Loving and Hating The Same Person : Warda

instalife

November 04, 2016

Loving and Hating The Same Person : Warda

 

Akhirnya, drama Suri Hati Mr Pilot sudah melabuhkan tirainya semalam. Seperti yang dijangka, jodoh Ejaz dan Warda sangat kuat. Bak kata encik suami, "dari episod 1 dah tahu jodoh dorang ni kuat". LOL!

Pada mulanya, aku tengok drama ni. Bersungguh tengok tiap episod walaupun episod pertama banyak spoil. Banyak sangat kebetulan. Terfikir adakah kehidupan realiti begitu banyak kebetulan? 
 

Selepas Warda dan Ejaz kahwin, aku jadi tak suka tengok drama ni. Asyik gaduh je dan tiada komunikasi antara mereka. Banyak benda boleh bawak bincang kot. 

Aku sangat tak suka dengan watak Warda. Serius! Kawan sekerja semua tahu aku emo gila kalau cerita pasal Warda. Haha. Pagi-pagi datang kerja, dah start emo bila bercerita pasal Warda. Hahaha. 

Tengok drama ni sikit-sikit dan minggu ni disebabkan minggu akhir, aku tengok drama ni full dari Isnin hingga Khamis. Hanya kerana aku nak tengok sejauh mana perangai Warda. 

Aku nak fokus kepada Warda saja dalam entri ini. Sebab serius memang aku tahap geram gaban dengan dia. Kalau dengan Ejaz, yes, dia ada salah jugak cuma sikitlah. Taklah berapi sangat aku geram dengan Ejaz. Hehe. 

HATE

Aku start tak suka Warda selepas dia pergi rumah Daniel. Boleh percaya cakap lelaki tu dan sanggup pergi seorang diri ke rumah Daniel dengan status sebagai isteri orang. Tak boleh berfikir waras ke masa tu? Mana mahunya seorang isteri pergi ke rumah lelaki lain. Tambah lagi kau tahu yang suami kau tak suka lelaki itu dan kau tahu lelaki tu sukakan kau. 

Masa Muslim pergi London. Bagitahu aku kenapa kau perlu berkejar ke airport. Kenapa tak reply sms atau call je? Tak kisahlah betapa kau nak menyampaikan hal sebenar kepada Muslim. Dan bila suami kau terjumpa kau di airport, masih lagi kau pilih jalan untuk kejar Muslim instead of kejar suami kau yang tengah fikir lain pasal kau. Tindakan Warda kali kedua yang aku tak suka. 

Suka melarikan diri daripada masalah. Lari terus ke luar negara. Walaupun masa tu suami kau tengah sakit dan sangat memerlukan kau. Iya, memang suami kau marah dan tak nak jumpa kau lagi, tapi kenapa kau sanggup tinggalkan dia juga dan adakah kau sedar bahawa suami kau jadi camtu sebab kau yang terlalu perahsia? 

Suka berahsia dan tak nak berterus terang. Tak nak cerita semua kepada suami. Masih mahu berselindung walaupun suami dah bertanya. Kadang-kadang suami tanya sebab dah tahu hal sebenar cuma nak dengar daripada mulut kau, tapi masih nak sembunyi juga.

Selepas 4 tahun dan kau pulang ke Malaysia dengan membawa anak yang nampak macam berusia 6 tahun, kau masih tak nak menceritakan hal sebenar kepada Ejaz, masih nak sembunyikan diri daripada Ejaz walaupun kau tahu Ejaz bersungguh cari kau. Dah kau pulak kononnya jadi mangsa keadaan? Ego! 

Aduh pening. Tapi akhirnya bersatu juga selepas Ejaz demam. As expected the final episode. Ejaz kena hujan, demam, Warda datang dan tetiba boleh berbincang baik-baik dan mengambil keputusan untuk memberi peluang kali kedua kepada diri masing- masing. Aigoo ~ 4 tahun ambil masa weii. 

LOVE

Love her outfit and hijab style :) Totally love it! Semuanya! Simple hijab style but still looks nice and beautiful on her :) 

In fact Neelofa, walaupun melakonkan watak suami isteri, tiada sentuhan lelaki dan wanita. And I totally love it too =) She really knows how to take care of herself. Good job Neelofa =) 

Fattah Amin dan Neelofa pandai melakonkan watak yang diberi. Dan mereka sangat padan. Hehe. Rasa macam "tolonglah korang bercinta" selepas tengok video yang di-post oleh Neelofa di IG. Tengok mata Fattah memandang Neelofa seperti ada sesuatu dalam hati. Haha. 

CONCLUSION

Komunikasi sangat penting dalam hubungan suami isteri. Tidak perlu berahsia. Lebih baik ceritakan semua kepada pasangan daripada pasangan kita fikir lain dan boleh buat tindakan yang drastik. Ada mulut kan? Cakap! 

Mengambil kira perasaan pasangan anda sebelum melakukan apa saja perkara. 

Aku pun tidaklah begitu bijak dalam soal hati. Hehe. Cuma mari kita sama-sama belajar 。^‿^。

Btw, Tahniah Suri Hati Mr Pilot kerana berjaya mendapat 5 juga penonton. Weehuuu ~ (∩_∩)

Apa pendapat korang mengenai drama Suri Hati Mr Pilot? Adakah korang peminat tegar? Have your own Love and Hate? (^_^)

21 comments:

  1. SETUJU GILA DGN APA SIQAH CAKAP NI! warda kadang kadang annoying tapi tak sampai hati nak marah marah sebab neelofa lawa gila...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kannnnn! Walaupun annoying tapi haih disebabkan Neelofa, tue yang ada love. Hii

      Delete
  2. Suka sangat dengan lakonan Fattah dan Neelofa dalam drama ni. Dorang dua nampak sepadan. Tak dapat dinafikan semua yang Siqah listkan tu semua betul. Geram dengan Warda kadang-kadang bila tengok drama ni. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Betul dear. Gandingan fattah dan neelofa sangat berkesan dan padan :)

      Delete
  3. hahaha... warda warda ..tak habis kita bincang di office sambung bincang sini jugak lah . hahaha... sama lah kan ... love of course la lofa punya outfit , hijab , makeup semua cantik

    hate ? adoi rasa bnyk scene yang bangang gak lah sebagai isteri character warda tue .

    conclusion : betul la tue kena ada komunikasi dalam rumah tangga . walaupun tak follow sepenuhnya drama nie... haih , ntah lah drama nie bnyk tak beri impak yang positif sgt . ada lah sikit tak bnyk . ihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warda cantikkkkk tapi sayangnya perangai annoying.. scene bangang memang banyak. Kalau nak disenaraikan semua macam lagi panjang post ni lagi. Eh? Hee

      Delete
  4. Ainnnnnnn! tapi tak tgok hbis la T_T inernet semput nak tgok pun. am in love with this drama and ofcourse tak suka jugak watak warda. bila husband tanya " nothing, i takde sorok ape2 la dari u" puihhhh lepastu masa dia p rumah daniel tu mcm the heck? hg bini org kot! Lepastu senyum lopa rasa fake sgt. hahaha

    "Selepas 4 tahun dan kau pulang ke Malaysia dengan membawa anak yang nampak macam berusia 6 tahun" ni paling win. Ya Allah sis pahei kelako betoi hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn kannnnn! Bab dia pergi rumah Daniel, rasa macam eeeee geramnya Warda ni! Tak faham kenapa dia ambil tindakan begitu. Terlalu baik or terlalu lurus bendul?

      Hahaha. Memang betul kan anak dia macam usia 6 tahun.. kiki.

      Delete
  5. feel betul kak siqah ya..marah sunggu kat warda!! unni lagsung tak tgk cerita ni.. dgr je la la org office sllu sembang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Feel unni tengok drama ni. Sampai rasa nak masuk dalam drama, ajar si warda. Hehe

      Delete
  6. hahaha terasa emosi Siqah dalam entry ni. Saya banyak jugak tengok snippets kat Instagram. Fuh, memang setuju sangat Warda ni banyak berahsia, mungkin pada dia cam benda remeh je nak kena cerita kat Ejaz, tapi entahlah berahsia ni bahaya, lagi2 melibatkan hubungan berbeza jantina. T___T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak jelas eh emosi siqah 🙈😅 Bersungguh haa cerita pasal Warda sebab tahap geram gaban lah nie. Betul hanis, maybe dia rasa benda remeh kot, tue yang malas cerita. Dan benar lagi hanis, dalam kes warda, berahsia itu bahaya nanye..

      Delete
  7. Mula mula tgk mcm xlogik asyik duk jumpa je. Kuat nau jdohnya. Pastuh dh tk tgk --' tahu tahu dh habes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah. Bagus mek tak tengok. Kang tengok, emo macam siqah pulak. Tak sesuai untuk baby :)

      Delete
  8. betul! setuju! warda tu kadang melebih. sbb satunya selalu sngt tipu ejaz. dua selalu sngt lari dri masalah. tp watak warda ja la yg menyampah. neelopaaa tak la. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah. Betul tue. Benci warda je, neelofa tak lah. Tak sampai hati nak benci neelofa. Hehe

      Delete
  9. Betul sangat siqah! geramnya dengan Warda, macam 'seriously?kau kena berahsia? kau kena lari?' like kenapa kau kena lari?? kenapa tak berbincang dulu? kenapa nak kejar muslim, call lah! argh geram betul tapi tuhla Neelofa cantik sangat hilang sikit marah hihi :D

    tapi pelik pegi luar negara 4 tahun, anak tetiba dah mcm 6 tahun dah? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaah!! Yessss Fatin!!! Geram kannnnnnn! memang rasa macam nak bagi pengajaran je kat si Warda. kenapalah fikir cetek sangat nieee Tapi tue lah, bak kata fatin, neeloda cantik sangat, tak boleh nak marah sangat. hehe.

      hehe, bab anak tu yang agak tak dapat terima jugak nanye. Mungkin mereka tak perasan bab tu kot. Takpe, kita maafkan. Hehe =D

      Delete
  10. Kita semua fikir benda yang sama kot. Yang bab hate tu memang tak dapat dinafikan. Banyak scene Warda yang bikin sakit hati. Part love pun sama "tolong la korang bercinta". Hahahaha...

    ReplyDelete
  11. x tgk dan x baca..i bz laa..hahaa

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife