In my previous post, aku ada cerita mengenai our short weekend getaway in Cyberjaya. Pada malam hari, kami tak tahu nak makan di mana walaupun Shaftbury Square ada banyak kedai makan.
Kami ke DPulze Shopping Centre yang terletak berdekatan dengan Shaftsbury Square. Pertama kali masuk DPulze dan aku rasa seronok sebab banyak gila weii kedai makan. Kenapa Cyberjaya jauh dari Subang? 😀
Jadi dalam entri ini, aku nak review mengenai satu restoran makan sedap pilihan kami di DPulze Shopping Centre Cyberjaya iaitu Campur Campur Kitchen. Banyak restoran yang menarik cuma aku lebih tertarik dengan restoran ini. Pilihan dinner terletak sepenuhnya di tangan aku. Suami hanya mengikut. Hihi.
Hiasan restoran yang ringkas dan hanya bermain dengan warna putih, merah dan kuning menjadi sebab utama pemilihan aku untuk makan di restoran ini. Aku suka akan konsep restoran yang ada.
Restoran ini menghidangkan hidangan ala Indonesia, Chinese, dan Thai. Entah kenapa tiada Malaysia di situ? Takpelah. Nama pun nak cuba kan. Layankan.
Selain daripada hiasan dalaman, restoran ini sangat mementingkan pelanggan di mana staf cepat dalam melayan kami. Menu yang kami order juga sampai kurang daripada 15 minit. Ada diberikan salad percuma setiap hari. Sesuai untuk mereka yang diet, makan salad je tau. Hihi.
Kami order minuman yang sama iaitu Tea Hong Kong Style (RM 3.68). Rasanya seperti teh ais dan sedap! Susah tau nak penuhi kehendak aku untuk Teh Ais. Kira minuman ni menepati juga citarasa teh ais bagi aku walaupun tidak 100 peratus. Jenuh nak habiskan bila minuman ini didatangkan dalam kole air.
Restoran ini unik dan bertepatan dengan namanya Campur Campur Kitchen. Sebab makanan yang kita order datang dalam saiz yang besar dan bersama side dish yang banyak. Kami berdua memilih untuk order menu dalam bentuk set dan makanan kami seperti di bawah.
Ayam Penyet Rice Set RM 14.06 |
Chicken with Salted Egg Yolk Rice Set RM14.06 |
Disebabkan kami makan hanya berdua, jadi menu untuk review pun dua jela. Hihi. Pendek kata, makanan yang kami order semuanya sedap! Tak mahal sangat jika nak dibandingkan makanan di kafe atau restoran lain. Dan paling penting, sedap dan portion besar! Baru puas hati berbelanja. Ye tak?
Korang boleh waze DPulze Shopping Centre Cyberjaya. Kalau jumpa DPulze maknanya jumpalah restoran ini 😊 Dan satu lagi, ada cawangan restoran ini di Wangsa Walk Mall juga. Bolehlah pergi antara dua cawangan ini.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera semua 😋
Harga sesuai dgn portion mkanan die. Ok sangat. 😊 lapar terus jadinya..hee
ReplyDeleteHehe. Kannnnn ~ Dinasihatkan datang kedai ni masa tengah lapar sngguh ye.. hihi
DeleteNice review siqah.. nice shoot jugak.. Pandai siqah amek gambar..
ReplyDeleteThank you lea :) Gambar biasa je tu :D
Deleteehhh sedapnya.. terliur tengok hihi
ReplyDeleteHihi. Nanti kalau ada masa boleh pergi ye :D
Deletesuke akak tgk cara dia hidang teh ais tuh kt bekas kole mcm pesen lama2 tuh...
ReplyDeletemmg nampak bsr portion utk tiap menu harga pun berbaloi2 lah... kene dtg time btl3 lapar baru licin semua tuh
Kan kak... fesyen lama sikit sebab teh ais dalam kole. Bagus jugaklah sebab portion besar. padanlah dengan harganya. Hihi.
DeleteBetul tu kak. siqah setuju. DAtang kedai ni kena masa betul2 lapar. Baru habis makanannya :)
siqaaa presentation makanan pun da menarik.! hihihi okay ada dkt wangsa walk ye nnti blh la aina cuba. nice review! =)
ReplyDeleteHaa dekat je dengan aina ye? Bolehlah nanti p cuba makan kat sini okay :) Love to share sedap food. Hihi :D
DeleteMacam best je... Tapi tu lah..
ReplyDeleteJauh sangat.. hehehe
Hehehee. haah lah kak.. Jauh pulak. Huhu. Mana tahu kalau akak datang sana, bolehlah terjah jugak :)
Deletewahhh mug dia tu.. rindu dulu guna macam tu kat kg :(.. lapar kak tgk mknan tu , da la x lunch lagi.. kena cari makan sedap ni
ReplyDeleteHiii. Akak rasa nak pergi beli kole air pulak pas makan kat sana. Hihi. Unni mesti dah lunch kan? Dinner sekali nanti okay. Makan sedap2 :)
Deleteuih banyak jugakkan portion dia tu. memang kenyang lerr. teh ais tuh menarik hati mek. manis tak?
ReplyDeleteCOnfirm kenyang mek. Portion memang besar. Teh ais tak manis mek. Bagi siqah, okay je rasanya. Hihi
Deletealahaii.. sedapnya air teh ais tu.. hehe
ReplyDeleteTeh ais is your favourite too ye busyra? Hihi. Sedap teh ais :D
Deletemenarik, especially part free salad tu
ReplyDeleteKan ~ Suka kalau bab free ni :D
Deleteboleh tahan jugak harganya utk set mcm tu.. bg husna berbaloi laa.. seronok tgk hidang comel2 mcm tu..:D
ReplyDeleteBetul husna... berbaloi dan padan harga dengan makanan yang dihidang kan :)
DeleteComelmya gambar kentang tu.. Hihi rasa cm nak ngap je :p
ReplyDeleteHahaha. Kentang comel yang bermata :D Nak ngap boleh cuma buang kulitnya dulu eh. Hihi
DeleteAaa sedapnyaaa. Nani ni jarang jarang ke belah Putrajaya sana. Nanti bebila pergi boleh lah try 😊 Portion besar nau memang kenyang makan ni
ReplyDeleteSangat kenyang nani :D Kalau ke sini, make sure perut memang lapar gila. Sebab portion banyak. Tak tahulah menu lain portion sikit ke kan :) Nanti bebila pergi boleh singgah ye 😊
Deleteair tea hong kong mengancam gila hokeyyyy..
ReplyDeleteadush dushhh
Hehe. Teh ais dan kita tak dapat dipisahkan ~ sedap dan banyakkkkk :D
DeleteSalted egg yolk tu macam menarik je...heheehe
ReplyDeleteSedap kak salted egg yolk :D Kalau akak ke sana boleh singgah ye :)
DeleteKenapa nampak sedap je semuaaaa T_T And price dia very affordable for Cyberjaya area.
ReplyDeleteSedap semuanya! Betul :D Yes harga dengan makanan sangat berpatutan dear :)
Deleteharga macam ok :)
ReplyDeletelain kali boleh try