Hai semua! Cuti tiga hari sempena Tahun Baru Cina dan korang semua buat apa? Ada plan bercuti ke mana-mana? Balik kampung dan sebagainya?
Aku hanya duduk di rumah saja. Hanya esok ada plan untuk ke Kuala Kubu Bharu melawat anak saudara keenam yang baru lahir minggu lepas 😍
Di kelapangan petang ini, aku nak join satu giveaway yang dianjurkan oleh blogger Sis LZ . Dah lama aku perhati rakan blogger lain join GA ni cuma tak bekesempatan nak join.
Giveaway ini akan tamat pada hari esok, 17 Februari jam 11.59 pm. Ada sikit masa lagi nak join dan aku tak nak melepaskan peluang ini.
Syarat penyertaan mudah dan aku sudah follow semuanya. Ada satu syarat penyertaan no 3 yang menarik mengenai tajuk “Apa yang anda suka baca dalam blog seseorang?”.
Jadi di sini, aku nak berkongsi topik yang aku suka baca dalam blog 😊
BEAUTY PRODUCT
My top favourite topic! 💕 Aku sangat suka baca mengenai review produk kecantikan. Tak kisah sama ada makeup atau skincare product.
Tapi sebenarnya, aku lebih prefer skincare product terutama produk yang boleh menghilangkan kesan parut jerawat dan untuk jerawat. Bersungguh baca dan bookmark untuk senang dirujuk pada masa akan datang.
Namun begitu, aku percaya bahawa kesan setiap produk berbeza untuk setiap orang. Dan aku tak salahkan sesiapa kalau mereka ada bagi review produk yang berkesan pada mereka tapi tak berkesan dan mungkin memberi kesan buruk pada aku. Sebab lain orang lain tahap penerimaan sesuatu produk.
Asalkan produk itu dijamin, drugstore product lah senang cerita. Aku on je dan akan cuba satu persatu sehingga jumpa satu produk yang sesuai dengan diri ini.
Kalau bab mekap pula, aku suka baca semua hal mekap terutama bab lipstick. Hihi. Bab lain aku baca dan bookmark je dulu. Mana tahu nanti teringin nak beli, boleh kaji balik.
BOOK REVIEW
Topik review buku ini semestinya aku suka baca. Aku sangat suka baca buku dan dengan baca review buku di blog rakan-rakan yang lain boleh membuatkan aku nak baca buku tersebut.
Mudah terpikat dengan review buku 💕 Dan pasti terus masuk dalam list buku yang bakal dibeli.
BLOGGING TIPS
Ini adalah salah satu topik kegemaran. Suka baca tips blogging daripada rakan blogger. Pelbagai tips blogging dan topik yang dikongsi. Topik mengenai SEO, blog template, Google Adsense dan sebagainya.
Aku suka bookmark topik-topik yang menarik perhatian aku. Senang nanti untuk dirujuk terutama bab SEO dan Google Adsense. Sampai sekarang aku failed dua bab itu 😬
Aku sangat berterima kasih kepada blogger yang sudi berkongsi tips blogging dan dalam masa yang sama memberi idea dan semangat untuk blogger lain agar berterusan blogging.
Ada juga beberapa topik mengenai blogging yang pernah aku kongsikan di blog ini terutama mengenai blog template. Feel free to read all the related blog post in Blogging category.
FOOD REVIEW
Orang yang suka makan macam aku mestilah suka bab review makanan. Hehe. Suka baca post mengenai makanan dan kedai menarik dan unik. Aku juga berminat dengan kafe-kafe yang cantik.
Teringin nak pergi melawat kafe cantik setiap bulan tapi sayangnya tiada kawan untuk pergi bersama. Suami pula jenis tak layan bab lepak kafe. Jadi terpaksa aku pendam saja hasrat itu 😅
TRAVEL
Walaupun aku bukan jenis orang yang travel (sebenarnya suka travel cuma ada batasan tertentu), jadi aku suka baca kisah travel orang lain.
Pergilah korang melawat negara cantik dan destinasi menarik di dalam Malaysia dan jangan lupa kongsikan mengenai trip itu di blog masing-masing.
Aku akan baca dan bookmark dulu. Mana tahu ada rezeki, InshaAllah akan ke destinasi pilihan juga.
Tahun ni, aku tiada mood nak ke mana-mana selepas aku terpaksa batalkan trip ke Korea bulan April ini. Jadi aku duduk di Malaysia jela. Redha 😌
LIFE PERSONAL STORIES
Aku faham bahawa tidak semua blogger suka menceritakan kisah peribadi mereka di blog.
Malah aku juga begitu. Tidak semua kisah aku kongsikan di blog. Sebab itulah, aku ada diari DayOne. Boleh tulis semua kisah dalam diari di telefon ini.
Tapi, aku suka akan blogger yang menceritakan kisah kehidupan mereka. Ada juga life lessons yang dikongsikan bersama.
Kadangkala life lessons dan kisah yang diceritakan pernah juga terjadi dalam hidup ini. Jika tidak pernah terjadi, kisah itu boleh dijadikan panduan untuk kita di masa akan datang.
****************
Sebenarnya aku baca semua cerita dalam blog seseorang. Bagi aku, apa yang diceritakan mereka dalam blog masing-masing mencerminkan keperibadian mereka sendiri.
Tiada istilah suka atau tidak suka. Natural.
Aku baca semua kisah rakan blogger yang aku follow. Cuma kadang-kadang tiada masa sangat untuk blogwalking. Akan aku terjah dari semasa ke semasa cuma cepat atau lambat saja 😊
Entri giveaway paling panjang pernah aku buat rasanya ni. Hihi. Terima kasih Sis LZ kerana menganjurkan giveaway ini.
Best of luck, Siqah dan korang juga ^_^
goodluck tau. ray pun join
ReplyDeleteGood luck untuk Ray jugak!
Deletesemoga berjaya :)
ReplyDeleteThank you :)
DeleteGood luck tau! ^^ Hana tak join lagi! Heee =D
ReplyDeleteHana sempat join tak. Dah tamat GA ni.
DeleteGood luck kak Siqah :)
ReplyDeleteThank you Mai :)
Deletegood luck siqah.
ReplyDeleteThank you CikLa :)
Deletebetul tu siqah, apa je yang orang kongsi memang akan baca. Good luck ye siqah :D
ReplyDeleteLain orang lain ceritanya kan :) Thank you Farhana :)
DeleteGood luck for the giveaway siqah! And me too like all the topic you mentioned above, kita tak akan tahu yg kita akan terkesan dengan penulisan seseorang itu kalau kita tida mengetahui (membaca) akannya. Hehehe.
ReplyDeleteUnfold me here : The Hundred Pages | Eyqa
Yes!! Setuju sangat ayat Eyqa. Tak baca maka tak terkesan dengan penulisan 👍🏻😊
Deleteokay nanti saya buat entri book review baca tau tau! hahahaha. saya pun sebenarnya suka baca buku/novel tapi malas bebeno nak buat entri lepas dah baca haha.
ReplyDeleteHahaha. Siqah baca anything pasal buku. Hehe. Faham sangat perasaan malas nak buat entri lepas baca buku. Kalau masa semangat tu, terus buat je. Tapi rasanya sekali je pernah jadi camtu. Hehe
DeleteGood luck dear ^^
ReplyDeleteThank you dear :)
Deleteall the best =D
ReplyDeleteThank you :)
DeleteThank you :)
ReplyDeleteSuami dulu pun tak berapa nak pergi kedai yang comel ala-ala hipster, tapi saya selalu belanja kat kedai cenggitu. Skrg kalau pergi tempat best,suami pulak yang suggest nak makan kat kedai comel2..sbb boleh amek gambar simpan dalam fon..huhu
ReplyDeleteWaw.. good luck ye
ReplyDeleteAll the best ye. Fighting
ReplyDeleteThank you so much Siqah for joining this giveaway.
ReplyDeleteTunggu keputusan yang akan sis umumkan esok okay.
Good luck dear..
Akak terlepas GA ni :)
ReplyDeleteKalau kak suka baca pasal tip kesihatan dan amalan gaya hidup sihat 😀
ReplyDelete