Aku baru beli novel ni di Prolog Media minggu lepas. Sesungguhnya aku terpikat dengan novel ni sebab kulit muka buku yang cantik. Gatal tangan tertengok pula Instagram pihak penerbit yang aku sangat percaya dan terus terlajak beli dua novel baru yang sedang dalam promosi minggu lepas.
Baru je habis baca semalam dan rasa macam rajin pula nak menaip review novel ni. Hihi. Semangat update blog yang ada tidak boleh dipersiakan. Sebab entah bila semangat rajin itu datang lagi 😅
SYNOPSIS
Kulit muka buku belakang untuk sinopsis. Baca sinopsis dan buat aku lebih tertarik untuk baca novel ini. |
REVIEW
Pilihan aku adalah tepat. Pilihan untuk mempercayai Prolog Media. Hihi.
Plot cerita yang menarik dan meninggalkan pembaca dengan penuh tanda tanya. Sambil membaca sambil aku berfikir apa yang terjadi sebenarnya. Tak tercapai dek akal fikiran.
Bagaimana Noura boleh berada di Finland ketika dia bermimpi? Bagaimana dia boleh bertemu Vesa dan selepas terjaga dari mimpi, ada bukti yang menunjukkan itu semua bukan mimpi.
Aku teruskan pembacaan. Baca dan baca lagi. Bertambah pening bila Vesa pula boleh datang ke Malaysia semasa dia bermimpi. Dah pulak, kenapa dengan mimpi je ni?
Apakah punca kejadian ini berlaku? Ada juga diterangkan mengenai dimensi ke-4 iaitu ruang dan waktu tapi sumpah aku tak faham. Haha. Bab fizik tolonglah jangan bagi kat aku. Ajarlah berkali-kali pun, aku tetap bengap bab fizik. Serius aku mengaku. Haha.
Dan akhirnya punca kejadian terbongkar juga. Sungguh tidak disangka bahawa itulah punca sebenar kejadian mimpi yang berlaku pada Noura dan Vesa.
Semuanya bermula dengan sepasang cincin meteor yang diberi nama Cincin Two Soul. Sepasang cincin Two Soul yang mempunyai kuasa magis. Rekaan yang unik tanpa mengubah serpihan batu meteor telah menjadikan Two Soul adalah cincin meteor yang menjadi rebutan.
Dream Soul + True Soul = Two Soul
Plot cerita menjadi semakin menarik apabila Vesa benar-benar dalam dunia realiti datang ke Malaysia untuk menjejaki Jardi (sepupu Vesa) yang ingin mendapatkan satu cincin Two Soul daripada Noura.
Semakin bersemangat baca bab ni kerana Vesa dan Noura juga bakal bertemu dalam dunia realiti buat pertama kali. Fuhh! Ini yang aku tunggu sebenarnya. Mesti sweet. Haha.
Aku juga suka dengan kisah di sebalik cincin Two Soul. Melibatkan ayah Vesa dan bakal isterinya, Arianna dan agama Islam.
Ending novel ni best gila!! Wahhh berbunga-bunga hati ini 😍 Aku tersenyum sendiri. Tak sangka di akhir cerita, ada juga diselitkan kisah romantik :D
Bagaimanakah pengakhiran cerita ini? Berjayakah Vesa menumpaskan Jardi? Bagaimana cara yang digunakan untuk menumpaskan Jardi. Apa lagi kuasa magis cincin Two Soul?
Korang nak tahu apa yang berlaku? Sila baca novel ini. Korang tak akan menyesal baca.
Cuma dalam novel ni, ada bab meteor, langit, galaksi, wormhole yang bila baca pun sumpah tak faham. Korang boleh skip part tu. Tapi tak payahlah skip. Bacalah, penat penulis bagi info berguna dalam novel beliau. Aku tetap baca walau tak berapa faham. Hihi.
Aku menutup novel ini di akhir pembacaan dengan hati yang puas dan senyuman terukir di bibir. Muahaha.
Satu lagi yang menarik dalam novel ini adalah ayat Al-Quran terjemahan sebagai permulaan setiap bab. Ada 32 bab dalam novel ni jadi ada 32 ayat Al-Quran terjemahan yang diselitkan bersama dan kebanyakannya berkaitan alam semesta.
"Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main." (Al-Quran, surah Al-Anbiya, ayat 16)
"Dan Kami hamparkan bumi itu dan Kami letakkan padanya gunung-gunung yang kukuh dan Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata.. ." (Al-Quran, surah Qaf, ayat 7)
"Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya." (Al-Quran, surah Al-Anbiyaa', ayat 33)
"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Quran, surah An-Nahl, ayat 18)
RATING AND RECOMMENDATION
Rating: ★★★★
Bagi pencinta buku yang inginkan kelainan, aku syorkan baca novel ini. Kisah cinta hanya di akhir cerita saja. Tidaklah melarat sampai rasa meluat. Hihi. Plot cerita yang berbeza dan tiada lagi dalam pasaran Malaysia.
Aku tumpang gembira dengan penulis tempatan yang sudah mula menghasilkan novel yang mempunyai jalan cerita yang boleh lari dari kisah cinta cliche.
Well done, Ema and good luck for your next novel 👍
Based on the review, macam best je novel ni. I have a curious question, kenapa nama novel ni Dua ya?
ReplyDeleteDua - mungkin merujuk kepada cincin Two Soul :)
Deletemenarik juga jalan ceritanya
ReplyDeleteMenarik. lari dari konsep cliche :D
DeleteMenarik. Masuk dalam list juga la. Hihihi
ReplyDeleteHehe. Sila sila :D
Deletewowwww dimensi lain! mula2 baca terbayang inception dah. menarik pulak novel melayu akhir2 ni. hahaha i mean novel selain novel cinta yg biasanya diadaptasi ke drama tuu :D mungkin sebab kite tak selalu baca novel sbnrnya ni hehe
ReplyDeletehanisamanina.com
novel melayu terbitan Prolog Media best. Cerita setakat ni tak cliche lah. Terima kasih sangat ada juga penulis tempatan yang menghasilkan buku genre camni. Menarik nak baca. Cubalah hanis baca nanti. Hehe
DeleteMuka depan pun dah buat kita tertanya-tanya. Jarang jumpa design cover buku macam ni.
ReplyDeleteKann! Design cover buku ni cantik! Buat orang terpikat :D
DeleteJalan cerita unik novel ini. Kak Siqah suka baca novel Fixi tak. Cerita novel keluaran mereka best best juga. :)
ReplyDeleteBuku Fixi akak baru baca semua buku daripada Nadia Khan je. Buku Fixi lain ada dah beli tapi tak sempat baca lagi. Hehe.
Deletenak juga jadikan novel prologmed ni sebagai koleksi.. :)
ReplyDeleteYou should. Novel dorang best :D
DeleteFiksyen type ke kak bukunya? Macam menarik je
ReplyDeleteHaah Ira. Buku fiksyen. Menarik buku ni, serius. Hihi
Deletereview siqah nampak macam menarik novel ni...
ReplyDeleteCik Ash terpikat ke tu? hihi
DeleteWow mama mmg suka cerita luar kebiasaanya mcm ni
ReplyDeleteKan!! Baru tak boring nak baca.. hehe
Deletecover cantik, sinopsis pun best. teringin pulak nak dapatkan buku nie. BV suka buku genre ala2 realiti fantasi macam nie. rasanya kat popular ada tak jual??
ReplyDeletebila baca review nie nak pulak beli. hahahhaa
Tak sure ada ke tak kat Popular. Hihi< Sebab Siqah beli buku terbitan Prolog terus daripada Prolog Med kat IG :D
Deletebest buku ni. cUbalah beli dan baca :D
Menarik jalan cerita buku ni.
ReplyDeleteKita sama la siqah, bab Fizik2 jangan la citer kat reen.terus pening.haha
Haha kan!! tak boleh hadam lah kalau bab fizik. Rasa sungguh tak pandai diri ini untuk nak faham fizik. Hihi.
DeleteHakak ni bukan kaki novel so mmg tak layanlah kan novel novel ni
ReplyDeleteAkak mesti layan drama Melayu eh? :D
Deletehaa..menarik novel ni lain daripada novel yang sedia ada. nampaknya macam akak pun nak beli juga ni
ReplyDeleteHaah kak. Jalan cerita novel ni memang lain daripada lain :D
Deleteteringin pula nak beli,cover cantik hehe
ReplyDeleteProlog Media memang tak menghampakan setakat ini.. Sha dah baca hampir kesemua novel keluaran penerbit ini kecuali Dua.. Cover pun menarik..
ReplyDelete