DAY 5 : A BOOK REVIEW - HELLO IT'S ME BY ANNA LEE

instalife

November 20, 2016

DAY 5 : A BOOK REVIEW - HELLO IT'S ME BY ANNA LEE


I have finished reading this novel on 31 October 2016 and only now I am likely to write a review of this novel. 

As I mentioned earlier, I'm in love with Anna Lee's novel since Mesej. I have read three novels from her and I love all of them. I will review about the third novel from her soon. 

As usual, let's start with a synopsis of the novel and continued with my personal review ✌


SINOPSIS


Tiya adalah seorang penulis novel yang lain daripada lain. Dia mempunyai idea tersendiri dan tidak mahu melibatkan diri dalam genre novel yang berlambak di pasaran sekarang. Genre novel yang semakin banyak menjadi drama TV. Disebabkan itu, hampir dua tahun, Tiya tidak menghasilkan novel baru. 

Duta adalah seorang perisik polis. Tiya dan Duta tertukar telefon semasa pertama kali mereka berjumpa dan berlanggar di kafe. Lebih tidak masuk akal apabila telefon mereka adalah dari jenis, warna, casing, wallpaper dan password yang sama. Mustahil!.

Sejak detik itu, hidup Tiya mula menjadi huru-hara. Tiya terperangkap dalam masalah cinta dan jodoh Duta kerana membalas mesej Mama yang disangka daripada Mama Tiya. Malah bukan setakat itu, Tiya juga secara tidak langsung terlibat dalam satu masalah lain yang lebih besar. Masalah yang melibatkan rahsia negara. 

Masalah tersebut menyebabkan hidup Tiya berubah 360 darjah. Dia terpaksa melawan diri sendiri. Melawan Agoraphobia (fobia berada di tempat terbuka dan terdapat ramai orang). 

Hello It's Me..

Ada rahsia yang disembunyikan.
Ada jiwa yang akan terseksa.
Ada hati yang akan terluka.

Masih wujudkah happily-ever-after dalam hidup Tiya?


REVIEW

Buku yang sangat ohsem! I fell in love for the second time with Anna Lee. Dan rasa tak puas bila novel ini hanya mempunyai 319 pages.

Membuka minda dengan isu mengenai penulis yang diketengahkan oleh Anna Lee. Bagaimana keadaan industri novel sekarang yang menyebabkan lambakan novel yang sama genre berada di pasaran. Aku sokong dengan idea Anna Lee dalam novel ini. 

Idea untuk mewujudkan anugerah berprestij untuk penulis bagi meraikan dan menghargai usaha keras semua penulis. Novel yang dipandang bukan hanya diadaptasi kepada drama TV tetapi novel yang diangkat martabatnya kerana pengisian novel yang hebat. Bukan hanya kisah cliche saja. 

Mungkin dengan cara itu, kualiti buku negara akan semakin baik dan setanding penulis luar negara. 

Seperti Mesej, aku clueless bila baca novel ni. Aku tertanya-tanya pada mulanya apa sebenarnya yang terjadi. Dan apabila tiba di pertengahan novel, barulah aku faham siapakah Duta dan apa hubungannya dengan Tiya and it totally surprised me!

Anna Lee berjaya buat aku hanyut dalam novelnya sekali lagi. Aku hanyut sehingga ke akhir cerita. Seriosly, I love the ending. I love when Duta said, "Hello, It's Me". Aku tersenyum sumbing seketika apabila membaca dialog itu.

Dialog yang membawa maksud tersendiri kepada Duta dan Tiya. 

Aku turut tersenyum dan rasa ❤ ketika babak Tiya membaca nota daripada Duta di telefon Tiya bertajuk "Why I Love You". Duta, you know how to be a romantic man. I love that romantic attitude ❤

Dalam novel ni ada ditulis tentang kenapa kena pakai jam? Ayah Tiya adalah perisik polis juga dan merupakan rakan sekerja Duta. Ayah Tiya pesan, "Pastikan jam tangan sentiasa ada di tangan sebab kemungkinan telefon boleh tercicir di mana-mana. Kalau jam tangan tentu akan terus melekat di tangan. Jika berlaku sesuatu, jam dapat membantu untuk memastikan kejadian tertentu berlaku pada waktu apa. Kerana waktu amat penting dalam menganalisi sesuatu kejadian".

Novel ini membawa aku terbang ke Holland. Hihi. Seperti biasa, aku suka google image untuk aku membayangkan keadaan di sana. Sini aku berkongsi gambar yang aku tengok ye =) Cantik semua tempat di Holland. Bestnya kalau boleh pergi sana!


Holland's Water Village





Zaanse Schans Windmills




Beautiful Holland Tulips 
(Duta dan Tiya honeymoon di sini)




As usual, quotes from this novel as below: 

◆"Being different isn't a bad thing. It means you're brave enough to be yourself". -Tiya

◆ "Fake is the latest trend. Be difference. Be real. Trend akan berlaku but being difference will be evergreen". -Tiya

◆ "Do you have a map? Because I keep getting lost in your folder photos". -Duta

◆ "Life is too short to spend it at war with yourself". - Duta

◆ "Ajal maut memang di tangan Tuhan, tapi kita yang hidup ni kena usaha agar tak dilanggar kereta dan dapat mengelak mati mengejut. Cuma, kalau kita dah elak tapi terkena juga, itu barulah takdir Tuhan yang kita tak boleh nak elak". - Tiya

◆ "Cinta sejati adalah cinta yang tak mampu kita miliki tetapi ianya tetap segar dalam hati". - Tiya

◆ "Anggap saja setiap kali you baca novel, I akan berada di belakang you, peluk dan kacau you membaca, sebab I cemburu you tenggelam dalam dunia novel dan bercinta dengan hero lain selain I". - Duta

◆ "All you need is love and more coffee. If you bring me coffee without having to ask, then I love you more than I love coffee". - Duta


The novel successfully made me happy! WOW! Totally recommended! Penulis yang tidak pernah mengecewakan aku ❤

Sesiapa yang mahukan kelainan penceritaan, boleh mula baca novel Anna Lee. Mungkin korang akan rasa seperti apa yang aku rasa. Mungkinlah. Hihi. 


I will be the first people to see the drama or film adaptation of the Anna Lee's novel ❤

p/s: credit to google for all Holland pictures.

20 comments:

  1. Okey foineee! Masuk dalam list. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Sila masuk. Nanti dah baca, review jugak eh :D

      Delete
  2. lepas baca review siqah ni, mcm nak baca pula buku ni heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Yes! :D Cubalah baca erin. Masih bercuti kan? Hee

      Delete
  3. cantiknya Holland! bunga tulip tuuuu.. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnnnnn! Cantik sangat kan bunga tulip 😍

      Delete
  4. haaaaaa, apsal sweet sgt quotes diaaa :D

    actually I expect they only meet each other again at the end of novel, tapi bila Siqah cakap diorg honeymoon kat Holland tu, haaa mesti la diorg dah jumpa kat tgh2 cerita ni.

    Nampak menarik anyway!, nak cari kat MPH nanti

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Memang sweet ayat2 Duta ni. Tue yang tersengih je baca 🙈😍

      Yeee betul.. dorang bertemu dah di pertengahan cerita dan bertemu kembali di akhir cerita :)

      Trylah baca hanis. Dan share your review too. Hope u will like it :)

      Delete
  5. Dah masuk list want to read :D

    I thought it's an English book at first hihi

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  6. irda baca dari perenggan pertama hingga akhir dengan tersenyum,ternyata siqah seperti irda,tenggelamn dengan bacaan sendiri..memang cantik holland,ingin rasanya kesana .insyaALLAH ONE DAY irda akan selfie disana ..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan irda.. kalau baca novel, boleh tenggelam dalam penceritaan novel. Holland cantik sangat! Insyallah siqah doakan agar irda dapat pergi ke sana. Amin :)

      Delete
  7. best nya tempay honeymoon.. 319 pages tak cukup :( Unni 100 da smput nk baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. baca novel ni kena ada minat jugak. Kalau tak suka, tak jadi jugak sebenarnya unni :D

      Delete
  8. Yeayy! Sep sikit! Hehe. Bila dah bayangkan tempat camne, baru feel baca kan. Hee

    ReplyDelete
  9. sukaaaaaa Dutaaaaa hahaha sukalah every time Duta update IG Tiya dengan gambar gambar cantik pastu captions pulak sweet hehe Siqah dah baca Jika Aku?

    oh ya yg book tag Siqah ada mentioned kat blog Hana tu, nanti Hana free Hana buat. thank you bagitau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Kannn! Siqah pun suka part Instagram tu :D
      Siqah dah baca Jika Aku. Baru jugak habis baca. Review je tak buat lagi. Biasalah siqah lembap sikit. Hee.

      Okay Hana. Ada masa nanti buatlah book tag tue ye :)

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife