My 2017 Resolutions

instalife

January 05, 2017

My 2017 Resolutions

Happy New Year 2017! Lima hari berlalu dalam tahun 2017 dan baru hari ni aku nak up satu entri. Sesungguhnya kehidupan sekarang yang agak sibuk membuatkan aku sukar nak siapkan entri. 

Bukan setakat itu, BW pun tak sempat 😔 Nanti ada masa aku akan BW korang semua ye. 

Entri pertama tahun 2017, aku nak bercerita mengenai 2017 Resolutions. Kira azam baru lah ni. Hihi. Tahun baru akan disambut bersama azam baru. Pasti ada target untuk dicapai dalam setiap tahun. Apa pun, kita hanya merancang, Allah tentukan segalanya. 

Azam baru adalah salah satu perkara yang aku akan fikirkan setiap kali datang tahun baru. Suka berazam. Harap boleh tertunai dengan jayanya azam tahun ini. Hihi. 




SAVING MONEY

Perkara paling penting untuk dibuat pada tahun ni. Setiap tahun aku lebih mengharapkan duit simpanan dalam bentuk duit kutu saja. Ada menyimpan tapi hanya sedikit. Tak semangat lah kira. Atau kalau simpan pun, pasti akan digunakan sebelum waktu tabung itu 'masak'. 

Dalam tahun ni, aku nak menyimpan dengan bersungguh dan tidak guna duit itu selagi belum tiba masanya. Cara aku menyimpan masih sama. Menabung RM5 dan duit syiling. Ada aku pernah ceritakan dalam >> Tabung Hijau.


LOOSE WEIGHT

Berat badan aku naik sebanyak 8 KG selepas kahwin. Banyak weiii! Tahun ni aku nak kurus! Pleaseeeeeee! Kalau boleh sebelum raya. Nak tempah baju raya tahun ni pun tak semangat sebab gemuk 😢 

Rindu saiz badan dulu :(



HEALTHY LIFESTYLE

Kalau nak kurus, semestinya kena buat perkara ini. Healthy lifestyle merangkumi pemakanan dan senaman. Healthy food and regular exercise. 

Less sugar intake. Less caffeine intake. Moge vege and tenusu intake. Drink green tea regularly. 

Senang tulis tapi ini adalah azam yang paling susah nak dilakukan. Aku adalah pencinta makanan dan tak suka badan berpeluh. Huhu. Bayangkan betapa susahnya nak buat dua perkara ini dengan sifat aku yang itu. Tapi tahun ni pasti kena buat jugak! 💪 

Rindu nak buat aksi lompat. Sekarang tak boleh lompat sebab dah berat + orang kata wanita tak elok lompat selalu, nanti sistem peranakan jatuh T_T



MEDICAL AND DENTAL CHECK UP + MAMMOGRAM

Aku tak ingat kali terakhir aku buat medical dan dental check up. Mungkin lebih daripada lima tahun. Aku tak nak bertangguh lagi untuk buat check up. Ayah pernah suruh pergi buat medical check up tapi aku yang malas buat. Huhu.

Suami aku buat medical check up setiap tahun memandangkan dia adalah seorang tentera. Aku pula kena ada initiatif sendiri untuk buat medical check up.

Selain itu, aku nak juga buat ujian Mammogram. Kanser payudara adalah kanser nombor satu dalam kalangan wanita dan pencegahan awal sangat penting. Aku tak boleh tangguhkan juga ujian Mammogram. Dari setahun ke setahun nak buat, tapi masih tak jadi apa.

Nak kena kaji bagaimana prosedur untuk buat medical check up dan Mammogram. Ada sesiapa yang ada pengalaman? 
  

HAVE MY OWN LAPTOP

Laptop is the most important thing for a blogger right? Dulu aku selalu update blog guna phone. Sekarang aku nak guna laptop saja untuk update sebab nak ada semua features dan full size pictures. 

Sekarang aku blogging dengan menggunakan laptop kerja suami. Sadis betul rasa pinjam laptop orang 😔 Tak suka sebab itu laptop suami dan aku tak boleh simpan anything in it. Obviously. 

Aku nak ada laptop sendiri tahun ni. My wishlist adalah Macbook tapi mahal weiii! Jadi, tak kisah apa jenis laptop asalkan ada satu laptop kepunyaan aku sendiri 😊🙏


HIKING

Teringin sangat nak hiking! Tempat pertama yang aku nak hiking adalah Bukit Broga. Orang kata Bukit Broga adalah satu tempat hiking yang paling senang dan sesuai untuk beginner macam aku. Dan nama beginner, jadi tak nak susah sangat halangan tu. Hihi. 


COMPLETE MY READING CHALLENGE

I have challenged myself to read 25 books in 2017. Tahun lepas aku cabar diri untuk baca 15 buku dan aku berjaya baca 24 buku. Jadi tahun ni, aku up sikit jumlah buku. Harap tak lama ada reading slump sindrom 😅 

Nak habiskan baca 9 buku yang aku ada cerita dalam >> Books I Want to Read in 2017


RUN! RUN! 

Pertama kali melibatkan diri dalam larian tahun lepas. Dan tahun ni, aku berniat untuk join larian lagi. Standard Chartered KL Marathon 2017 is a must! Jom korang, kita lari sama-sama. Kita jumpa di finish line 😊



Ini saja azam tahun baru aku yang boleh dikongsikan di sini. Ada lagi azam yang lain cuma biarlah rahsia dan menjadi ingatan untuk diri aku saja. 

Aku ada baca ramai rakan blogger yang dah buat entri mengenai 2017 Resolutions. Masing-masing ada impian dan target masing-masing. Seronok baca. Aku harap kita sama-sama berusaha untuk mencapai semua azam kita semua dalam tahun ini. Insyallah 😃

Apa yang paling korang nak capai dalam tahun 2017? Azam 2016 ada yang dibawa ke tahun 2017 ke? ^_^

50 comments:

  1. Semoga tercapai semua yg di senaraikan tue dear. All the best and good luck. Hwaiting 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Thank you dear. Hope tercapai eh semua 😁

      Delete
  2. naik 8kg? homaii. ni bunyi je macam happy bebenor. orang kata orang bahagia je boleh naik banyak banyak ni. hehehe

    all the best dear. I pun tak timbang lagi naik berapa. resolution I nak maintain 50kg. I dahlah kurang inchi. kang plum sangat kang tak best lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Bahagia lah sangat ni kalau badan naik ek. Banyakkkkkkkkk tu mommy!! Dahlah masih berdua, lagi tak boleh terima badan naik. Suka makan sangat. Inilah padahnya. Padan muka. Hihi.

      Mommy maintain je tu. Cer timbang nanti eh. Hii

      Delete
  3. xtrfkir nak azam apa lg ni siqah..hihih

    ReplyDelete
  4. Happy new year siqah.
    Azam tahun baru cik renex adalah nak kurus! Berat naik mendadak tahun ni. Stressss. Huhu..

    Smga siqah dapat tunaikan semua azam siqah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy new year cik renex :)
      Samalah kita dear. Beray badan naik melampau 😔 good luck untuk kita berdua 💪😊

      Delete
  5. Syok nya bacaaa. A bit unique Siqah nye azam ni. Will get back to this taw.

    Apa2pun, nak share satu ayat dr cikgu smlm.

    "Only minority eat healthy food because they love it. The rest, they are fighting with their mind."

    Kite yg kedua tuu 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. A bit unique? Apa yang unik tu hanis? Hihi.

      Siqah suka ayat cikgu hanis tuuuu!! Kita pun yang kedua jugak 😂😂 Hanis maintain kurus, tak stress sangat. Siqah makan sikit dah naik berganda2 🙀😅

      Delete
    2. Tadaaa, baru ada peluang nak datang balik :D

      I don't really do azam tahun baru sebenarnya. Haha, mungkin ada tapi tak official.

      1. Suka baca pasal tabung hijau tuu. Kat sini pun ada menabung, cumanya duit kertas paling kecil pun 100kc = nak dekat RM20. Haha besar jugak nilai dia sebenarnya. So, kita simpan duit syiling je for now.

      2. Taw tak, azam nak kurus badan & healthy lifestyle tu antara azam paling famous dalam dunia :D Nak amal gaya hidup sihat ni bestnya lagi bila berteman T_T. Kalau sorang2, selalu rasa foreveralone, orang nak makan restoran sedap2 kita pun terasa nak ikut sekali. Sebab takde orang support or live the similar lifestyle T_T

      3. Semalam tgh revise2 pasal mammogram ni, biasanya screening utk org yg umur 45>, every 2-3 years. Tapi boleh je nak buat. Kalau taknak buat lagi, Siqah boleh self examine breast tu, every month lepas period. Tengok la ada perbezaan saiz tak, ada ketul tak, ada cecair keluar tak, sakit ke bila tekan2 etc.

      Heee, sorry lah... detailed pulak.

      Medical check up tu kalau nak buat basic macam XR, blood test, BP pun okay je. Untuk perempuan, kat sini ada doktor recommend untuk check reproductive organs jugak kalau rasa ada anything tak kena. Cumanya huhu kat sini guna ultrasound via vagina. Belum lagi kot for me.

      Alamak, am I too detailed dalam public comments camni? T__T
      Kalau rasa pelik, let me know.

      :D :D :D

      Delete
    3. Haha. Hanis, tak pelik pun komen camni. I love your comments, always 😍

      1. Mahalnya currency sana. Nanye siqah baru tahu kewujudan negara ni lepas kenal hanis. Haha. Tak tahu sangat negara all around the world nanye :D

      2. Siqah setuju sangat :( Kalau sorang2 memang tak jadi biasanya. Kalau ada geng eating healthy, barulah syok kan. Siqah sangat payah nak buat benda ni sebab pengaruh jugak kot, dan nafsu diri sendiri yang asyik nak makan je. Plus, suami siqah suka makan dan siqah pun terikut sekali. Tapi badan dia maintain, siqah yang sengsara T_T

      3. hehe. Bab nie nanti siqah pm hanis eh. Lagi senang talk private. Banyak benda nak cerita ni. Hihi.

      <3 <3 <3

      Delete
  6. Saving money & weight loss tu sama la dgn zety..

    Hope siqa leh capai semua impian 2017,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga azam zety pun tercapai jugak untuk tahun ni. Jom buat sesama :)

      Delete
  7. Gambar lompat tu smart! Saving money is like everyone's dream.. So yeah, anis nak menabung, and oh well, sambung weight loss journey... XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you dear :) Gambar lama dah tu :D

      Hope kita berdua dapat capai target kita tahun ni. Good luck dear :D

      Delete
  8. wah rajinnya buat wishlist! semoga semuanya tercapai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita punya button followers dekat belah atas kanan :) hiks kita ada reply dkt comment post juga tadi :D

      Delete
    2. Hehe. Tak perasan dear. Okay siqah datang lagi :D

      Delete
  9. InshaAllah..moga apa yang Siqah rencanakan Allah permudahkan..dapat dilunaskan satu per satu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah kak PC :) Semoga dipermudahkan semuanya :)

      Delete
  10. Haaaa lose weight dan simpan duit tue mmg sama lah resolution kita nie . Harap tercapai lah azam kita dua nie hihihi ... chaiyok !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Jom buat sesama, dua azam yang paling susah nak buat. Hihi :D

      Delete
  11. Nak kurus?? omg.. Lea tengok siqah dah kurus... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak tidak! Ilusi gambar je nanye 😭😁

      Delete
  12. harap semua tercapai yaa. waaa. akak dah kawin tapi bila baca blog rasa macam umur baya2 je kita ni. tak kenal snagt lagi kita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah dear. Akak kahwin dah :) Jauh beza umur kita rasanya ni. Nanti kita kenal lebih lagi eh <3

      Delete
  13. ok anis baru tahu , Siqah dah kawen keeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Siqah dah kahwin anis.. dah 2 tahun lebih 😄

      Delete
  14. Hiking bukit broga,

    Before you start climbing that bukit you must know you walking speed. Do you know how fast you can walk? It's very easy to estimate your speed; you walk around your house and count the number of steps you take per minute then divide by 30. If you can't walk don't count then.

    Remember this siqah, getting to the top is optional but getting down is mandatory. Jangan tak nak turun pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah tahu pulak how fast siqah boleh walk. Boleh kaji selidik nanti. Thanks for the formula :D

      Insyallah. Nak lah turun. Tak nak duduk atas bukit tu 😅

      Delete
  15. suka tengok gambar yg lompat2 tu. cool. hehehe :D
    semoga semua resolutions tercapai. dan selamat tahun baru 2017 :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Thank you BV :) Gambar lama dah tu nanye. Tahun lepas :D

      Insyallah. Semoga semua tercapai, same goes to you dear. Dan selamat tahun baru jugak <3

      Delete
  16. Semoga tercapai semua azam tuu. Hihi.
    You can do it!! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyyy! *please jangan hangat2 tahi ayam* . Haha.

      Thank you ana :)

      Delete
  17. Tahun lepas punya azam dah tak ingat dah.
    Tahun ni punya pun ala kadar je azamnya.
    Hope semua azam siqah tercapai.
    Part reading tu memang win la kot! :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga azam shea juga tercapai. Sama2lah kita ye :)
      Hihi. Part reading tu pun kena tengok jugak. Jangan malas di hujung2 sudah :D

      Delete
  18. banyak jugak azam tahun ni..tapi saya kurus melampau,so azam nak gemuk..haha.semoga tercapai azam siqah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga tercapai azam salbihah nak gemuk. Susah nak dengar orang azam nak gemuk. Hihi.
      Kalaulah boleh bagi sikit isi siqah kat salbiah :D

      Delete
  19. erin macam pelik kenapa siqah nak buat mammogram, terlupa siqah dah 3 series and dah kawin hahah tu lah muka awet muda lagi :P semoga siqah dapat capai resolution siqah ni! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Seronok pulak rasa bila erin cakap siqah awet muda 🙈😜 Siqah dah 3 series sebab tu dah berfikir nak buat mammogram. Hehe. Insyallah. Moga tercapai semuanya. Thank you erin 😍

      Delete
  20. Semoga tercapai semua impian 2017 kak siqah, hihihi, bagus ni bnyk azam utk amalkan gaya hidup sihat, boleh tiru sikit.hihihi.

    Cool gambar lompat tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Thank you mai :) jangan hangat2 tahi ayam sudahlah akak ni. Hihi :D Senang tulis, susah nak buat. hihi.

      Hee. Thank you mai <3 gambar lama tu.. skrg tak lompat dah. hihi

      Delete
  21. akak even dh kawen tp still cute.. <3 first busyra kenal akak. busyra ingat akak belum kawen.. hehe.. yang bab hiking tu busyra pun teringinnn sngt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awww ` so sweet lah busyra. Effect gambar je nanye tu, akak biasa je dear. muka pun tak flawless. Hihi. Tue lah, ada jugak yang ingatkan akak tak kahwin lagi. Mungkin sebab tak banyak cerita pasal husband akak kot kat sini. Hii.

      kannn.. jom hiking tahun ni. ada lagi 12 bulan nak plan.. hihi

      Delete
  22. Janganlah cerita pasal kawin.
    Nanti saya pulak nak kawin.

    ReplyDelete
  23. Happy New Year Siqah!

    Resolution clausy lebih kurang sama macam Siqah hihihi. Semoga tercapai semua azam 2017 ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy New Year Claudy!

      Moga tercapai ye azam kita berdua tahun ni :)

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife