Buffet Bajet Ramadhan by Chef Yang Jamil

instalife

June 26, 2016

Buffet Bajet Ramadhan by Chef Yang Jamil

Assalamualaikum dan hello semua! 

Ceritanya semalam aku mengikut suami berbuka puasa bersama team kerja suami. Sudah 20 Ramadhan dan baru aku berpeluang untuk berbuka puasa sekali.

 Sebelum ini, ada majlis berbuka puasa cuma aku tak pergi sebab urusan kerja. Aku balik kerja tak menentu, dan nak pergi KL selepas kerja memang tak lah. Dengan jalan sesak dan aku tak tahu jalan. Dengan malam dan aku tak suka memandu pada waktu malam. Silau tinggi! Maka aku terpaksa lepaskan peluang makan free! Tiada rezeki. Huhu.

Semalam, Alhamdullilah berkesempatan berbuka puasa bersama. 

Kami memilih untuk berbuka puasa di 

BUFFET BAJET BERBUKA PUASA SAMBIL BERAMAL by CHEF YANG JAMIL 

Buffet Ramadhan ini diadakan di Dewan Sri Iskandar, Setiawangsa. 

Details mengenai Buffet Bajet seperti di bawah
 

Dewan Sri Iskandar, Setiawangsa
 

Ramai orang! Dah macam kenduri kahwin pulak rasanya. Hehe. Harga buffet ni sangat murah ( aku tak pernah jumpa buffet Ramadhan semurah ini ) , hanya RM19.90 seorang untuk mereka yang berusia 5 tahun ke atas, termasuk kita yang dewasa. 

Menu yang disediakan juga banyak jenis. Semuanya adalah masakan kampung. Ada ayam goreng berempah, daging masak lemak cili api, daging masak pedas, dan beberapa menu yang lain ( aku ingat 3 je sebab ambil 3 tu je ). Dessert pula ada pelbagai kuih dan dua jenis bubur iaitu bubur pulut hitam dan bubur lambuk. 

Maaf tiada gambar makanan. 
Aku dan suami sampai lewat. Lagi 5 minit nak berbuka puasa baru kami sampai. Kami dari Shah Alam, tak sedar masa berlalu, jam 6 pm baru kami bergerak dari Shah Alam ke sana. Berhenti solat di Petronas. Jalan sesak. Aiyakk! 

Pelbagai makanan disediakan dan semua alhamdullilah sedap. Tidaklah wow sangat cuma bagi aku sesedap rasa. 

Dinasihatkan pada mereka yang join buffet bajet seperti ini, tolonglah sampai awal di majlis. Baru kita selesa untuk mengambil makanan dan sebagainya. Maklumlah, buffet bajet dan pasti ramai orang. 

Selain itu, ada juga pemberian tulus ikhlas oleh team SBS, Side by Side kepada ibu tunggal dan anak yatim. 
 
SBS adalah kumpulan motosikal besar. Mereka sudah lama ditubuhkan cuma baru sekarang melibatkan diri dalam majlis beramal. 

Nak luruh jantung dengar bunyi motor dorang
 

Can reach them via: 

Facebook: side by side 

Instagram: @sbs_motorsport 
 

Dan akhir sekali, sebelum balik, pasti ada gambar kumpulan! Hehe. 

Kami semua. Team member suami ada 4 orang. Yang lain adalah ahli keluarga. Sesekali berjumpa, seronok! 
 

Perasan tak ada penambahan orang? Hehe. Adik ipar aku, Kcut dan isteri Ekin pun turut sama semalam. Mereka call nak berbuka puasa sekali, terus suruh datang sini je. 
 
Alhamdullilah. 
Moga kita bertemu lagi di masa akan datang. 

Jemputlah datang rumah raya nanti ye! :D

Selepas berpisah dari mereka, aku dan suami pergi ke Uptown Danau Kota. Apa aku beli? Haha! Dalam entri seterusnya.. Hii. 

Till then,

Love,

18 comments:

  1. Memang murahhh gileerr. tak penah jumpa semurah ini :)
    Babe, check emel ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan yuni. Sekarang buffet ramadhan semuanya mahal. Huhu. Okay, siqah tengok email nanti ye :)

      Delete
  2. murah lah siqah....bwrbaloi2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbaloi kak :) Bukan makan banyak sangat pun. Hehe.

      Delete
  3. Assalammualaikum Siqah...alhamdulillah murah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak PC :)

      Alhamdullilah atas rezeki :)

      Delete
  4. Bersyukur jugalah Iqa dah 20 hari puasa baru sekali dpt buka bersama ye. Itulah dikatakan rencah kehidupan. Yg penting saling memahami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So true kak :) Asalkan ada juga masa berbuka puasa bersama walaupun hanya sekali :)

      Delete
  5. murah tu harga untuk dewasa, tak pernah jumpa lagi yang semurah tu rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak AA. Siqah pun tak pernah jumpa buffet semurah ni.

      Delete
  6. wow bestnya kalau dpt join. meriahnyaaa

    ReplyDelete
  7. wahhh murah tu punya harga...

    ReplyDelete
  8. Seronok berbuka ramai2..
    Berbaloilah harga dan menu..

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife