Novel | Klik! Pengantin Musim Salju by Suri Ryana

instalife

January 07, 2017

Novel | Klik! Pengantin Musim Salju by Suri Ryana



Suri Ryana adalah salah seorang penulis tempatan yang aku suka. Dari novel M.A.I.D hingga ke novel terbaru bertajuk Klik! Pengantin Musim Salju. Ini adalah novel ketiga daripada Suri Ryana yang aku baca selepas M.A.I.D dan Kimchi Untuk Awak

Aku hanya menonton drama Isteri Separuh Masa. Pada mulanya aku nak baca novel Playboy Itu Suami Aku tapi disebabkan aku tak suka pelakon drama ini jadi terus tak jadi baca. Malas eh. 

Aku ingatkan novel ini banyak berkisar tentang Korea memandangkan Suri Ryana kini tinggal di Korea tetapi rupanya Suri Ryana membawa kita ke Jepun. Suri Ryana selalu berjalan tau. Korang boleh follow instagram beliau. Semua gambar cantik dan orangnya pun cantik 💟

Dah sampai ke Instagram pulak. Menyimpang dah aku ni. Hihi. 

Pasti. Entri ini panjang. Semoga korang berjaya baca sampai akhir 😄


Title: Klik! Pengantin Musim Salju
Author: Suri Ryana
Pages: 750
Publisher: Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Publication Date: 1 May 2016


SYNOPSIS

Kaseh Lateefa atau Kay adalah seorang gadis lembut yang bertukar menjadi kasar kerana kisah silam yang hampir musnahkan hidupnya pada 10 tahun lepas. Adam Putra mahukan Kay berlakon sebagai isterinya dan pergi ke Jepun untuk bertemu nenek Adam yang baru menjalani pembedahan jantung. Adam Putra juga adalah lelaki yang menyelamatkan Kay dalam kejadian 10 tahun lepas. 

Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi manisnya cinta yang terbina dalam hati mereka berdua. Masalah yang dihadapi dengan wujudnya orang luar yang cuba memusnahkan perkahwinan mereka iaitu Hud Mikael (sepupu Adam yang juga cintakan Kay) dan Karlisha (si bimbo dan bekas tunang Adam yang membatalkan perkahwinan mereka di saat akhir).


REVIEW 


Aku suka novel ni dan mengambil masa selama 8 hari untuk habiskan pembacaan. Suka dengan jalan cerita yang menarik walaupun cliche (yes) sehingga aku boleh membacanya dengan bersungguh satu hari. Dari 180 pages hingga 500 pages. 

Kisah cliche iaitu percintaan antara dua insan (Kay dan Adam) yang tidak suka sesama sendiri dan berakhir dengan perkahwinan, tapi aku tetap suka pada jalan penceritaan yang diolah oleh Suri Ryana, 

Novel ini santai dan tak banyak konflik. Konflik melibatkan Hud Mikael dan Karlisha saja. Aku juga suka bila Kay tak merajuk lama. Tiada membawa diri hingga ke luar negara. Hanya ke kampung halaman saja. Hihi. 

Suka Kay apabila dia tahu dia salah dan rasa malu nak berterus-terang akan kesalahan dia. Suka Adam apabila dia begitu cepat mengejar Kay dan seorang lelaki yang sangat mengambil berat, romantik, dan cool 😍

Aku tidak suka Kay yang bersungguh untuk menjadi seorang wanita yang kuat sehingga bertukar terus dari segi penampilan diri. Itu membuatkan orang lain salah sangka dan mengundang fitnah sehingga menganggap dia minat kaum sejenis. Nak jadi kuat dan boleh berlawan itu bagus. Tapi tak payah sampai tukar penampilan terus macam lelaki. Setelah bertemu Adam, Kay insaf dan membetulkan salah dirinya. Dia adalah punca kepada fitnah yang ada. Sedar pun. 

Kali ni, Suri Ryana membawa aku terbang ke Jepun. Ada juga sedikit info mengenai Jepun diselitkan dalam novel ini. Aku baca novel sambil mengembara. Hihi. 


Budaya, Bahasa, dan Tempat Menarik di Jepun: 


1. Genkan dan Getabako

Genkan dan Getabako. Credit photo here.

Genkan adalah ruangan kecil yang terletak di bahagian hadapan sesebuah rumah. Pantang larang dalam ruangan ini adalah mesti berkasut dalam ruangan ini. Tidak boleh berkaki ayam atau stokin saja. Avoid stepping genkan in socks or with bare feet to avoid bringing dirt into the house.

Getabako adalah almari kiri dalam gambar di atas. Almari ini menyimpan selipar yang boleh digunakan dalam rumah. Tanggal kasut, letakkan selipar di atas lantai papan, sarungkan. Dan you're good to go.


2. Yuki-onna

Yuki-onna. Credit photo here.


Yuki-onna adalah roh wanita salju yang terbunuh ketika salji turun. Dia akan muncul pada waktu malam yang bersalji. Tubuhnya tinggi lampai, rambut panjang berwarna hitam dengan bibir yang pucat kebiruan. Kulitnya pula sangat putih dan pucat macam mayat! Kadangkala dia muncul dengan kimono putih di badan. Kata orang, Yuki-onna suka sesatkan orang sehingga terjebak dalam ribut salji. 

Kelakar part Adam menceritakan kisah Yuki-onna kepada Kay. Kay yang ala-ala gadis brutal dan tidak pernah takut katanya, jadi seram bila dengar kisah Yuki-onna. Haha. Konon berani sangat 😝


3. Otaru Snow Light Path Festival

Pertama kali aku dengar festival ini. Festival ini diadakan setiap tahun pada musim dingin di bulan Februari di Otaru, a small harbor city in Hokkaido dan berlangsung selama sepuluh hari. Terus aku google sebab nak tahu macam mana keadaan festival ini. Dalam novel digambarkan sebagai tempat yang cantik. 

Memang cantik!!!

Credit photo here.

Credit photo here.

Otaru Canal. Credit photo here.

Kamakura. Japanese igloo. Credit photo here.




Di sini, Adam dan Kay baru nak bermula detik-detik percintaan. Main baling bola salji yang dikepal. Alooo so sweet ~ 😍 My wishlist tu. Haha. Kay ada buat Yukidaruma (snowman) yang diberi nama Adam Putra. Hahaha. 


4. Ikebana

Perkataan Ikebana berasal daripada perkataan ikeru dan hana. Ikeru ertinya tetap hidup dan hana ertinya bunga. 

Ikebana adalah seni gubahan bunga yang simple dan unik di Jepun. Bilangan bunga tak banyak, hanya beberapa tangkai saja, dan tidak padat. Siap ada daun, rumput, ranting, batu, cengkerang siput dan air. 


Ikebana. Credit photo here.

5. Sapporo

Tempat di Jepun yang selalu ada heavy snowfall. Tempat yang sangat cantik ketika musim salji. Beberapa babak dalam novel ini adalah berkaitan dengan tempat indah salji di Sapporo. Indah sangat 💓 

Rasa nak pergi ke Jepun masa musim salji. Mesti ke Sapporo. Tempat wajib pergi jika ke Jepun ketika musim salji. 

Credit photo here.

Credit photo here.

Credit photo here.

Kata-kata indah dalam novel ini:

▸ You must make a choice to take a chance or your life will never change. - Adam Putra

▸ You can close your eyes for something you don't want to see. But you can't close your heart for something you don't want to feel. - Adam Putra

▸ Letting go of your painful past is how you open yourself to a wonderful future. - Adam Putra

▸ Well, they say Mr. Right won't distract you from Allah. If he distances you from Allah, then he is Mr. Wrong! In this case, he is my Mr. Right. - Kay

▸ Sometimes in life, you have to make a choice. And you can't always have what you want. - Kay

▸ Kita maafkan seseorang bukan untuk sesiapa, tetapi untuk ketenangan hati kita dan untuk kebahagiaan masa depan kita. Semua yang berlaku terselit hikmah yang besar. Itu yang pasti. - Kay

▸Memaafkan memang tak akan mengubah masa lalu tetapi dengan memaafkan aku yakin dapat mempermudahkan masa depan, Insyallah. - Kay

▸ Bila kita cintakan seseorang, kita sepatutnya menjaga hatinya dari terluka, bukan menjadi penyebab luka itu. - Adam Putra

▸ Somewhere, someone is surely made for you and Allah decided a perfect time to make you meet that person. Until then, doa. - Kay

Bersedia untuk muntah hijau. Haha

▸ You give me every butterfly when you look at me with those eyes you know. - Adam Putra

▸ Do you know how hard it was for me to face you sebelum kahwin? You made my knees go all weak everytime I see you. - Adam Putra

▸ I love my eyes when you look into them. I love my name when you say it. I love my heart when you touch it and I love my life when you're in it. - Adam Putra

▸ You have no idea how fast my heart races when you look at me with those eyes. - Adam Putra


Dah muntah hijau ke? Haha. Romantik sangat Adam! Memenuhi ciri-ciri lelaki impian. Lelaki sebegini yang dianggap perfect dalam novel tapi susah jumpa di alam realiti. Baca novel boleh, percaya jangan. Haha. 

Pendek kata, ini adalah novel yang ringan, menarik, manis, dan indah dengan cerita yang ringan. Aku menantikan novel terbaru daripada Suri Ryana kerana dia adalah salah seorang pengarang yang aku tidak perlu baca sinopsis atau review terlebih dahulu sebelum beli. One of my favourite author 😃

p/s: Aliff Satar dan Siti Nordiana bakal bergabung kembali dalam drama adaptasi Klik! Pengantin Musim Salju di Astro Ria. Sebenarnya aku tak membayangkan mereka berdua ketika baca novel ini. Tapi why not, cuba lihat sendiri drama ini nanti. Mungkin ada juga keserasian dan sesuai mereka berdua dengan watak Adam dan Kay. We will see ^_^

56 comments:

  1. Gut review siqah.. Lea suka cara penyampaian siqah.. Memang terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much lea for saying that <3 rasa berbaloi habiskan masa untuk buat a full review. Siqah suka bagi details apa yang siqah dapat dalam sesebuah buku. Glad you like it :)

      Delete
  2. Another good thing bila baca novel nie kita boleh kenal negara luar kan. Lepas tue berangan jap. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes ana! Setuju sangat. Baca novel ni duk terbayang musim salji kat jepun pulak. Berangan tu sudah pasti. Hehe.

      Delete
  3. Wah. Akan di buat drama jgk novel ni. Tak sabar nak tengok. Hee

    CR suka quote ni

    Somewhere, someone is surely made for you and Allah decided a perfect time to make you meet that person. Until then, doa. - Kay

    Hee. Kena dgn situasi CR sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah CR. Akan dibuat drama. Tak tahu bila kuarnya. Hii.

      Insyallah. One day you will meet your other half okay CR <3

      Delete
  4. Adakah itu kesah hidup saya?

    ReplyDelete
  5. Dulu obses jugak dengan novel M.A.I.D.. Entah berapa kali repeat baca novel tu but then, dah lama tak baca novel melayu, so maybe this novel might be a good re-start.. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. If you love M.A.I.D, you will love this novel too. I love Suri Ryana's writing style :) You can try to read and share your review too :D

      Delete
  6. Lepas baca sinopsis dan review Siqah, Syaza rasa macam nak beli je novel ni. Hehe 😊

    Tapi Syaza ni jenis kalau dah baca novel, drama adaptasi memang dah tak tengok dah. Sama juga sebaliknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Belilah syaza 😊 Kot2 kena dengan selera syaza. Ini review peribadi siqah je tau. Lain orang lain reviewnya :D

      Drama adaptasi selalunya lain drpd novel. Mesti ada tokok tambah babak. Biasa novel best bila dapat ke drama tak best dah T_T Apa pun, siqah suka novel lgi drpd drama 😊

      Delete
  7. otaru? otaku pernah la dengar..hihi

    ReplyDelete
  8. Rajinnyaaa tulis review panjanggg sangat. Baca post ni buatkan saya rasa nakpi Jepunnnn!!! Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe 😅 Siqah suka tulis review details ana. Suka share apa yang siqah dapat drpd each buku yang dibaca. Untuk ingatan diri sendiri in future gak nanye. Agar tak lupa jalan cerita nanti 😁

      Kannnnn ~ Nak gak g jepun masa winter :D

      Delete
  9. Ada adaptasi juga ya Siqah..bila baca sinopsis ni boleh bayangkan watak Adam tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak PC. Tak tahu bila kuar je dramanya. Hii.

      Kannnn ~ Bayangkan Aliff Satar romantik ler :D

      Delete
  10. Baru thu pasal yg Yuki Onna tu rupanya folk story pula di Japan. Terbaca di Barefoot On The Wind pasal dia. hehe. Sy xbleh baca novel romantis, I have fragile heart and will cry two or more days because of it. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius eyqa boleh menangis lama camtu kerana novel? Fragile heart sungguh eyqa. Alaaa rugi tak boleh baca novel romantis. Hii. Kalau tengok filem okay je ek?

      Delete
  11. Jenuh laa baca yang sweet2 tu, I wish reality guys do that too lol.

    Nice review btw siqa! I might as well try to read it :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Baca boleh percaya jangan :D Maybe ada reality guys yang gitu. Manalah tahu. Hihi.

      Hee. Thank you dear <3 If read, do share your review okay :)

      Delete
  12. siqah pun minat novel, samalah kita 😁 yeay, ada geng! pengantin musim salju sy lom baca g. kimchi utk awak best! 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyyy! Sep sikit nour!! 😁 Haah kimchi untuk awak best kan. Novel ni pun best jugak for me. Nanti nour baca eh. Syoknya jumpa kawan minat novel jugak 😉

      Delete
  13. dah lama sangat tinggalkan donia novel nih..tp this novel sound interesting lah..

    pengembaraan tu pun look real aje .. best nya kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Menarik :D

      Haah best husna. Boleh bayangkan mereka berdua main2 salji kat tempat cantik camtu :)

      Delete
  14. Nice review la siqah..novel suri ryana yang saya pernah baca M.A.I.D je lepas tu tak baca dah yang lain -,- thumb up la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks erni <3 Thumbs up to suri ryana yang buat novel sambil pembaca boleh mengembara. hihi

      Delete
  15. dah lama rasanya tak baca novel...
    nieyl ni kalau dah start membaca 1 kerja rumah pun x leh buat..hihi...
    that y la...x nak baca lagi..huhuhu...
    wah!bestnyer dekat japan tu..bos nieyl baru je balik bercuti di japan 2 minggu lepas...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu nieyl. Kalau dah start membaca memang payah nak tinggal buku tu. sama jugak macam tgk cter korea. hihi.

      bestnya bos nieyl ke Japan!! teringin sangat nak pergi sana masa winter :D

      Delete
  16. tiba-tiba dok rasa mcm ada kat Jepun ..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Okaylah dapat rasa macam kat jepun kan.. nnti ada peluang rasa sungguh ke sana. hihi

      Delete
  17. suka dengan review siqah. jelas & boleh membayangkan. paling suka igloo jepun tu. soooo cute!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you ain :) baca novel sambil membayangkan tu pasti. Tu yang bersungguh google. Hihi.

      Delete
  18. Lama dah tak baca novel cinta... disebabkan kebanyakkan novel dah diadaptasi ke drama.. so tengok drama jela... agak2 pelakon tak best tak tengok la.. hahahah tapi disebabkan buku ni cerita pasal Jepun macam syok pulak! Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah nora. kalau dah tengok drama, siqah tak baca novel. Unles kalau dah baca novel dulu. Biasanya novel lagi best drpd drama. drama banyak add on babak yang takde dalam novel tuk sedapkan cerita dan tambahkan konflik. Hihi.

      Best kannnn jepun!! :D

      Delete
  19. suka baca smua review dari blog siqahiqa.com hehehe.. busyra bukanlah peminat novel tp suka baca review di sini.. sukanya main salji2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Thank you busyra <3 Glad busyra suka baca review kat sini. Rasa berbaloi taip panjang2, google bagai. Hihi. teringin nak main salji :D

      Delete
  20. suka sy bila baca entri2 siqa ni..gambar yg diselitkan semua cantik dan menarik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Ihsan pak cik google je gambar kat jepun tu. Hihi. Btw, thanks cik itah :)

      Delete
  21. Akak suka citer yang tak banyak konflik macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kak! Kalau tak banyak konflik, rasa tenang skit membacanya.. hope bila jadi drama nanti, tak ditambah konflik yang ada. Hihi

      Delete
  22. WAA..MENARIKK baca review novel ni.
    oklah tu..sbb kbyakan novel, kalo merajuk..kena pujuk la.. hehe..
    baguslah.. sambil2 berfantasi.dpt juga ilmu pasal jepun kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu lya, sambil membaca sambil tambah ilmu pasal jepun. tak dapat pergi sana, dapat bayangkan pun jadilah. hehe

      Delete
  23. lama tak baca novel.. mcm best review ni. bila agaknya nk travel jepun dgn RM jatuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn - Sekarnag RM makin jatuh nina.. jenuhlah kalau nak ke sana. huhu

      Delete
  24. Pergh!! Ohsem giler review Siqah.. Rasa cam nak baca je novel nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awww ~ thank you sha :) Rasa happy bila kaki novel cakap camni. Hihi.

      Bolehlah masukkan novel ni dalam to-read sha nanti. Hope sha suka jugak :)

      Delete
  25. Pernah jugak baca novel tulisan Suri Ryana ni, memang best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Salah sorang penulis kegemaran. Best baca novel dia :)

      Delete
  26. Tak sabar nak beli novel ni, bunyi mcm menarik sgt ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs Pip tengah baca novel ni kan sekarang? Selamat membaca 😬

      Delete
  27. Layan cerita ni kat Astro..best ..sampai en Suami terjebak sekali la..serasi Nana n Aliff.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann!! Siqah pun tengok jugak drama ni. Suka dengan Nana dan Aliff jugak 😍

      Delete
  28. Baru terjebak dengan drama ni haha. So far menarik lah walaupun cliche. Tapi i bet, baca novel lagi feeling gitu. thanx for the review.!

    ReplyDelete
  29. sha duk tunggu tayang episod seterusnya ja ni kat astro hahaha!

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife