Assalamualaikum dan hello semua :)
Hari ni nak update mengenai apa yang kami #siqahaliff buat masa weekend? :)
SABTU
- Baca novel
Aku duduk baca novel dari pagi sampai ke tengahari. Ada buat entri mengenai novel itu DI SINI.
- Hutang puasa sudah habis dibayar :)
Alhamdullilah. Dah selesai bayar hutang puasa tahun lepas. Macam mana semangat pun aku nak ganti puasa setiap tahun, pasti akan berakhir dalam bulan Syaaban juga. Aiyak. Yang penting, habis ganti kan walaupun lebih afdal jika buat awal :)
Makanya, berbuka puasa di Sushi King semalam sempena sambut hari terakhir ganti puasa. Hehe. Bersungguh! Dahlah habis ganti pun lambat. Beriya kau nak sambut ye? Haha!
Encik suami juling mata makan Sushi King!
- Menonton perlawanan bola Pahang vs Johor DT
Kena gulai kawah Pahang semalam. Salam 6 - 0. Tahniah JDT kerana kini sudah berada di tangga teratas Liga Super Malaysia 2016. Sebenarnya semalam plan nak ke IKEA tapi dibatalkan sebab Erysya jadi pengiring kapten Pahang masa masuk padang di awal perlawanan. Bersemangat nak tengok anak saudara punya pasal, Mak Lang batalkan niat nak keluar malam. Bersungguh lagi kan Mak Lang? Hehe.
Erysya, anak kecil pengiring kapten Pahang :)
Erysya sorang je girl dengan rambut gaya Elsa :)
Ayah aku pula tak memasal semalam tengok bola. Sebab cucu dia masuk tv katanya. Sedangkan cucu dia keluar tv masa awal perlawanan je. Hihi. Siap bagi komen yang buat aku gelak besar.
Apa kaitan pemain Pahang main dengan minum air tebu Ayah oii!! Hahaha! Siap aku pulak tanya suami, "orang Pahang suka minum air tebu ke?" Hehe.
AHAD
- Melawat IKEA
Aktiviti melawat IKEA berlaku hari ni. IKEA Damansara dekat je dengan rumah cuma aku malas nak ke sana. Jalan sesak. Hari ni, seawal jam 10.30 pagi kami dah berada di IKEA. Seronok rasanya, banyak parking masa tu! Hihi.
Niat di hati untuk survey barang dan harganya saja. Maklumlah nak raya ni. Mulalah mencari apa yang nak dibeli. Dalam beg tu, ada Bastis je dan pinggan. Hii.
Kalau pergi IKEA, yang paling aku suka adalah hiasan dalaman dan barang-barang IKEA yang simple dan menarik. Cuci mata ler kalau ke sini.
Selamat Hari Lahir Tasha! Hii. Hari ni birthday Tasha ( salah seorang daripada #gengmakan ). Semoga bahagia sentiasa dan mendapat apa yang dihajati :)
- Melawat Setia City Mall
Datang sini semata nak ke Kaison. Selain IKEA, aku suka juga barang-barang yang dijual di Kaison dan D.I.Y. Seronok jalan-jalan kat kedai hiasan rumah camni. Pastu duk berangan nak buat apa kat rumah. Tapi, semestinya, no money, you can only talk and see lah. Hihi. Takpe, survey dulu, insyallah ada rezeki nanti beli :)
Di sini juga, aku cuba minuman baru. Rasa kedai ni baru buka atau aku yang dah lama tak pergi ke Setia City Mall :D
Ini kedainya.
Sangkaya.
-Nuts about Coconuts-
Kedai yang simple dan kecil je. Sesak jugaklah masa beli kat sini.
Aku beli ini je. CoLatte! Coconut + Latte. Cuaca panas dan aku beli juga air panas. Alamak! Bila pergi makan di kedai luar, minta ais satu gelas. Jadilah Iced CoLatte. Minumannya pekat sangat, bagi aku kalau light sikit rasanya, mesti sedap!
Encik suami fe-feeling main getah, zero point :D
Itu sajalah al kisah kami selama dua hari ni. Sekarang, aku sudah berada di rumah. Rehat dan mungkin akan sambung baca novel :)
Korang buat apa weekend ni? Mesti banyak aktiviti kan? Kalau duduk berehat di rumah je pun syok jugak. Apa pun, asalkan buat bersama orang tersayang :) Masa weekday, sibuk bekerja, weekend jela nak luangkan masa banyak bersama.
Diakhiri entri ini dengan gambar:
Keindahan langit dan awan. Always look up!
Subhanallah. Love it much :)
Thank you for reading,
Till then,
Love,
Assalammualaikum alhamdulillah yang paling penting dalam banyak2 aktiviti tu yang paaaaling akak suka bila Siqah dah selesai qada puasa....yeyyyyy..lompat bintang...syukur.. :) lega..kan..kan.
ReplyDeleteWaalaikumusalam kak PC :)
DeleteHaah lega sangat siqah rasa. Selagi tak habis ganti puasa, selagi tu terasa ada bebanan.. Tapi masih ganti puasa di akhirnya. Tak kisahlah yang penting habiskan. Hihi. Yeayyy! Lompat bintang jugak! Syukur :)
Best nye weekend awak
ReplyDeleteBiasa je awak. Weekend awak mesti lagi seronok :)
Deleteseronok nya layan akviti jln2 dia tuh...
ReplyDeletemmg mengukur jln je... heheheh... cuci mata pun best kalau dpt pi supink complex kan
Memang ukur jalan kak. Hihi. Seronok juga sesekali berjalan window shopping. Cuci mata apa yang patut. Hii :h
Deletealhamdulillah dah abis ganti tak lama dah nak ramadhan kan.
ReplyDeletehahaha setahu akak takde pulak orang pahang suka minum air tebu tapi makan ikan patin terlebih kot.itulah zaman kejatuhan dah pahang tu, ramai pemain baru,adatlah tu kan,kali ini JDT pula bangkit. tahniah buat JDT.
Akak weekend lepas ke setia citymall,best juga kat situ..tapi tu lah baru 2 kali je pergi hehehe
Alhamdullilah, dah habis ganti walaupun lambat. Hihi.
DeleteHaa kak AA. Betul tu, orang pahang suka makan ikan patin kan. Hehe. Itulah tahun ni pahang tak menjadi sangat, sebab ramai pemain baru yang muda pun lagi. JDT membangun pulak. Masing-masing kan kak. Adat team biasa ada naik turunnya :)
Siqah suka ke Setia city mall. Entah kenapa entahlah. Hihihi. Boleh g lagi nanti kak AA lepak2 di padang :)