Top 5 Minimalist Blog Templates

instalife

June 23, 2016

Top 5 Minimalist Blog Templates

Assalamualaikum dan hello semua :) 


Kali ni aku nak berkongsi mengenai minimalist blog templates. Aku suka template minimal. Simple, clean, and nice design. Tak serabut dengan pelbagai gadgets dan hanya mengandungi beberapa warna sahaja. 

Dan sebab itu juga aku tukar template blog aku. Perasan tak template baru aku? Hihi. Dah lama tukar tapi baru sekarang nak cerita :D

 
Aku tak tahu nak buat template sendiri. Celah mana aku nak tahu pasal kod. Pening eh. 

Makanya aku cari blog template di Google dan bertemu juga dengan template pilihan. 

Aku jumpa template ni di etsy.com. Korang boleh search for 'Vefio Themes'  .Nama pemilik blog template ini adalah Angga Vefio. Sekarang, harga template tengah buat sale 50%. Sebab tu juga aku bersungguh beli. Harga template aku RM36.37. Murah juga kan? 

Bagi aku, tak kisah nak beli blog template yang harga berpatutan sebab kita boleh edit blog templates pada yang kita nak. Template yang dibeli mesti support 'Blogger Template Designer' di mana kita boleh customize our color and font easily. 

Jika pilih free template, mesti ada limited feature. Nak tukar font pun tak boleh. Itu yang aku tak gemar. 

Angga, the template owner, orangnya baik dan akan melayan apa saja soalan daripada kita. Aku banyak jugak tanya soalan mengenai template ni dan dia layan semua soalan. Hihi. Mestilah kena jaga customer kan. 

Aku pilih Pure Candy template. Selain tu, aku ada suka dengan 5 template yang lain. Mungkin aku akan tukar template lain nanti. Manalah tahu :D 

Mari aku berkongsi mengenai blog template lain yang aku suka :)

Top 5 Minimalist Blog Templates

1. Wonderlyn. Template lebih kurang dengan Pure Candy. Aku agak keliru nak pilih yang mana antara dua template ni.


2. Calypso. Hitam putih saja. Warna hitam putih sentiasa nampak cantik di mata. Dan paling penting, nampak kemas. 

 



3. Violin

 


4. Candy Fountain. Love the header! Simple and nice :) 

 

5. Beauty Sea

 

Nice tak? Simple je kan? Aku sudah berfikir untuk tukar template kepada hitam putih saja. Apa orang kata, Monochrome. Hii. Cuma masih tak tahu nak pilih yang mana. Ambil masa yang lama juga nak tukar template nanye.   Makanya aku hold dulu. 

Korang pula bagaimana? Suka template minimal atau yang warna warni? Tak kisahlah apa pun yang penting mata kita suka. Cantik di mata kita. Biarkan mata orang lain. Hehe. 

Blog juga mencerminkan diri pemiliknya. Pilih yang mana menarik hati atau buat template sendiri. 

Harap informasi ini memberi info kepada semua. Semoga korang jumpa blog template yang korang suka! Good luck! 

Till then,

Love,

26 comments:

  1. suka templates yang simple and clean juga.tapi belum pernah beli lagi templates.UA pun baru tukar templates blog..jom singgah..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. High 5 sikit! Hehe. Minimal template nampak kemas kan UA. Dah terjah blog UA. Kemas je. Hitam putih 😊

      Delete
  2. Msuk blog siqah same cam masuk blog vivy yusof. Memang simple and nice. Mek duk godek godek pn tak boleh nk kluar yg cam gni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul yuni. Blog vivy yusof lawa, simple dan nice je 😊 siqah beli template. Tue yang jadi edit. Kalau buat sendiri, siqah pun tak tahu.. Hehe

      Delete
  3. akak suke yg ceria tp simple

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawa kak kalau ceria. Pengunjung pun jadi ceria bila datang blog akak 😊

      Delete
  4. Cantik sebab simple dan tak semak. Sometimes, less is more :)

    ReplyDelete
  5. Memang suka blog berkonsep minimalist ni. Tak serabut dengan pandangan mata. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Tapi terpulang juga pada blog owner. Bagi saya minimal lawa sebab clean.. Kalau suka yang ceria, pun lawa juga cuma kena pandai main warna yang sesuai :)

      Delete
  6. teringin nak blog template mcm tu.kaler pastel kan..tgk pun tenang..tp xtau celah mana nak buat..iols ni buta IT huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak buat sendiri, siqah pun tak tahu el. Ni pun siqah beli dan suruh owner template edit kan :)

      Delete
  7. suka yang minimals je.. cepat loading ,

    ReplyDelete
  8. Cantik template minimalist nie..

    ReplyDelete
  9. Citarasa kite sama.. Hehehehe btw, Reen follow blog dear. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. High 5 sikit! :h Tq follow blog Siqah. Siqah follow Reen balik. Salam perkenalan :)

      Delete
  10. woderlyn tu macam cantik. saya suka template yg clean macamtu :D nampak kemas je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan mazni. Bila kemas, rasa tak serabut mata nak baca dan singgah :)

      Delete
  11. memang cantik dan simple, akak suka hitam putih, tapi setakat ni blog akak itu je la hehehe, tak pandai juga nak edit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Hitam putih sentiasa cantik akak :)

      Siqah pun beli template. Kalau nak edit sendiri pun tak reti. Hee

      Delete
  12. Thanks siqah untuk info ni. Rambang mata nak pilih ni nanti. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. take time rimi untuk pilih. nak pilih blog template macam pilih baju jugak nanye :D

      Delete
  13. yup hitam n putih simple..suka tgk if org guna dua kaler ni.. comel2 template

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan unni :) Warna pastel pun cantik jugak cuma lebih gemar hitam putih. Comel dan mata tak serabut. Hihi

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife