Assalamualaikum dan hello semua :)
Malam tadi, al kisah aku pergi ke Stadium Shah Alam untuk perlawanan akhir Piala FA 2016, Johor DT bertemu Selangor PKNS FC. Aku hanya melayan suami yang nak ke sini, dan hanya melayan jika final saja. Kalau perlawanan biasa, sila pergi sendiri. Hihi.
Sampai jam 3.30 petang di stadium dan orang dah ramai. Parking di Giant Shah Alam. Biasa kalau final, baik keluar awal. Nak sampai awal untuk dapatkan parking je sebenarnya. Dan nak dapatkan juga seat terbaik di dalam stadium.
Sebelum masuk stadium, mestilah bergambar! Hihi.
Aku dan suami. Aksi melompat jela. Dan mafela baru dibeli tadi. Limited edition untuk perlawanan akhir ni saja.
Suami bersama sepupunya, Nabil dan Yan.
Nampak tak aku di mana? Di cermin mata kamu. Hahaha!
Harga tiket RM50 seorang. Haih, harga pun dah naik belaka.
Their first time, Kcut dan Ekin.
From my seat :D
Center! Aku suka! Seat dicop oleh kawan Kcut. Hihi.
Kelebihan tengok di stadium:
- Semangat, teruja dan seangkatan dengannya. Tambah lagi dengan BOS yang asyik menyanyi tanpa henti. Dengan penyokong JDT yang asyik bersorak. Satu stadium bersatu!
- Nyanyi lagu kuat2! Tanpa orang rasa kau pelik. Hihi.
- Masa pantas berlalu. Sedar je dah habis perlawanan.
Kekurangan tengok di stadium:
- Tak nampak sangat pemain. Tambah lagi untuk aku yang rabun. Pakai lens pun tak boleh nampak sepenuhnya. Satu lagi sebab jauh jaraknya. Kalau kat tv, nampak jelas lagi nyata.
- Tiada ulang tayang gol. Masa gol JDT yang kedua malam tadi, aku tak tahu siapa yang gol. Alih-alih dah gol je. Terus jerit jela. Masa 2nd half, dah ada ulang tayang tapi tiada gol pula walaupun JDT serang bertubi-tubi.
- Persekitaran: Sesak, panas, dan paling tak suka dengan asap rokok. Tutup hidung dengan mafela jela mampu.
Kesimpulannya, aku lebih suka menonton di rumah. Boleh baring sambil tengok tv ( selesa sangat sampai akhirnya tertidur ) . Hihi.
Again, tahniah Johor DT! Piala FA 2016 milik JDT!
Btw, tak perlulah rasa tak suka atau menyampah dengan JDT sebab dia beli semua player bagus. Tak suka betul kalau ada orang camtu. Dah JDT mampu, belilah. Siapa tak nak yang terbaik untuk team dia? Cer cakap. Kalau korang ada duit pun korang beli yang terbaik kan? Sama je ceritanya.Dan team pun ada naik turun performance juga. Setia bersama walau apa yang terjadi. Cuma harap Johor DT terus cemerlang gemilang :)
P/s: aku suka pemain jersi no 28 JDT, Azniee Taib. Hii.
Thanks for reading,
Love,
tahniah utk JDT Siqah
ReplyDeletewah peminat tegar ni nampak nya
Hihi. Kira tegar jugak lah kak noor :j
Deleteseronoknya dapat tgk dekat stadium =) im so jelly. hehe
ReplyDeleteBest awak tengok di stadium! Semangat lebih! Hihi. Nanti ada masa awak pulak pergi stadium k :)
DeleteTahniah jdt...
ReplyDeleteTq on behalf of JDT :9 :h
Deletetahniah untuk JDT...kita satu malasyia sokong sajalah yang mana2 pun..hehehe akak org pahang sokong pahang, tp dah pahang tak pergi final kita sokong yang lain pula...tp tak bermakna akak berpaling tadah dari pahang kekeke
ReplyDeleteBetul kak AA :) Siqah pun camtu juga. Kalau JdT takde, sokong yang lain. Kita kan 1 Malaysia cuma jangan pernah berpaling tadah daripada team pilihan lah :h
Deleteagreed with u siqa.
ReplyDeletesemua pemain terbaik ada di jdt, confirm la jdt terbaik.
kita sokong yg terbaik. semangat malaysia gitu :)
Yeehaaaa ~ Semangat Malaysia aida :a :9
Delete