DAY 3 : APPRECIATION POST

instalife

November 18, 2016

DAY 3 : APPRECIATION POST



Masih ada 20 minit untuk aku update mengenai topik Day 3 : Appreciation Post. Harap aku sempat habiskan entri ini sebelum jam 12 am. Hihi. 

Post ini adalah untuk artis kegemaran. Makanya, artis kegemaran aku yang aku nak cerita dalam post ini adalah LEE MIN HO!! Siapa tak kenal Lee Min Ho? Biar betul korang tak kenal ni. Hihi.

Berkenan untuk buat post Lee Min Ho sebab semalam baru tengok drama terbaru dia bertajuk Legend of the Blue Sea :) 



Aku mengenali Lee Min Ho dalam drama Korea bertajuk Boys Over Flower (2009). Dia membawa watak Gu Jun Pyo. Si mamat poyo yang kaya raya, annoying, dan handsome. Dengan rambut gulung-gulungnya lagi. Haha. 

Sejak dari itu, aku suka sangat Lee Min Ho. Bersungguh meminati dia sampai walaupun drama dia selepas itu bertajuk Personal Taste (2010) tidaklah best. Slow gila cerita tu tapi disebabkan Lee Min Ho, aku gagahkan tengok juga. 

Selepas itu, perasaan tertarik kepada Lee Min Ho semakin mekar selepas menonton City Hunter (2011). Suka gila watak dia dalam drama tu. Best sangat! Lain daripada lain dan tidaklah lembik macam dalam Personal Taste. Love it! 

Dan pada tahun 2013, dia berlakon pula dalam drama percintaan terlarang budak sekolah bertajuk The Heirs. Masa drama ni disiarkan, hari-hari aku lepak di kafe untuk tengok drama ni secara online. Semuanya sebab masa tu rumah aku tiada WiFi. Jadi aku terpaksa menapak di kafe. Gigih kan aku? :p

Dan sekarang, Lee Min Ho dikatakan bercinta dengan Suzy Bae. Aku setuju kalau mereka berdua. Suzy cantik sangat dan bila digandingkan bersama Lee Min Ho yang handsome, makanya mereka sangat padan =) 

Bagi aku, 

Minat kepada Lee Min Ho tidak ada musim. Berterusan aku minat dia. Kalau Seo Joong Ki, aku suka masa drama DOTS je. Kalau Ji Chang Wook, aku suka masa drama Healer je. Tapi kalau Lee Min Ho, bila-bila masa saja aku suka. Dia ada aura yang pelakon lelaki Korea lain tidak ada. 

Lee Min Ho always be my number one Oppa =D 

Siapa minat Lee Min Ho? Sep sikit. Hihi. 

18 comments:

  1. betul tu! aura Lee Min Ho ni lain sikit! and LMH ni sesuai watak jadi chaebol kot sebab handsome dia lain macam hhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Peminat tegar LMH datang :D Aura dia lain macam kan.. tue yang berterusan je haa minat dia. Hihi.

      Delete
  2. siqah minat lee mon ho rupanya. even busyra tak kenal siapa tu lee min ho sebelum ni. boleh jadi kenal sbb ramai kawan2 yg minat korea ni asyik sebut ja. last2 busyra tanya la dorang. spa lee min ho.. erm. hensem dan macho jgk rupnya. hahaha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. Serius busyra baru kenal LMH? Bagusnya la hai busyra tak layan korea. Hihi. Kalau dah start layan, tak jadi kerja lain biasanya. Hii.

      Delete
  3. kita dah tengok 2 episodes LOTBS tuu, hehe walaupun banyak benda takleh nak brain kelogikan nye, layankan ajeeee. :D haha tapi Min Ho improved his English a lot kalau nak banding dengan dalam cerita Heirs tu.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha. Kannnnnnn ~ Mermaid jadi manusia pulak dah. Siqah pun layankan jela tengok drama tu. Sebab suka dengan LMH dan mermaid tu jugak.

      betul Hanis. English LMH improved dalam drama ni. Good job! Hihi

      Delete
  4. zaman gila2 korea Unni da berakhir.. hahaha

    btw kak siqah unni da buat toturial signature tu.. hanya yang termampu
    https://unnianje.blogspot.my/2016/11/toturial-letak-signature-pada-setiap.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Berakhir sudah,, akak macam lambat lagi zaman korea nak berakhir. cuma berkurangan tu maybe lah. itupun sebab takde masa sangat nak layan, bukan sebab tak suka. Hihi.

      Thank you Unni bagi tutorial tu. Nak buat signature lah. Nanti akak buat ikut steps unni bagi :)

      Delete
  5. Makin hensem pula Lee Min Ho dalam cerita Legend Of the blue sea ini. ;)

    ReplyDelete
  6. lama x tgk drama korea..dulu layan juga
    ntah nape dah xtgk hahaha
    kalau cite kisah romantik kelakar mmg syok layan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... maybe kurang masa kot atau sudah beralih minat el. Hihi.

      Romantik kelakar sure genre yang syok dilayankan..;D

      Delete
  7. Kalau Woo bin oppa tak menawan, mesti Lee Min Ho dah tawan hati saya ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Oooo peminat Woo Bin ye amira rupanya :)

      Delete
  8. Hensem pula tengok gambar 1st berambut pendek. Selalu tgk drama nampak kurang hensem sebab rambut nampak tebal. Heh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Rambut tebal ek. Lawaklah reen.. Gambar tu tak tahulah zaman bila punya gambar. Ambik kat google je. Kalau dalam drama baru sekarang, nampak dia makin handsome dan makin kurus kot. hii

      Delete
  9. SAMAA LEE MIN HO!! minat kdrama sbb lee min ho ah haha

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife