Pertama kali aku ke Cyberjaya. Mengambil keputusan untuk ke Cyberjaya selepas tak tahu nak ke mana. Semestinya semua tempat fully booked dan tak nak juga sesak di highway kalau balik pada hari Isnin. Kebetulan suami ada kerja di Cyberjaya dan kami memilih to have our short weekend getaway in Cyberjaya.
Kami memilih untuk bermalam di SHAFTSBURY SERVICED SUITES di Cyberjaya. Selama ni hanya tidur di hotel dan kali ni kami pilih untuk tidur di serviced apartment pula. Okay fine! Sebenarnya, hotel fully booked. Haha. Padan muka, last booking sangat kan 😀
Alhamdullilah. Pilihan kami sangat tepat sebab Shaftsbury best sangat! Serviced apartment yang feel like home dan berdekatan pula dengan Shaftsbury Square yang penuh dengan kedai makan.
Aku booked Junior Room tapi telah di-upgrade kepada One Room Suite sebab Junior Room dah penuh. Aku tak kisah sebab upgrade. Kalau downgrade, rasa geram jugak. Hihi.
Jom aku bawa korang tour dalam One Room Suite ye ☺
RUANG TAMU
DAPUR
BILIK TIDUR
Aku tak ambil gambar bilik mandi. Biasa je bilik mandi. Cuma tiada bathtub. Kelengkapan dapur pula sangat lengkap. Peti sejuk, microwave, pinggan mangkuk, cawan, periuk, frying pan, periuk nasi, pemanas air elektrik, dan pembakar roti. Semua lengkap! Beli bahan basah je kalau ada sesiapa nak masak. Aku tidaklah masak di sini. Hihi.
Love the tagline : Your Home Away From Home |
Toiletries. Aku ambil semua bawa balik walaupun aku tak guna. Hahaha. Memang hobi aku ambil semua. Hihi. |
Pemandangan dari bilik kami di tingkat 8. Short weekend getaway in a city makanya pemandangan pun nampak bangunan jela 😄
SWIMMING POOL
Kami hanya lepak sebentar di sini selepas sarapan. Tidaklah mandi walau tiada orang masa tu. Rasa rugi sebab aku tengok gambar di Instagram, ramai juga yang post gambar di sini ketika sunset. Bestnya!! Lama tak tengok sunset dalam suasana yang tenang. Biasa nampak sunset tapi sedang memandu. Mana mahu nak ambil gambar.
Pemandangan kolam renang dari atas. Cantik! Gambar ini aku ambil dari Mr Google.
Lebih kurang jam 11 malam, kami keluar untuk menikmati pemandangan malam di Putrajaya. Memandangkan kami dah beberapa kali keluar berjalan di Putrajaya, jadi kami hanya pergi ke Jambatan Seri Wawasan dan Jambatan Seri Gemilang.
Jambatan Seri Wawasan |
Jambatan Seri Gemilang |
Sampai sekarang aku masih google untuk memastikan nama jambatan di Putrajaya adalah betul. Serius, walau berkali aku ke Putrajaya, masih tak ingat nama jambatan. Ada sesiapa yang ingat nama jambatan ke?
Curi ambil gambar encik suami semalam. Hihi. Mungkin sedang memikirkan kerja yang bakal dihadap hari ini. Isterinya esok, hari Rabu baru masuk kerja. Hari ini masih bermalasan di rumah 😎
Itu saja kisah kami di Cyberjaya. Tiada apa sangat pun selain daripada pertama kali tidur di serviced apartment. Besar dan kalau bawa family ramai-ramai pun best. Bawa je toto sekali. Boleh tidur di ruang tamu. Sofa pun besar dan boleh muat seorang tidur. Eh dua orang pun bolehlah. Hihi.
It was too bad because our stay here was too short. We felt really comfortable and it felt like home. It really suits their tagline, Your Home Away From Home. Aku rekomen untuk semua datang ke sini. Sesuai tak kisah for couple or family.
Mungkin ini adalah short weekend getaway kami berdua yang terakhir untuk tahun ini, 2016.
Masih tiada plan untuk tahun depan. Suami seorang tentera makanya semua plan harus last minute. Layankan je 😇
lawanya living room dia! erin sanggup je tinggal dekat apartment macam ni sorang sorang. rasa adult sangat :P
ReplyDeletehehehe ingatkan erin sorang je yang bawak balik semua toiletries
Lawa kan living room dia! Suka sangat sebab simple dan nampak kemas je :) Siqah pun sanggup duk sini sorang2. Best je rasa :D Nanti erin dah kerja, mana tahu dapat peluang duduk apartment camni kan :D
DeleteHehehe. Sep sikit! Siqah pulak ingatkan siqah je bawak balik toiletries. Hihi
Bestnyaa. Swimming pool pun menggoda suoh dtg mndi tu. Hee
ReplyDeleteHehe. Tergoda cik renex melihatnya ye :D Mohlaj datang nanti :)
Deletecantiknya bilik ni rasa tak nak keluar bilik dah.
ReplyDeleteItulah yang siqah rasa. Nak duduk je dalam rumah diam-diam. Hii.
Deletememang lawa tempat ni! lenne suka ^^
ReplyDeleteKannnn lenne :) Lawa! Suka sama-sama :)
DeleteCantiknyaaaa...tetiba berangan kan syok kalau ada rumah sndr mcm suite room tu... Small n cosy jee
ReplyDeleteBerangan dulu dear. Mana tahu satu hari nanti jadi kenyataan :D
Deletewahh baru tahu husben akak army.. ptt la semua last minute.. best hotel ni kak, kalau tgl sini terus lagi best..
ReplyDeleteHehe. haah unni, husband akak tentera. memang last minute jela. daripada kecewa tak jadi pergi kan. hihi.
DeleteBest unni. Sure rasa nak tinggal sana terus. Rasa tenteram je :D
Kalau dia upgrade tu kita kena tambah duit ke Siqah? or sam price?
ReplyDeleteCantik lah tempatnya..
same price kak. Sebab siqah booked junior room dan dorang yang upgrade bilik. So harga sama lah.
DeleteCantik tempatnya.. bolehlah for short getaway :)
bestnya dapat gateway cam ni :) mek kne tgu tahun depan la nk cam ni ..
ReplyDeleteSesekali kan mek :) Mek kena tunggu habis pantang lah ye.. anak dah besar sikit ke.. Insyallah tahun depan mek pula g getway ye :) Mehlah datang sini. hihi
Deletelawa gila akak bilik diaaaa.. warna soft gitu..
ReplyDeleteKannnnn ~ Akak suka.. soft color buat kita tenang je.. gitu :D
DeleteSekali sekala manjakan diri dengan bercuti di suites.. Lama dah reen tak merasa bercuti cam ni.. :)
ReplyDeleteDah jadi surirumah.. Duit poket pun dah tak semewah dulu. Eceh ceh hihihi
In sya Allah, ada rezeki lebih nanti boleh Reen bercuti disini juga 😍
Insyallah nanti reen pula merasa cuti begini ye :) Pergi kejap pun takpe asalkan bersama tersayang. Spend quality time together 😊
DeleteBest tau jadi surirumah. Hihi 😍