Iklan Raya Wajib Tengok Tiap Tahun

instalife

June 28, 2016

Iklan Raya Wajib Tengok Tiap Tahun

Hello semua :) 

Kesinambungan daripada ENTRI mengenai Iklan Raya TNB 2016: #LepasTu sebelum ini, aku mula menonton kembali iklan raya yang aku suka pada tahun-tahun lepas. 

Perasaan nak raya dah ada. Iklan raya menambahkan perasaan itu. Lagipun menarik. Setiap tahun mesti ada iklan raya yang best! 

Nak berkongsi mengenai
3 iklan raya yang wajib aku tengok tiap tahun: 

IKLAN RAYA PETRONAS 2003 

Dalam banyak iklan raya, bagi aku yang PALING WIN adalah iklan raya Petronas pada tahun 2003. Al kisah janda beranak tujuh. Ingat tak? Yang last sekali anak dia beli seekor lembu! Hehe! Serius best dan tersentuh dengan iklan tu. Gembira seorang Mak ada anak camtu kan? 



"Sesungguhnya syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu"
Al Fatihah untuk arwah Mak.

IKLAN RAYA PETRONAS 2014: 
"KE PANGKUAN BONDA"

Iklan kedua adalah iklan raya Petronas 2014 bertajuk "KE PANGKUAN BONDA".

Yang ni pun best! Aku paling suka cara mereka buat video. Dengan satu lagu raya yang diubah susun atur muziknya dan bersambung dari satu babak ke babak yang lain sehingga budak kecil itu sudah dewasa dan ada anak. Dalam video ni pun menunjukkan kemeriahan sambutan hari raya di kampung. Best! Sambutan hari raya di kampung sangat berbeza daripada di bandar. Itu aku sangat akui sebab aku mengalaminya. Raya di bandar so boring, raya di kampung so meriah!! 



IKLAN RAYA TM 2014: ADIK

Iklan raya ketiga yang aku suka adalah daripada TM pada tahun 2014 bertajuk "ADIK"

Kelakar! Haha! Ada dua kisah dalam iklan raya ni. Kisah Adik dan abangnya Man. 

Adik yang banyak melakukan kesalahan dan selalu memberi alasan setiap kali ayah Adik marah. Bila nak minta maaf masa raya, sampai hari raya kedua pun tak habis kalau nak senaraikan semua kesalahan Adik. Punya banyak tu. Hihi. 

Lain pula kisahnya dengan Abang Adik, Man. Pertama kali puasa penuh dan walaupun puasa penuh, baju raya tetap muat-muat je. Sedangkan okay je bila ukur badan sebelum puasa. Maknanya bila puasa makin bertambah berat Man. Hehe. Comel!  


Hanya tiga saja iklan raya yang aku suka tengok tiap tahun. Banyak iklan raya yang best! Tak terkata banyaknya. Masing-masing ada idea baru dan mesej yang berguna untuk disampaikan sempena Aidilfitri. 

Korang pula suka tengok iklan raya yang mana? Boleh kongsi cerita. Boleh juga aku tengok. Mana tahu ada yang aku tak pernah tengok :D

Selamat menonton iklan raya! 

Till then,

Love,

30 comments:

  1. mana boleh lupa semua iklan raya ni haha xD bagi kite iklan raya yang paling meninggalkan kesan di hati adalah iklan raya yang ayah tua tu, yang 'aku ingin pulang~" Tengok banyak kali pun still berlinang air mata ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang mana ye iklan raya tu? siqah tak ingat lah pulak. nak kena buka youtube nie. seronok iklan raya, ada sedih gembira semua penuh makna tersirat :)

      Delete
  2. mek suka iklan astro tahun lepass.. melelehh air mataaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. iklan kedua nak kena tengok kat youtube nie. siqah tak pasti yang mana.

      Delete
  3. akak pun suke tiga2 iklan raya tuh... dulu2 tiap kali nk raya msti tertunggu2 tv3 n tv2 lain bt iklan raya masing2 tp skrg dh makin takde...

    teringat iklan tv3 dulu yg suke gunakan adibah noor sebagai pelakonnnya... sgt lawak bg akak tp sesuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak.. sekarang iklan raya dah makin berkurangan. ada juga iklan raya baru yang menarik perhatian dan bagi makna tersirat disebaliknya. suka juga adibah noor. dia comel je :) Sayang dah tak boleh dengar suara adibah noor pagi2 di Suria FM :(

      Delete
  4. nik memang minatlah kalau petronas buat iklan penuh dengan pengajaran..

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnn ~ petronas selalu ada idea dan makna tersendiri dalam setiap video raya yang dorang buat..

      Delete
  5. iklan raya tahun ni pun banyak best2..suka yang samsung tu (whatsapp), lepas tu iklan dari tm pun best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa yang whatsapp tu. siqah suka yang tu, sedih oooo. touching tengok iklan camtu. betullah, ikatan keluarga tidak akan putus kan kak :a

      Delete
  6. Iklan raya tu semua mengundang tawa penonton
    Tapi ada isu yg cantik utk direnungkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.. setahun sekali je kita tengok..

      Delete
  7. dulu2 masa zaman arwah Yasmin Ahmad mmg semua iklan dia best2 kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak wahida. arwah yasmin ahmad kalau buat iklan penuh dengan pengajaran. bukan setakat iklan, filem pun sama..

      Delete
  8. Huhuhu iklan raya yg bawak lembu tu win. Iklan adik ni nakal betul.. haha. Byk iklan raya yg best sarat dgn mesej tersendiri kan siqah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan aina :) lembu paling win. hehe. banyak iklan sekarang. semuanya ada pengajaran dan kisah tersendiri. suka tengok. tengok sekali setahun je pulak :)

      Delete
  9. suka tgk yg atas sekali tu.. arwah jasmin selalu buat iklan yg bagus tp skrg takda :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu nina. dulu kita selalu menantikan iklan raya dari arwah yasmin..

      Delete
  10. sy cuma suka iklan2 raya karya arwah yasmin ahmad je ;-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayangnya kita dah kehilangan orang yang berjaya buat iklan raya sampai kita tertunggu2 tiap tahun :(

      Delete
  11. iklan arahan Yasmin Ahmad kbykan best2

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan awak Lya. tidak pernah menghampakan karya arwah yasmin Ahmad.

      Delete
  12. Ikalan Petronas paling win..

    ReplyDelete
  13. memang best iklan2 raya tu, akak pun suka nak pula yang janda beranak 7 tu, kelakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak.. lawak last sekali bila bawa balik sekor lembu. masih ada mesej di sebaliknya :)

      Delete
  14. Semua iklan ni ada maksud tersirat.

    ReplyDelete
  15. iklan raya memang best.
    byk gak pilihan aida, siqah.
    nostalgia... kelakar... sedih...
    semua ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Kan aida :)

      Banyak pilihan iklan raya nanye. Cuma yang siqah senaraikan yang paling win di hati siqah :h

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife