November Wrap Up

instalife

December 01, 2016

November Wrap Up


Hello December 2016! Weii cepat sangat masa berlalu. Kini kita berada dalam bulan terakhir setiap tahun. Apa agaknya pencapaian aku tahun ni ek? Dah kena fikir azam baru ke ni? Haha. Relax. 31 hari lagi nak berakhir tahun 2016. Masih banyak lagi masa. Insyallah.

Sejak October 2016, aku akan buat Month Wrap Up. So, here we go for November Wrap Up!

Happy reading ☺

# Kerja 
Selepas hampir 3 tahun penantian, akhirnya aku tidak perlu kerja pada hari Sabtu. Yeayyy! Aku tak suka kerja hari Sabtu. Susah nak plan berjalan tau. Doa termakbul juga. I'm happy =) 

Syarikat tempat aku bekerja juga sudah menukar nama secara rasmi pada bulan ini. Dulu dinamakan sebagai Scope International (M) Sdn. Bhd. dan kini dikenali sebagai Standard Chartered Global Business Services Sdn. Bhd. Bertambah panjang nama.

Tapi, kalau orang tanya, aku cakap aku kerja di Standard Chartered je. Takdelah bagi nama panjang gitu. Jenuh orang nak dengar sampai habis sebut nama company. Hehe.


# Teater 
Happy bila aku berpeluang untuk tengok Teater Mak Cun D'walei. Sekian lama tak menonton teater. Aku suka teater tapi nak beli tiket untuk setiap teater memang tidaklah. Mahal weiii. Only selected je yang boleh. Mana yang nak sangattt tengok. 


# Hutang Puasa
Alhamdullilah. Aku sudah melunaskan hutang puasa tahun lepas. Dua hari je pun. Buat pertama kali, aku habis ganti puasa sebelum masuk tahun seterusnya. Rasa bangga dengan diri sendiri. Hahaha. 


# Book


Aku HANYA beli dua novel dalam bulan November semasa MPH Online Sale on 11.11.16. Gatal tangan nak beli juga novel walaupun dah berjanji tak nak beli novel. Plan nak habiskan novel yang ada je. Tapi dah ada sale pulak. Terpaksa beli. Jimat sikit (sedapkan hati). Hihi.

Sedih untuk menyatakan bahawa aku HANYA berjaya baca satu novel saja iaitu And A Happy New Year (Spinster Club Special) by Holly Bourne (review later). Teruk sangat rasa prestasi bulan November dari sudut pembacaan. Bertambah teruk terasa bila buku yang aku habis baca itu hanya mempunyai 200 pages saja. 200 je weii! Bagi aku, itu sikit sangat!

Sebenarnya aku ada baca novel ketiga dalam The Spinster Club bertajuk What's A Girl Gotta Do tapi sayangnya aku tidak suka pada Lottie seperti mana aku suka pada Evie dan Amber. Jadinya, novel tersebut still in currently reading status dan tak tahu bila nak habis baca kerana aku sekarang sedang baca novel Anna and the French Kiss. Rasanya macam tak akan sambung baca novel What's A Girl Gotta Do :(


# Tebus Voucher Zalora
Alhamdullilah. Aku pernah blog collaborate dengan Zalora dalam dua entri bertajuk Popular Men Fashion in 2016 dan Stylish Fashion Tops for Women. Hasil daripada itu, aku dapat RM150 voucher Zalora yang tamat tempoh pada 31 Disember 2016. Memandangkan tahun 2016 semakin berakhir, aku ambil keputusan untuk menggunakan voucher Zalora yang ada.

Mengambil masa yang lama sebab tak tahu nak beli apa nanye. Akhirnya aku memilih satu skirt dan satu dress.

1. Aztec Sequin Straight Skirt
2. Premium Lace Insert Shift Dress 
Aku pernah pakai black dress di atas semasa pergi menonton Teater Mak Cun D'walei. Ada diceritakan dalam >>> ENTRI INI. Sequin skirt tak pernah pakai lagi. Bila entah nak pakai. Takde event dalam masa terdekat ni. Simpan je dulu dalam almari :D


# Blog Homepage 
Aku adalah seorang blogger yang sering menukar sesuatu di blognya. Hahaha. Kini my blog homepage berwajah baru. Aku ada ceritakan dalam ENTRI I'm Glad She Said Yes. Love my new blog look. Kalau korang tak pernah tengok lagi,, boleh klik pada Home button di atas kiri ye. Dah tengok jangan lupa bagi komen. Hihi. 

Aku suka baca komen korang. Boleh improve di mana-mana part yang ada dalam blog aku ni. So feel free to leave your comment and share your thoughts okay dear ☺

# Food Craving
Hihi. Dalam ENTRI INI, aku ada bagitahu yang aku nak sangat makan Seafood Sundubu Jigae di The Street Cafe. Alhamdullilah. Aku dah makan pada hari Jumaat lepas bersama Tasha. Hanya kami berdua saja sebab ahli #gengmakan yang lain ada hal yang tidak dapat dielakkan. 

Mungkin lama lagi untuk aku sebut pasal makanan Korea ni. Tunggu next time aku terasa nak makan lagi. Automatik aku sebut kat sini. Hihi.

Makanan Korea kegemaran =)

Itu saja coretan dalam November Wrap Up. Nak letak setiap apa yang terjadi nanti karang panjang sangat pulak entri ini. Letak mana yang aku teringat jela. Hihi. 

Entri ini diakhiri dengan dua gambar random snap. Gambar langit dan awan ❤


Sunrise

Sunset
Gambar diambil semasa pergi tengok kapal terbang mendarat dan berlepas dari Skypark Subang. 

Have a nice day, dearest 💝💖

34 comments:

  1. dlm byk byk yui terkenan bab makan tu,..ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu maknanya yui pun suka makan cam siqah. Yeayyy! Sep sikit :D

      Delete
  2. Tahniah siqah. Semoga 2017 lebih sukses lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Ada lagi sebulan nak melangkah ke tahun 2017. Nway, thank you awak :) The same goes to you too :)

      Delete
  3. Salam..Hai..Wahh menarik betul gaya tulisan..rasa nak baca dan terus nak baca..Blog pon cantik dan kemas macam tuan blog jugak...Akak singgah sini jalan2 musim hujan..Salam ukhuwah fillah..Ada masa jom la singgah teratak akak boleh kenal2 mesra.. http://www.akifimtiyaz.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak :)

      Terima kasih sudi singgah dan follow blog siqah. Siqah blogger picisan je kak. Masih bertatih orang kata. Hihi. Nway, thank you kak :)

      Siqah singgah blog akak nanti ye. Salam ukhuwah jugak :)

      Delete
    2. Ala...jgn cakap camtu...blogger picisan apanya..pandai menulis pandai menyusun kata..best daa tuu..yang penting ikhlas dalam menulis..

      Delete
    3. Thank you akak atas semangat yang diberikan :) Insyallah, semoga kita berdua berterusan dalam dunia blogging. Dan semoga dapat memberi manfaat kepda yang lain :)

      Thank you tau kak :)

      Delete
  4. Erin suka baca monthly wrap up siqah! Hehe

    Tak bestnya kena kerja hari sabtu eh. Nak gi dating dgn husband pun tak boleh 😛

    Lawa la skirt tu! Tp erin jenis bontot besar ha sendu je pakai printed skirt camtu 😭

    Siqahstoppostgambarmakananerinlaparkbye
    Tapi korean food memang sedap! Yumz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Thank you erin suka baca siqah merapu! Kiki 😁

      Yup! Itu paling penting sekali. Payah tau nak dating dengan husband 🙈😜

      Alamak! Bontot besar aset tau erin. Hahaha. jangan sedih tau. Kiki. Lagipun erin, printed skirt zalora ni ada saiz tau. Siqah pun ambil saiz M 😅

      Hahahaha. Tak boleh janjilah erin bab tak post gambar makanan. Siqah suka makan! Haha. Yes korean food sedap! Jom lepak! Hii yummy 😍

      Delete
  5. telan air mliur tgk makanan tu.. best jgk buat wrap ni... Unni suka entry teater mak cun tu.. sunset suka jgk.. btw thniah kak da bercuti hari sabtu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan paling menyelerakan. Yummy :)
      Unni pun boleh buat month wrap up. Best jugak kan :) Kalau akak buat salah satu sebab takde benda nak post gak 😅😅

      Terima kasih unni suka entri teater mak cun :) Sunset cantik kan! Always 😍

      Yeayy! Boleh cuti 2 hari skrg :)

      Delete
  6. sy lom habis bayar puasa lagi huhuhu.. bestnya bayar dua hari ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan tahun ni 2 hari je awak. Itu yang cepat habis gantinya. Kalau tidak, takde maknanya. Hihi 😅

      Delete
  7. Dah habis qada puasa tu yang paling the best..alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  8. bestnya tgk wrap up month macam ni :D hahaaaa nak update blog properly jugak. but I am so tired after practical T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. I've read your November's Highlights :) Jadi blogger bukan senang kan hanis. chiayok!! :)

      Delete
  9. banyak betul aktiviti/achievement siqah bulan ni. Looking forward for your december wrap up pulak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Thank you lya datang singgah dan baca :) nanti next month pulak ye.. Jangan lupa singgah lagi tau. HIhi :D

      Delete
  10. Dapat voucher Zalora and part makan tu best haha

    ReplyDelete
  11. banyak aktiviti dalam sebulan ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. takdelah banyak sangat. mostly benda sama je pun. hihi :D

      Delete
  12. teringin nak makan tu jugak :D
    BV rasanya lama dah tak baca novel. congrats dah bayar puasa :)
    cantik betul view langit tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa nanti BV makan eh.. best nie makan2. Nampak sangat siqah suka makan kan. Hihi.
      2 hari je bayar puasa. Rasa seronok sangat bila dah habis ganti :)
      Kannnn BV. Siqah suka snap gambar langit. Cantik je selalu tengok :)

      Delete
  13. Hai siqa!
    Cantik skirt tu 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... cantikkkk tapi bila dah beli tak tahu nak pakai bila. Kiki 😆

      Delete
  14. banyak jugak dapat bungkus time november tu. hehehe

    ReplyDelete
  15. Macam best je buat wrap up camni hehe boleh tengok balik apa benda yang terjadi in that certain month :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Betul nad. Nad pun boleh buat jugak :) Kira summary tuk setiap bulan kan.. :D

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife