DAY 1 : 5 FACTS ABOUT MYSELF

instalife

November 16, 2016

DAY 1 : 5 FACTS ABOUT MYSELF



Here we go!

Day 1 topic of 7 DAYS , 1 WEEK BLOG CHALLENGE - 5 Facts About Yourself 

Let's start! 

■ Coffee Lover 
Sesungguhnya aku adalah pengemar kopi yang tegar. Kopi ada pelbagai jenis dan jenama. Aku suka kopi yang light saja. Kegemaran aku adalah latte. Hazelnut Latte, Vanilla Latte, dan Caramel Latte. Apa saja yang ada nama latte. Hihi. Aku tak suka strong coffee like Mocha. Even Cappuccino pun aku tak gemar. 

Brand kopi dalam tin paling aku suka sekarang adalah KOPI TARIK. Sejak mengenali Kopi Tarik, aku dah tak pandang Nescafe Latte. Kadang-kadang aku beli juga Old Town White Coffee. Sedap jugak.


■ Korean Drama Fans
Semestinya!! Sentiasa ada drama Korea yang aku tengok. Baru je habis tengok On The Way to the Airport and I totally love that drama. Cried at the last scene of the final episode because I'm so happy! Sesiapa yang tengok drama ni, akan faham kenapa aku happy :D


I'm currently watching Woman With A Suitcase, Sweet Stranger and Me, and K2 (dah final episode tapi tak habis tengok lagi).

Can't wait to watch Lee Min Ho in his new drama Legend of the Blue Sea. Malam ni episod pertama di Korea dan akan disiarkan di ONE HD channel 393 Astro bermula 17 November 2016 jam 8.10 PM ^_^ 


■ Suka Gentel Bucu Bantal Busuk
Hahahaha. Malu nak mengaku tapi itulah aku. Dari kecil aku memiliki satu bantal busuk. Cuma bantal busuk sekarang, bukanlah bantal busuk yang aku ada sejak kecil tu. Pasti sudah berganti. Hihi.

Bantal busuk yang sentiasa dipeluk ketika tidur dan digentel bucunya. Kalau tak boleh tidur, gentel bucu bantal adalah satu cara untuk buat aku terlena dengan cepat. Apa punya tabiat lah kan :D 


■ Tangan Kiri Tak Boleh Bengkok 
Maksudnya, jari jemari tangan kiri tak boleh sampai di bahu jika tangan aku dibengkokkan. Hanya boleh bengkok 70 darjah saja. Huhu.

Punca kejadian ini berlaku masa aku darjah lima. Aku terjatuh ke dalam lubang di atas jalan tar selepas aku berlari kerana dibaling katak kering oleh seorang budak lelaki ni. Budak kecil daripada aku nanye. Sampai sekarang aku ingat budak tu. 

Hasil daripada itu, tangan kiri aku retak dan selepas dibuka balutan, terus tak boleh bengkok. Sedih. 

Disebabkan kekurangan aku yang satu ni, cikgu tarian aku dulu, akan buat bunga tarian yang tidak memerlukan kami bengkokkan tangan. Nanti nampak sangat cacat di situ. Tarian mesti kena sekata kan. Terima kasih cikgu kerana memahami :)

Aku redha.


■ Book Lover 
Korang pasti tahu akan fakta diri aku yang satu ni. A book lover. Yes, aku suka membaca dan suka mengumpul buku. Haha.

Aku jenis orang yang suka beli buku yang aku nak baca walaupun aku masih ada buku yang belum dibaca. Sebabnya, bila tiba masa aku nak baca sebuah buku, buku tu dah ada dalam simpanan. Tinggal nak ambil dan baca saja. Aku tak suka kalau masa nak baca tu lah aku baru nak beli. Tak suka menunggu. Hihi. Sekarang aku ada empat buah buku yang masih belum dibaca. Seingat aku lah :D


Itu saja fakta diri aku. Ada banyak lagi tapi dah kata topik ini hanya perlu berkongsi lima fakta saja. Jadi, lima fakta jela yang diberi ☺


Apa pula fakta diri korang? Jom share. Nak tahu jugak ^_^ 

45 comments:

  1. Morning siqah.
    No 2 & 5 tu memang sedia maklum kot sebab dah terang lagi nyata dalam blog ni.
    No 3 tu haha jela yang mampu sebab kita pun sama, beza kita guna selimut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Evening sheayang :)
      Hahaha jelas lagi bersuluh kan kalau no 2 dan 5 😅
      Hee. Selimut pun okay jugak. Asalkan ada lah benda nak mengetel. Kiki

      Delete
  2. kite cafe latte pun tak lepas apatah lagi mocha, espresso dan sebagainya huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak mesti tak minum kopi kan.. bagus nanye tak minum kopi ni. Teruskan tau :)

      Delete
  3. Cik Renex pun coffee lover jugak. Geng!

    ReplyDelete
  4. ade bantal bsukk.. mek pulak cium blanket klau nk tido :) hahahahahah. ank pulak terjebak sama sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tak turun kalau tak ke anak ye tak mek? :D Hihi

      Delete
  5. comelnya awak hehe macam best plak 7 days 1 week challenge ni ek
    https://mellyacrayola.blogspot.my/2016/11/random-girls-vs-mermaid-skirt.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Join lah jugak fhatin. Dialu-alukan. Hehe. Wahhhh tajuk post fhatin. Siqah terjah nanti ye :)

      Delete
  6. korea ni layan time stdy je dulu... tp paling win no3..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Malu betul 🙈🙈 Umur 30 tahun masih tak ubah perangai yang satu. Tabiat kan mana boleh ubah. Hehe

      Delete
  7. Yeah!! Samalah yg no 1,2 dan 5 tu..
    Sep sikit..

    ReplyDelete
  8. Bab yang suka gentel bucu tu sama. Tapi saya gentel bucu selimut busuk. Hahahhaa ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Selimut busuk pun jadi. Asalkan membawa kepada kepuasan diri. Hehe

      Delete
  9. Haha, join jugak yeayy!
    Sama kita about kdrama and coffee lover. Sepp sikit ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Join lah.. kan nak support Rii :)
      Sepp sikit!! Best tengok Kdrama sambil minum kopi.. hehe

      Delete
  10. Bantal busuk tu..alahai...wife bukan alasan kan..kan...hihihi..kitalah yang memartabatkan bantal busuk daripada tersisih...hahahaha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Terpaksa suami bertahan diduakan oleh wife. Hehe. Bantal busuk masih win kan kak PC. Mari sama-sama martabatkan bantal busuh :D Hihi

      Delete
  11. Kita pun suka baca and kumpul buku. Tapi, masalahnya sekarang yg belum dibaca dah trlebih2. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana.. sep sikit! Siqah pun sama jugak. Bulan ni, satu buku pun tak habis baca lagi. Lambat betul rasa. Aigoo ~ puas kan dapat kumpul buku. Hihi

      Delete
  12. mesti bnyk dh kan tngok drama korea. hehe. no 1 kita sama. tapi busyra suka coffee tanpa susu. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak gila lahhh drama korea dah tengok. Ada je berterusan tengoknya kan. Hihi. Sep sikit untuk suka kopi. Bezanya kita sebab siqah suka kopi dengan susu. Hehe

      Delete
  13. k.el pun peminat kopi tegar
    dulu mmg hari2 minum kopi
    tp dah kurang skrg..nk kurangkan kafein ngan gula dlm badan ni ha
    risau dulu2 xtakut..skrg dah tua baru igt mcm2 penyakit
    tp kopi lah paling best di dunia

    drama korea pun mmg layan jugak
    tp tgk lah jenis drama tu cam mana hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya kak el. Betullah tu dah kena kurangkan betul tak.. huhu. Siqah kena buat tindakan sama macam kak el jugak nanye :(

      Sokong kak el cakap kopi paling best di dunia. Hehe.

      Drama korea camnelah agaknya yang kak el tengok ek? :D

      Delete
  14. hahaa..comel je gentel bantal busuk

    ReplyDelete
  15. Umi pun coffee lover gak..cappucinno..fuhh and my ownmade nescafe heeh.. Gentel bantal tu like my 2nd son punya hobby waktu tido sampai la nii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nescafe kalau bancuh sendiri sedap kan fuzy :) Anak laki pun ada gentel bantal jugak ek. Siqah biasa dengar perempuan je. Hehe. Kirim salam kat anak fuzy eh. Kata dia jadi geng siqah. Hehe.

      Delete
  16. Yay kite same, coffee lover and book lover. Kdrama fans jugak tapi dah lama tak tengok sbb xde masa hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Masa nak kejar tengok drama korea memang susah lah.. gigih kalau nak tengok jugak :D

      Delete
  17. coffee lover jg..kdrama dh kurang sikit..
    cannot move on dari citer scarlet heart ryeo..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peminat tegar scarlet heart rupanya awak ye. Hope ada season 2. Hehe.

      Delete
  18. interestingnyaa akak.
    nakal nya budak tu sian akak.

    btw dulu mase kecik takleh minum kopi until oneday ada program wajib kan minum kopi pekat pahit tu. skrg pon tak suka sgt tp pelik, coppucino my fav la. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pelik dan kisah benar ni shaf. Tak suka kopi tapi cappucino ur fav. Hehe :D Akak first time ni dengar ada program wajib minum kopi pekat pahit. Entah apa ek tujuan program tu diadakan?

      Delete
  19. My nose will tell me which coffee is better. I now and then take black coffee with less sugar. I am a coffee lover and i hv sipped all types of coffee and often struggle to find a great cafe in the city where i go. Just good coffee is never good enough, its almost always the experience of having that cup that matters more and the coffee has to be good still.

    I havent tried the tahi musang coffee. I cant swollow it i think. I dont even think of buying its powder. Let me know if you hv sipped it even once.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo kopi tahi musang. I know about the coffee after watching one tv programme. Never sipped it. Want to try but I don't know where to get it here.

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife