Latest movie yang aku tengok adalah Rock Bro dan aku dah review movie ni. Jadi untuk Day 2 Blog Challenge aku nak berkongsi satu filem tempatan yang aku suka sangat tengok. Hehe.
Setiap kali filem ni ditayangkan di Astro, setiap kali itulah aku tak jemu tengok.
Filem diberi tajuk MAT TUDUNG. Filem ini ditayangkan pada tahun 2014 dan sampai sekarang aku masih suka tengok filem ni. Sumpah lawak weiiii! Fizz Fairuz jadi wanita muslimah haa. Bukan senang nak tengok. Hehe.
Korang mungkin dah pernah tengok filem ni kan? Atau ada yang tak layan filem Melayu? Ahhhh ada ke tu? :p
Meh aku nak bagi sinopsis dan review peribadi aku mengenai filem ni. Layankan jela eh :p
SINOPSIS
Filem ini mengisahkan seorang kasanova bernama Johari (bekas mat rempit) yang bekerja di sebuah hotel dan jatuh cinta pandang pertama pada Zizie. Zizie bercuti bersama keluarga di hotel tersebut dan dia adalah seorang gadis yang sukar didekati.
Pelbagai cara dibuat oleh Johari untuk mendekati Zizie tapi tidak berjaya. Sehingga Johari mengambil keputusan untuk menyamar sebagai Johanna iaitu "adik perempuan" kepada Johari.
Dengan cara ini, Johanna dapat mendekati Zizie dengan lebih dekat.
Pelbagai kejadian berlaku yang melibatkan orang yang sama iaitu Johari. Ayah Zizie terpikat dengan perwatakan ayu manis Johanna. Ibu Zizie pula mengintai Johari kerana hidupnya kesepian apabila tidak diendahkan oleh Ayah Zizie. Johanna jugak diintai oleh abang Zizie yang keliru dengan jantinanya sendiri.
Kejadian bertimpa sehingga rahsia Johari terbongkar. Walaupun begitu, akhirnya Zizie dapat menerima Johari di atas sebab tertentu. Yeayyy.
REVIEW
Filem komedi yang cukup ohsem dan sangat menjadi! Aku suka watak Fizz Fairuz sebagai seorang minah tudung. Dia bawa watak perempuan dengan cukup bergaya dan ayu sekali. Sesuai pulak rasanya. Haha.
Tak putus-putus gelak boleh dikatakan untuk setiap babak selepas Johanna muncul. Ada je benda yang kelakar di mata aku. Dengan gelagat Fizz Fairuz apabila menjadi perempuan yang penuh adab sopan santun kononnya. Hahaha.
Filem ini agak berani bagi aku kerana menampilkan pelakon lelaki yang terpaksa berlakon dengan berperwatakan seorang perempuan hanya untuk memikat gadis yang dicintainya. Dan satu lagi adalah berkenaan lawak yang disampaikan. Ada juga lawak dewasa yang tidak sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Lawak dewasa yang sumpah lawak gilaaaaa! Mengalir air mata weii! Hahaha.
Filem ni pada mulanya agak slow jalan ceritanya. Tapi apabila Johari bertukar menjadi Johana, semuanya berubah. Makin kelakar! Makin kau tak akan kering gusi sebab asyik gelak je. Cerita yang tidak membuatkan aku rasa bosan di pertengahan. Berterusan bergelak ketawa hingga ke pengakhiran cerita.
Lakonan Izzue Islam pun menjadi jugak. Dia berlakon filem ini di awal pembabitan dia dalam bidang lakonan. Pada mulanya macam tak yakin je dengan Izzue. Sekali tengok, dia pun best berlakon. Ada beberapa babak yang membuatkan dia terpaksa juga berlakon menjadi minah tudung. Minah tudung yang ganas. Hahaha.
Walaupun komedi bersahaja yang ditampilkan dalam filem ni, tetap masih ada mesej yang cuba disampaikan. Dan ini membuatkan filem ini bukan hanya filem lawak semata.
Isu mengenai kurang perhatian dalam sesama ahli keluarga yang berjaya dibetulkan oleh Johari dalam watak Johanna.
Selepas apa yang Johanna buat, mak ayah Zizie sudah berbaik semula dan abang Zizie pula bertemu cinta yang juga dengan cara jatuh cinta pandang pertama. Cinta abang Zizie dilakonkan oleh Jihan. Lawak masa ni tengok Jihan. Tak secantik dia sekarang. Hehe.
Pendek kata, aku suka sangat filem ni. Sampai aku pilih filem ini untuk diberi review dalam Day 2 Blog Challenge =)
Filem lama yang masih diingati dengan lawak yang kelakar!
Dah lama tak tengok filem ni nanye. Astro! Siarkan kembali Mat Tudung please!! (∩_∩)
Pernah tgk citer ni sekali jek... he he he
ReplyDeleteHehehe. Yes SS tengok filem melayu. Hihi
DeleteDah tengok movie nih, memang lawak. Menjadi Fizz Fairuz hahaha.
ReplyDeleteHahahaha. Kan Rii! Menjadi sungguh. Rasa nak baling dengan batu. Eh? Hahaha.
Deletepernah jugak tengok movie nie. memang lawak sangat perangai fizz fairuz dalam movie mat tudung. ada je scene lawak pecah perut XD
ReplyDeleteItu yang buat siqah suka. Tak sangka kan Fizz Fairuz pandai berlakon jadi perempuan. Dengan gedik dia, eh semacam :D
DeleteBRU TAHU ADA MOVIE NI, BACA REVIEW PUN UNNI DA GELAK2 LAGI2 TGK GMABR TU!! HAHAHAHAHAH.. KENA TGK NI
ReplyDeleteHahaha. Tengoklah Unni. Serius lawak tau :D
Deleteall the best dear! okay aina tunggu cerita seterusnya hihi =)
ReplyDeleteHihi. Thanks dear singgah sini dan jadi loyal readers. Hii. Tunggu cerita seterusnya ye. I'm behind the schedule 😅
DeleteLawa je muka dorang kena solek. tp badan memang takleh nak sorok lah. memang kelakar citer ni. gelak2 je tgk ;D
ReplyDeleteHehe.. kan nadhie. Ringan je ceritanya. Bolehlah layan :D
Deleteakk pn suke cite nih.... lwk ada tp bdk2 xsesuai sgt sbb ada lwk 18sx skit
ReplyDeleteBetul tu kak.. ada lawak 18sx yang akan membuatkan budak2 tak faham dan kita tak tahu nak terang kalau dorang tanya 😳 but still, it's a funny movie :D
Deletepernah la jugak layan 2 3 kali.. filem ni memang lawak
ReplyDeleteHee. Yeayyyy layan lebih dari sekali. Hii
Deletewalaupun dah lama keluar filem ni, akak tak pernah lagi tengok.
ReplyDeleteAlamak.. kalau keluar astro nanti, akak boleh tengok ye. Hee. Mana tahu kalau akak berkenan jugak. Hahaha.
DeleteFizz Fairuz ni jugak kan yang berlakon cerita Donut apa ntah nama dia. haha
ReplyDeletepernah tengok citer Mat Tudung ni, paling awkward bila diorg berdua dalam bilik. Masa ni main makeup ke apa ntah :D
hanisamanina.com
Siqah first time dengar cerita Donut tu. Hee tak follow sangat Fizz Fairuz cuma suka dia dalam filem ni :D
DeleteHahahah. Babak dalam bilik tu sumpah lawak 😆😆 Entah berapa kali kuar perkataan "bodohlah kau ni" untuk Fizz Fairuz. Kiki. Scene tu masa dorang tengah siap2 nak pergi dinner bersama family zizie :D
haha. busyra pun dh penah tngok cita ni. lawak fiz fairuz tu..
ReplyDelete