Assalamualaikum dan hello semua :)
Buku ASB aku hilang! Tak tahulah mana aku letak. Dari awal tahun cari sebab nak update buku tapi tak jumpa. Hari ni aku ambil cuti separuh hari semata nak pergi renew buku baru.
Kalau buku ASB hilang, hanya boleh renew di pejabat ASNB je. Tak boleh renew di Ejen ASNB seperti Maybank, CIMB dan sebagainya. Kalau nak buat akaun baru, bolehlah pergi berurusan di ejen ASNB.
Aku pergi ke pejabat ASNB di Pusat Dagangan UMNO Shah Alam yang terletak di Persiaran Damai Seksyen 11 Shah Alam. Seperti yang aku pernah cakap dalam ENTRI INI , aku suka berurusan di Shah Alam. Rasa tenang je. Hihi.
Prosedur nak buat buku baru ASB senang je. Hanya 10 minit saja aku berada dalam pejabat ASNB.
First sekali, isi Borang Buku Hilang (ASB Sahaja). Lepas tu, ambil nombor dan tunggu angka giliran dipanggil. Masa aku datang, nombor aku terus dipanggil. Itu yang cepat. Perlu membawa IC dan bayar RM10. Settled!
Lepas ke ASNB, aku terus ke Standard Chartered Bank Saadiq Shah Alam sebab nak tukar kad atm aku yang rosak. Sayangnya, tak boleh buat di sana. Sebab kad atm aku adalah kad biasa. Mereka hanya boleh buat kad atm islamic saja.
Lepas tu, aku terus bergerak ke Citta Mall. Niat untuk menonton filem My Stupid Boss. Baca review orang kata filem ni best bangat! Kasi kita gelak gitu kan. Pokoknya aku mahu menonton kerana aku mahu juga ikutin sama gelak sih. Hahaha! Dah cakap bahasa Indonesia, hentam saja kerana bulan ni saja aku sudah menonton dua filem dari negara seberang. Filem pertama adalah Ada Apa Dengan Cinta 2 ( review dalam ENTRI INI ). Menonton berseorangan saja hari ni. Aku sorang saja yang cuti kan? :D
Sementara menunggu waktu tayangan, aku makan di Beans N Beans Korean Cafe. Aku tak ambil lunch hari ni, so inilah lunch aku. Nampak sikit tapi kenyang. Alhamdullilah. Aku ada buat review mengenai kafe ini dalam ENTRI INI.
Lepas habis tengok wayang, My Stupid Boss ( akan aku bagi review mengenai filem ni dalam entri yang lain ye ), aku beli Hazelnut Chocolate Chatime dan terus pulang ke rumah. Haa dalam wayang tadi, hanya 7 orang saja ada. Duduk jela mana-mana. Hihi. MBO Cinema Citta Mall selesa cuma harga mahal sikit. Ke aku yang rasa mahal sedangkan harga standard gitu?
Sebelum Maghrib, aku dah sampai rumah. Alhamdullilah. Begitu saja cerita pada hari ni. Nanti malam, aku buat review mengenai filem My Stupid Boss ye.
Thank you for reading,
Till then,
Love,
Assalamualaikum Siqah, good info kepada sesiapa hilang buku ASB.. Wahhh santai2 gitu sempat lagi tengok wayang ;-)
ReplyDeletewaalaikumusalam kak LZ :) Sesekali santai kak. luangkan masa untuk diri sendiri. hihi
DeleteWah. Tgk wayang x ajak. Last cikla tgk wayang cite kungfu panda ..
ReplyDeleteHii. cikla bukan tinggal di banting ke? kalau dekat, siqah boleh roger dah. hihi. ada masa nanti kita ketemu ye cikla :a
DeleteIni bukan 2 in 1...banyak in 1 Siqah...hehe...alhamdulillah sekesai dengan jayanya urusan ya...
ReplyDeleteHihi. banyak in 1 ye kak PC :h ALhamdulilah, semua berlaku dengan lancar :)
DeleteOh senang ja ye buat buku baru. Sedap nampak sandwic tu :)
ReplyDeleteSenang je kak BP. Sekejap je urusannya. Sandwich tu sedap jugak cuma rasa tak puas sebab takde sos :h
Deleteoooo.. kalau hilang bawa ic n rm10 pergi cawangan asnb ye.. okay terima kasih untuk info..
ReplyDeleteBlogwalking sini, jom baca
Adblock Plus di youtube untuk firefox site....
tq. akan kembali berkunjung ke blog awak nanti ye.
DeleteMeh PM akak.. ni kalau kena waktu leh kuar gather2.. ekekeke..
ReplyDeleteooo akak tinggal area shah alam ke? dekat jela kita rupanya dalam satu kawasan. hihi. Insyallah, ada waktu nanti kita ketemu ye. teringin juga nak bertemu rakan blogger :)
DeleteNasiblah sedar hilang buku tu Siqah, kalau ada urgent nak guna baru perasan buku tu hilang tak ka naya.... Nasiblah sekejap buatnya kan....
ReplyDeletePatutlah Siqah kurus cantik je, rupanya makan sikit je lunch, ni yg mak jeles ni hihi
Mujur sekejap je kak buat buku asb. Walaupun begitu, takdelah nak hilangkan lagi bukunya. Hihi.
DeleteMana ada siqah kurus mak. Sesekali je makan camtu. Banyak kali hentam je makan. Huhu. Dah gemuk nie :c
nape tak ajak, dekat dah tu sek.11, akak keje kat sek.14 hehehe
ReplyDeleteLahhh ~ tak tahu pun kak AA. Nanti next time kita jumpa ye. Yeayyy! :a
DeleteAssalam. Thanks untuk info. Tapi nk tumpang tanya la, kita kena pergi cawangan daerah kita ke untuk buat buku baru? Mcm sy dr kl kena pergi cawangan kl saja atau blh ke shah alam juga?
ReplyDeleteWaalaikumusalam. Boleh pergi mana-mana cawangan ASB. Tak kisah dari mana pun..
Deletetk perlu setem hasil dan matikan setem hasil ker?
ReplyDeleteTak perlu..
DeleteBtl tu klu nk renew kne kt ibu pejabat dia, abah Cikna ritu kne rm20.. buku ASB cikna pun dh hilang tu Tp ti la try cari smla...
ReplyDelete