita, aku pergi servis kereta Sabtu lepas. Sebelum tu, hari Rabu aku ada pergi ke tempat servis untuk booking. Elok aku masuk je tempat servis hari Sabtu lepas, semua staf  (ada tiga orang) dalam tu pandang aku dan cakap, "haah sama lah. Sama weii"

Aku pelik dan tertanya-tanya memandangkan aku sorang je customer dalam tempat servis tu (paling awal jam 8 pagi dah sampai) dan mestilah dorang tujukan percakapan itu untuk aku kan? 

Rupanya, muka aku sama dengan anak kepada Kak Rina, salah seorang staf di situ. Dia tunjuk gambar anak dia yang baru 10 tahun tapi dah pandai bergaya dan tinggi juga. 

Dan serius, aku bagaikan tengok aku dalam versi kecil. Cuma bezanya aku kurus sangat tinggal tulang je masa umur 10 tahun dan anak Kak Rina sama seperti aku sekarang. Haha. Lagi menyegankan, apabila Kak Rina cakap kat semua staf yang ada kat Perodua Servis dan semua tengok aku. Malu weii! 🙈

Selfie dengan Kak Rina. Katanya nak tunjuk kat keluarga dia. Hii :D


READING


Secara jujurnya, aku lemah juga bab membaca bulan lepas. Aku dah kurang masa membaca di pejabat memandangkan kerja semakin banyak (walaupun aku cakap boring tiap hari :p) dan malas buka buku ketika berada di rumah. 

Namun begitu, di akhir minggu bulan Mac 2017, tetiba mood membaca datang dan aku berjaya juga habiskan pembacaan ^_^ 

So, 

4. Finished Reading. Dua buku selesai dibaca bulan ini iaitu A Thousand Pieces of You by Claudia Gray dan WOR[L]D by Budak Tomato. Sebulan habiskan pembacaan untuk novel ATPOY dan satu jam saja untuk WOR[L]D. Aku malas nak buat review untuk ATPOY. Korang boleh baca review buku ini di blog Fatina ^_^ . Review buku WOR[L]D akan disiapkan nanti ye. 




5. Currently Reading. Aku sedang baca novel terbaru daripada Ramlee Awang Murshid bertajuk Anding Ayangan. Kalau korang ada tengok insta story aku, pasti dah tahu aku bawa ke mana saja novel ni. Hihi. 

Selain itu, sekarang aku baca manga pulak! Haha. Setelah 8 tahun meninggalkannya 😀 Ini semua kerana terjebak dengan Budak Vanilla. BV ada suggest satu aplikasi Manga Reader dan aku pun download. Weiii, banyak gila manga dalam tu dan senang dibaca sebab guna phone je. Pilih random, aku baca manga bertajuk Perfect Girl Evolution ^_^


WATCHING 


6. Rancangan TV. Aku tengok Maharaja Lawak Mega je. Yang aku betul follow lah. Walaupun biasanya di akhir show, aku tertidur. Sedar-sedar dah umum siapa terkeluar. Haha. Jumaat lepas, peserta kegemaran aku semestinya Dazwin! Lawak gila wei! Ayat power dia sure power dan sangat #pickupline :D

7. Filem. Tiga filem dalam bulan Mac. Sungguh, aku telah menjalinkan hubungan baik dengan MBO Cinema. Hihi. Kecewa sebab tak dapat tengok AdiwiraKu di pawagam. Filem tu tak banyak slot ditayangkan. Tapi sekarang AdiwiraKu dah ada di Astro First. Aku subscribe nanti :) 

Aku sangat rajin :p buat review filem. Makanya korang boleh baca di bawah ye. Kalau ada yang berkenan ☺




Filem paling aku suka dalam bulan Mac 2017 semestinya jatuh kepada Beauty and The Beast 😍 Rasa nak tengok sekali lagi. Hihi. 

8. Korean Drama. Done watched Innocent Defendant dan Romantic Doctor Teacher Kim. Love both drama! 😍 Currently watching Korean Drama adalah Whisper dan Strong Woman Do Bong Soon. Storyline in Whisper berat sikit manakala storyline sangat ringan dan kelakar untuk Strong Woman Do Bong Soon. Matched!


BLOGGING


9. Rasanya korang dah perasan kot akan perubahan blog aku? Hanya tukar blog header dan warna blog saja. Bosan dengan warna hitam. Jadi tukar warna agar nampak berseri blog ini 😛

Nak beli template baru tapi nantilah dulu. Sedang mencari template yang berkenan di hati. Mungkin daripada ETSY atau PIPDIG? Haha. 

10. Aku menggunakan perkhidmatan edit blog header daripada Mellya. Adik manis Mellya pandai edit blog header dan segalanya tau. Korang kalau blur bab coding dan tak tahu nak buat blog header cantik dan menarik, korang boleh terjah ke blog Mellya dan tengok hasil kerja Mellya. Dan apa lagi, lepas dah tengok, orderlah. Hii. Servis sangat memuaskan! 👍😊

11. Aku ada blog watermark yang baru juga. Asalnya aku order daripada Mellya tapi aku tukar sebab... Encik suami tetiba melayan untuk buat blog watermark dan dia siapkan dua watermark for my blog. As you can see in the pictures on this entry. Terima kasih encik suami 😍 Melayan isterimu, si blogger picisan ini 😁


FOOD 


Food is my bestfriend. Haha. Aku nak berkongsi makanan yang telah dihadam dan menjadi lemak dalam badan aku sepanjang bulan Mac 2017. Hihi. 


12. Nampak biasa tapi sedap! Nasi Manggey dan Coconut Shake di Warung Kita, Kg Sg Buloh. Kalau sekadar nak makanan ringkas bolehlah datang sini. Kalau rasa Klebang Melaka jauh, bolehlah datang ke sini juga. Coconut Shake di Warung Kita boleh tahan sedap! 

Boleh waze je kalau nak ke sini. Taip Warung Kita Kg Sg Buloh. Pasti sampai tempat dituju. 



13. Makanan pagi bersama Lontong + Rendang Ayam dan Nasi Lemak + Ayam Goreng + Paru Goreng Sambal di Restoran Hatinie, Seksyen 10, Shah Alam. Bagi aku, makanan yang kami makan ini biasa je rasanya.  

Cuma Restoran Hatinie ini banyak sangat pilihan makanan. Ada nasi kerabu, sate, pelbagai lauk (walaupun belum tiba masa lunch), pelbagai bubur dan kuih, dan nasi dagang. Itu je yang aku ingat. Hii. Pasti akan rambang mata kalau ke sini. Tak percaya? Cuba pergi =) 



14. Gulai Patin Tempoyak Temerloh segar di Tepi Sungai Pahang, Temerloh. Al kisahnya kami (aku, Hanis dan Tasha) ke Jengka untuk menghadiri jemputan kahwin rakan sekerja pada minggu lepas dan terus lajak ke Temerloh. Dapatlah makan gulai patin tempoyak. Sedap! Sedap! Sedap! 


Aku juga pernah makan gulai patin tempoyak di Restoran Go Bang Maju Patin Tempoyak, Temerloh. Bagi aku, rasanya lebih kurang sama je. Hii. 



15. Pada hari yang sama, dalam perjalanan pulang dari Temerloh, kami singgah pula di Kak Jun Durian di tepi Lebuhraya Karak-KL. Harga untuk satu kilo durian Musang King RM68, Musang Queen RM48 dan durian kampung RM12. Tak kisah harga yang penting sedap! Haha. 

Aku rasa tak puas sangat makan durian di sini. Mungkin sebab kami datang petang, makanya pilihan durian tak banyak. Mujur semuanya sedap cuma aku pernah makan durian lagi sedap! 😋


16. Costa Coffee. Sedap weii! Tak terkata. Haha. Aku gemar perasa Vanila Latte. Costa Coffee hanya ada di sesetengah Shell saja. Baguslah. Kalau tidak, aku asyik beli je pula kang! :p



17. Anis Coffee dan Anis Choc Moist Cake. Both sedap! Aku sangat suka Anis Coffee perasa Coffee Latte. Sedap cuma agak manis for me. Kedua-dua produk ini boleh beli di Petronas ^_^ 

Jadi soalan untuk readers, yang mana satu pilihan makanan kegemaran korang? 😏


Seperti biasa, aku akan akhiri entri Month Wrap Up dengan random pictures yang aku ambil. Sayangnya bulan lepas, aku kurang mengambil gambar selain gambar makanan di atas. Haha. 

So, here the pictures..


Haha. Gambar laki aku saja. Disebabkan dia maintain kurus, maka aku ambil gambar dia jela. Hii. Bersungguh tunggu di tepi pokok untuk snap gambar laki sendiri. Orang tengok pelik je. Kau datang senaman atau nak ambil gambar? Mungkin nampak beriya cara aku mengambil gambar. Orang tak berseni memang begitu. Aksi lebih daripada hasil gambar 😝

Untunglah kurus =D #salahkandirisendiri

Sekian saja entri March 2017 Wrap Up. Macam panjang je entri ni. Panjang dengan gambar makanan je nanye. Hihi.


So, how's your March 2017? 


58 comments:

  1. Nasi lemak paru tu..! Ya Allah.. Q_Q
    Arghhh..! Nak majuk la camni.. Nak tengok Beauty and the Beast jugakkkk... Q_Q
    P/s: Anis layan gak strong woman dabong soon tu..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Anis nasi lemak pary. Beauty and the Beast pun best jugak. Hihi 😄 nanti ada masa Anis g tengok okay :)

      Yeayyyy! Ada geng layan Strong Woman Da Bong Soon! 🙌🙌 Best kan drama tu! Comel sangat 😍

      Delete
  2. Bab makanan memang terliur dibuatnya..
    Costa coffee mungkin akan try satu hari nanti sebab tak semua Shell station ada di Seremban ni.. Overall bukan senang buat entry Wrap Up ni, well done dear Siqah!

    Bulan March akak biasa-biasa, nothing special ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau makanan sure terliur jela kan kak LZ :)
      Haa nanti akak cuba ye Costa Coffee. Haah tak semua Shell ada. Siqah pun dua Shell je yang ada Costa. Mujur both Shell jauh. Hihi.

      Betul kak. Bukan sennag nak buat entri wrap up. Thank you kak for your understanding and thank you too for reading 😊

      Semoga bulan April baik2 je tuk akak :)

      Delete
  3. firstly semoga dapat la Siqah ke Korea...Cik Shiema ohhh Cik Shiema bagi la Siqah ke Korea...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Harap Sheima baca komen Fuzy ni!! Haha. Thank you Fuzy! 😊🙏

      Delete
  4. Akak selalu juga ke Warung Kita tu,..rasa2 tak tahu nak makan apa,..malas fikir + nak senang, pergi sana order nasi manggey & coconut shake 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn kak!!! Hihi. Senang sebab ada dua menu tu je yang suka pun. Hihi. Kalau malas nak fikir makan apa, ke situlah nampaknya 😊

      Delete
  5. Hihi ... insyaallah kita doa sama-sama supaya Chika boleh join kitaorg ke Korea next year . Amin.

    Hahaha...gmbr chika dgn kak rina tue mula-mula nadia ingat tue anak Kak rina tue Lol . Rupanya chika bila scroll ke bawah sikit.

    Aah perasan jugak ada perubahan header blog awak. Saya je tak buat pape perubahan pun pada rupa blog saya . Ada terjah Etsy tapiiii tak rasa nak tukar lagi template . Then Pipdig pn bnyk lawa2 . Terjah pipdig sebab baca blog erin.

    Oh my , ada apps baca manga online. Lama eei tak baca Manga . Dulu slalu beli buku manga. Bila umur dah meningkat nie stop dah. Nak terjah blog BV lah nak download apps tue jugak.

    Makanan paling nak makan dlm gmbr di atas adalah durian !!!! Terkilan wei saya tak dpt join korang ke Pahang wedding cik Mah. Hihi . Tak ada rezeki saya lah masa tue.

    Nak ckp ayat awak jugak lah... untunglah kan badan kurus .
    Kita je makin berisi . Sob sob . Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. Amin 😊

      Samalah siqah pun terjah Pipdig sebab baca blog Erin! Banyak jugak template lawa dan simple kat sana tapi harganya boleh tahan mahal jugak 😅 Kalau kat ETSY, harga banyak yang murah sikit kan. Tapi tu lah, takde rasa nak tukar template sangat. So better hold je dulu. Hii.

      Yeayy! Welcome to the Mange Club Reader. Hihi. Habislah bertambah bahan bacaan pasni :D

      Nanti p makan durian eh. Tak tahu kat mana ada. Kalau tahu, bagitahu chika! Nak gak terjah. Hihi.

      Haha. Kannnnn! Kita je makin berisi. Haih 😔

      Delete
    2. Tau tmpt durian dkt KL yang dkt office kita tue yank. SS2 kan ? Rasanya kena tnya hanis.

      Delete
    3. Haah ada kat SS2. Tak tahu sekarang ada ke tak dah durian kat situ. Dulu pernah makan sekali dengan Hanis kat situ. Satu bijik RM40++ makan dua orang. Puas haaa! Hihi.. jom g makan sana lak. Hii

      Delete
  6. bestnya kalau dpt fly ke korea..haha. thn ni dh fly 2 tmpt kena save AL..

    sgt2 mls membaca, lama dh tak ad masa nk baca novel anddd maharaja lawak sgt lawak. layan tv sbb tu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ada rezeki Nina, nak juga Siqah ke Korea lagi. Ahhh rindu 😍 bestnya Nina berjalan ke mana tahun ni? Sibuk je nak tanya kan. Hihi.

      Hii. Samalah Siqah pun. Kalau takde Maharaja Lawak, rasa takdelah tengok tv. Hii

      Delete
  7. Bab Airasia tu, Lya doakan lah ye Siqah semoga boleh jugak pelepasan dari opis utk pi holiday huhu
    Tadi pergi kedau buku ada jumpa buku ATPOY tu tapi tak beli pon haih. Novel Ramlee Awang Murshid tu macam best! Nanti review plishh
    Food is life so semua makanan tu best, takleh nak pilih hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Lya doakan. Insyallah. Amin 😍

      Nanti belilah Lya. Hope Lya suka jugak novel tu. Best! Hii. Novel RAM pu best jugak! Tak boleh berhenti lama Siqah baca tau.. nanti dah habis baca, Siqah review okay Lya 😊

      Hahah. Kannnnn! Food is life 😄

      Delete
  8. comel betul sis siqah nie. tetiba teringin jugak nak tengok gambar anak kak rina tu. hehehhee :D

    terjebak dengan manga jugak ye, hehehehe dah baca manga 'koe no katachi' kalau belum, BV recommend baca yg tu. lama dah takbaca karya Ramlee Awang Murshid, dulu suka betul baca trilogi 'bagaikan puteri' dan sambungan2 laksamana sunan. :D

    aduhh, kemain gambar makanan2 tu, terliur sangat T^T
    jeles ngan orang yg rajin exercise nie sebab diri nie pemalas T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🙈 Dalam gambar je, jumpa depan, Siqah comot. Haha. Itulah takde lak gambar anak kak rina. Kalau ada, boleh share dah kat sini. Hihi.

      Hii. Semua sebab BV. Haha. Siqah tak baca lagi manga tu. Okay Siqah baca manga tu dulu. TQ BV rekomen! 😊

      Makanan memang sedap tapi bila badan naik, malas nak exercise. Siqah pun camtu juga. Pemalas dah sekarang. Huhu T_T

      Delete
  9. Samalaa kita kak. Saya ni lagi teruk, tak buat pun lagi wrap up March nii. Haha

    Babyface nya muka akak. Wiwiit! Jeles kite~ Hihi

    Durian tu~~ Menggugat betul bila tengok dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kannn! Blogging slump melanda lah sekarang. Buatlah nanti wrap up March bila dah ada mood. Hii. Nak baca wrap up Fatihah jugak! 😊

      Tak payah jeles lah Fatihah. Filter semua tu. Haha.

      Kannnn! Lagi kuning isi durian, lagi tergugat rasanya! 😅

      Delete
  10. Suka dazwin jugak!ye ye.
    Ala comelnya siqah selfie.
    Eh dtang temerloh ek? Dekat dengan reen dah tuuu.hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dazwin best! Ayat power yang memang power lah. Hihi.
      Malu kiteeee ~ 🙈😅
      Eh rumah CR kat mana? Haah kebetulan je sampai Temerloh last week. Hii

      Delete
  11. Cantik watermark bru kak Siqah. And warna blog ni pun lebih ceria & unik (tak pernah jumpa yang serupa lagi,hehe).

    Mestilah vote for DURIAN! Hahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukanya akak dengar Mai cakap camni. Moga Mai ceria je sentiasa masuk blog akak ye hendaknya 😍

      YES! Always vote for DUrIAN!! 😄

      Delete
  12. durian tu!!!!!sedapnyaaa husben duk mencari mana nak dpt durian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah juga nak dapat durian sekarang kan Airah. Siqah pun kebetulan je hari tu sebab ke Pahang. Kalau tak, memang tak dapat lagilah makan durian rasanya. Huu.

      Hope Husband Airah dapat bawa Airah makan durian nanti ye :)

      Delete
  13. Siqah, sep sikit ! Mek pun suka Dzawin ! Sies weiii, lawak dia berisi :) Pastuh dia selit agama. Tu yg menambat hati 😍

    Kalau mek, mek plih zumba drp lari :) Hahah, zumba kan cm menari :) Best skit :)

    Bab mknn tu tempting semuanya ! Mek pilih ikan patin tu ! Mesti mahai kan makan dekat tempat asal patin tempoyak ni. Sebab sane patin sungai :)

    Mac mek berlalu dengan berpantang :) Emosi naik turun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayy! Mek sep sikit!! 🙌🙌 Kannn! Lawak Dzawin ada inputnya. Bukan lawak kosong semata. Walaupun kadang2 ada juga yang tak berapa faham. Maklumlah, bahasa Indon kan :)

      Hihi. Betul tu Mek. Zumba lagi best dari lari :D

      Haah kat Temerloh patin sungai je. Hari tu siqah makan 3 orang, harga RM72. Bila berkongsi rasa okay je harganya. Kalau bayar sorang2, yang terasa peritnya. Haha :D

      Mek! Sabar ye. Hope Bulan April emosi Mek kembali stabil ye 😍

      Delete
  14. wah...satukan dalam entry ye...moga semuanya baik2 belaka..ni dah kena warm up update entry selalu

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah awak, satukan kisah dalam satu entri. Hii. Sebagai peringatan untuk diri sendiri 😊 Insyallah, semoga semuanya baik belaka nanti. Jom awak, sama2 cuba warm up update entri selalu. Siqah macam susah je nie 😅

      Delete
  15. saw that durian, terliur pulak

    ReplyDelete
  16. Lenne suka color blog Siqah! Lawa sangat <3333

    ReplyDelete
  17. nasib baik perut dah kenyang. x terliur sangat tengok gambar makanan tu XD lom baca lg novel baru RAM :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Mujur perut kenyang ye :D Novel RAM best. Seperti biasa RAM pandai buat cerita sampai rasa real pulak. Hihi

      Delete
    2. tu la �� novel RAM yg last sy baca pasal suhaila tu, yg ada singa putih. x ingat dah tajuk ��

      Delete
    3. Imaginasi kot.. Siqah pun tak ingat dah tajuk. Cuma ada baca kisah suhaila dgn singa putih tu. Hihi

      Delete
  18. Kadang-kadang orang perempuan ni, lelaki pandang ok je dari segi fizikal tapi orang perempuan yang risau sangat dengan berat badan... huhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. Betul jugak tu. Dah nama perempuan kan. Hii. Cuma biasa jugak perempuan cakap dah gemuk, tapi takde buat apa2 untuk kurus 😅

      Delete
  19. kalau bukak monthly wrap up siqah mesti ada makanan haha stress betul perut erin. huu sedapnya durian dah lama tak makan durian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. hidup kan untuk makan? Eh terbalik kan? Hahah. Siqah suka ambil gambar makanan tau Erin. Kalau kita meet up ke nanti, bersiap sedia untuk makan lewat sikit eh. Ambil gambar dulu :p

      Durian sedap!!! Siqah tak jumpa lagi area Shah Alam :(

      Delete
  20. kak siqah why u look so babyface.. jeles tau.. meh la tip.. cia cia cia

    ReplyDelete
  21. mknn semua best2 pulak tu dia makan. mungkin bln 3 memang bulan malas nak blogging kot. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling best part durian je =D Kan lela... rasanya bulan 3 agaknya bulan malas blogging. Huhu. Harapnya bulan april ni meningkatlah mood tu =)

      Delete
  22. sis, kalau travel ke korea bagitau tau> mana lah tau kot2 boleh pergi sama XD hehehe.

    1.suka dgn blog siqah sekarang. lembut je colour hehehe and teringin jugak nak buat header utk blog claudy tapi nak update pun takda masa haha

    2.A Thousand Pieces of you best! ikutkan hati nak je terus sambung baca buku kedua dia, tapi claudy nak jugak baca buku lain hehehehe and claudy bulan ni baca 10 buku:D

    3. semua gambar makanan tu sedap lah T.T teringin sangat nak balik malaysia huhuu. claudy tak balik malaysai kot tahun ni ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. sungguh ke Claudy? Jom jom nanti Siqah dah confirm Siqah bagitahu okay =)

      Biar blog nampak lembut walaupun tuan blog tak selembut mana. Hihi. Haah nampak sekarang Claudy jarang update blog. Mungkin bulan ni Claudy boleh start update pasal book haul okay. Hihi :D

      Yes yes! A Thousand Pieces of You best!! Suka betul jalan cerita camtu dan Siqah #teampaul. Sama kan kita? hihi. Siqah dah beli next novel tapi tu lah, nak baca novel lain juga. SO novel kedua kita hold dulu :)

      WOW!! 10 buku / month!! Banyaknyaaaaaa claudy!! Good job dear <3

      Alaaa sedihnya dengar Cluady.. huhu. Mungkin Claudy balik Malaysia dua tahun sekali eh? Jauh kannnn. Sorry tau tayang makananan Malaysia kat sini T_T

      Delete
  23. Alolooo comel je sama muka dengan anak kak rina tu! Haha.. Adoiiii bertempek-tempek gambar makanan nih apeni apeniiii this is tortureeee hahah! 😝
    Alahaiii sedapnyaaa durian, lama xmakan. Exercise pun dah lama tak exercise. Ehhh? 🙊🙊🙊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha 😅🙈 Hehe. Aqilah lapar tak tengok gambar makanan ni? Hehe 😏 Durian susah nak dapat sekarang kan. Siqah pun tak puas makan lagi. Dan exercise, haih, Aqilah kurus dah. Hihi 😁

      Delete
  24. Makan dekat Go Bang maju tu serious talk Best. Kitorang drpd melaka pun kadang kadang datang makan dekat situ. Nice share kak siqa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn! Go Bang maju best. Makan sedap servis pun cepat walaupun orang ramai. Orang melaka rupanya Nadya ye :)

      Delete
  25. Padat.Rangkuman sepanjang Mac..alhamdulillah.
    Siqah..lontong tu meliurkanlah..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah =)
      Akak suka lontong ye. Nak raya nie mesti ada lontong nanti kan :)

      Delete
  26. 1. Wahhh, ni plan trip ke Korea dgn gengmakan ke? Fuhh, sedih jugak kite yg baca nya ni T_T from ur & nadia's blog laaa, lama-lama korang nye gengmakan tu macam kita dah kenal lama je, padahal kenal & sembang pun tak dgn yg lain hehe.

    2. Seriously, bila tgk selfi dgn Kak Rina tuuu, rasa macam u are in early 20's taw! :D

    3. Yg Anding Ayangan tuuu, kita nampak jugak yg Siqah bawak masa tunggu ur husband habis lari2. Alamak, cakap pasal lari ni, kita pun dah lama tak buat Sunday Challenge tuu, asyik ada aktiviti lain every weekend T_T

    4. MBO cinema ada clubcard tak? ;D Kalau ada, pergi buatttt.

    5. Warna header Siqah ni namanya pink belacan kan? Hehehe hari tu my cousin tunang tema warna dia macam tuu

    6. I was wondering, dalam banyak2 part ayam, which one is ur fav?

    7. Costa Coffee belum ada real shop kan? I mean, macam proper shop like Starbucks tu? Sbb biasa dengar dia ada kat Shell je. Hehe kat sini banyak Costa Coffee tapi kita tak selalu pergi sangat sbb a bit pricey.

    8. My choice of food from this post is definitely ikan patin! :D

    9. Jealousnyaaaa tgk orang buat handstand. T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  27. 1. Haah trip dengan gengmakan. sedih tau sebab tak tahu dapat join ke tak. Serius sedih 😭 sekarang harap sangat dilepaskan pergi nanti. Ada lagi setahun manalah tahu kan. Doakan siqah pleaseeee 😔

    Haa Hanis dan Tasha dua orang drpd gengmakan pun dah kenal Hanis jugak. Sama pulak nama kan. Hii. Siqah cerita pasal Hanis kat dorang. Suka baca blog Hanis. Syor kan kat dorang sekali 😘

    2. Early 20's? Muda sangat tu Hanis. Hii 😄 Tapi seronok pulak dengar Hanis cakap camtu. Terus terasa muda lagi 🙈

    3. Dah habis baca Anding Ayangan! Yeayy! Hihi. Haah siqah pun samalah tak buat dah 5KM tu. Hanis hiking eh weekend? Or studygroup. Final tak habis lagi kan?

    4. Mesti ada club card MBO Cinema. Baru tukar kad Fast & Furious 8 pulak. Dulu kad Kung Fu Panda 😁 Suka kumpul points! Hii.

    5. Haah rasanya warna header Siqah pink belacan kot. Hihi. Siqah pun tak sure nanye. Macam peach + pink kan. Tapi suka color nie 😍

    6. Peha! Peha! Haha. Siqah suka makan peha ayam dan sampai tinggal tulang sungguh. Hii. Satu kepuasan.

    7. Haah Costa Coffee kat sini ada kat Shell je. Takde real shop lagi. Betul tu Hanis. Mahal nanye. RM11 regular size 😪

    8. I know it!! Mesti pilihan Hanis adalah ikan patin! Pernah baca pasal fav Hanis ikan patin tempoyak 😊

    9. Kann!! Siqah nak angkat badan pun tak larat T_T

    ReplyDelete
  28. hmmm done reading.
    few stories wrap up in an entri.
    good...
    lama aida x landing blog siqah.
    have a nice weekend, siqah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for reading Aida.
      Takpe. Siqah pun lama jugak tak landing blog Aida. Maaf ye. Nanti Siqah BW jugak :)

      Have a nice weekend too Aida :)

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife