JANUARY 2018 WRAP UP

instalife

February 27, 2018

JANUARY 2018 WRAP UP






Oh wow! We are in the last week of February and I just want to post about my January 2018 Wrap Up. Lembap gila tahap slow kura-kura. Haha.

Kalau korang follow aku dari tahun lepas, pasti sudah tahu yang Month Wrap Up adalah entri wajib setiap bulan di blog aku. Aku suka buat entri Month Wrap Up untuk kenangan diri sendiri. Ada kalanya aku baca juga entri wrap up aku dalam tahun lepas. 

Ada juga part yang serius aku dah lupa. Cepat betul lupa kan. Manusia mudah lupa. Bukan Melayu saja tau :D

Sebelum flat lay di atas gone for nothing, baik aku up entri January 2018 Wrap Up. Entri ini mungkin akan jadi sederhana panjang. Mungkinlah. Hihi. 

Let's start! 💃

PERSONAL 


1. Short Weekend Getaway in Cyberjaya. Sudden plan sebenarnya ni. Suami tiba-tiba ajak bermalam di Cyberjaya. Jumaat malam baru cakap dan terus aku booked tempat penginapan di sana. 

Ini adalah kali kedua kami stay di Cyberjaya. Kali pertama ke Cyberjaya, kami bermalam di Shaftsbury Serviced Suites. Dan untuk kali kedua ini, kami bermalam di Shaftsbury Serviced Residences. Bangunan bersebelahan je. Kali ni, kami deal terus dengan pemilik rumah.


Ruang tamu di Shaftsbury Serviced Residence

2. Marilah Bersukan. Boleh tak nak gelak dulu? Haha. Kami berdua main badminton hanya untuk dua minggu on weekend dalam bulan Januari. Itu pun sebab hari hujan. Kami bukan main badminton di gelanggang badminton tau, main badminton di taman je :D 

Nak gelak sebab bukan konsisten pun. Beriya ambil gambar je. Bersukan sekejap je, asal keluar peluh. Haha. 


Husband and Me

3. Rak Buku Baru. Yeayy!! Terima kasih suami sebab belanja rak buku. Gembira tak terkata. Hihi. Tahun ni, aku ada bercadang untuk beli rak buku baru. Nak susun semua buku dengan kemas. Plan nak rak buku warna putih. 

Tapi suami dah offer nak belanja rak buku dan terus bawa aku ke kedai perabot. Jadinya terus on lah beli satu rak buku walaupun warna coklat gelap. Tak kisahlah tak dapat rak buku warna putih. Rugi tak terima kalau suami nak belanja. Hihi.


Before and After. Hanya dua barisan saja yang penuh buku. Maknanya ada lagi ruang untuk diisi dengan buku baru :D 

4. Bukit Gambang Water Park, Pahang. Plan nak pergi sini sejak tempat ini dibuka tapi baru bulan lepas dapat jejakkan kaki ke sini. Best tempatnya! Besar dan banyak permainan. Semput jugak bila empat kali naik tangga tinggi sebab nak naik gelongsor. Hihi. 

Aku nak update mengenai aktiviti di sini cuma macam biasalah, masih dalam draft. Nanti aku update detail ye. InshaAllah sebelum tahun depan. HAHA.

Kami dan keluarga Along. Yang lain tidak dapat join.


5. Featured di Instagram The Duck Group. Sungguh tidak disangka, sekali lagi my-not-so-perfect flat lay difeatured di Instagram The Duck Group. Malu masih bersisa dalam diri sebab ala wei, biasa sangat flat lay aku jika dibandingkan dengan flat lay The Duck Group yang sumpah sentiasa cantik. Apa pun, thank you for the featured @theduckgroup

Sedikit sebanyak, bagi aku lebih semangat untuk ambil gambar flat lay. Masih belajar dan sampai bila-bila pun, aku akan terus belajar try and error about flat lay 😊

Just so you know, my #duckrehab failed! Haha. I will not say #duckrehab in future. Because I just know I can't do it 🙈

TQ for the featured! From my IG acc: @siqahiqa_

6. Featured di Karangkraf Mall. Saja je tag Karangkraf Mall untuk gambar ini bila dipost di IG @siqahiqa_ sebab aku beli novel ni secara online di laman web Karangkraf Mall. Tak sangka, difeatured oleh admin. Thank you @karangkrafmall !

TQ for the featured!




READING


7. Aku baca enam buku dalam bulan Januari 2018. Hanya dua buah novel dan empat buah lagi adalah buku poetry and prose (semuanya dalam bentuk ebook).

Legasi Tombiruo - Ramlee Awang Murshid (4★)

Novel pertama yang aku habis baca dalam tahun 2018. Semangat berkobar-kobar nak baca novel terbaru Ramlee Awang Murshid. Agak geram bila ending tergantung dalam novel ni. Terpaksa tunggu novel kesinambungan untuk Legasi Tombiruo. 

Aku ada tulis review novel Legasi Tombiruo dalam ENTRI INI. Cakap pasal review buku, pada 29 Januari, aku ada terima satu email daripada peminat RAM bernama Safia bertanyakan mengenai kesudahan novel ini. Persoalannya, siapa Tombiruo Hutan Batu?

Safia ingatkan dia tertinggal bacaan mengenai ending novel ini dan terus google review dan terjumpa blog aku. Safia email untuk bertanyakan persoalan di atas. Hihi. Aku faham perasaan Safia yang ingin berbincang mengenai novel. Aku pun macam tu jugak nanye :D 

Bila dapat share pasal novel dengan orang yang baca novel, memang lain rasanya kan Safia :)


Aku Lelakimu - Sara Aisha (5★)

Sejak jatuh cinta dengan novel Sara Aisha bertajuk Salju Kyoto, aku terus mencari novel terbaru daripada beliau bertajuk Aku Lelakimu. Novel ni best gila!! Serius best! Tema masih sama iaitu action romance dan thriller. Romance sikit-sikit je tapi sweet sangat 😍

Review novel ini masih pending dalam draft. Aku tak tahu nak mulakan review daripada mana. Banyak benda nak cerita tapi tak boleh cerita semua. Spoiler pulak nanti kan. Aku akan cuba siapkan review novel ini dalam bulan Mac 💪


Sea of Strangers - Lang Leav (3★) ; The Universe of Us - Lang Leav (3★) ; Memories - Lang Leav (3★) ; A Thousand Mornings (1★) 

I love poem and porse. Senang dan cepat dibaca sebab pendek tapi nak kena faham sedikit isi tersirat yang cuba disampaikan dalam setiap poem/porse. 

Aku dah baca semua buku daripada Lang Leav dan she's not my favourite. Ada juga poem dia yang best tapi bagi aku, mostly biasa je. Mungkin sebab topik yang Lang Leav kongsikan tidak kena dengan jiwa aku.

Aku ternampak buku Mary Oliver trending di Goodreads dan jumpa ebook buku ini. Punyalah semangat aku baca sebab dah kata trending di Goodreads kan. Aduhai, aku tak faham apa yang cuba disampaikan dalam buku ni. Serius tak faham 🙍

WATCHING




8. Korean Drama. Dua drama Korea yang ditonton dalam bulan Januari seperti di atas. I'm Not A Robot sangat best! Kelakar dan comel 😍 Aku memang crush dengan Yoo Seung Ho sejak tengok dia dalam The Emperor: Owner of the Mask. Jadi, semangat berkobar-kobar untuk tengok drama ni. Pelakon wanita pun comel je. Ternanti-nanti drama ni setiap minggu :D

Berminat untuk tengok Black Knight sebab scenery dalam drama ni sumpah cantik. Tempat pengambaran di Slovenia ketika musim luruh. Cantik sangat! Slovenia is the perfect place for the beginning and ending of Black Knight 😍

Beautiful scenery in Slovenia. Credit photo here.



9. Filem. Tiga filem yang ditonton dalam bulan Januari. Awal tahun je dah banyak filem best tau! The Maze Runner: Death Cure adalah satu filem yang sekian lama dinanti kemunculannya. Bertahun tunggu dan akhirnya keluar juga the last film in The Maze Runner series.

Jumanji: Welcome to the Jungle. Lawak gila filem ni. Tak terasa langsung dua jam lebih berada dalam panggung. Sedar-sedar je dah habis. Siapa yang tak tengok lagi filem ni, tolonglah tengok. Aku menantikan filem ini keluar di Astro Best. Nak beli dan boleh tonton dua hari berturut-turut. Hihi.

Pitch Perfect 3. Aku follow Pitch Perfect sejak filem pertama dan mestilah aku wajib tengok filem penutup untuk Pitch Perfect. Best dan menarik! Sedih dan gembira apabila tiba di akhir filem ini. Suka tengok persahabatan mereka. Tetap teguh bersatu walau apa yang terjadi. 




10. Malay Drama. Satu-satunya drama Melayu yang aku tengok adalah My Coffee Prince. Beriya nak tengok drama ni sebab adaptasi drama Korea bertajuk Coffee Prince. Nak juga tengok gaya Coffee Prince Malaysia. Bagi aku drama ni, okay not bad. Cuma satu je aku tak puas hati. Rumah Dani. Dah kenapa nampak mewah sangat rumah Dani? Bukan orang susah ke? Tak nampak realiti kehidupan di situ 🤔


FOOD

 



11. Kula Cakes di Kuantan, Pahang. Akhirnya setelah sekian lama, bertahun-tahun lamanya, aku berkesempatan juga singgah di Kula Cakes. Kafe yang popular dengan kesedapan Mango Cheese Cake

Serius sumpah sedap Mango Cheese Cake di Kula Cakes! Sedap sampai aku makan sorang lah. Suami dapat merasa je sikit. Haha. Rasa nak beli lagi tapi ramai orang beratur. Malas lah jadinya. 



12. WonderMama di Bangsar Village. Kami #gengmakan makan kat sini sebab aku ada reward WonderMama daripada aplikasi BookDoc. Maka ke sinilah kami dan tidak lengkap ke Bangsar Village jika tidak ke Fashion Valet. Haha. Itu yang #duckrehab failed! Haha.


***************

Fuhh!!  Sederhana panjang je entri January 2018 Wrap Up? Kan? Kan? HAHA. Sekian saja cerita aku dalam bulan Januari 2018. Kehidupan dilalui seperti biasa dan bersyukur apa adanya 😊

Aku akhiri entri ini dengan gambar oh oh tee dee yang tak jadi. Haha. Boleh pulak pejam mata. Apa ke? 😅 Ingat senang nak jumpa dinding cantik untuk oh oh tee dee. Hii. 


Oh Oh Tee Dee :D
 


Thank you for reading and have a lovely day, dearest ^_^






56 comments:

  1. Rangkuman sepanjang Januari...warna warni..berbunga suasana..alhamdulillah..moga bulan-bulan seterusnya juga begitu..aminnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah. Same goes to you Kak PC :) Moga bulan seterusnya juga indah saja. Amin.

      Delete
  2. Cantik gambar-gambar Iqa no wonder featured di IG theduckgroup, congrats!
    Sis suka baca monthly warp up Iqa, keep it up dear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan je featured kat dUCk tu 🙈 Terima kasih sis suka baca my month wrap up walaupun sederhana panjang. Hii.

      Delete
  3. banyak kisah menarik bln February ni utk sis..semoga ceria selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah. Semoga ceria selalu jugak :)

      Delete
  4. Buku sara Kyoto memang ohsem.. serius..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan!! Best gila novel tu. Now confius which one is better, Salju Kyoto or Aku Lelakimu but I can’t decide. So pilih both. Hehe

      Delete
    2. Dua-dua buku ada kekuatan dia.. Memang susah r nak choose.. kikiki

      Delete
  5. Wahhh byknya sis buat masa bulan januari! Kita gigih study final je sis. Haha. Cantiknya gambaq 😍 selalu guna camera apa? Dlsr ke? Cantikk laa. Tahniah dpt features dlm 2 ig. Tambah2 Duck group. Duck kot! Wehooo. Cant wait for feb wrap up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah habis ke final Aina? Good luck in final tau! Do you best 😍

      Akak guna phone je ambik gambar. Tak pernah lagi guna kamera, DLSR apatah lagi. Serius tak tahu :D

      Thank you Aina! Walaupun segan sebab flatlay tak seberapa, tapi happy bila terpilih antara ramai2 orang kan 😊

      Yeayy!! Feb Wrap Up menyusul soon. Hehe.

      Delete
  6. Bestnyaaa! Teringin nak jogging tapi takde kawan laa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Carilah kawan sorang. Tapi kalau jogging sorang2 pun okay jugak nanye. Me time :D

      Delete
  7. bukit gambang banyak juga aktiviti yang best
    cuma taman air dia kurang best
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taman air best untuk budak-budak je kan. Kita yang dah besar ni okay lah. Sekejap je dah boring. Hee

      Delete
  8. bestnya baca wrap up siqah.kita pun dalam proses nak disiplinkan diri baca buku hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. I love to hear that :) Boleh tambah geng baca buku. Hehe.

      Delete
  9. Your flat lay cantik ^^ Nina suka tengok insta akak sebab feed cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Flat lay akak biasa je rasanya for me tapi bila orang lain kata cantik, rasa seronok jugak 😍 Hee. Akak lama dah tak post anything on insta. Malas nak fikir feed. Makin serabut rasanya nanti. Hee. Btw, thank you Nina 😁

      Delete
  10. the only part yg ray skip is part my coffee prince tu haha kbye. eh jap
    jom la join n meriahkan segmen GA ray kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Nampak betul anti my coffee prince :D
      Will join your GA later :)

      Delete
  11. Duk layan movie yang sama 😍
    Ketiga - tiganya best.
    Korean Drama: I'm not a robot tu rindunyaa! Now duk layan Eulachacha Waikiki. Best dan kelakar

    Husniey tunggu Siqah update ke Gambang Waterpark tu. Due date sebelum tahun depan 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayy! Semua filem best kan awal tahun ni. Bulan 3 ni pun ada dah senarai filem nak ditengok ;D
      Yes! Rindu nak tengok I'm Not A Robot. Comel sangat dorang, hero sangat kacak okay :p
      Siqah tengok sampai episod 3 je drama Waikiki. Stop tengok sebab rasa macam drama tu tak ke mana perginya. Takde hala tuju. Hihi. Maybe will continue later.

      Hahaha. Maybe bulan 12 baru update, asalkan sebelum due date :D

      Delete
  12. BEST TEROKKKK dia punya jan wrap up!! jelly jelly.. eksaited sangat tengok rak buku!! nanti nak baca gak novel aku lelakimu. tak minat thriller sangat.. tapi member suggest suruh baca. inshaaAllah nti kene g beli. heee.. suka la datang sini, blog cantik, gambar tak pernah mengecewakannnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah pun rekomen jugak Izzati baca novel Aku Lelakimu. Serius, novel tu best gila! Thriller dan romantik sikit je. Paling penting tak cliche di mana-mana :D
      Thank you Izzati suka datang blog Siqah. Alhamdullilah <3

      Delete
  13. Tetiba rasa nak buat jugaklah monthly wrap up haha (entah consistent ke tak)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mehlah buat jugak month wrap up. Sebenarnya Siqah pun paksa diri buat month wrap up. Sebab nak life update ada di blog :D

      Delete
  14. Wow, what a month full of activities. Moga sentiasa ceria dan diberkati Allah SWT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah. Terima kasih Ida atas doa. Kembali semula doa yang sama pada Ida :)

      Delete
  15. Romantik weh main badminton dengan hubby ❤ hahaha btw memang best la entri wrap up Siqah plus with your flatlay picture, memang cantik ahh and one more, tak teringin nak tengok Coffee Prince (hahaha jahat kan) and Pitch Perfect 3 masih belum tengok lagi but I'll do hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Romantik eh? Hahaha. Penat kutip bulu tangkis asyik jatuh je :D Thank you Erni reading this not-so-long entry and about my flatlay pictures <3 Haha tahu ramai orang anti Coffee Prince, sebab Fattah ke camne? Hihi. Yessss!! Erni mesti tengok Pitch Perfect 3 okay. Best :D

      Delete
  16. Kejapp je kan masa berlaluu. Dah masuk bulann 3 dahh kitaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn!! Cepat masa berlalu. Nanti tetiba dah puasa kan.

      Delete
  17. Oh myyyyy! Rindu sangat Mango Cheese Cakes Cula Cakes T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahhhhhh!! Siqah pun rindu sangat jugak dengan Mango Cheese Cake Kula Cakes. Kat sini tak jumpa mango cheese yang sedap camtu T_T

      Delete
  18. tak boleh move on la tngok planner kak siqah. cun! hehe.. bab makanan pulak. mango cheese tuu. sedap nya laa.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Planner yang sayang nak digunakan. Adoii. Hehe. Mango cheese kula cakes memang sedap. Wajib pergi makan sini kalau ke Kuantan tau :)

      Delete
  19. What can I say ekk dik?
    A great entry as always.
    Wrap up everything in an entry 😁😁.

    ReplyDelete
  20. rak buku atas yg tengah tu... akak pun ada buku-buku tu.
    aku lelaki mu tu pun macam nak kena cari jugak lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Please cari Aku Lelakimu kak. Ceritanya ohsem! Sampai sekarang tak siap review novel tu sebab tak tahu nak start dari mana. Hehe

      Delete
  21. "Bila dapat share pasal novel dengan orang yang baca novel, memang lain rasanya kan Safia :)"

    Ini tandanya eka kena baca lebih. hehehe. what a wonderful recap untuk Januari Siqah, may you have blessed and wonderful event happening on the future onwards. :D

    Unfold me here : The Hundred Pages | Eyqa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Jom membaca bersama-sama Eka :D

      Same goes to you EKa. Wishing you loads of happiness :)

      Delete
  22. Syoknyaaa ada almari buku baru. Nani nak beli rak buku baru tak sempat sempat lagi nak cari sampai buku buku baru letak dalam kotak aje dulu. Heheh. Best nya main air dekat Gambang, Nani lama gila dah tak pergi. Awal awal dulu selalu jugaklah terjah sebab dekat aje. Next time try kula krim pulak okayy! Bberganda ganda lagi sedap. Heheh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Takpe letak dalam kotak asalkan jaga dengan elok. Hii. Pantang kalau buku sepah2 ni :D Ohhh bertambah lagi kek nak cuba kat Kula Cakes ni. Aduhh nak kena pergi lagilah maknanya ni..

      Delete
  23. wah bestnya jogging2, jalan2 , makan2 , movie2... hehehe

    ReplyDelete
  24. Pitch Perfect bestkan... mummy salah seorang peminat fanatik nyer.. hopefully ada siri ke 4... walaupun katanya dah ending tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Mummy. Rasa tak cukup setakat 3 siri je for Pitch Perfect. Best tengok persahabatan dan nyanyian dorang :)

      Delete
  25. Siqah biasa baca ebook kat mana? Nak survey jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah baca buku kat iBooks. Cari ebooks manual google dan ada jugak website :)

      Delete
  26. Seronok akak baca your January Wrap-up :)

    ReplyDelete
  27. Oh oh tee dee yg comel! heeee :D

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife