BUKU PENA DAN PICAGARI BY DR KHAIRUL HAFIDZ

instalife

March 09, 2017

BUKU PENA DAN PICAGARI BY DR KHAIRUL HAFIDZ


Maaf atas kelewatan untuk review buku Pena dan Picagari. Berjaya juga siapkan selepas dua minggu 😊

Buku Pena dan Picagari adalah buku pertama yang aku beli di laman web Bookcafe. Aku dapat email yang mengatakan buku ini baru siap dicetak dan boleh beli terus di sana. 

Tanpa berfikir panjang, aku terus beli online tanpa baca sinopsis dan review orang lain. Nak cari review pun tak jumpa rasanya memandangkan buku ini baru habis dicetak pada ketika itu. 

Aku yakin buku ini pasti menarik! 



Title: Pena & Picagari  
Author: Dr. Khairul Hafidz
Pages: 230  
Publisher: Puteh Press
Publication Date: 27 Januari 2017  


Dengar nama doktor, orang akan teringat picagari. Tetapi doktor tidak hanya memerlukan picagari untuk mengubati orang. Mereka juga perlukan pena. 

Pena bukan untuk menulis MC. Doktor perlukan pena untuk mengubati penyakit yang tidak dapat kita scan; penyakit kejahilan dan hati. 

Penulis buku Pena dan Picagari adalah pengasas @MEDTWEETMY , Dr Khairul Hafidz. Buku ini mengandungi lima bahagian iaitu:

  • Membongkar mitos. #PerangMelawanMitos
  • Ceritera Seorang Doktor
  • Semangat Profesi 
  • Media Sosial
  • Mahasiswa dan Housemanship 

REVIEW


Sangat menarik! Setiap isi kandungan penuh dengan pelajaran baru dan cerita yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran untuk kita semua. 

Buku ini dapat menghapuskan banyak mitos mengenai kesihatan. Selain itu, ia turut dapat menyedarkan masyarakat mengenai fakta kesihatan dan mengajak kita untuk membaca dan bertanya kepada pakar kesihatan. Semua ini adalah supaya ilmu yang kita dapat terbukti sahih.

Banyak topik daripada perkara viral yang dibincangkan dan telah membuka mata dan akal fikiran aku setelah membaca bahagian Membongkar Mitos. Tersentuh hati apabila membaca bahagian Ceritera Seorang Doktor. Aku boleh relate juga dengan apa yang diperkatakan oleh penulis dalam bahagian Semangat Profesi membuatkan aku lebih semangat bekerja (walaupun sebenarnya bekerja ikut mood juga). Hihi. 

Ternyata media sosial yang berlainan mempunyai pembaca dan respon yang berlainan. Facebook jangan disamakan dengan Twitter. Lain konsep dan respon yang bakal diterima jika kita berkongsi mengenai sesuatu perkara. Ejaan pun dah lain kan? 😎

Bahagian Mahasiswa dan Housemanship harus dibaca oleh bakal doktor di luar sana. Sangat berkaitan dengan anda semua. Aku baca dan dapat juga memahami betapa penatnya doktor baru yang masih dalam proses belajar. Kerja tanpa henti. 

Di sini, aku berkongsi sedikit mengenai isu atau topik menarik dalam buku ini: 


MEMBONGKAR MITOS

Terlalu banyak mitos yang viral. Biasanya kalau dah viral, orang akan lebih mempercayainya. Itu yang bahaya. Sebab semua mitos yang viral datang daripada sumber yang tidak dipercayai dan tiada bukti sahih.

Antaranya:

Apa beza antara Ubat dan Supplement? 
Ubat adalah untuk tujuan PENGUBATAN manakala Supplement berbentuk PENCEGAHAN. Ubat akan bertindak spesifik ke atas punca penyakit. Yang membuatkan penulis marah apabila ubat berbentuk supplement itu dibesar-besarkan khasiatnya, dikatakan mampu merawat semua penyakit, tanpa mekanisme kerja ubat dan dos yang jelas. Lebih parah apabila dikatakan bahawa ubat itu adalah sunnah nabi. Dagangkan agama. Haih. 



Cakaran Hello Kitty yang dikaitkan dengan senggugut. Ada yang bertanya adakah senggugut itu akibat cakaran iblis? Haha. Aku baca sambil ketawa topik ni. Ada pula orang bertanya soalan begini. Aduhai 🙅

Mitos Mandi Malam. "Jangan mandi malam, nanti kena paru-paru berair". Aku pernah dengar orang cakap begini masa zaman universiti dulu. Kawan sebilik aku suka mandi tengah malam hari-hari. Tidak ada kajian yang menunjukkan paru-paru berair terjadi kerana mandi malam. 

Air Tulang Belakang: Mitos Lumpuh. Aku sering dengar mitos ini. Bak kata penulis, prosedur ini adalah selamat dan setakat beliau bekerja, tidak pernah berjumpa pesakit yang datang semula dengan badan lemah dan lumpuh selepas membuat lumbar puncture. 

DNA dan lembu. Susu ibu mempunyai khasiat yang sangat banyak. Secara umumnya, komposisi susu lembu lebih kurang sama seperti susu ibu, tetapi konsentrasinya berbeza sesuai untuk perkembangan anak lembu (masa habis baca ayat ini, aku 😆). 

Flash Kamera Punca Kebutaan. Cahaya kamera yang dihasilkan oleh kamera adalah diffused light yang tidak berbahaya kepada manusia. Perlu dikaji lagi kes ini sebelum diberi diagnosis sedemikian rupa. Aku ada baca kes ini di Facebook.

Bedung dan Hip Dysplasia. Bedung baby sudah menjadi tabiat dalam masyarakat kita. Cara bedungan yang selamat adalah jangan terlalu ketat sehingga kaki anak lurus dan rapat antara satu sama lain. Loggarkan sedikit bedung supaya kaki bayi boleh sedikit mengangkang dan ada ruang untuk baby bergerak. 

Mitos Haid. Tidak ada kaitan minum air bergas, air kelapa dan air sejuk sewaktu haid penyebab kanser rahim. Tidak ada artikel mengenai cuci rambut sewaktu haid penyebab sakit kepala. Huh. Aku percaya tau fakta yang dikatakan penyebab kanser rahim. Huhu. 

Kesalahan Penggunaan Alatan Perubatan dalam Drama & Filem. Haha. Topik ni kelakar. Alangkah bagusnya jika pihak penerbit dan pengarah bekerjasama dengan doktor agar kejadian ini tidak berulang. Nampak bijak sikit masa babak pesakit atas katil.

Banyak lagi mitos dalam buku ini dan semuanya pelajaran baru buat aku. Silalah baca buku ini untuk mengetahui kisah mitos yang lain ye 😄


CERITERA SEORANG DOKTOR

Ohhh bahagian ini membuatkan aku tersentuh, sedih, dan muhasabah diri. 

Nilai Kehidupan. "Adik, baby dah ikut abang ke syurga, dik". Baca ayat ini saja sudah cukup buat aku 😢

Kasih Ibu. "Sangat saya kagum dengan ibunya. Walaupun tahu anak adalah penghidap HIV, dipersetankan semua itu"

Anak Syurga. Kisah seorang adik perempuan didiagnosis autism dan mula terlihat gejalanya sejak berumur tiga tahun. Anak yang pada mulanya sama seperti kanak-kanak lain. "Tidak apa, doktor. Kami reda, yang penting anak kami sihat. Itu pun sudah cukup buat kami bahagia". 😢

Kisah Nenek. "Nek, kenapa tak nak cuci darah?""Susah doktor." Realiti masyarakat. Kadangkala kesulitan hidup menyebabkan orang tidak mahu menerima rawatan walaupun tahu rawatan itu boleh menyelamatkan. "Takpelah doktor, biarlah nenek berkorban". 😢

Kematian bukan perkara yang boleh dipertontonkan kepada umum. Jadi tolonglah berhenti ambil gambar dan share gambar orang kemalangan yang mengakibatkan kematian di media sosial atau di group Whatsapp. Bayangkan kalau gambar itu adalah gambar ibu bapa atau ahli keluarga kita, apa yang kita rasa? Tak perlu nak jadi orang pertama sebarkan isu semasa. Nak tahu isu semasa? Baca surat khabar dan tengok berita. 

Syurga Anak Terletak di Bawah Telapak Kaki Ibu. "Doktor, ada nampak anak mak cik?". Sedih bila baca kisah ini. Kisah seorang mak cik yang masuk wad dan tidak ada yang menjaganya. Alasan sibuk dan ada tanggungan menyebabkan ibu dibiarkan keseorangan. Huhu. Sedihnya. Tidak perlu membalas kesalahan ayah ibu kita pada waktu mereka tua. Hargai jasa mereka. 

Saka. Kisah seorang suami yang menegaskan bahawa sakit isterinya ada kaitan dengan saka, bukan kerana denggi. Kedegilan suami yang buta untuk melihat isteri yang semakin tenat. Aku marah sungguh orang yang lebih percaya kepada perkara sebegitu sehingga menolak cara lain. 


________________________________________________________________________

Terlalu banyak pelajaran, pengajaran, dan input bagus yang aku dapat dalam buku ini. Aku hanya berkongsi beberapa highlights saja dalam review ini. Selebihnya, korang boleh baca sendiri ye.

Semestinya buku ini harus dimiliki dan sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Serius aku cakap ni. Bukan main-main tau. Satu kepuasan apabila aku selesai membaca buku ini dan aku harap korang juga turut dapat merasakan kepuasan itu. 

Kepada pelajar yang baru dapat kad debit pelajar 2017, boleh masukkan buku ini sebagai salah satu buku yang perlu dibeli. Worth it! 👍 

Rating: 5 / 5 bintang


Sehebat ilmu manusia, tiada yang dapat melawan kuasa yang Esa,

Doktor juga sama manusia. Doktor bukan Tuhan.


Happy reading, dearest 😊

59 comments:

  1. Boleh cari juga ni sbb ana mmg suka baca atau tgk cerita pasal kedoktoran. Thanks Siqah for the review 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh nanti cari Ana ye. Tak sure samada buku ini ada di bookstores atau tidak. kalau takde, boleh beli online juga :) My pleasure to share :)

      Delete
  2. Excited baca review Siqah pasal buku ini.
    Teringin nak beli pulak dah :-)

    ReplyDelete
  3. Nak cari jugaklah nnti...

    Btw, lama x singgah sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari nanti ye cikla..

      Tue lah, lama tak nampk cikla di sini. Hi cikla :D

      Delete
  4. comprehensive sangat your review! walaupun tak baca lagi tapi macam dah dapat the gist of the book! Rasa nak beli la, yang mandi malam kena paru-paru berair tu selalu kena dengan mak huhuhu. Tapi kalau cakap tu mitos mak tak percaya. Memang suka cara dr khairul ni ulas sesuatu perkara sebab dia selalu santai dan lawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belilah nanti buku ni. Banyak input lagi yang akan dapat. Saya share sikit je kat sini :) Kannnn Bab paru2 berair tu memang dah sebati dengan dunia masyarakat kita sekarang. Turun temurun kepercayaan tu.

      Delete
  5. Macam menarik aje buku ni. Nani ada follow doktor ni dekat twitter. Heheh. Best jugak baca perkongsian beliau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik buku ni Nani. Bolehlah cuba beli dan baca. Hiihi. Kan, siqah baru je follow doktor ni kat Twitter. Selama ni pernah dengar namanya tapi tak pernah follow. Hii. Santai dan bersahaja perkongsian beliau kan :)

      Delete
  6. Yg part drama tu, memamg betul. Kita yg xbelajar ilmu medik ni memanglaa taktau tp prnah tengok kawan pos jugak pasaltu. Hihi

    Kematian bukanlah prkara yg blh dipertontonkan kpd umum. Sangat setuju, masyarakat kita makin kurang nilai sensitiviti. Lbh mengejar viral dari adab dan sensitiviti. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Kannnn!! Even ayah siqah pun pernah tegur jugak sebab dia kata nampak kat hospital macam lain je. haha.

      Setuju dengan Ana cakap. Masyarakat skrg semakin kurang sensitiviti. Itu yang cepat tersebar kalau gambar kemalangan. lagi ngeri kemalangan lagi cepat tersebar gambarnya. Huhu

      Delete
  7. cakaran hello kitty.. comel btui term yg digunakan.

    ReplyDelete
  8. menariknya buku ni ! heheh macam best je tengok review sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik buku ni Fhatin. Sebab banyak input berguna kita boleh ambil. Hii.

      Delete
  9. mcm best je buku ni! kalau nampak kat bookstore, boleh kot nak beli hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Sila sila. Cer cari kat Popular nanti. Hihi.

      Delete
  10. Betul tu. Banyak kisah mitos yang ada dalam buku ni bersama hujahnya sekali. kadang2 yang viral kita percaya kan. Welcome :)

    ReplyDelete
  11. Bagus buku ilmiah macam ni. Dapat ilmu yang bermanfaat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Dapat juga buka mata dan akal kita :)

      Delete
  12. teringin jugak nak beli buku nie. sebab selalu baca tweet #perangmelawanmitos dari dari dr khairul kat twitter. nampaknya memang kena beli nie :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa kalau camtu, BV kena belilah buku ni. Banyak info bagus dan menarik dalam buku ni. Akak sejak dah baca buku ni, suka juga tengok #perangmelawanmitos :D

      Delete
    2. memang dalam list nak beli. harap jumpa la kalau pergi kedai buku nanti. wehehe :D

      Delete
    3. Hihi. Ada ada. Setakat ni akak nampak ada di MPH je. Popular tak jumpa pula hari tu. Or maybe dah habis. Hii. Selamat membaca BV :)

      Delete
  13. Sedih part ceritera seorang doktor tu. Dari review ni memang kena cari segera buku ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Mai baca lagi kisah dalam buku ni, lagi sedih Mai. Tersentuh dengan pelbagai cerita seorang doktor. Mai belilah buku ni nanti ye. Selamat membaca :)

      Delete
  14. Replies
    1. Hii. Siqah baru kenal Dr lepas dah beli buku ni nanye. Hii. menarik cara penyampaian dia. Santai dan bersahaja tapi penuh ilmu :)

      Delete
  15. wahhhh .. blog akak dah bertukar warna pink. busyra baru masuk nii.. comel! soft je tngokkk. hehe. komen tak dak kaitan dgn entri akak. sbb excited tngok blog kak siqah! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Busyra <3 Saja je akak tukar blog theme. Boring dah warna hitam putih je. hihi. Suka akak dengar Busyra kata blog akak comel dan soft color. Yeayy! :D

      Delete
  16. Lepas tengok review akak teringin pulak nak beli. Macam menarik. Baca review pun dah macam fefeeling doktor gitewww hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Baca review dah fefeeling doktor, kalau baca buku rasa fefeeling surgeon kot ek. Hihi. Bolelahlah Ira cuba beli dan baca nanti ye. Menarik dan banyak info buku ni :)

      Delete
  17. Ohsemlah review siqah.. nie nak masuk dalam list buku nak dibeli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure to share review kak :) Boleh masuk list eh. Kalau buku ni, sehari pun akak dah boleh habis baca. hii

      Delete
  18. Menarik dengan review awak lebih2 lagi pasal mitos kesihatan.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak. Haah bab mitos kesihatan paling penting agar kita tak salah kefahaman :)

      Delete
  19. proud la kat akak ni, rajin baca buku kite nak minat gakk tp tak boleh2 nak minat. Sekejap ade la dtg mood dia tu then gone gitu je. Keep it up akk. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak takdelah baca sentiasa buku. Ikut mood jugak nanye. Hii. Awak pun boleh juga membaca. Satu hari dapat 1 bab pun dah okay dah. Tq ye :)

      Delete
  20. menark buku ni terutama berkenaan myth tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. Berkenaan mitos lah yang paling best.

      Delete
  21. ok kena masuk list buka nk beli ni.. jatuh cinta pulak review kak siqah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. nanti beli dan baca ye. Menarik buku ni :)

      Delete
  22. macam menarik buku nie.. boleh cube baca nanti.. sebab sebelum nie e'in bace novel cinta je.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Bolehlah e'in cuba baca buku ni. Banyak ilmu dapat :) Siqah pun suka baca novel cinta juga :D

      Delete
  23. sebagai student farmasi saya rasa bangga sangat sangat tengok all the details yg dia letak dalam buku ni dan paling penting macam mana reader dia dapat faham. tentang saka tu lagi. tak salah percaya tp ikhtiar ni dulu kena usahakan drpd teros ckp saka. boleh mati denggi ni. mmg suka @medtweetmy sbb dgn cara yg mcm ni la dapat dekat dgn org awam, sibuk2 diorang tp @medtweetmy still update. buku ni lagi. sapa kata doktor tu robot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu! Cara penyampaian Dr menarik dan mudah untuk pembaca faham apa yang cuba disampaikan. Itu buat lagi semangat baca. Dr bukan robot, dan mereka masih meluangkan masa menjawab semua pertanyaan dan berkongsi ilmu walaupun sibuk dan tak cukup rehat. Bab saka tu! Kan! Huhu. Denggi leh bawa maut tu. Huhu

      Delete
  24. Wah menarik cara pengolahan Siqah..insyaallah boleh cari gak buku ni nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you :) Hope dapat menarik minat masyarakat di luar sana untuk baca buku ni :)

      Delete
  25. Untuk pembukaan minda ❤️ Nurse tk nak bace ke buku cam gini?

    ReplyDelete
  26. Dr Khairul Hafidz ni yg salah sorg penulis Diagnosis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Siqah tak baca Diagnosis. Dalam Diagnosis ada lebih drpd seorang penulis. Buku ni dia sorang je :)

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife