28.10.1986.
Tarikh aku dilahirkan. Hari ini, aku berumur, 31 tahun 3 hari. HAHA.
"Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Nurulsiqah, Allah selamatkan kamu". Boleh tak, nak nyanyi lagu birthday untuk diri sendiri. Hihi.
Lambat tiga hari untuk update blog mengenai my birthday, tapi aku gigihkan juga untuk update. Setiap tahun (dua tahun je sebenarnya, hihi), aku update mengenai birthday di blog.
Kalau ada yang nak baca, aku bagi link di bawah :D
2015: 29 tahun :) dan On My Birthday This Year
Alhamdullilah untuk semua nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan. Ada suami, keluarga, dan kawan-kawan semua. Kawan di sini termasuklah kawan di alam maya (Blogger, Instagram, dan Twitter). Semua sekali. Hihi.
Nak dijadikan cerita, tahun ni, suami aku bukan orang pertama yang wish birthday. Dia ingat a night before, tapi sudahnya lupa nak wish bila jam menunjukkan pukul 12 am dan terus lupa nak wish sampai keesokan harinya. Masa tu, keluarga aku dah wish kat Whatsapp group.
Mula-mula aku nak buat mengada 😜 , nak merajuk sebab he's not the first one yang wish. Tapi, haha, tak jadi merajuk. Sebab aku tahu suami ingat birthday nanye cuma tak wish awal. Tak kan hal kecil pun nak merajuk bagai. Come on Siqah! Umur 31 tahun dah. Haha.
Dulu kan, masa berumur 12 tahun, aku pernah menangis sebab arwah Mak lambat wish birthday. Biasanya setiap tahun arwah Mak akan menjadi insan pertama yang wish birthday, cuma tahun tu, arwah Mak buat tak tahu je dengan aku.
Aku pelik jugak, "aik, tak kan Mak lupa birthday aku?". Ahli keluarga aku yang lain semua wish tapi arwah Mak buat dekkk je.
Sedih weii~ Serius sedih! Pergi sekolah pun duk tahan je air mata memikirkan Mak tak wish birthday lagi. Bila balik sekolah, mogok tak nak makan selagi Mak tak wish birthday. Haha. Gilalah! Barulah aku tahu yang sebenarnya malam birthday aku, Mak plan nak buat surprise party. Dah tak jadi surprise lah, sebab aku dah mogok kan. Haha.
Itu kenangan paling best on my birthday dan setiap tahun, aku pasti ingat kenangan itu. Al-Fatihah untuk arwah Mak.
Berbalik kepada cerita hari jadi pada tahun ini :)
Disebabkan bukan senang birthday aku jatuh pada hari cuti, semestinya aku ajak suami keluar jalan-jalan. Dan sebagai birthday girl, suami turutkan saja apa aku nak on that day. Apa lagi? Inilah peluang yang dinanti. Setahun sekali je beb! Kena gunakan sepenuhnya. HAHA.
Kami pergi ke Subang Parade sebab aku nak makan Hokkaido Baked Cheese Tart. Aku tak nak kek! Nak cheese tart je tapi sudahnya, beli jugak kek sebab suami yang nak makan.
Makanan yang selamat masuk perut di Subang Parade. Kek Pandan (tak ingat nama sebenar kek ni) sedap dan tak manis. Kami suka! Makan kek di My Own Bakes. |
Selepas pusing satu Subang Parade, aku memilih satu kasut Crocodile (hunter) dan satu buku daripada Yasmin Mogahed bertajuk Love & Happiness sebagai hadiah hari jadi. Ada juga selit buku 😂
Jagiya! Kamsahamnida ~ Saranghaeyo <3 |
Bergerak dari Subang Parade, suami tanya, "nak ke mana lagi?". Aku terus bagi satu destinasi yang aku beriya nak pergi sejak tahu kewujudannya melalui satu gambar di Instagram. Hihi.
The Parque Cafe <3 Akan cerita details mengenai kafe ini dalam entri seterusnya :) |
Lagi makanan yang selamat masuk dalam perut kami berdua :D Latte untuk kali kedua. Hihi. |
On the way balik, suami bawa pula ke taman berdekatan dengan rumah. Rasa bersalah dan malu juga sebenarnya duduk lepak je di taman ambil gambar. Sebab semua orang yang lain tengah berlari, aku dan suami je yang melepak. Hihi.
Sedang asyik kami melepak sambil meng-edit gambar, ada dua orang budak sekolah datang mendekati kami berdua. Ingatkan nak apa. Rupanya nak minta tolong akak dan abang ni untuk menjawab survey. Sekarang, budak sekolah Tingkatan 1 dah bagi survey kat orang. Advance! Tak ingat pula masa aku Tingkatan 1, aku buat apa. Tapi yang pasti, bukan bagi survey lah. Hii.
Sempatlah juga ambil gambar di sini :D |
Sebelum Maghrib, kami dah bergerak balik tapi sebelum tu, ada lagi persinggahan terakhir. Hihi. Pasar malam!! Yeayyy! Beli roti bom kegemaran!
Malam pula diisi dengan main tiga pusingan Sahibba. Baru beli Sahibba, jadinya semangat main Sahibba menjelma. Aku kalah!! Tak sangka suami pandai main Sahibba. Bijak, sel-sel otak sentiasa berhubung. Haha.
Ini saja kisah yang berlaku pada 28 Oktober 2017. Alhamdulillah. Aku bahagia dapat meluangkan masa bersama yang tersayang di hari lahir. Cukup gembira juga menerima ucapan dan doa tulus ikhlas daripada keluarga dan kawan-kawan 😍
Thank you everyone for the du'a and wishes! Doa yang baik-baik, semoga doa itu kembali kepada korang semua juga :)
Cantik-cantik gambar Siqa. Happy birthday to you & moga success selalu :)
ReplyDeleteThank you Nadhie :)
DeleteAlhamdulillah.Selamat Ulangtahun Kelahiran Siqah...moga terus menjadi penyumbang saham dunia akhirat untuk suami dan ibu ayah..moga juga sentiasa menjadi hambaNya yang taat..
ReplyDeleteAlhamdullilah. Terima kasih kak PC atas doa yang diberi :)
DeleteHappy birthday siqah.. cafe tu cantiknya..
ReplyDeleteThank you Ai :) Haah, kafe ni cantik. Boleh jadi tempat ambil gambar. Hihi.
DeleteHappy belated birthday Siqah!!!! <333
ReplyDeleteThank you, Erin!! <333
DeleteHappy birthdayyyyy...
ReplyDeletesemoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki..Amin...
Thank you, Nieyl :)
DeleteTak jadi nak merajuk ye bila ingat umur dah 31. Haha.
ReplyDeleteTetiba ternampak kasut crocodile tu. Eh sama sebijik macam ana punya. Kasut tu je lah ana lenjan ke sana sini selain kasut sport. Hehe.
Walau dah wish dekat fb, nak wish juga dekat sini. Happy belated besday. Semoga apa yg di hajati tercapai. Semoga berbahagia disamping insan2 tersayang dan ana doakan semoga tahun depan boleh celebrate bertiga. Amin.
Haha. Umur dah meningkat Ana kan :D
DeleteKan!! Selesa la kasut Crocodile. Siqah suka cuma tu lah, designnya tak fancy. Hihi.
Amin amin. Terima kasih Ana atas doa yang diberikan. Harap termakbul doa. Amin :)
cantiknyaa cafe tu Siqah. Kalau dekat ni pergi terus dah weekend ni.
ReplyDeletebestnya dpt banyak hadiah bday. lengkap dengan buku sekali tu. hee
Kafe ni cantik. Kecil je kafe nya dan otw nak datang sini, macam tak sangka ada kewujudan kafe kat sini. Jauh ke dalam tempatnya.
DeleteHihi. Buku tu macam mesti pulak rasanya :D
Happy Belated Birthday Siqah :)
ReplyDeleteThank you, Nani :)
Deleteeppy belated bday dik ... moga di panjangkan usia, di murahkan rezeki n berbahagia bersama yg tersyg
ReplyDeleteuntungla dia bday jth pd ujung mingu,,... seronok di manjakan pd haritu...
Terima kasih kak atas ucapan dan doa :) Itulah pasal, bukan senang birthday jatuh hari minggu ni. Hihi.
DeleteAssalamualaikum, Happy Belated Day my Sis. May Allah bless and ease you.Stay strong and keep shine as always. Don't stop writing! Figthing!
ReplyDeleteWaalaikumusalam. Thank you Qbal :) You also don;t stop writing k! :D
DeleteHappy birthday Siqah!
ReplyDeleteI don't like cheese tarts but when I went to Hokkaido and had my first Hokkaido Cheese Tart, I felt in love instantly! Wish you can save me a piece of the tart 😜
Thank you Rasya! :)
DeleteHihi. Ala kalau Hokkaido tak boleh nak simpankan untuk Rasya, sure habis dah makan semua. Hihi :D Sedapnya, makan Hokkaido Cheese Tart kat Hokkaido, sure lagi sedap :)
Happy birthday to you *tiup lilin*
ReplyDeleteBaca entri ni rasa jeles pulak haha.. Nak ada hubby jugak buat peneman makan kat luar masa birthday
Thank you Erni *nak tiup lilin jugak* :D
DeleteInsyallah. Semoga dipertemukan jodoh yang baik buat Erni in future. BOleh jadi peneman setiap hari terutama special day kan. :D
Happy belated birthday Siqah! ❤ You're not look like 31st to me haha! Love you xx
ReplyDeleteLenne Zulkiflly Blog
Nampak muda ke Siqah? HAHAHAHA. *perasansajasayani* :p
DeleteThank you Leene!! <3
happy birthday to u dear...
ReplyDeleteall the best in life,
semoga sentiasa sukses....
Thank you atas ucapan Mrs Pip :)
DeleteHappy Bezday Siqah..... moga sentiasa dlm limpahan rahmat Allah...
ReplyDeleteKenyanglah ye bezday gurl hari tu... macam macam dapat makan haha.... Hakak tak pernah lagi merasa hokaido tart tu. Kadang tu bila nampak teringin nak beli tp bila mengenangkan harga rasa kedekut pulak hihi... Bendanya kecik tp harga bukan main mewah lagikan...
Cantik cantik gambar tu Siqah
Terima kasih kak :)
DeleteHaah, tak dinafikan kak, cheese tart nie mahal sebab tu tak bolehlah nak makan selalu T_T Rasanya memang sedap.
Credit gambar to photoG Siqah aka suami :)
Happy 31 birthday Siqa...
ReplyDeleteSemoga diberkati umurmu dan dimurahkan rezeki.
Terima kasih Amy :)
DeleteHappy Belated Birthday Siqah..! May Allah bless you always and forever.. 💕
ReplyDeleteThank you Anis!! <3
Deletehappy birthday kak ! walaupun agak lewat still dlm umur 31 kan..hahaha..semoga akak sentiasa dirahmati Allah ! have a blasted life! cantik la gambar2 akak..suka tgk!
ReplyDeleteThank you adik Mas! :) Kalau suka tengok gambar akak, selalu datang singgah blog tau. *walautakselaluupdateentribaru* Hihi
DeleteHappy birthday :D
ReplyDeleteHappy 31st birthday my sister. No matter how hard you try no matter what you do, I wish all the very best. May you be blessed abundantly today tomorrow and the days to come. Loveyou sister ❤
ReplyDeleteThank you Ira for the wish <3 Love you too, little sister <3
DeleteSiqah! I thought your age Chingu with me~~
ReplyDeletebtw, happy bornday :D
Eh, kita tak sebaya ke? Aqma mesti muda lagi kan? :D
DeleteThank you Aqma for the wish :)
happy bday siqah
ReplyDeleteThank you Raihanah :)
Deletewalaupun dah terlambat akak ucapkan juga selamat hari lahir siqah, semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu disamping suami dan keluarga tersayang
ReplyDeleteTakpe terlambat kak. Hihi. Terima kasih kak AA atas ucapan dan doa yang diberi. Amin :)
Deletehappy belated birthday kak siqah! merayap habis eh birthday girl :p
ReplyDeleteHaha. Thank you Mazni! Sesekali merayap best gak :p
DeleteHappy belated birthday!! Ramai betul birthday bulan 10 and 11
ReplyDeleteThank you Hidayah! Kann! Ramai birthday bulan 10 dan 11. Popular betul :D
DeleteHappy belated besday kak Siqah. GV doakan semoga kak Siqah sentiasa sihat dan bahagia dunia akhirat. InysaAllah. Aamin. Mmg advance budak skang, sekolah menengah dah wat survey bagai. Jangan cikgu tu tetiba suruh budak tu wat Research Proposal sudah. huhu.
ReplyDeleteTerima kasih GV atas ucapan :) Tahu takpe, budak sekolah sekarang advance. Nak kena compete dengan dunia yang semakin maju jugak kan.
DeleteHappy belated birthday, Siqah! May Allah bless you. Baru tahu Siqah umur 31. Kena panggil kakak ke ni?
ReplyDeleteThank you Farah!! Eh eh tak perlu panggil kakak. Panggil Siqah pun okay je :D
DeleteHappy belated bday. Baru follow hope tak terlambat. Cantik blog sis....boleh saya tau sis deaign sendiri ke or boleh share yg design....
ReplyDeletehttp://yangunguitumanggis.blogspot.my/
Terima kasih CM :) Siqah beli blog template di ETSY. Dan semuanya owner template yang buat. Boleh baca entri blog pasal blog template dalam kategori Blogging :)
DeleteHappy Belated Birthday Siqah or more better I called you akak *cough*.. Hihihiii.. Lawa woii gambar
ReplyDeleteThank you Eyqa :) Panggil Siqah pun okay. Nampak muda sikit, Muahahaha :p
Deletehappy birthday kak. semoga panjang umur dan bahagia selalu disamping suami tercinta
ReplyDeleteTerima kasih Lela. Amin :)
DeleteMuda dari kita 2 tahun je budak ni upenye..ape2 pun Happy belated birthday..!! ;)
ReplyDeleteHihi. Lebih kurang je umur kita ye. Thank you Sakura :)
DeleteHappy Belated Birthday Siqah.
ReplyDeleteRasa macam dah wish tapi rupanya belum. Hihihi. Ampun... Dah masuk Nov plak tu. Hihihi.
Semoga panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan semua urusan awak.
Doa yang baik-baik, dapat yang baik juga, inshaAllah. ;)
Hihi. Thank you Shea :) Takpe wish dah masuk Nov pun :D
DeleteTerima kasih atas doa yang diberi Shea. Insyallah, moga dapat yang baik juga untuk Shea :)
Siqah ! happy birthday girl !. bila la nk jumpa siqah. cite bab wish lupa ni, mek pun slalu tido awal. lepas isyak je tido. so husband pun tido. sudahnya jam 3 bila bangun buat susu and tukar pampers ank baru husband wish happy birhday. hahahaha
ReplyDeleteThank you Mek! Kannn! Kadang2 suami ingat dah tapi keadaan buat tak ingat. Hihi.
DeleteHappy birthday dik. Moga terus berjaya ye. Lawa2 gambar awak,dik !
ReplyDeleteTerima kasih kak Azlinda :)
DeleteHappy belated bithday Siqah ! lambat plak wish..better late then never kan kan :)
ReplyDelete