What Went Well Today | Week #1

instalife

January 16, 2017

What Went Well Today | Week #1



Happy Monday ~ ❤ Aku ada cerita mengenai What Went Well Today dalam ENTRI INI. Nak stick to the plan to post about it once in a week. Kita tengok sampai bila bertahan. Hihi. 

Here we go! For week #1 ^_^


Kerja

1. Alhamdulillah. GSSC Tianjin Daylight yang diadakan selama empat hari berjalan dengan lancar. Harap tiada kesalahan yang kami lakukan sepanjang empat hari ini. Yang paling best bila tak perlu bekerja sehingga jam 11.30 malam. Berpinar mata tengok skrin komputer sampai ke malam. 


Sunrise



2. Kalau korang dah lama follow aku, rasanya tahu kot yang aku suka ambil gambar langit dan matahari. Pantang nampak, snap gambar saja. Hihi. Bagi aku golden hour sangat cantik ❤



3. Dapat snap gambar matahari yang begitu galak memancar ketika aku sedang memandu ke tempat kerja. Gila sanggup snap walaupun tengah drive, Jangan ikut perangai aku yang satu ini ye :D


Standard Chartered KL Marathon 2017

4. Successfully registered for Standard Chartered KL Marathon 2017. Seperti tahun lepas, aku ambil kategori 10KM Leisure. Tahun ni aku nak tingkatkan usaha agar masa untuk habiskan 10KM kurang daripada 2 jam. 



5. Standard Chartered KL Marathon 2017 akan diadakan pada 21 May 2017, Ahad. Korang boleh daftar di LINK INI. Jom sama-sama kita lari. Buat meet up kat sana nak? Hihi. 


Sunday Morning Run

6. Larian pertama aku untuk tahun 2017. Dah daftar SCBKL Marathon 2017, maka konon nak training ler. Jangan hangat-hangat tahi ayam Siqah oii. Ada empat bulan lagi nak training. Nak kena capai target untuk larian! 


7. Larian pertama: 3.41KM dalam masa 38 minit. Haih, not a good start. But I should proud of myself. Setelah sekian lama tak lari ☺ *sedapkanhati*


Ini saja update aku mengenai What Went Well for Week #1. Secara ringkasan saja. Hihi. Thank you for reading ☺



So, what went well in your life for the past week? Glad to hear from you too ^_^ 

22 comments:

  1. Replies
    1. Hihi. Takde keep fit pun awak. Baru nak start ni haa :D

      Delete
  2. 10km kurang 2 jam...longgaq kaki saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Kaki saya bila di hujung 10KM pun longgar gak tahun lepas. harap tidak berulang yang kena training. Hihi

      Delete
  3. wah bestnya join marathon. Lya pon dah lama tak larii, takde masa plus malas haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. kalau ada vitamin malas, memang tak leh kata apa lya :D

      Delete
  4. Rajinnya join marathon. Sis dah lama tglkan dunia lari berlari nie. Kalau masuk confirm pancit :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah takde rajin sangat pun kak. baru start join tahun lepas :D Kan.. kalau lama dah tinggalkan larian, sure pancit bila start balik. kena bermula dari awal..

      Delete
  5. Hadoii jeles ngan siqah.. pandai amek gambar.. ajar lea boleh.. pakai hp ape tu siqah?? gambar semua cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah tak pandai ambil gambar lea. kalau yang dimaksudkan cantik adalah gambar pertama, itu gambar stock photos nanye :D Siqah tak reti ambik flatlay :(

      Siqah pakai iPhone. nanti siqah dm lea personal okay :)

      Delete
  6. Moga apa yang diniatkan Allah bantu dan menjadi mudah Siqah :)

    ReplyDelete
  7. The mixture of orange and blue is totally breath taking.. Tenang je bila tengok view mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan dear :) Tenang je lihat view gitu. Indah sangat :)

      Delete
  8. marathon ke? jelesnya, BV kalau berlari beberapa meter je dah semput macam ikan atas daratan cewahhh, hahhahaha.

    serius bukan jenis yg aktif2 macam nie. T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Siqah pun nanye sama je macam BV. Nanye tak suka buat aktiviti yang mengeluarkan peluh. Haha. Tapi ni paksa diri agar aktif. Dah tua camni lah. Hehe.

      "semput macam ikan atas daratan tu.." :D

      Delete
  9. thanks share pasal marathon tu. tahun ni nak masuk byk marathon hehe,
    siqah ade tips tak mcm mne nak kuatkan stamina utk berlari sbb dah lama sgt tak pakai kasut lari ni hehe

    xx www.atheeradayana.com xx

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome atheera :) Means awak nak join lah SCBKL Marathon eh? Jomlah join k. Hihi.

      Siqah takde tips awak kalau nak kuatkan stamina. Yang siqah tahu, you have to train. Lari dan lari lagi. Jangan paksa diri on your first run. Dah lama, bila muscle dah ready, baru push to the limit :D

      Jom sama-sama lari eh :)

      Delete
  10. Huuu I saw ads pasal SCKLM tu, alahai takde kat sana masa ni. Go go Siqah! Ada rezeki insyAllah kita run sesama ea :D

    Dah lama tak ambik gambar sunset T_T asyik keluar sesudah subuh, balik lepas isyak. hmmm

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe hanis. maybe nanti ada larian hujung tahun ke, kita run sesama okay. Insyallah :D

      Alaa lamanya awak kat Uni. Dari subuh balik lepas isyak. Sikit masa je hanis. Lagi 8 bulan je. bertahan okay dear :)

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife