Thank Allah After Every Smile

instalife

November 30, 2016

Thank Allah After Every Smile



Manusia. Kita tidak pernah puas dengan apa yang kita ada. Kita sentiasa tidak nampak apa yang kita sudah miliki. Yang tak ada itulah, yang kita nampak sangat. Lepas tu, mula duk fikir kenapa masih tidak dikurniakan sesuatu yang kita impikan.  

Harta. Anak. Rupa paras. Body cantik. Bijak. Semualah.


A meaningful quote


Kadang-kadang, aku sebagai hamba Allah lupa untuk berterima kasih dan bersyukur padaNya untuk apa yang diberikan kepada aku. Terbuai dengan kehidupan duniawi.

Bila bersedih, sakit, baru nak mengadu padaNya. Bila gembira, lupa padaNya :(

Namun begitu, aku bersyukur dan berterima kasih kepada Allah atas apa yang telah dikurniakan kepada aku. Cara untuk menunjukkan kita bersyukur kepada Allah adalah dengan beribadat kepadaNya. 

Dan diri ini masih banyak perlu diperbaiki agar menjadi umat Islam yang mengamalkan apa yang diajari dengan baik. Insyallah. Ilmu tidak pernah cukup. 

Sentiasa ingatkan diri agar sentiasa bersyukur atas apa saja yang dikurniakan. 

Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Always put your trust in Allah. Mungkin aku masih tidak dapat apa yang dihajati kerana sebab-sebab tertentu yang mungkin aku sendiri tidak pasti. 

Allah lebih mengetahui setiap satu perkara dalam dunia ini. 

Rezeki akan datang tanpa diduga dan tepat pada masa. Yang penting, Usaha dan Tawakal. 

Keep that in mind ☺

23 comments:

  1. NAMI ISLAND!

    bersyukur...itu yg perlu kita terapkan dalam diri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes sally. samalah kita semua :)

      gambar throwback je tu, tahun lepas punya :D

      Delete
  2. alhamdulillah for everything :)

    ReplyDelete
  3. muhasabah diri..

    betul tu, kite kena sentiasa bersyukur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan E'in. Alhamdullilah untuk segalanya yang ada :)

      Delete
  4. Jangan sedih-sedih tau. Usaha & tawakal tu penting. Kalau tak dapat apa yang kita hajati tu,ada la perancangan Allah yang lebih baik, kan. Keep postive k! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dear shea for your kind words :) Insyallah, Yakin yang perancangan Allah lebih baik. Positif :)

      Delete
  5. Betul...sentiasa yakin takdir Allah tidak pernah silap perkiraan..

    ReplyDelete
  6. suka quote ni. :D

    contohnya bila kapal dilambung ombak tinggi di laut, org2 atas kapal tu berdoa supaya Allah bantu diorg ke tepian. tapi bila dah sampai ke pantai, Allah dilupakan T_T

    nauzubillah, moga kita dijauhkan dari sikap ni. :)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, moga kita semua dijauhkan daripada sikap begitu ye hanis. Insyallah :)

      Suka contoh hanis! :)

      Delete
  7. Alhamdulillah masih mampu tersenyum hari ini.

    Bila kita bersyukur, Nanti Allah tambah, insyaAllah. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah :)

      Suka ayat awak mai

      "bila kita bersyukur, nanti Allah tambah". insyallah :)

      Delete
  8. Semoga ceria selalu kak siqah walau apa pun yg melanda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih adik :) Same goes to you ya :)

      Delete
  9. Betul Siqah.. semuanya ALLAH dah tentukan.
    hidup mati dah tertulis.
    sentiasa bersyukur dan terima apa yg telah ditentukan..
    tahan ujian tu yg hebat kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masing-masing ada ujian tersendiri kan kak. Semoga kita sabar dan tabah hadapi segalanya :)

      Delete
  10. senyum dan syukur, in shaa Allah Allah ada perancangan nya tersendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah :) Terima kasih atas peringatan dear :)

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife