Why Only My Left Power Glasses Increase??

instalife

December 13, 2016

Why Only My Left Power Glasses Increase??


Hampir tiga tahun aku tak tukar cermin mata. Main reason kenapa tak nak tukar sebab malas nak hadap buat test mata tu. Mungkin sebab aku dah start buat test mata dari umur aku 11 tahun. Jadi menyampah nak masuk bilik test mata. 

Cuma akhirnya baru-baru ni, setelah terbuka pintu hati (chewahh😛), aku pergi juga buat cermin mata baru dan terkejut bila power glasses aku meningkat mendadak. 




Yang peliknya, hanya my left power glasses saja yang meningkat sebanyak 150 dan silau pun naik 100. Aku jadi pelik kenapa sebelah kiri je. Power sebelah kanan kekal walaupun hampir tiga tahun. 

Aku pelik dan tertanya-tanya kenapa jadi camtu. Kenapa sebelah je yang meningkat??

Then, pakar cermin mata bertanya apa habit aku yang mungkin menyebabkan perkara ini berlaku. Apa yang aku selalu buat dan memberi tekanan kepada mata kiri aku saja. 

Dan setelah berfikir, yes, aku tahu jawapannya! 

Aku selalu tengok drama Korea sambil baring mengiring ke sebelah kiri. 

Bila aku cakap camtu kat pakar tersebut, aku terus kena marah. Memandangkan dia adalah bos lama aku. Aku pernah kerja di kedai cermin mata itu selama 3 bulan. Bukan setakat kena marah, kena bebel lagi dengan dia. Adoiii.

Dia pesan agar aku tolong ubah habit aku yang satu itu. Kalau tidak, left power glasses aku akan terus bertambah. 

Sekarang, aku masih beringat. Takde tengok drama Korea sambil mengiring lagi. Sekarang aku akan duduk walau tengok drama Korea di atas katil. 

Aku tak suka bila power glasses aku semakin meningkat. Dah cukuplah tahap tu. Sekarang power glasses aku lebih 500 untuk mata kiri dan kanan. Sedih 😣

Salah diri sendiri jugak. Jadi, tak payah nak sedih sangat. Haha. Beringat saja sudah. Aku kerja mengadap monitor komputer tiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 7 malam. Sampai rumah, sambung tengok drama Korea pulak. Mana taknya, power mata semakin meningkat. Berterusan mengadap gadget. Mata tak rehat langsung.

Harap aku berterusan menjaga mata aku dengan baik. Mata adalah salah satu harta yang paling berharga. Tolonglah ubah habit ini sebaiknya wahai Siqah. 

Dah habis membebel pasal diri sendiri. Haha. 

Kepada rakan blogger yang memakai cermin mata, quote di bawah ini untuk anda semua. Hihi. Terjumpa di Facebook 😏



Have a nice day, all ❤

29 comments:

  1. Boleh jugak eh sbb baring mengiring mcm tu leh buat power mata xsama, power mata sy pn tiap taun naik sbb slalu dpn pc je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bak kata bos lama siqah tu, boleh punca jadi power sebelah je naik. Sebab bila mengiring belah kiri, kita bagi tekanan kat mata kiri saja untuk more kerja. Kalau tengok pc tu memang selalu kan..

      Delete
  2. Replies
    1. Sekarang beringat lah.. Lama-lama tu yang tak sure. Hehe. Hope berterusan ingat ni haa :D

      Delete
  3. ... baring mengiring ke sebelah kiri...


    oh.. betul ke? sy mcm x percaya bla baca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. siqah pun tak percaya masa dengar dia cakap. CUma bila fikir balik, cam betul pun ada. Pendek kata jangan baring mengiring or jangan baring pun masa mengadap gadget dan baca buku jugak..

      Delete
  4. baring mengiring ke sebelah kiri?? dua tiga kali baca nak fhm kan, ingt Unni silap baca.. Fakta macam tak masuk akal pun ada.. tapi betul la kot.. kak siqah statmnt budak pakai spek comel tu sokong kita geng!! hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kann unni. Akak pun tak percaya jugak pada mulanya. tapi selepas difikirkan, itu saja habit akak yang teruk. hii. Dan bila cakap dgn bos akak., memang kena marahlah. Apa pun, jangan tengok gadget masa baring. sangat tak elok..

      Hihi. Yeayy! sep sikit cute girls :D

      Delete
  5. Aiyooo... Lepas ni kena hati-hati okay. Banyak sangat screen exposure ni pun tak bagus juga ek.
    Saya pakai spek pun sebab silau, ni spek dah hilang, nak drive malam pun cuak. Huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu dear. Sekarang nak tak nak memang screen exposure terlalu banyak. Alahai, hati-hati tau drive malam tu. Risau lah spek takde. Eh mata tambahan tu, mana tak risau kan. Buat spec cepat ye shea..

      Delete
  6. tinggi jugak tu Siqah, 500.. huhu
    Samalah huda pun sebelah je yang tinggi.
    baru tau, boleh jadi penyebab jugak ye kalau habit macam tu..

    thank you siqah for sharing. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. tinggi power kita :( Takut rasa kalau tahun depan power naik lagi. Lebih 500 bagi siqah dah cukup tinggi dah. huhu.

      habit asalkan baring je memang tak boleh nanye huda. Tapi biasalah kita kan, bab tak boleh tu yang paling suka nak buat. Hihi.

      My pleasure dear sharing here :) As reminder for me and maybe for readers too :)

      Delete
  7. Terkejut kejap bila baca power naik sbb tengok korea sambil mengiring.. Saya memang habit tngok drama kat fon before tido.. Dalam gelap pulak tu.. Lepas nie kena ubah la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. Siqah pun terkejut jugak. Dan bos kata maybe that one of the reason why power sebelah kiri naik :( Sedihnya la hai.

      Jom ubah sama-sama awak. Kalau sesekali takpe lagi, tapi ni biasanya hari-hari jgak. walaupun tengok kejap-kejap je kekadang..

      Delete
  8. wahhh ada jugak macam nie ya. :D
    BV pun lama dah tak tukar spec,
    spec yg baru nie pulak hilang, lupa letak kt mana T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa mana letak tu BV? Cuba cari, adalah terselit kat memana tu kan..

      Siqah kalau spec hilang, haih, tak tahulah nak buat camne. Memang tak boleh kalau spec takde. Sebab siqah tak suka pakai lens. Huhu.

      Delete
  9. dulu power belah kiri erin yang tinggi drpd kanan tau. kanan 400, kiri 475. lepastu dah lama lama, both jadi sama pulak means kanan pulak yang naik. bila baca post siqah ni, baru teringat yang erin kalau tgk tv show ke apa mesti mengiring ke kanan. haa betul lah teori pakar tu T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa kan erin!!! Ada juga orang yang sama habit dengan siqah. Siqah mula-mula dengar bos cakap macam tak percaya pun ada. Tapi bila fikir balik, memang betul teori gitu. Dengar macam tak relevan tapi itulah yang jadinya..

      Kita kena ubah habit kita erin. Power erin dah lagi sikit je nak lebih 500 tu haa T_T

      Delete
  10. Dah lama tak check mata, comfirm power naik sebab selalu sangat duduk depan lappy. Huhu.

    That quote tho, so cute ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. One of the reason syaza, confirm sebab screen exposure terlalu lama. Tapi itulah masalah utama kita zaman sekarang. Always with gadget :(

      Hee. Cute kan quote tu. Hii :D

      Delete
  11. Owh.. Habits pun boleh buat power naik eh..
    Macam akak memang tak tgk tv pakai spek.. hehehe..
    pakai spek bila kua rumah and driving je..
    (Sebab rabun jauh.. hehehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Haah kak habits pun boleh buat power naik. kadang2 kita pun tak sedar. huhu.
      Akak rabun jauh mesti power tak tinggi kan? Siqah power tinggi memang kalau tak pakai spec, nampak bayang2 jela. hihi

      Delete
  12. quote win !

    tapi betul la, tgk tv sambil ngiring memang tk elok. posture tubuh pun tk elok jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. Quote :D

      Kannn mek .. yang tak elok tu lah yang selalu dibuat masalahnya. bila dah jadi habit, payahnya la nak tukar. huhu

      Delete
  13. busyra rabun jauh tp sma la kita akak. sebelah kiri power tinggi. haha. mungkin betul yg main phone sambil baring mengiring tu. huhu. sbb sllu buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. sep sikit..entah kenapalah dengan mata kiri kita berdua nie ek. hihi.
      Kena kurangkan lah busyra habit kita yang suka baring mengiring tu.. kadang2 tindakan tanpa sedar nanye.. dan malas nak duduk. haha

      Delete
  14. sama laaa kita, Yana pun satu mata power lagi tinggi dari yang sebelah. hahahah xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Tak sekata mata kita berdua ni ek? :p

      Delete
  15. camtu pun boleh naik jugak ek power spek.

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife