Kisah midnight movie bersama FIL pada hari Sabtu lepas. Kami bersama menonton filem Desolasi yang diarahkan oleh Syafiq Yusof dan hasil terbitan Skop Productions Sdn. Bhd. Filem ini bergenre Psyco Thriller / Fiksyen Sains. Pelakon utama adalah Syamsul Yusof, Bella Dally, Dato Jalaluddin Hassan, dan Pekin Ibrahim.
SINOPSIS
Aiman adalah seorang pelukis yang mengidap penyakit yang jarang ditemui iaitu "Anton Babinski". Dia menjadi tidak tentu arah selepas ditimpa pelbagai masalah dalam hidup sehingga dia hampir mengalah dalam kehidupan.
Masalah yang menimpanya membuatkan Aiman selalu bergaduh dengan ayahnya. Satu hari, Aiman berdoa agar masalahnya hilang dalam sekelip mata. Keesokan harinya, apabila dia bangun tidur, dia dapati bahawa dirinya keseorangan. Semua manusia lenyap.
Pada mulanya dia mencari orang lain tapi selepas beberapa ketika, dia menjadi seronok kerana dia tidak perlu memikirkan masalah yang ada. Dia boleh melakukan segalanya tanpa perlu berfikir panjang.
Dalam masa yang sama, Aiman sebenarnya mencari jawapan kepada setiap persoalan yang hadir dalam hidupnya.
REVIEW
Jujur aku katakan filem ini BIJAK dan MENARIK. Bijak bermain dengan emosi dan akal fikiran penonton. Bijak dalam segi jalan penceritaan yang akhirnya membuatkan penonton memahami secara menyeluruh akan pengajaran yang hendak disampaikan.
Pengajaran yang aku dapat dalam filem ini:
Solat Lima Waktu
Solat adalah tiang agama. Kita wajib solat tanda kita bersyukur atas kehidupan kita. Jangan sesekali mengaitkan solat dengan ujian yang diturunkan Allah.
Percaya Kepada Ketentuan Allah
Aiman tidak redha dan percaya dengan Allah. Dia tidak percaya Allah lagi setelah baginya, dia solat dari kecil tapi masih ditimpa malapetaka dan ujian yang besar yang membuatkan dirinya tidak mahu lagi solat. Kita wajib yakin bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang kehidupan kita. Wajib sentiasa yakin dan bersangka baik dengan Allah.
Bersyukur Nikmat Yang Dikurnia
Aiman yang ada mata tapi sayangnya tidak dapat melihat. Lalu Allah menarik kembali nikmat penglihatan Aiman. Setelah itu, Aiman sedar dan baru dapat melihat segala yang tersurat dan tersirat dalam setiap percaturan Allah. Kita harus bersyukur dengan segala yang dikurniakan. Nikmat datang dalam segala bentuk dan semua manusia mendapat nikmat yang berbeza. Insyallah. Allah akan perkenankan doa kita dengan mengurniakan nikmat yang kita mahu setelah kita benar-benar sedia menerimanya.
Kasihi dan Hormati Ibu Bapa
Ibu bapa adalah insan yang akan mencorak kehidupan anak-anak semasa kecil. Tapi setelah dewasa, anak-anak sendiri yang akan mencorak kehidupan mereka. Sentiasa kasih dan hormat akan ibu bapa kita walau apa pun yang pernah terjadi. Jangan pernah menyimpan dendam dan buruk sangka terhadap ibu bapa. Jagalah ibu bapa semasa mereka sudah tua seperti mana mereka menjaga kita semasa kita kecil.
Jangan Mudah Mengalah
Usaha, doa dan tawakal. Tiga perkara yang sentiasa perlu diamalkan oleh kita. Jangan mudah putus asa. Insyallah. Satu hari nanti akan diberi apa yang kita mahu.
Kalau kita tidak berusaha, Allah tidak akan tolong kita. Dan jika kita berusaha tapi masih sama saja, itu maknanya Allah sedang menguji kita. Dia datangkan ujian dalam bentuk pertanyaan dan kita kena menjawab pertanyaan tersebut dengan jawapan beribadat dan selalu berdoa dan tawakal kepadaNya.
Aku suka dialog terakhir dalam filem ini. Lebih kurang begini dialognya. Tak ingat sebijik dialog tersebut. Mana mungkin aku ingat dialog kan. Hihi.
"Hidup ini adalah ujian. Kalau semua orang kaya dalam dunia, maknanya dunia ini bukanlah ujian. Tabah, sabar dan redha hadapi semua ujian dalam kehidupan, Insyallah akan dibalas dengan syurga di akhirat kelak".
Nasihat aku kepada semua yang mahu menonton filem ini.
Di awal filem, korang mungkin akan berasa sedikit bosan dan tidak faham dengan jalan ceritanya tapi silalah menonton hingga ke akhir filem. Korang akan faham akan mesej yang hendak disampaikan dalam filem ini dan pasti akan keluar panggung wayang dengan hati yang puas.
60 peratus kesan khas CGI yang ditampilkan dalam filem ini pun bagi aku menjadi. Aku tak pandai bab CGI cuma aku rasa best jela tengok. Siap ada dinasour haa! Mula-mula rasa macam mengarut tapi lepas faham apa yang berlaku, baru aku rasa dinasour itu tidak mengarut. Hihi.
Kalau nak tahu kenapa, sila tengok filem ini di pawagam berdekatan ye 。^‿^。
Rating: 4 / 5 bintang
Selamat menonton dan support industri filem tempatan 😊
part nampak dinasour kat trailer tu mmg dah fikir mengarut dah citer ni tp review semua kata best so this should be in my must watch list !
ReplyDeleteHihi. Memang mengarut pun dinasour tu pada mulanya. Bila dah faham cerita, pasti boleh terima part dinasour tu. Hihi.
DeleteHappy watching dear 😍
ramai puji yg filem ni antara yg terbaik utk thn ni...
ReplyDeleteYessss. Siqah pun rasa begitu jugak :)
DeleteTengok review kat twitter ramai cakap cerita ni best. Nani tak sempat nak tengok lagi. Heheh.
ReplyDeleteHehe. Masih ditayangkan nani. Boleh ada masa pergi tengok nanti eh :D
DeleteBelum sempat nak tengok. Entah dapat ke tak tengok kat cinema nanti ni. Huhuhu.
ReplyDeleteTak sempat kadang2 kan shea :) Busy dengan life kita. takpelah, if tak sempat tengok di cinema, shea boleh beli di Astro First nanti :)
DeleteTGK TRAILER MEMANG BEST.. TGU ONLINE FREE JAK NANTI.. JATUH CINTA DGN REVIEW AKAK.. :P
ReplyDeleteHiii. Ooo suka tengok free online ek. Hii. Tak kisah unni, nanti dah tengok boleh review jugak. Nak dengar pendapat unni pulak :D
DeleteThank you suka review akak yang ikut suka hati ni :D
banyak review kata best, mesti masuk watchlist nie.
ReplyDeletesyafiq yusof punya filem memang best, tak sangka dia mampu buat filem sehebat macam nie :D
Sila sila masuk dalam list BV.
DeleteKan.. syafiq muda lagi pulak tu. tak sangka dia boleh buat filem kira setanding dengan abang dia. Hebat :)
filem syafiq dan syamsul makin maju. nak tengok cerita ni nanti
ReplyDeleteBenar. Filem mereka berdua makin maju :) Selamat menonton nanti ye awak :) And pls share your review too :)
DeleteLahai camne leh tertinggal pulak cite ni.. Adehh ni lah gara2 lama tak bersosial.. AHakz.. kene tengok ni..
ReplyDeleteAhaks.. boleh ek gara2 tak bersosial. Hii kelakar lah lea ni :D
DeleteTengok nanti ye, masih ditayangkan di cinema :D
Akak teruja gak nak tengok filem nie, tapi pelakon dia tu buat keterujaan tu hilang.. hehehe.. Tak berapa gemar lakonan Shamsul.. Tapi nanti nak try tgk gaklah..
ReplyDeleteHehe. Nanye siqah pun tak gemar sangat shamsul berlakon. Lama kelamaan mungkin prestasi lakonan dia dah meningkat kak. Bolehlah nanti akak cuba tengok filem ni dan bagi review juga ye. Nak tahu jugak pendapat akak :)
Deleteaa mek tgk review semalam dekat meletop. nampak best. tapi mek nk tgk sing !
ReplyDeleteHehe. Best! Hope memenuhi juga citarasa mek! Hhihi.
DeleteHaa siqah hampir nak tengok Sing sorang2 tadi. Nampak cam menarik cerita tu. kelakar kan :D
Wah siqah. Asal aku google review filem melayu je, blog ko kuar :-D
ReplyDeleteTapi baguslah kan. Kurang kurang ada rujukan aku sebelum tgk filem melayu. Almaklum laa selalu citer melayu bosan. Hihi sy akan kasi peluang utk yg ni
Hahaha 🙈🙈 Aku kan pengemar filem tempatan. WALaupun tak lah semua tengok. Hihi.
DeleteTry lah tengok filem ni. Pastikan tengok sampai habis tau 😬
I got a review for Desolasi as well... http://lynk.my/ls3q
ReplyDeleteNice review. Lepas baca review Siqa baru rasa nak tengok. hehe
ReplyDeletemacam best ja movie ni.. belum tengok lagi hhe
ReplyDeletebest jugak filem ni.. memang betul apa siqa bagitaw tu...
ReplyDeletebest jugak filem ni.. memang betul apa siqa bagitaw tu...
ReplyDelete