Geng Makan ke Pulau Perhentian: Part 1 - Pakej, Penginapan, dan Budget

instalife

May 15, 2016

Geng Makan ke Pulau Perhentian: Part 1 - Pakej, Penginapan, dan Budget


Assalamualaikum dan hello semua :) 


Seperti yang aku janjikan dalam dua entri di atas, untuk entri kali ni aku akan bercerita mengenai kisah percutian kami #gengmakan ke Pulau Perhentian. Punyalah lama baru nak post haa. Terperap dalam draft :) 

Sebelum bercerita lanjut mengenai kisah percutian kami, meh aku nak berkongsi mengenai pakej, penginapan, dan budget ke Pulau Perhentian. Rasanya itu perkara yang paling korang nak tahu kan? Hii. Sebab kalau aku, nak tahu pasal semua tu dulu, then baru mengenai kisah yang lain. Kalau aku lah. Hihi. 

PAKEJ





Pencarian pakej dilakukan oleh Syira dan Nadiah. Kemudian dibincang kata sepakat untuk memilih pakej yang mana. Kami memilih pakej di bawah SenjaBay Resort  iaitu pakej pertama 3d / 2n Snorkelling ( 2 snorkelling trips ) yang mengandungi: 
  • Return Transfer Jetty to Pulau
  • Accomodation 3D/2N aircond with sea view
  • 2 Snorkelling Trips - Trip pagi ( 3 points ) & Trip petang ( 2 points )
  • Snorkelling Equipment ( mask & life jacket )
  • Full Meal with BBQ
Kami ambil pakej untuk bilik Twin sharing ( RM470 / person ) dan Triple sharing ( RM435 / person ). Kami pergi berlima makanya harga pakej seorang adalah RM475.94 selepas didarab, ditambah, dan dibahagi. 

Harga pakej: 
( RM470 x 2 pax ) + ( RM435 x 3 pax ) =RM940 + RM1305 
         Twin                           Triple                          5
                                                      Total = RM2245
                                               Add GST = RM134.70
                                                     = RM475.94 / person 


Harga pakej masa peak hour mahal berbanding normal hour. Segala urusan mengenai pakej, diuruskan oleh Syira, our great super talented project manager :D Kami yang lain hanya bayar je. Dia uruskan belaka. 

Kami bergerak jam 3.45 pagi dari Subang. Pada mulanya nak gerak jam 5 pagi tapi atas nasihat Kak Ain, kami bergerak awal daripada sepatutnya. Betul juga kan, dahlah pergi masa peak hour, tak mahulah lambat sangat tiba di sana.

Dipendekkan cerita, kami sampai di Kuala Besut jam 10.30 pagi ( mujur bergerak awal ). Jauh juga perjalanan dari exit Kuala Terengganu ke Kuala Besut. Waze memainkan peranan pada masa itu.





Sampai saja di Kuala Besut, terus mencari Seven Seas Holiday Sdn Bhd. Syarikat yang bertanggungjawab untuk bawa kami ke pulau.




Tidak lama menunggu, jam 11.30 pagi kami sudah menaiki bot untuk ke pulau. Bayaran di atas adalah bayaran untuk Taman Laut, RM5 / person ( tak termasuk dalam pakej ). 

Selepas 40 minit menaiki speedboat, akhirnya kami tiba di Pulau Perhentian. Dari jauh dah berkata.. Cantiknya!!! 


View dari Jeti Pulau Perhentian 

 





 

PENGINAPAN


Penginapan kami selama 3 hari 2 malam di SenjaBay Resort, Pulau Perhentian Kecil. 



A welcome drink



View dari kafe SenjaBay Resort



Triple Sharing

Twin Sharing



View dari bilik kami.
No 43 dan 44 di SenjaBay Resort


Subhanallah. View dari sini sangat cantik! Terpegun kami melihat. Lama juga kami berada di balkoni bilik untuk menikmati keindahan laut dan langit biru. Rasa tak puas tengok :) 





Penginapan selama 3 hari 2 malam di sini memuaskan hati kami. Bilik bersih, tempat strategik ( tepi pantai, seaview ), dan makanan sedap! Kami ambil pakej penuh termasuk makanan sepanjang kami berada di sana. Lebih senang kerana tak perlu memikirkan mengenai nak makan kat mana. Makan di kafe resort je. 

Satu lagi yang sedap di kafe SenjaBay Resort adalah teh ais!!Sedap weii! Dua kali aku beli. Hehe! 


BUDGET

Keseluruhan budget kami sepanjang trip. Kredit budget calculation to Syira. Sangat teliti. Syira siap bawa satu buku kecil untuk catat setiap perbelanjaan yang keluar. Good job! Sesuai juga Syira jadi bendahari :D

 



 



 




Kami bayar RM600 seorang (termasuk RM100 sudah dibayar semasa booking). Harga pakej seorang RM475.94 dan selebihnya kami  bayar untuk minyak, tol, dan lain-lain (contohnya, Pak Mat Teh Tarik Madu, kami singgah semasa perjalanan pulang) 

Sekian entri untuk pakej, penginapan, dan budget kami ke Pulau Perhentian. Harap boleh membantu kepada sesiapa yang berhajat ke sana. Serius, pakej di SenjaBay Resort sangat memuaskan!! Recommended! 

Untuk entri seterusnya, aku akan berkongsi mengenai aktiviti kami sepanjang dua hari di sana.

Aktiviti kami: 
  • Hiking ke Windwill Pulau Perhentian
  • 2 snorkelling trips ( pagi dan petang )
  • Sunset di Romantic Beach  
Maaf jika ada kekurangan dalam entri kali ni. Kalau nak tanya apa-apa, boleh bagi komen atau email aku. Jangan malu dan segan ye ^_^

Till then, 

Thank you for reading,

33 comments:

  1. Assalammualaikum Siqah... :)
    Subhanallah suka akak tengok pemandangan lautan tu siqah..nikmat yang mendamaikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak PC :)

      Memang cantik pemandangan laut di sana kak. Tak puas rasa melihat. Tak sedar masa berlalu juga, terlalu khusyuk melihat view. Subhanallah :a

      Delete
  2. Haaaa~ dah update dah part 1 . Eh kita bayar sorang rm600 ke ? Bukan rm500 ke chika? Ke saya salah take note ? hiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rm600 nadiah. Hii. Mesti nadiah lupa deposit yang telah dibayar :)

      Delete
  3. Perhentian memang sangaaaaat cantik, kan? Air dia clear sgt2 dan persekitaran pun bersih je. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ana. Sangat cantik! Rasa nak duduk lama2 kat situ. Duduk tepi pantai sepanjang hari pun takpe. Make sure bawah pokok lah :h :a

      Delete
  4. Perhentian cantekkk sangaaaat! Rindu nak pegi sana lagi. :h

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom! Jom! Hehehe. Dalam perjalanan pulang pun duk berfikir bilalah boleh pergi perhentian lagi :h

      Delete
  5. Thanks for sharing...😉😉😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome kak :) Maaf ye kalau ada kekurangan. Boleh je kalau nak tanya apa2 :)

      Delete
  6. Replies
    1. Syok! Tambah lagi pulau yang cantik. Dalam malaysia je. Hii. Alhamdullilah :a

      Delete
  7. rasa nak repeat lgi gi perhentian ni. btw senja resort dekat perhentian kecil ke besar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perhentian kecil awak :) Serius, siqah pun rasa nak repeat gak :f

      Delete
  8. Salam singgah, nice entri..best kan jenjalan ke teganu;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kak azimah.. Sesekali berjalan ke arah pantai timur. Asyik ke barat je. Hihi.

      Terima kasih singgah blog siqah :)

      Delete
  9. Wahhh.. cantiknya pemandangan di pulau perhentian nie

    ReplyDelete
  10. cantiknya view tu, teringin pula nak ke sana.
    ha dah siap kira-kira macam tu baguslah, senang nak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Insyallah one day akak boleh pergi dengan keluarga ke sana juga. Pasti bertambah meriah dengan anak-anak :f

      Maaf jika ada kekurangan dalam entri ni ye. Kalau akak ada nak tanya apa2, boleh je :)

      Delete
  11. Menarik ni..! (^^,)
    Terasa nak pergi pulau pulak.. view pun cantik! Adik aina da sampai sini.. ada ke patut makan Lobster besar lengan tak bawak balik sikit. Takat tunjuk gambar je buat apa.! huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya tak sempat bawak balik lobster aina. Sekali makan dah habis. Hihi.

      Perhentian cantik aina :) Bolehlah lepas ni ke sana pula. Merakamkan kenangan terindah. Ehem :a

      Delete
  12. bagus sekali pulaunya, enak dipandang dan nyaman untuk menghilangkan strees pekerjaan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulau perhentian cantik sangat :) Sememangnya boleh release stress di tempat kerja :a

      Delete
  13. patutlah bila baca entri ni mcm pernah baca di blog Nadia Izzaty..rupa nya Siqah geng trip Nadiah eh ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Haah, kak JM. Siqah dan Nadiah satu #gengmakan :h

      Delete
  14. cantik nya temapt tu siqah
    harga pun tak mahal lah kan
    tunggu greenlight boleh lah pergi jugak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik tempatnya kak noor :)
      Semestinya kak noor boleh pergi dengan anak-anak nanti bila dah kembali dari negara luar ye :)

      Delete
  15. yui suka sikap kwn tu yg teliti bab duit..heheh..

    bestnya.. xpnh p sana lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Kan yui. Ktorg pun amazed dengan cost calculation dia yang sangat detail. Tak pernah rasa pergi trip pengiraan kos sebegitu sekali. Hihi.

      Lawa perhentian yui. Boleh nanti kalau ada masa yui ke sana juga :a

      Delete
  16. Teringin jugak nak ke pulau mcm ni dengan anak anak. Entah bilalah agaknya. Kena plan awal awal kan... Tp tulah yg sorang sekolah nak pekse pulak tu yg sorang dah start kuliah....susah nak kumpulkan...
    Namanya pun pulaukan....mmg cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah mak. Pulau cantik :a

      Betul tu mak, anak-anak sedang membesar sekarang, susah nak kumpul semua sekali. Hanya masa cuti sekolah jela. Itupun kadang-kadang, anak-anak ada aktiviti kelas tambahan dan sebagainya. Takpelah mak, ada masa nanti mak pergi dengan keluarga ye :a

      Delete
  17. I have learn some excellent stuff here. Definitely value
    bookmarking for revisiting. I surprise how a lot attempt you put to make any such great informative site.

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife