Sejak aku kembali aktif blogging iaitu pada bulan Mac 2016, aku telah dipertemukan dengan rakan blogger yang baik dan sentiasa menyokong blog masing-masing.
Alhamdullilah. Seronok tau dapat berkenalan dengan korang semua. Banyak info dan tips mengenai blogging yang aku ambil daripada korang.
Setelah kembali blogging, aku kini lebih meluangkan masa bersama blog berbanding laman sosial yang lain. Kira blog dah jadi tempat pertama lah. Hihi.
Aku suka blogwalking semua blog yang aku follow. Bukan blogwalking saja, aku akan cuba tinggalkan komen. Bagi aku salah satu daripada cara untuk support sesama rakan blogger adalah dengan meninggalkan komen di entri mereka. Bukan di chatbox saja tau.
Nak tinggalkan komen, bukan mudah juga. Sebab apa bukan mudah?
Pertama: Aku baca setiap post agar aku lebih faham akan apa yang diceritakan. Bila dah faham, baru boleh komen. Betul tak?
Kalau boleh aku nak elak daripada bagi general comment tapi kadang-kadang, komen juga begitu. Sebab takde idea nak komen apa. Maafkan saya ^_^
Kedua: Aku tak nak komen perkara yang telah diterangkan oleh blogger dalam post mereka. Bayangkan blogger bersungguh cerita dalam post, dan tetiba kita datang dan tinggalkan komen dengan bertanya mengenai perkara yang telah diceritakan dalam post tersebut.
Nampak sangat kan tak baca post? Sedih weii, tulis panjang tapi orang tak baca 😣
Ketiga: Aku takut kalau komen aku menguris hati blogger. Manalah tahu kan. Aku harap tiada. Cuma jika ada blogger yang terasa hati dengan komen aku, please bagitahu. Jangan pendam sorang-sorang. Tolong eh.
Walau apa pun, aku pasti akan berkunjung dan komen di blog rakan semua. Cuma lambat atau cepat saja. Bergantung kepada masa dan keadaan 😊
Dan..
Tanpa disangka, aku dapat hadiah daripada rakan blogger for Top Commentators! Yeayy! Berganda keseronokan bila dapat hadiah. Tak kisah hadiah apa, yang penting dapat hadiah. Hihi.
Meh aku nak berkongsi cerita mengenai hadiah yang aku terima daripada rakan blogger kesayangan ❤
GIFTS FROM BLOGGER FRIENDS
TOP COMMENTATORS
Aku dapat hadiah daripada dua rakan blogger sebagai Top Commentators blog mereka ^_^
Pemilik blog ini adalah Kak LZ. Aku paling suka dengan header blog kak LZ. Simple dan sesuai dengan kak LZ yang suka warna merah dan planner. Kak LZ pun satu geng dengan aku sebab sukakan kopi! Yeayy! Mungkin satu hari nanti, kita boleh meet up, having coffee together ☺
Terima kasih kak LZ atas hadiah yang diberi. Suka semuanya terutama losyen Rose M&S. Baru je cakap lepas ni boleh singgah M&S sebab nak beli losyen selepas baca entri akak mengenai losyen M&S. Alhamdullilah. Dapat losyen daripada kak LZ, secara automatik batal plan nak ke M&S. Hihi.
Siapa yang masih belum mengenali CikLa? Korang rugi kalau masih tak mengenali CikLa. Hihi. Banyak tips dan info yang ada dalam blog CikLa. Ada beberapa post CikLa yang aku save untuk dijadikan rujukan kelak. Tambah lagi bab petua ✌
CikLa sudah berada dalam dunia blogging selama lima tahun dan CikLa adalah seorang rakan blogger pertama yang ajar aku mengenai komuniti di Google+. Tak pernah kedekut ilmu. Terima kasih CikLa! ☺
BIRTHDAY GIFT
3) BLOG: QUEEN BEE
Ayunie Ramli atau lebih mesra dipanggil Mek. Kalau masuk blog Mek, terasa berada dalam musim luruh sepanjang masa. Hihi. Cuba korang terjah blog Mek! Pasti faham apa yang aku katakan. Hii.
Mek, seorang ibu cantik manis yang berasal dari Kelantan. Kalau aku kenal Mek semasa aku masih belajar di USM Kubang Kerian, mesti dah buat meet up di Wakaf Che Yeh. Hihi.
Beg Mango flatlay :p |
Aku terima hadiah beg Mango di atas daripada Mek sempena hari lahir aku yang ke-30 tahun lepas. Terkejut sebenarnya bila dapat hadiah hari jadi daripada kenalan blogger. Baiknya hati Mek. Kita hanya kenal di alam maya dan Mek berbesar hati untuk berkongsi rezeki dengan Siqah. Terima kasih Mek!
Sekarang, beg Mango ini menjadi salah satu daripada beg kegemaran aku. Senang dibawa ke mana-mana sebab saiznya kecil saja. Ringkas =)
Haa, Mek baru saja selamat melahirkan anak kedua yang diberi nama Ammar Amzar. Comel sangat anak Mek! Nak tahu, sila terjah ke blog Mek ye. Mek dah update mengenai kisah kelahiran anak kedua.
Selamat berpantang, Mek! Bertambah maintain kurus lah Mek pasni. Siqah is jealous! ☺
________________________________________________________________________
Terima kasih kepada Kak LZ, CikLa, dan Mek yang telah menyerikan hidup aku dengan hadiah tidak disangka daripada mereka. Baru nak up entri mengenai hadiah rakan blogger setelah sekian lama ^_^
Semoga ukhuwah antara kita semua rakan blogger kekal selamanya dan berterusan memberi sokongan moral sesama kita. Jom kita bersama mengejar mimpi. Lalala ~ Mimpi apa? Mimpi untuk sentiasa berada dalam dunia blogging yang kita sayangi =)
Aku juga teringin untuk berkongsi rezeki dengan rakan blogger yang sentiasa singgah dan komen di blog aku. Insyallah. Satu hari nanti.
Doakan ye ^_^
Wahh untuknya dapat banyak hadiah hikhik. Elsa sama macam sis tau. Nak komen tuh elsa kena hati2 susun ayat sebab elsa memang jenis cakap kasar kalau dengan kawan2. Takut dekat blogger pun kena tempias huhu
ReplyDeleteBetul tu Elsa. Kadang2 takut juga nak komen entri blogger lain. Kita rakan maya kan so tak tahu persepsi masing2. Kalau dengan kawan tu kasar dorang pun tak kisah. Dah kenal cara begitu. Hihi. Hope takde rakan blogger yang terasa dengan semua komen kita kan :)
DeleteBest kan perasaan dia bila dapat hadiah dari rakan-rakan blogger? Hehehe menarik juga hadiah2 yang Siqah dapat ni. Semoga yang memberi sentiasa dimurahkan rezeki. Saya setuju part yg tinggal komen general tu. Kadang2 memang tak dapat elak sebab takda idea hehe.
ReplyDeleteBest! Rasa terharu dan seronok sangat. Hihi. Alhamdullilah semoga murah rezeki blogger yang memberi :) kannnnn! Kadang2 tak dapat elak juga untuk bagi komen general. Hihi.
DeleteTahniah dear..ni mesti rajin komen ni hehhehe..semoga terus aktif berblogging .. nanti ada masa singgah la kat blog akak www.akifimtiyaz.com ...
ReplyDeleteHihi. Thank you kak :) Insyallah siqah terus berblogging. Ada ups and down tu biasalah kan. Hiks. Nanti siqah terjah blog akak ye :) Thank you kak singgah sini :)
DeleteTahniah.
ReplyDeleteTeruslah aktif menulis.
Terima kasih :) Akan teruskan menulis :)
Deletebestnya ada rakan blogger yang friendly mcm ni. siqah pun dh lama dlm dunia blogging ni kan
ReplyDeleteRamai Airah rakan blogger yang friendly. At least terasa dihargai dan dilayan :) Airah pun friendly juga :D Haah siqah dah lama dalam dunia blogging, cuma baru start aktif kembali last year :)
DeleteSamalah kak Siqah...Mai suka komen juga, dan happy bila orang komen blog Mai.Kadang2 ada entry yang mai tak tahu komen,so tinggal komen general je.hehe.
ReplyDeleteSyoknyaaa hadiah kak siqah, congratulations!!!
Kannnn! Komen boleh light up our mood! Hihi. Sebab tu suka komen entri rakan blogger juga. Hope boleh light up their mood too :D
DeleteHehe. Tak dapat elak tinggalkan komen general. Takpelah. Akak pun camtu gak. Hiks.
Thank you Mai. Alhamdullilah rezeki :)
Alhamdulillah dan tahniah Siqah. Rezeki semua tu =)
ReplyDeleteAlhamdullilah :)
Deletetue lah, Nadia pun ada dpt hadiah dari rakan-rakan blogger tapi tak sempat nak buat blog post thank you satu persatu.
ReplyDeleteAgree dengan apa yg chika ckp. Bila ada orang komen dlm blog kita tak ada lah kita rasa kita tulis blog syok sensorang. And if dpt gift rasa seronok sebab ada kawan2 blogger yang appreciate kita . Best!!!
Cuma nadia jrg lah blogwalking selalu and update entry slalu . Ikut mana sempat je . =(
Kena perbaiki that part .
Sekalikan je post, senang. Hihi. Siqah pun dah lama dapat hadiah, cuma baru nak post haa. Dari tahun lepas lak tu. Huhu.
DeleteKann! Tak lah rasa syok sorang2. Hihi. Alhamdulilah ukhuwah sesama rakan blogger terjalin :)
Siqah pun buat mana yang sempat juga je nadia. Nak selalu BW, tapi banyak kerja lain juga. Utamakan kehidupan dulu :D
Bestnya dapat hadiah tapi yang paling penting ikatan ukhuwah antara kita tue kekal terjalin walaupun hanya bertemu di alam maya.. Tapi tak mustahil satu hari nanti Allah akan pertemukan kita dengan pertemuan yang tak disangka2.. =)
ReplyDeleteAlhamdullilah. Moga murah rezeki rakan blogger yang memberi :) Betul tu kak. Mana tahu satu hari nanti Allah temukan kita dengan pertemuan yang tidak disangka pulak kan. Berkawan di alam maya pun cukup indah buat Siqah :)
DeleteIqa, nak tanya macam you maintain je saiz gambar dlm setiap post? Sebab Bihaa ada baca satu entri ni dia ckp guna original size nak bagi nampak cantik. But dah guna original size, terlebih smpai terkluar blog, sbb pixel saiz gmbr tu besar sgt. Then, kalau boleh beeha nak every post beeha, gambar sama saiz je. So, bila suggestion entry dekat bawah blog tu gambar akan empat segi sama saiz mcm dekat siqa punya blog ni. kalau ada tips minta komen dekat beeha punya blog. Thank you. :). --> http://beehaazman19.blogspot.com
ReplyDeleteSiqah guna original size je beeha. Dan mesti upload gambar guna laptop. Kalau guna app phone, tak jadi gitu.. Siqah bgth kat blog Beeha juga nanti ye :)
DeleteAssalamualaikum Siqah,
ReplyDeleteAkak sangat setuju dgn entri Siqah, memang sama dengan pendapat akak. Konsep blogwalking bukan sekadar memenuhi syarat tapi utk 'faham' isi kandung sesuatu entri yg ditulis..
Lagi satu agak kecewa jika komen kita dipadam tapi ada kesan. Kalau x suka statement yg kita komen, teruslah delete jangan ada remarks "this comments has been removed by the Author." Kalau komen tersebut tak sengaja menguris perasaan penulis / x sependapat jangan publish atau just delete terus. Pengunjung dtg ke blog kita atas effort, kita bukan somebody. Jadi hargai setiap komen yang diberi. Itu personal opinion akak 😉😍.
Waalaikumusalam kak LZ :)
DeleteBetul kak. Konsep blogwalking bukan sekadar singgah dan komen di chatbox saja. Lebih daripada itu kita perlu buat..
Haah kak. Terasa kan kalau tahu komen kita diremove oleh blogger. Betul cakap akak maybe menguris perasaan blogger tersebut tanpa disedari tapi janganlah tunjuk ek. Huhu.
Siqah setuju juga dengan ayat akak. Kita bukan somebody, untuk orang singgah dan komen blog kita dah cukup memadai. Kena hargai 😍
alhamdulillah...seronok dapat kawan2 baru dialam maya, walaupun hanya dialam maya tapi terasa dekat kan.
ReplyDeletebetul kadang2 akak pun takut nak tinggalkan komen, takut ada yang mengguris hati dan pasti akan baca apa yang ditulis walaupun panjang sebab nanti nak komen taktahu pula apa isinya kan
Alhamdullilah. Betul tu kak. Terasa dekat walaupun kita kenal di alam maya saja :)
DeleteKan kak. harap komen yang kita tinggalkan tidak menguris hati sesiapa..
Wahhh cantiknya beg coklat mango tu. Untungnya awak dapat gift dari kawan blog. rezeki ~ saya suka beg macam tu. simple and colour pun mmg nice :)
ReplyDeleteAlhamdullilah awak. Ada rezeki. semoga murah rezeki rakan yang memberi :) Cantik beg mango, siqah pun suka color camtu. Just nice :)
DeleteBetul Siqah...manis dunia blogging ni kalau kita urus dengan betul dan ikhlas..sungguh,,,sangat manis..saling berkongsi dan bertukar-tukar idea..banyak yang kak PC dapat kutip dalam setiap perkongsian kawan-kawan..alhamdulillah :)
ReplyDeleteAlhamdullilah. Rakan blogger masing-masing ada cara tersendiri dalam blog mereka. Semua rajin berkongsi idea dan kisah mereka. Semoga kita berterusan ikhlas dalam blogging ye kak, dan semoga ukhuwah kita berkekalan hendaknya :)
DeleteTrharunyaaaaa nama mek ade 😭😍
ReplyDeleteRezeki dikongsi bersama yg penting ukhwah makin erat dn tak putus 😍
Mestilah nama Mek ada :)
DeleteTerima kasih atas perkongsian rezeki yang ada. Siqah suka sangat beg mango tu. Lebih mudah bawa beg tu ke mana saja. COmel dan cantik macam pemberi beg itu juga :D
Bestnya dapat hadiah dr blogger. CR pun sekarang lagi seronok berblog sebab dah jumpa geng blogger yang aktif dan tak sombong. 😊☺
ReplyDeleteAlhamdullilah, Rezeki dear :) Kannn!! Setuju dengan CR. Siqah pun suka blog lagi sekarang berbanding laman sosial yang lain. Semua blogger rajin dan tak sombong, suka berkongsi ilmu :)
DeletePoint no 2 utk komen tu wow.. #deep. Kadang2 risau jugak kalau terlepas pandang apa2 yg kita komen tu sbnrnya dah diceritakan. Hehe biasanya kalau ada org komen, i try my best utk fikir... "oh panjang sgt aku tulis rasanya ni, dia terlepas pandang" haha
ReplyDeleteBest one for me is to share my experience jugak utk topik yg org tu kongsikan 😂
Dulu ingatkan M&S ni jual pakaian jee. Pernah satu hari, kawan bagitaw dia jumpa roti lembut ala Gardenia kat M&S haha (roti czech keras2 belaka)
Comelnya beg tuuuuu. My preference! Dah kena start pilih girly2 la nampaknya ni adeh.. kalau tak i wear backpack je biasanya 😂
#deep eh? Hihi. Siqah takut juga kalau terlepas pandang. manalah tahu kan. Hi. Post tak nak kalah, ayat kalau boleh panjang cam buat karangan. Masa belajar dulu pun, karangan tak panjang camni. Hihi. Siqah cuba fikir positif cam Hanis jugak lah :D
DeleteYes Me too! saling berkongsi pengalaman. Best! Lain orang lain pengalamannya kan walaupun benda sama yang jadi.
Haha. Same!!! Siqah pun ingatkan dulu M&S jual pakaian je. Tapi kan, serius M&S ada jual roti jugak ke? Wahhhh!! Luas produk M&S rupanya. Hihi. M&S mahal gila kat sini. Seram nak masuk :D
Comel comel :) Hanis boleh dah sekarang nak start pakai beg girly. Nak habis belajar dah pun. Hii. Kalau travel, sure backpack lagi mudah kan. Kalau jalan2 biasa tu, pakai beg girly okay :D
Tahniah siqah! Bertuah badan hehe.
ReplyDeleteTyra pn akan cuba baca n fahamkan post blogger yg lain lps tu akan cuba comment dan bagi idea (klu ade) hehe
XX Atheera | http://atheeradayana.com XX
Hii. Alhamdullilah :)
Deletebetul tu. Setuju dengan Tyra cakap. Komen dan idea yang kita ada untuk dikongsi bersama. Mana tahu sesuai untuk blogger lain juga kan. Hehe.
Wahh bestnya menang contest Top Commentators :D , heheh betul2 salah satu nak support rakan blogger adlah tinggalkan komen.. ehhh secara tak langsung kita dah pun berkawan kan hehehe..
ReplyDeleteAlhamdullilah ada rezeki dear :) Haah kita dah berkawan dengan memberi komen kan :D Hi Kawan bernama nurhafizah =)
DeleteNak beg Mango tuu plsss... 😳😳😳
ReplyDeleteBila birthday erni? Hihi :D
Deletepasal komen tu kita sama. kena faham betul baru komen. tp bila tak tahu nak komen apa, biasanya sy akan tinggalkan apa2 yg patut as jejak la. huhuhu. best jugak dapat hadiah dari blogger kan! hiks
ReplyDeleteKan Eeca. kadang2 berkali2 skrol atas bawah sebab nak fahamkan balik ayat. Hihi. Betul, Siqah pun kalau tak tahu nak komen apa, akan juga komen general asalkan tinggalkan jejak pada blog. Alhamdullilah, ada rezeki sikit :)
DeleteBanyaknya Siqa dapat hadiah... Hadiah pun menarik sangat
ReplyDeleteAlhamdullilah dear. Ada rezeki daripada rakan blogger dikongsi bersama :)
Deletepasal tinggalkan komen di blog, BV pun ikut cara yg sama. memang baca dan komen ikut kesesuaian post. kekadang memang ambik masa jugak nak komen kan. hahhaha :D pasal yg #ketiga tu betul, takut jugak nak terkomen benda mengguris hati orang secara tak sengaja. kalau ada apa2 yg salah meh saling tegur ye :D
ReplyDeletebest2 semua hadiah tu. bahagia rasanya dapat hadiah dari rakan2 blogger kan. hehhehe :)
Hihi. betul, ambik msa juga nak komen satu entri. Kadang2 Siqah jenis baca dulu, pastu buat kerja, pastu datang balik dan baru komen. hihi. Kannn BV! Takut juga kalau tersalah komen. Hope kalau ada pun, tolonglah bagitahu. Dan masing2 boleh ubah kan :)
DeleteHehe. Bahagia bahagia. Rasa dihargai dan bertambah semangat blogging. Hii :D
Wahhh seronoknya dapat banyak kiriman hadiah. Boleh jadi pemangkin semangat ni nak menulis blog selalu :)
ReplyDeleteBetul tu. Terus semangat blogging datang. Hii. Harap berterusan semangat blogging ini :D
DeleteBestnya dapat hadiah dengan hanya berkomen je.. Tahniah..
ReplyDeleteALhamdullilah. Rezeki :)
DeleteBanyak tu dapat hadiah kak. Hihi
ReplyDeletePasal komen tu, memang betul sedih kalau tanya benda yang dah terpampang jelas dalam entry. Kalau re-quote takpe lagi. Hihi
Alhamdullilah. Rezeki Ana :)
DeleteKannnnnnnnnn ~ I can feel you. HUhu. Sedih tapi apa kan daya, fikir positif, maybe post kita panjang sangat pun. Hihi.
Bestnya dapat banyak hadiahhhh.. Q_Q
ReplyDeleteNak tau tak, dalam banyak-banyak gambar, mata anis paling melekat lama dekat mango flatlay sebab ada lipstick.. hahaha.. ! Sorry memang pantang sikit nampak lipstick.. xD
Alhamdullilah :)
DeleteHaha. Tahu dah Anis suka lipstick kan! Hihi. Nanti Siqah buat review pasal lipstick yang Siqah pakai tu. Plan ada cuma masih tangan tak bergerak. Hihi.
wahhhh bnyknya hadiahhhh.. smuanya best2.. <3 busyra pun sama mcm kak siqah, takut komen busyra nnti ada singgung perasaan si blogger.. jgn bila busyra nak komen tu mmg kena baca betul2.. hehe
ReplyDeleteAlhamdullilah :) Kan Busyra. Ada juga perasaan takut nak tinggalkan komen. Mana lah tahu menyinggung hati rakan blogger. Kadang kita rasa cam okay je, tapi tak tahu pihak di sana. Itu yang yes, kena baca betul2, baru komen. Tu yang lambat gak tinggalkan komen. Hihi.
DeleteSalam... Wah.. Cikla pun ada dlm list, apa yg penting Siqah suka. Cikla berbesar hati sgt. Keep writing... ❤❤❤
ReplyDeleteSalam Cik La :) Of course CikLa ada dalam list. Orang pertama tau. Cuma baru siqah buat blog post pasal ni. Maaf CikLa lambat 😌 Thank you CikLa dan keep writing for you too 😘😍
Deletesy sedaya upaya nak elak komen general kat blog lain. selagi dpt elak, elakkan. kalau dah x dpt, apa blh buat kan ��
ReplyDeleteSamalah kita kan Nour. Kalau tak boleh elak, apakan daya, terpaksa juga tinggalkan general komen 😊
DeleteWahh banyak betul dpt hadiah ye.. Tahniah siqah.. Siqah memang rajin BW kan.. Lea mmg tak de masa sangat nk BW sbb bekerja tetap kan... Haduii,.. Kengkadang nak tgk blog pown tak sempat.. Org komen kat entry pown tak sempat nak reply.. Terukkan.. dushhh!!
ReplyDeleteDulu siqah rajin BW Lea. Sekarang ni memang kena curi masa. Tak buat hari2 jugak sekarang, pagi lagi dah sampai ofis, balik kerja dah penat. Huhu. Masih berusaha juga nak BW dan update blog. Lea pregnant tu, relax kan diri okay. Dont push too hard. takpe, life lagi penting Lea :)
DeleteSeronokkan dapat hadiah dan tanda ingatan daripada rakan2 blogger,..
ReplyDeleteBab komen2 ni, akak pun takut terjadi yang nombor 3 tuh.
Nice post. Ι was checking continuouѕly thіs blߋg and Ӏ'm impressеd!
ReplyDeleteExtremely useful info particularly thᥱ last part :) I care for
such information a lot. I was loⲟking foг this particular information for a long time.
Thank you ɑnd good luck.
my page: derm exclusive fill and freeze reviews
Keep writing Siqa...Neat and Simple..('' ,)
ReplyDelete