Minggu lepas aku pulang ke Muar. Balik dari Muar semalam, terus singgah di Vendeur Festival yang diadakan di MATRADE Exhibition and Convention Centre. Berkali-kali suami tanya nak pergi ke tak? Dan berkali-kali juga aku cakap tak nak sebab takde apa nak beli.
Dalam masa yang sama, aku buka IG @galeriariani. Rupanya Ariani ada buka booth di Vendeur Festival dan aku terus automatik cakap kat suami nak pergi. Geleng kepala dia. Hahaha!
Niat di hati nak tengok tudung Ariani dan Mumuscarves. Nampak cantik je di IG. Memang cantik pun! Material pun cantik! Both lawa! Cuma tak boleh ambil both.
Aku pilih instant shawl Ariani. Nak digayakan dengan baju raya tapi bila dah cuba semalam, macam tak sesuai pulak. Walaupun suami kata sesuai. Mata suami dan aku semestinya berlainan. Hii.
Ramai orang di festival ni cuma bagi aku tak ramai macam tahun lepas. Banyak booth dibuka. Harga memang murah daripada harga biasa. Macam-macam ada. You name it and please find it by yourself! Hehe.
Beli pulak minyak wangi!
Sambil berjalan dapat tester, teruskan berjalan sambil bau tester dan terus patah balik sebab nak beli. Sedap baunya! Aku dan suami suka! :)
LAUREEN | PUDORE
Tak tahu asal dari mana minyak wangi ni. Layankan jela. Malas nak kaji. Hehe.
Ada dua lagi jenis bau yang berlainan. Dibezakan mengikut warna. Aku pilih warna biru. Dapat sample minyak wangi warna ungu dan pink di atas. Dapat juga sampul raya. Putih suci murni sampul raya. Besar macam sampul surat!
Membeli di festival shopping begini, bagi aku berbaloi. Harga murah daripada harga asal. Cuma kau kena bersesak dengan orang dan kemungkinan tidak dapat apa yang kau hajati. Sebab ramai orang dan adakalanya yang kau nak sudah habis.
Tapi aku suka pergi festival camni. Sejak tahun lepas, menemani kawan ke sini dan aku terjebak tahun ni juga. Teman punya pasal, akhirnya aku yang sangkut.
Cuma mujur masih beringat. Kalau tak, dah ambil banyak tudung. Haha! Tahun ni gila tudung pulak! Ikut musim agaknya. Hehe.
Selagi suami nak menemani aku ke sini, aku ON je. Haha! Peliknya dia pula yang bertanya. Aku dah tak ingat nanye pasal festival ni. Sebab dah lama tak scroll IG. Bila dah ditanya, mulalah aku pun ON :D
Ada dua festival shopping yang boleh diterjah setiap kali Aidilfitri menjelma iaitu:
Vendeur Festival
Mood Republik
Ikutlah nak pergi yang mana. Tak semua butik online ada di both festival. Pandai-pandailah ye.
Dah selesai shopping raya. Fokus pada benda lain pula :)
Till then,
Love,
wah...awak shopping di ofis saya tu :)
ReplyDeleteEh ofis wahida kat area matrade ke? Hehe. Setahun sekali je pergi area sini :h
DeletePudore pun ada keluarkan perfume ... Brapa rm perfume tue yank ? Ok lawa tudung ariani tue
ReplyDeleteRM40 satu. Kalau beli 3 RM100. Haa semua sedap bau. Hii. Ariani 😍
DeleteAssalammualaikum siqah..cantik la shawl tu..lawankan dgn baju plain...byk warna baju boleh masuk...
ReplyDeleteWaalaikumusalam kak PC 😊 betul tu kak, banyak warna baju boleh padan dengan shawl ni. Siqah beli je dulu, baju tak tahu lagi. Hehe
Deleteseronoknya kalau duduk sana kan. ada byk choice. kalau kat sini ada jugak buat festival mcm ni tapi tak byk choice.
ReplyDeleteHaah KL banyak choice awak. Cuma nak pergi ke tak je. Kalau kat seberang susah kan nak ada semua. Awak boleh beli online je 😊
Deletewah...wah...wah....cantiknya tudung ariani awak tu Siqah...Square Scarf series ya...design dia cantik bangat laaaa
ReplyDeleteYang nie instant shawl kak. Siqah cari yang square series jugak tapi yang siqah nak dah habis. Belilah instant. Hee. Lawa ariani kan kak 😍
DeleteSakannn naauu. hihi. Mek cam terpikat pulak dengan perfume tu.
ReplyDeleteHehe. Takde sakan lah. Sikit je membeli 😁 Wangi perfume yuni. Siqah suka dengan baunya 😍
Deletecantik shawl ariani tuh, warna dia lembut betul...
ReplyDeleteWarna pastel 😍
Deleteok shawl tu lawa sangat sangat ! Ariani punya design banyak lawa .
ReplyDeleteBtw ema kacau you jap ! Ni ada tag awak tanpa sengaja , KAH KAH !
http://www.vetovirago.com/2016/06/giveway-shawl-raya-by-aryana-couture.html
Kan!! design ariani banyak lawa 😍
DeleteHehe. Tq awak for the tagged. Ada masa siqah buat nanti ye 😊
cantik blog.. done follow, follow me back ;)
ReplyDeleteThank you acu follow siqah. Follow you back 😊
Deletecantiklah instant shawl tu
ReplyDeletelembut aje warna dia
akak ni pun belum beli tudung tuk raya lagi
entah bilanya nak beli
Ada lagi 2 minggu kak nak membeli. Pasti sempat punya 😁
DeleteCantiknya shawl tu, lembut je warna dia..kalo tak sesuai ngn baju bak sini kat akk, hahaaaa...gurau je
ReplyDeleteHehe. Pandai kak azimah bergurau ye :h
DeleteCantik shawl yang Siqah beli tu.
ReplyDeleteAkak bab bersesak-sesak ni yang tak larat :)
Hii. Dengan bulan puasa lagi kan kak, lagilah malas nak bersesak. Siqah paksakan diri je. Nak jugak berjalan nanye :h
ReplyDeletecantik botol perfume tu, kalau akak tak bolehlah nak pergi kalau tempat sesak macam ni, nak bawa anak2 tu, maunye tak dapat nak beli apa2 nanti
ReplyDeleteHehe. Betul tu kak AA. Orang ramai. Susah juga nak beli kalau bawak anak-anak.
Delete