REVIEW FILEM | J REVOLUSI

instalife

March 04, 2017

REVIEW FILEM | J REVOLUSI

Aku teruja untuk menonton filem ini selepas tengok official trailer filem J Revolusi yang nampak menarik. Terus cakap pada encik suami dan pagi tadi kami pergi menonton filem ini. 

Sesungguhnya kami berdua adalah pengemar tegar filem Melayu. Support industri filem tempatan bak kata encik suami. Hihi. 




Filem ini memaparkan kisah kehidupan anggota Unit Tindak Khas (UTK). UTK merupakan pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM). UTK adalah salah satu unit yang bergabung dengan Batalion 69 Komando (VAT69) dan membentuk Pasukan Gerakan Khas (PGK) untuk PDRM. PGK dilatih khas untuk menangani segala ancaman dan keganasan di Malaysia. 


SINOPSIS 


Jay Zulkarnain atau Judo (Zul Ariffin) adalah seorang ketua pegawai Unit Tindak Khas (UTK) yang sangat hebat dan tidak pernah gagal dalam 53 misi. 

Jay mempunyai seorang adik bernama Dian (Fazura) yang menjadi seorang ejen penyamaran dalam kumpulan untuk menghasilkan satu virus. Konflik terjadi apabila Dian cuba menyelamatkan rakan sekerja yang berada dalam ancaman daripada penjenayah, si pembeli virus, Andra (Farid Kamil). 

Dian diculik oleh penjenayah itu. Dalam misi menyelamatkan Dian, Jay terperangkap dan dituduh bersubahat dengan penjenayah,

Jay mencari jalan sendiri untuk menyelamatkan Dian daripada Andra dan dia dibantu oleh Skodeng (Azad Jazmin) dan Eddie (Izara Aishah). 


REVIEW 


Tepuk tangan!! Yeayy! Sekali lagi, ini adalah filem Melayu yang tidak mengecewakan. Aku puas hati selepas menonton filem ini. Serius best! 

Filem yang menyebabkan aku berfikir bahawa tidak mengapa jika hidup kita tidak sempurna setiap masa. Seperti watak Jay yang begitu sempurna dengan misi yang dijalankan dan berakhir dengan kegagalan dalam misi ini. 

Filem ini penuh dengan aksi yang mendebarkan. Seawal 15 minit pertama, sudah dihidangkan dengan aksi mantap mereka. Membuatkan aku agak pening pada mulanya. Sebab biasanya di awal cerita baru nak pengenalan. Relax dulu. Tapi dalam filem ni, terus pergi misi je haa. 

Namun begitu, aku suka akan aksi yang dipaparkan. Dan lagi bertambah suka apabila semua aksi tersebut termasuk aksi di atas platform dilakukan sendiri oleh pelakon Zul Ariffin dan Farid Kamil. Terbaik! 👍


Selepas menonton filem ini, aku baru tahu akan kewujudan Unit Tindak Khas dan kerja mereka. Bukan mudah tau kerja dalam UTK. Harus kuat mental dan fizikal. Fuhh! 

Credit photo here


Aku teruja beb setiap kali tengok filem aksi mengenai anggota keselamatan negara. Dalam filem ini, dapat dilihat jelas akan kerja sebenar UTK. Teruja tambah lagi bila tengok kenderaan armor PDRM yang digunakan oleh UTK. 

UTK ini wujud untuk memastikan kita semua hidup dalam keadaan aman damai di Malaysia. Kita tak tahu mereka wujud dan hidup senang lenang je. Terima kasih untuk UTK dan juga untuk semua anggota keselamatan negara kerana memastikan negara kita selamat 💪

Aku menitiskan airmata dalam filem ini. Tersentuh benar hati ini melihat adegan adik-beradik. Korang mesti pelik kan apabila filem aksi mampu menitiskan air mata. Hati aku mudah tersentuh jika ada isu keluarga dan kasih sayang 😢 


LAKONAN MANTAP

Pemilihan Zul Ariffin sebagai ketua UTK adalah sangat tepat. Abang sado yang lagi bagus berlakon cerita aksi begini daripada cerita romantik. Hii. Iedil Putra. Fuh watak dia antagonis dalam filem ni. Sakit hati tengok dia. Psycho! Aku ingatkan dia adalah dalang tapi rupanya tidak. Farid Kamil turut melakonkan watak dengan baik. Menyampah betul tengok dia. Watak jahat. 

Lakonan Izara Aishah mantap weii! Merecik 💦 Fazura pula rasanya pertama kali dia tidak membawa watak seorang wanita lembut. Menjadi juga Fazura bawa watak lain daripada lain. 

Azad Jazmin yang melakonkan watak sebagai Skodeng adalah seorang yang kelakar. Asal ada muncul je watak Skodeng, confirm adegan jadi lawak. Aku tak berapa suka lakonan Azad dahulu sebab bagi aku dia kelihatan over, tapi dalam filem ni, aku suka watak dia. Kelakar!


PELIK 

Kenapa pelik pula? Sesiapa yang sudah menonton filem ini pasti tahu apa yang aku cuba sampaikan. Bahagian pelik dalam filem ini adalah apabila babak Jay melutut di hadapan Dian, dari hari siang, tiba-tiba bertukar malam. Aku jadi pelik di situ. 

Agaknya pihak produksi siapkan juga adegan itu pada hari yang sama walaupun hari sudah malam. Atau, aku fikir mungkin pada mula adegan itu terjadi, hari dah hampir malam lalu cerita berlarutan membawa hingga ke malam hari. Mungkin begitulah. Hihi. 


Kesimpulannya, filem ini wajar ditonton oleh rakyat Malaysia. Mari sama-sama pergi menonton dan mungkin dengan sokongan rakyat Malaysia, filem ini mampu mengutip kutipan "box office". 

Tidak perlu samakan filem ini dengan filem Polis Evo. Sesungguhnya, dua filem ini sangat berbeza dan mempunyai kekuatan tersendiri. 

RATING: 4.5 / 5 bintang.

Selamat menonton ^_^

#SupportIndustriFilemTempatan


"SEKALI MELANGKAH, TAKKAN BERUNDUR"

91 comments:

  1. arrrgh.. busyra teringin nak tngok cerita ni. tak dpt tngok lg. huhu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti Busyra g tengok eh. Baru je lagi start tayangan :)

      Delete
  2. Ramai bagi good review untuk movie ni. Siap kata tergoda tgk zul ariffin tu. Huhu. Ana tunggu di astro best je lah jawabnya. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Sampai ada tergoda dengan abg zul arifin. Siqah tak bolehlah tergoda. Husband kat sebelah 😂 Kat astro first lagi best. Boleh tengok ulang kali. Hehe.

      Delete
  3. airah plan nak tengok weekend ni tapi busy dengan kenduri Y.Y

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenduri wajib attend kalau ada kelapangan kan Airah. Takpelah. Nanti next week boleh tengok ye. Ada masa lagi ni :)

      Delete
  4. Review terbaik dari Siqa... saya belum tengok lagi dan akan masukkan dalam senarai filem bakal ditonton nanti... terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. Iya patut masukkan filem ni dalam filem bakal ditonton. Menarik..

      Delete
  5. 4.5/5 bintang tu! Macam menarik, tambah lagi pelakon fav mai ada, Zul Ariffin & Farid Kamil.

    Mai pun support cerita Malaysia, hihi, terutama genre komedi & action, kalau cinta kureng sikit sebab cliche.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh peminat Zul Ariffin dan Farid Kamil rupanya ye. Menarik cerita ni. Akak boleh bagi 4.5 bintang. Hehe.

      Kannn.. kalau cerita cinta boring sebab biasa cliche ler.. Nanti p tengok eh.

      Delete
    2. InsyaAllah nanti saya pi.

      Kak siqah, pasal takut kucing tu mai pernah share kat https://missobsesi.blogspot.my/2016/09/tips-hilangkan-fobia-terhadap-kucing.html

      Hehehe btw, lawa wajah baru blog ni <3

      Delete
  6. hoooo tidak... mereput la den duduk kat daerah ni, xde panggung wayang! huhu! jelesnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa yank.. Janganlah mereput please.. Ada astro tak? Boleh tengok kat astro first nanti eh Gee :)

      Delete
  7. I'm debating to watch this or not sbb lately mood nak tengok wayang takde.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa Anis.. kalau takde mood tak best gak g tengok wayang. Cerita best leh jadi tak best nanti. Hii.

      Delete
  8. tak tengok lagi.
    but i love Zul Arrifin gituuu.

    ReplyDelete
  9. tak sabarnya nak tengok!!! bestnya... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. Sofie p tengok nanti eh. nanti boleh share pendapat jugak :)

      Delete
  10. Yeayy... Dah ada review dah. Nak pegi tengok jugak la. Terima kasih ye. Duk pendam lama nak gi panggung wayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. My pleasure to share Malay film review :) Nanti p tengok ye Su :D

      Delete
  11. hehe irda pun baru tahu kewujudan unit UTK ni lepas baca entry siqah..selama ni tak tahu pun kewujudannya..aah nampak thriller macam menarik.Nanti nak layan jugalah..ingakan fazura tu gf zul ariffin rupanya adik dia ya..tq siqah for sharing.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Siqah pun mula2 ingatkan Fazura gf si Zul Ariffin. Lain hubungan rupanya :D Kan.. tak pernah ambil tahu pasal unit2 khas anggota keselamatan. Filem ni mengangkat UTK lah :D

      Delete
  12. Oh best ye ... tgk trailer dkt wayang mcm best . Tapi nadia jrg nak layan movie melayu. Nie chika dah review best bleh nak try terjah tgk .

    Gmbr kereta kebal ke apa tue namanya... cool!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. kalau nadia tak layan sangat filem melayu, boleh tunggu Astro First je.. Hii.

      Haah cam kereta kebal UTK lah. Cool kan!! teruja tengok tau. hii

      Delete
    2. Aah ek... tak teringat pulak psl astro first. Ok2

      Delete
  13. Tingginya rating 4.5/5.. Nampak saya kena tengok ni... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. Tengoklah nanti ye dan jangan lupa share review :D

      Delete
  14. review yg bagus dan positif kalau lah ramai org malaysia mcm ni baru hidup filem kita. skrg ni ramai pengkritik atau keyboard warrior merosakkan segalanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas kata2 itu :) Kalau filem bagus dan memuaskan, memang patut diberi review bagus dan positif kan. Keyboard warrior dan pengkritik susah nak halang dorang menulis. huhu

      Delete
  15. Hahah Siqahhhh, lately ni kita sendiri asyik rasa terharu dengan pengorbanan orang2 yg jaga negara kita (wink wink) ^^

    I knew even though I have some skepticism with polices, I believe I just have not met the good one yet. They are out there, doing their jobs with whole-heart.

    Dan, macam biasa, filem baru yg keluar panggung, kita kena tunggu keluar online baru dapat tengok hehehe. Banyaknyaaaaa watching list dah ni. T__T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha (wink wink) ^_^

      Betul tu Hanis. setuju sangat. Siqah pun ada semacam perasaan juga dengan polis nanye, tapi itulah, kita tak jumpa polis yang bagus lagi kan.. Besan siqah polis hutan. Kasihan tengok dia asyik bertugas je sampai takde masa dgn keluarga. Huhu

      Hii. takpe. Tambahkan list filem to watch eh Hanis. Tengok SYTD 2 dulu tau nanti. :D

      Delete
  16. wahhh teringin nak tengok movie nie. banyak yg review kata best. bila baca review nie makin menjadi rasa nak tengok XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Tengoklah BV eh nanti. Filem nie best. Nampak kemajuan dalam filem tempatan :)

      Delete
  17. Setakat ni tak pernah lagi tengok movie tempatan dekat cinema. Taktau bila nak try tengok haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. mesti selalu tengok filem luar je kan kat wayang :p Cubalah tengok filem tempatan pula ye SYed :D

      Delete
  18. Lain dari yg lain, I should give a try. Review ni bagus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, you should dear :) Thank you btw <3

      Delete
  19. Dah tengok jugaaa...bestttt...
    tapi yg pelik tu mmg pun..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kan,, bab pelik tu memang pelik. But maybe ada benda kita tak perasan kot. Tak kanlah pihak produksi tak perasan kan. Hihi

      Delete
  20. mgkin pengarah nak cerita yang dia melutut dari pg smpai malam kot. nak tunjuk mmg pelik. hehe

    ReplyDelete
  21. Win..kak PC percaya dengan review boommm ni..serius..sebabnya kak PC dan suami yang baru sekadar tengok preview di tv pun dah bersemangat Siqah..insyaAllah boleh tengok ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Boom ke baboom :D Kan kak! Siqah tengok trailer yang buat berkenan nak p tengok. Nanti ada masa kak PC bolehlah tengok filem ni ye :D

      Delete
  22. Ramai yang kata best movie ni. JRevolusi dah masuk dalam list 'Movie-To-Watch'. Hehe 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Best best! Nanti Syaza tengok eh 😊

      Delete
  23. Tak sabaq nak pi tengokkk!!! Hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, Nanti p tengok ye. Share review nanti tau :D

      Delete
  24. perghh perghh dh p tgk ye.. Lea belum berkesempatan tgk agik.. mmg teringin nk tengok.. Review siqah mmg x pernah mengecewakan.. Terbaikk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat pergi tengok sebab ada hubs pun layan cerita tempatan. Hihi. nanti lea pergi tengok juga ye :) Thank you Lea. Hihi

      Delete
  25. Dah tengok cerita. Best jugak untuk kategori cerita melayu. Pelakon pon semua best2 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Kan. pemilihan pelakon dan jalan cerita kira terbaiklah :D Tq cikepal singgah sini :)

      Delete
    2. wow , untung nyaaa yank cik epal komen blog chika =)

      Delete
  26. bila baca review nih.. baru kakak sedar.. nak 2 tahun dah kot tak tengok wayang.. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh lamanya akak tak tengok wayang. Bertahan pulak tu ek. Hihi. Siqah paling bertahan 2 bulan je tak tengok wayang. HIhi

      Delete
  27. semenjak mengandung ni, saya suka sangat tengok filem aksi. ada kaitan tak dengan jantinan baby? ekekek.

    tapi memanh dah masuk dalam list ni antara cerita yang saya nak tengok nanti. rating yang sis bagi pun agak tinggi. so saya rasa, citer ni memang gempak ah. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Agaknya ada jantina lah tu. Maybe hero anaknya :D

      Hope Tia suka cerita ni nanti. Bagi sis, filem ni salah satu drpd Malay film yang best jugak. Selamat menonton ye :)

      Delete
  28. wah ada abang sado tu, baca review ni macam best je filem ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa nanti bolehlah pergi tengok. harap best jugak untuk Rai. HIhi.

      Delete
  29. Good review Siqah, bila ntah dapat peluang nak menonton filem nie, hihi.. Btw tahniah pada awak kerana menduduki special bloglist akak..

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/03/top-commentor-februari-mac-2017.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Mana tahu ada peluang nanti kan :D

      Thank you kak bagi peluang kat Siqah duduki special bloglist akak :) Let's support each other. HIhi.

      Delete
  30. tengok poster rasa macam ZA tengah tenok MZ.. ngeh2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZA means Zul Ariffin, kalau MZ maksudnya siapa ek? ala akak tak faham pulak. Hihi.

      Delete
  31. Anak buah ajak sangat tengok filem ni. Review best ni jadinya kena tgok jugak filem ni. Lagi2 ada abam sado. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Anak buah dan auntie nya pun minat abg sado rasanya ni ye :D Pergilah tengok nanti ye CR. Support industri filem tempatan. Hihi

      Delete
  32. Nani kureng sikit kalau filem aksi macam ni. Hahah. Mungkin boleh try tengok pulak lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin nani boleh bagi satu kali percubaan ke tengok filem aksi :D

      Delete
  33. Siqah tukar warna template ye. Nice, lembut je mata tengok hihi.

    Memang tertarik hati jugak nak tengok filem ni sebab trailer macam best and sebab Fazura yang tak pernah bawak watak keras macam ni so curious. Nampaknya rating Siqah tinggi so rasanya would be worth it la kalau Lya nak pergi tengok!

    p/s : amboi yang last tu macam tau2 je yang Lya memang fikir nak compare dua filem ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Lya,. Ada jugak orang perasan warna template siqah. hii. Boring pulak hitam putih je :D

      Yes. First time Fazura bawa watak keras gitu. Mula2 dia lembut, di akhir watak dia berubah. Bagi Siqah, filem ni menarik. tak tahulah kalau bagi orang lain kan. Cer Lya tengok dan share ur review nanti :)

      Haha. Dapat agak dah. mesti automatik compare dengan Polis Evo. Hihihi.



      Delete
  34. menarik ini Ika. Nt ada masa yang free..nak pi tgk

    ReplyDelete
  35. wah!! Lepas baca review Siqah ni terus membuak rasa nak tengok! Hmm kena carik masa untuk tengok wayang ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope filem ni best juga untuk Fatina. Hihi. Siqah rasa best :D

      Delete
  36. oooh siqah ni kaki movie ya.. good. good.. boleh share dengan reader pasal movie...

    btw, saya pun nak sangat tengok citer ni, bukan sebab nak tengok Zul tapi nak tengok UTK buat kejer. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah takdelah kaki movie sangat DS. Ada cerita menarik untuk ditonton, baru ke pawagam. Hii.

      Haha. UTK hebat. Kagum tengok dorang buat kerja, dengan kenderaan armor dorang semua. Menarik.

      Delete
  37. nak tngk juga sebab sy jiwa patriotik sikit 😉 sy tau kewujudan vat69 dr novel. UTK plak tau dr j revolusi ni. ehhh, UTK lut dr undang2 x? sebab ada tbaca 1 novel, ada 1 unit yg lut dr undang2 tp identiti dorg x blh ada yg tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Novel apa ye yang cerita pasal VAT69? Nak jugak baca. Menarik tahu kisah orang2 camtu :) Tak sure pulak bab lut undang2 tu. tak pernah pulak dengar . banyak lagi kisah orang begini yang kita tak tahu kan.

      Delete
  38. bukan senang nak bekerjasam dgn UTK lagi2 nak bawa masuk jadi filem pulak kan ..kira filem ni bagus ..lah ...tengok ke trailer pun dah macam woow bila nak tengok x tahu lah hiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..Ini first filem yang bekerjasama dengan UTK. Kalau polis biasa, askar, bomba dah banyak kan. Special Unit camni menarik lagi. Amaze dengan skop kerja dorang. Hii. nanti ada masa Wani tengok ek. tak pun, tunggu Astro First je nanti :D

      Delete
  39. belum tengok lagi hehhe nantila tengok dekat iflix tupun kalau adala hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah tak tahu pasal iflix. Camne nak ada ID pun tak tahu. Hihi. Nanti kalau ada tengoklah ek :D

      Delete
  40. Belum berkesempatan untuk tengok. Kena tengok juga ni one day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak sempat ke pawagam, boleh tengok di Astro First nanti :)

      Delete
  41. Tengok iklan pun dah gempak no wonder ceritanya lagi gempak. Alaaaa jelessssnyaaaaa sebab belum tengok 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa nanti Ira tengok ye. Kat Astro First pun mesti ada nanti. :D

      Delete
  42. filem ni tak tengok lagi.. kemalrin g wayang suami nak layan KONG bagi jer la.. hihihihi... join sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Best ke FIlem KONG? Suami siqah nak pulak tengok filem ni. Mujur dia pengemar filem tempatan. hihi

      Delete
  43. Wah.. mcm best je...Btw. Siqah ditag tau..http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2017/03/the-sunshine-blog-award.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you CiklA atas award yang diberi. Suka sangat. Alhamdullilah :)
      Nanti Siqah buat tau :)

      Delete
  44. Mek tgu astro first 😍 Cite ni memang nmpk best 👍

    ReplyDelete
  45. okay sebenarnya berlaku kejadian jay melutut tu dari shot wide masa established dah nmpk awan seperti mendung nak hujan jadi kemungkinan scene terpaksa ditangguhkan jadi diorang tunggu sehingga hujan berhenti tapi dh malam so mungkin jadual xleyh nak delay hari so terpaksa dijalankan juga scene tu malam

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife