Thought For The Day - Mistakes

instalife

January 25, 2017

Thought For The Day - Mistakes



Mistakes are proof that you're trying. Agree? 

Sepanjang umur aku sudah ke angka 3 series, mustahil jika tiada kesalahan yang aku lakukan. Pasti ada kesalahan dan kesalahan itu sama ada nampak jelas nyata atau kesalahan yang tidak nampak iaitu kesalahan yang aku sendiri tahu dan tidak sesekali akan membuka aib diri sendiri. 

Tidak semua perkara kita boleh kongsi di khalayak umum walaupun ia mungkin menjadi pengajaran kepada orang lain. 


Kesalahan yang kita lakukan, biarlah hanya sekali. Kalau kesalahan yang sama dilakukan berulangkali, maknanya kita tidak memberi peluang kepada diri kita untuk berubah. Sebenarnya tidak pernah ada initiatif untuk berubah. 




Aku tidak kisah jika orang tersebut mengaku akan kesalahan yang dilakukan. Tidak kisah betapa besar pun kesalahan tersebut. Aku cukup pantang kalau dah ternyata kau salah, tapi masih nak berdolak-dalik berlawan cakap untuk menegakkan benang basah. Lagi aku bengang bila aku sedia maklum akan kesalahan yang dilakukan cuma hanya nak pengakuan jujur daripada si pesalah (macam dalam court pulak rasa). 

Orang begini adalah orang yang tidak menerima pendapat orang lain dan menganggap dirinya sempurna. Tidak akan pernah melakukan kesalahan. Totally wrong! Mana ada insan sempurna dalam dunia ni. 

Ada juga kes yang kita sedar akan kesalahan yang dilakukan cuma tak nak mengaku sebab keegoan diri melebihi segalanya. Atau mungkin takut akan akibat yang perlu dihadapi atas kesalahan itu? 

But whatever it is, throw away your ego and admit your mistakes. People would definitely love you more. 


Orang bijak adalah orang yang menyedari kesalahannya, berani mengakuinya dan berusaha memperbaiki dan belajar darinya. Mereka juga lebih dipandang mulia kerana tidak semua orang mampu melakukannya. 

Moga aku dan semua yang membaca post ini menjadi salah seorang daripada orang bijak. Insyallah. 

Done. Muhasabah diri di malam hari. 

Good night, all ~ 😊

38 comments:

  1. Semua orang melakukan kesilapan. Yang menjadikan setiap orang berbeza adalah bagaimana dia menghadapi kesilapan. Adakah dengan mengambil pengajaran darinya, atau hanya memandang kesilapan sebagai angin yang berlalu.
    Semoga kita sentiasa menjadi orang yg belajar dr kesilapan. InshaAllah. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. Semoga kita belajar dari kesilapan :)

      Delete
  2. Betul sangat sangat sis. Heheee ada part tersentap sendiri pulak :D

    **Jemput join segmen pertama ira http://irazulkeffele.blogspot.my/2017/01/pencarian-bloglist-februari-2017.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak. Tersentap pulak :D Ada masa nanti sis join segmen pertama ira okay :)

      Delete
  3. Orang bijak adalah orang yang menyedari kesalahannya, berani mengakuinya dan berusaha memperbaiki dan belajar darinya- well said Siqah 👍

    ReplyDelete
  4. setuju kak siqah! dah lama tak lawat sini kak siqah sihat? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah lah dik. Lama dah tak nampak awak kat sini. Hehe. Akak sihat je. Adik sihat jugak ke? :)

      Delete
  5. Ada orang tak cukup kuat untuk mengaku silap sendiri. Lepas tu tuding jari ke arah orang lain. Sangat tak bertanggungjawab.
    Semoga kita terhindar dari sikap macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab tuding jari ke arah orang lain yang buat tak best tu. Kang orang lain dipersalahkan dan kena tanggung akibat :( Semoga kita terhindar dari sikap begitu dan semoga kita dijauhkan drpd jumpa orang bersikap begitu :)

      Delete
  6. Setuju sangat dengan Siqah. Mengaku kesalahan sendiri tu yang mematangkan diri kita. Yang jenis tak reti nak mengaku salah ni egonya tinggi langit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan lya ~ Bab ego tinggi ni, kalau nampak dalam drama, rasa tak sabar nak tengok camne rupa dia masa dia ngaku dia salah,, akhirnya. Sampai drama pulak haa. Hee

      Delete
  7. muhasabah diri sndiri. terkadang kita kena rendahkan ego untuk mengaku kesalahan yg kita buat then perbetulkan smula. kita manusia mana ada tak buat salah kan. tapi kita juga berhak untuk berubah ke arah kebaikan. *taklimat malam. hehehehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan busyra. Manusia manakan tidak pernah buat silap. Moga kita belajar daripadanya dan berubah. Amin :) Heheheh. Akak suka dengar taklimat ni :)

      Delete
  8. Pendapat Mai, k

    Kalau kesalahan itu cuma dengan Allah, mohon ampun padaNya, tak perlu canang dosa lalu walaupun untuk pengajaran. Tapi kalau nak nasihat atau tarik orang lain kearah kebenaran, itu bagus, bnyk cara lain selain buka pekung didada.

    Kalau kesalahan sesama manusia, pahit atau perit, baiklah ngaku dan minta maaf. Ego tak boleh selamatkan kita kat akhirat sana, cewahh (lepas baca buku Semusim di Barzakh ni sebenarnya,kekeke)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka komen mai :) Betul semuanya tu.. kalau salah dengan Allah, siqah rasa biarlah dengan Allah je tempat kita mengadu dan bertaubat. Tak perlu dicanangkan. Nanti memudaratkan diri pula kan..

      Mai dah habis baca buku tu ke? Macam nak beli pulak buku Semusim di Barzakh. Nanye nak beli tapi baca tajuk, jadi seram lak.. hehe

      Delete
  9. Siqahhh, baru je diskus pasal ni dengan kawan2 kat sini. Kadang2, nak merendah diri tu, tak selalu seseorang tu mampu praktikkan. T_T it needs practices, right?

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan pula kan hanis :) Really needs practices. Bila sikap itu selalu diulang, lama2 jadi habit. Instructor siqah masa training minggu lepas cakap, "sesuatu sikap itu mengambil masa 21 hari untuk dijadikan habit". Makanya, yes practice makes perfect :)

      Delete
  10. Benar tu Siqa..
    Kaklong pun banyak buat salah terutama zaman remaja dulu. Asyik memberontak je kejenya..
    Semoga dapat belajar dari kesilapan yg lepas.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah kak long. Moga kita boleh belajar daripada kesilapan lalu :)

      Delete
  11. I agree with you, org yg salah kena berani mengaku salah. Tp Bile dh keje ni, klu dpt bos yg xkn mengaku salah pn kite kena terima sbb dorg bos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. OMG!! Same thought like me! About boss!! Yessss! They're always right in every situation :( Memang tak boleh buat apa sebab dorang bos, kita ni kuli je kan 😢

      Delete
  12. btul.

    yui sama mcm awak. kalau dh salah, akui saja. ini tidak, berdolak dalih. xsuka org perangai mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn ~ Lebih baik mintak maaf daripda berdolak dalih. Lagi rasa tak suka dan nak hentam je. Eh terkasar pulak :p

      Delete
  13. sekurang kurangnya kita sedar kesilapan tu dan tak ulang lagi kesilapan yang sama, itu lebih baik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree cik itah :) Jangan ulangi kesilapan yang sama. Itu lebih baik dan paling penting :)

      Delete
  14. erm, tapi e'in ade buat salah kat siqah tak? ermmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada e'in. Mana ada e'in buat salah dengan siqah. We're cool together :)

      Delete
  15. Mira selalu jumpa orang yang jenis tak mahu mengaku kesalahan sendiri ini. Mula-mula dulu bengang la jugak. Tapi sekarang dah faham sangat perangai orang macam itu. Sabar jalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi boleh buat kan amira? Sabar jela pastu makan hati sorang2 :( Kita kan kuat. Tak heran setakat benda kecik camni kan.. hehe

      Delete
  16. Hi ! sis ! same here! pntg betul kalo org yng cam bagus sngt nie..ko ingt ko sempurna sngt?..hahaha..just tak suka org cmtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi mas! Hihi. "Kau ingat kau sempurna sangat" tu win :D

      Delete
  17. kt manusia biasa.. tidak terlepas dr kekhilafan diri..
    cuba perbaiki n belajar dr kesilapan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes dear. Moga sama-sama kita belajar daripada kesilapan diri kita. Insyallah :)

      Delete
  18. Mek sokong setiap perkataan siqah tulis tu. Ego memang ye tapi kalau betol salah, mngaku je lerr. Tkde guna tegakkan benang yg basah. Lagipon, klau tk mngaku slh mknenya rase diri tu btol. Dah btol mknenya nk ulang lagi la tu --'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa siqah suka ayat mek.."Lagipon, klau tk mngaku slh mknenya rase diri tu btol. Dah btol mknenya nk ulang lagi la tu " Hihi. Betul sangat cakap mek. Kalau tak ngaku, means akan ulang lagi lah for sure sebab anggap diri betul kan. Hope kita sama-sama tidak berkelakuan seperti itu :)

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife