SALAM JUMAAT | AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB DALAM PEKERJAAN

instalife

March 03, 2017

SALAM JUMAAT | AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB DALAM PEKERJAAN

Smile. It's Friday. Salam Jumaat 😊 



Pekerjaan adalah satu ibadah sekiranya kita memulakan kerja dengan niat yang baik, dikerjakan dengan cara yang baik, dan tidak melupakan ibadah wajib. 

Dalam pekerjaan, sifat amanah dan tanggungjawab juga perlu diterapkan dalam setiap individu untuk memastikan kualiti kerja kita menepati piawaian yang ditetapkan oleh syarikat tempat kita bekerja. 

Kita perlu cuba sedaya upaya untuk menyiapkan semua kerja dengan lengkap dan teratur setiap hari. Agar kita merasa tenang apabila pulang ke rumah. Tidak perlu memikirkan hal kerja sebab kita sudah buat yang terbaik semasa bekerja. 

Kita juga pasti akan rasa puas jika kita melakukan kerja dengan sebaik mungkin. Kalau ada kerja tak siap buat atau buat sambil lewa, pasti kerja itu akan datang kembali kepada kita. Terpaksa buat kerja yang sama sekali lagi. Rework. Not good. 

Tak seronok kan begitu? Dengan kerja yang kita ada sekarang, ditambah dengan kerja rework. Boleh stress beb.

Belum tambah lagi dengan orang lain yang menambahkan stress. Mood boleh bertukar 360 darjah secara automatik!!

Okay. Tenangkan hati dan fikiran. Hihi.

Aku nak berkongsi ayat daripada buku Pena & Picagari berkaitan amanah dan tanggungjawab dalam pekerjaan. Aku setuju sangat dengan apa yang disampaikan. Siap aku tunjuk kepada manager. Siap ambil gambar bagai. Haha.

JANGAN BEGITU MUDAH EL ATAU MC. 


Jangan kerana kita, rakan sekerja terbeban. Semoga menjadi peringatan kepada kita semua. Tak salah kalau nak MC atau EL. Setiap insan ada sihat dan sakit. Faham semua benda tu. Sebab diri kita pun bukan selamanya sihat. Tiba-tiba Allah bagi sakit, kita harus terima.

Cuma jangan jadikan sakit itu sebagai alasan untuk kita MC lebih daripada jumlah hari yang sepatutnya. Wajib ada sifat tanggungjawab dan ownership terhadap kerja kita. Jika sifat itu ada dalam diri, kita tidak akan sesuka hati untuk mengambil MC berlebihan. Betul tak?

Aku tahu susah payah team aku kalau salah seorang tiada. Kalau seorang cuti, dah rasa sedikit huru hara. Apatah lagi kami bekerja dalam sektor perbankan yang tidak boleh ada backlog. Semua kerja wajib siap pada hari yang sama. WAJIB.

Kalau melibatkan duit, orang boleh jadi HULK beb kalau marah. Hehe.

Aku sayang rakan sekerja aku. Aku sayang team aku. Sayang sangat. They are the best people to be working with. Thank you for being such a good, understanding, helpful, and fun colleagues! ❤

STAY STRONG TOGETHER! Yeehaaa ~ Kung Fu Waaa-Chaaa. Haha.





Happy Employee Appreciation Day!
*nak wish juga walaupun aku pun makan gaji* :p


Hey,
You're Awesome!!

28 comments:

  1. Salam Jumaat Siqah,

    Setuju 200% dengan apa yg Siqah nyatakan.. Jangan biasakan diri lari dari masalah. Sikap begitu hanya menyusahkan orang lain.. Great entry dear.. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat Kak LZ :)

      Moga kita tidak menyusahkan orang lain ye kak. Tq kak :)

      Delete
  2. bila bekarja dgn penuh tanggungjawab,gaji yg dapat bulan2 tu pun kita rasa sangat berkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Setuju sangat. Tenang hati dapat gaji tiap bulan..

      Delete
  3. Skrg ni ramai pekerja yg tak amanah dalam bekerja. Walaupun mereka tau gaji tu akan jadi darah daging sendiri. Tanggungjawab jgn ckp. Ramai yg suka lepas tgn. Kemudian org lain yg terbeban. Ana dah penah rasa. Time tu sakitnya hati ni tak boleh nak ckp. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit hati tak boleh cakap. betul tu Ana. Rasa terbeban tapi tak tahu nak mengadu kat sape. Kalau ngadu pun tak ke mana kadang2. Sabar jela. Insyallah ada hikmah yang kita tak nampak :D

      Delete
  4. Betul..kerja apa pun..first niat nak cari rezeki kerana Allah..jangan pentingkan diri...dan jangan ambil kesempatan..pangkat biar seiring dengan ukhuwah..bila masing-masing tahu peranan masing-masing insyaAllah ok.. :)
    Salam Jumaat Siqah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. Siqah suka dengan semua ayat kak PC tau :)

      Happy weekend kak PC :)

      Delete
  5. salam jumaat akak. yep, kerja tu satu amanah da tanggungjawab. jangan lah duk bebankan org lain sebb kerja kita. nnti gaji pon tak berkat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Lela. Kalau semua orang fikir camni kan bagus. Bila ada segelintir manusia yang tak tahu amanah dan tanggungjawab yang buat sakit nanye. Hope gaji yang kita dapat berkat. Sabar dan ada hikmahnya nanti :)

      Delete
  6. betul tu. and jangan ada sifat selfish pun. jangan sebab kita tau orang boleh cover keja kita, sesedap nak cuti ikut suka. kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat Mommy.. sampai hati nak cuti je. sebab tu kadang2 malas nak belajar. Hihi.

      Delete
  7. Yeppp, kita selalu dengar cerita2 pasal taking EL dari kawan2 yg dah kerja kat hospital. Kadang2 memang kesian orang tu ambil EL sbb anak sakit, kadang2 ada doktor yg tak sampai hati nak ambil EL walaupun nak berjalan pun dah terhuyung hayang.

    Satu kisah yg kita rasa helpless nak letak diri kat posisi mana bila kawan ni cerita ada preggy doctor yg tgh phase muntah2 pening semua tuu. She tried her best to commit to the work, tapi memang nampak exhausted sangat dia nak jaga diri sendiri n baby, then nak jaga patients and ward. So, bila ambik EL, good for her tapi kesian jugak pada kawan2 doctor yg lain kena cover patients lain yg sepatutnya dicover oleh that preggy doctor.

    Dilema rasanya nak kerja ni Siqah T_T Family over job or job over family pun another thing yg kena fikir panjang, all these for the sake to get gaji yang berkat kannn :)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Hanis. Sangat dilema kalau bab kerja. Family or job. which one is important. Tambah lagi kerja macam hanis nanti, bakal doktor. Rawat orang dan semestinya kena sentiasa fokus kan. Insyallah moga kita semua mendapat keberkatan dalam pekerjaan. Amin. :)

      Delete
  8. hari jumaat adalah hari yg penuh barakah. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn ~ Semoga kita dipanjangkan umur bertemu hari jumaat yang penuh barakah <3

      Delete
  9. Bekerja dgn penuh amanah dan ikhlas akan menjadi saham di akhirat juga. Bukan sekadar untung dunia je. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat tu Ana. Kalau kita fikirkan untuk akhirat juga, pasti kita buat yang terbaik dalam kerja kan :)

      Delete
  10. Faham sgt sgt sgt.... susah kan orang yang tak fikir tentang orang lain. Kan kita kerja kena ada team work tapi kenapa lah dia tak fikir lansung tentang org lain yang tak pasal2 kena kerja weekend sebab dia then orang lain pun ada family and anak same like him kan?

    Semua orang bengang dgn dia kannnn ... kitaorang team Malaysia nak tlg korang pun tak dapat nak tlg sebab kerja kami pun tak tertlg hahaha...

    Better dia di tukar kan team je kan senang tak susahkan org , kita bleh je hired staff baru ye dak?

    Be strong girls... nnt kita gie holiday sesama ok ... kitaorang pun sayang team kita =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnn ~~~ Bengang tahap tertinggi dah dengan si dia. Aigoo. Mula2 kasihan jugak nanye dah sakit kan, tapi bila dah sampai sebulan, rasa geram gak lah. tambah lagi bila kena cover masa weekend.

      Takpe yank. Tahu korang pun sibuk jugak. Ktorg bebel tapi tangan still jalan lagi. Muahaha. Biasalah geram duk bising je.

      Hii. tak sabar nak g holiday!! Yeayyyy! My first holiday untuk tahun. Hihi

      Kan sayang team kita :D

      Delete
  11. Perghh yg ni mmg betul.. sokong 200% hokeh...

    ReplyDelete
  12. Kerja ni yang paling utama niat nak gaji tu berkat dan halal. Satu yang paling penting kena pegang, amanah dan keikhlasan dalam bekerja. Kekadang yang jenis asyik nak MC je ni sebab fail dua perkara ni lah. Peringatan untuk diri sendiri jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan apa Lya cakap. Biasa yang asyik MC sebab dorang tak pegang pada dua benda itu kan. Huhu. peringatan untuk diri sendiri gak nanye :)

      Delete
  13. my parents jarang sngt amik EL atau MC kecuali bila btl2 ada emergency. sebab tu dorg bnyk baki cuti yg dianjakkan ke thn depannya. bila cuti kami adik-beradik nak habis dan nak balik ke asrama, baru parents amik cuti sehari dua utk luangkan masa bersama 😉 pengorbanan parents utk pastikan rezeki yg dcari penuh berkat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah. Rezeki daripada gaji yang penuh berkat dikongsi bersama dengan keluarga, Insyallah semakin bahagia dan berkat juga kehidupan keluarga itu :) Kirim salam kat parents nour ye :)

      Delete
  14. Cite pasal ni mek teringat satu - kita keje niat ibadah tp ibadah hakiki kita tk smpurna sbb desakan kerja. Contoh : disebabkan meeting kita lewat smbhyang 😞 Selepas mek dgr ayt ni, slalu trasa bila meeting tu panjang dan habis tak ikut masa 😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu tak dinafikan mek. Huhu. Kerja bank ni, nak kena kejar cut off payment, urgent payments, email lagi. Bersepah. Huhu. Hope boleh berubah sedikit demi sedikit. huhu. Company siqah kerja, mujur takde meeting panjang je.

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife