Big Bad Wolf 2018 Book Sale | Haul

instalife

December 15, 2018

Big Bad Wolf 2018 Book Sale | Haul




Big Bad Wolf Book Sale adalah acara tahunan yang pasti dinantikan oleh semua pengemar buku di Malaysia. Semestinya aku tergolong dalam golongan pengemar buku itu. Hihi. 

Big Bad Wolf Book Sale 2018 #BBWKL2018 berlangsung selama 24 jam dari 7 - 17 Dec bertempat di MIECC, The Mines. 24 jam tanpa tutup langsung selama 10 hari!! 

Aku pergi ke sini sebanyak dua kali. Kali pertama ditemani suami dan semalam aku pergi sekali lagi dan kali ini berseorangan pula. Kalau dah namanya sorang, lama jadinya aku membelek buku. Tiga jam di sana 😁 

Dalam entri ini, aku akan berkongsi mengenai my complete haul from #BBWKL2018. My complete haul nama diberi sebab aku beli buku sebenarnya sebanyak tiga kali walaupun aku pergi The Mines dua kali saja. Hii. 


First Haul


First haul


Inilah hasil tangkapan buku pada kali pertama aku ke #BBWKL2018. Aku borong 13 buku dengan harga hanya RM138. Sangat murah!! Berbaloi-baloi. Harga buku untuk hardcover RM12 manakala untuk paperback RM10. Ada juga paperback yang harganya RM12.

Aku gembira bila dapat jumpa buku yang sudah berada dalam TBR list sejak sekian lama. Contohnya, The Girl on the Train, Gone Girl, dan Little Fires Everywhere. Rasa bersyukur sangat sebab aku tak beli buku-buku ini di kedai buku. Hihi. 

Hanya satu buku saja yang aku beli semata-mata sebab harga murah. Haha. Tajuk bukunya adalah It by Stephen King. Sebenarnya, aku tak baca buku dalam genre seram. Aku saja je beli buku ni sebab buku ni tebal gila dan harga hanya RM10. Hahaha. Manalah tahu satu hari nanti aku tetiba nak baca genre seram, boleh mulakan dengan It 😏

Dorothy Koomson adalah penulis yang aku teringin nak baca hasil penulisan beliau. Selalu dengar namanya disebut-sebut oleh bookstagrammers, baca sinopsis dan review di Goodreads pun menarik. Jadi, aku pilih dua buku daripada beliau untuk dibaca. 

Aku pernah baca dua buku daripada Sheila O'Flanagan dan aku agak suka dengan penulisan beliau. Not my favourite author cuma bolehlah layan. 

Second Haul


Second haul

Ini adalah haul kedua dan telah dibeli oleh Nadiah. Hihi. Aku pesan dengan Nadiah masa dia pergi ke sana. Happy bila ada kawan yang ada minat pada buku, makanya boleh tolong-menolong membeli buku. Semalam, aku pula membeli buku bagi pihak Nadiah 😍 Saling membantu mendapatkan buku dalam TBR list. Mari kita penuhkan rak buku bersama-sama. Hii.


Third Haul



Third Haul

Ini pula hasil tangkapan aku pada kali kedua aku ke #BBWKL2018. Kisah semalam lah senang cerita. Hihi. Oh, tolak buku Little Fires Everywhere ye. Buku itu dibeli pada kali pertama. Aku termasuk sekali dalam flatlays ni. Sedar kesilapan ini semasa edit gambar dan buku telah disimpan. Malas lah nak ambil gambar lagi 😅

Jumlah 12 buku dan kali ini aku lebih kepada membeli buku dalam kategori non-fiction. Walaupun ada buku non-fiction yang tak jumpa (maybe dah habis), tapi takpelah. Masih seronok sebab jumpa beberapa buku yang lain 😊

Non-fiction books: 
  1. Scrappy Little Nobody - Anna Kendrick (suka dia dalam Twilight dan Pitch Perfect)
  2. Better Than Before - Gretchen Rubin
  3. Reasons to Stay Alive - Matt Haig
  4. Why Not Me - Mindy Kailing
  5. The Choice - Edith Eger
  6. Furiously Happy - Jenny Lawson (nampak beberapa bookstagrammers yang beli buku ni dan macam menarik. Jadi, aku pun tertarik nak beli :D)
  7. The View from the Cheap Seats - Neil Gaiman (juga pengaruh bookstagrammers :D)
  8. The Weekend Effect - Katrina Onstad

Harga asal untuk buku non-fiction biasanya lebih daripada RM50 walau buku tersebut senipis kulit bawang. Haha. Jadi, bila aku jumpa banyak buku non-fiction yang berada dalam TBR list di #BBWKL2018, rasa nak lompat kijang. Apa kau ingat kau atlet? Haha. Aku jimat banyak dengan beli 8 buku non-fiction!! Yes!! 😎


Complete Haul



Complete Haul #BBWKL2018


Tahun ini merupakan tahun yang paling berjaya dalam pencarian buku di Big Bad Wolf Book Sale. Selama ni, jumlah buku paling banyak pernah dibeli adalah 6 buah. Tapi pada tahun ini, sejarah telah tercipta untuk insan bernama Nurulsiqah kerana telah membeli 29 buku di #BBWKL2018 dengan harga RM316.

Aku tidak pernah menyesal jika habiskan duit membeli buku. Tapi aku ada sedikit menyesal habiskan duit beli dUCK. At least for now. Tapi aku masih tetap beli cuma tak kerap seperti dulu. Hii. 

Memandangkan rak buku aku dah penuh. Penuh di sini bermaksud tak muat letak buku lagi. Serius tak muat. Aku berjanji dengan diri sendiri bahawa aku tak nak beli banyak buku pada tahun 2019. Kira azam tahun depan lah ni 😉 Aku hanya akan beli buku baru daripada penulis yang aku suka saja seperti Sophie Kinsella, Colleen Hoover, Ramlee Awang Murshid, Sara Aisha, dan Nicholas Sparks. Ohh ada lagi, buku baru terbitan Prolog Media dan mungkin beberapa buku di #PBAKL2019. 

Nampak tak, dah fikir sampai ke pesta buku tahun depan 🙈

Wish me luck 😇


Happy me :D

Korang ada pergi ke #BBWKL2018? Beli buku apa tu? Hihi. Kalau ada share di blog, bagilah link di bahagian komen, akan aku terjah link tersebut :)


Write later, 

Have a great weekend.



30 comments:

  1. Tak pergi big bad wolf tahun ni sebab dah week 14 plus broke hahaha. Tapi bestnya dapat beli buku!! :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best!! Seronok betul dapat beli buku harga murah camni 😊 dah broke jugak ni. Hihi

      Delete
  2. banyaknya buku!!
    semua tajuk buku macam best2 :D

    teringin jugak nak jejak BBW satu hari nanti dan shopping buku banyak2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah jumpa banyak buku yang dalam TBR list so memang happy. Hihi. Banyak kan? Tak bolehlah rasa tak beli sebab murah sangat 😊

      Next year, boleh BV pergi eh :)

      Delete
  3. wah menarik nya. kadang teringin jugak nak ada book sale camni kat kedah. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe one day akan sampai BBW ke Kedah. Siap sedia eh. Hihi 😊

      Delete
  4. Banyaknya buku yang best... rasa macam tak pergi lagi sekali pulak dah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ni last day!! Pergi ke tu? Hii. Alhamdullilah tahun nie banyak buku menarik dijumpai :)

      Delete
  5. Meriahnya hasil tangkapan Siqah tu. Geram jugak nengok.. Walaupun tak tahu bila akan habis baca banyak tuu. Hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kan. Konsep beli dulu sebab harga murah sangat! Nanti baca . Hehe

      Delete
  6. syoknya dapat pi BBW! dlu waktu bljr selalu pi sbb kebetulan dekat uni, upm dgn mines dekat sgt haaa, tiap tiap hri waktu bbw pi bli survey semua sbb luas sgt mines punya hall.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnyaaaa!! Boleh pergi bbw hari2. Hari2 buku lain2 yang jumpa 😊 Hall Mines besar sangat. Jenuh nak pusing dan tilik satu demi satu bahagian 😁

      Delete
  7. http://www.smallkucing.com/2018/12/big-bad-wolf-books-sale-2018-2nd-trip.html?m=1 and http://www.smallkucing.com/2018/12/big-bad-wolf-books-sale-2018-on-preview.html?m=1

    Mine are mostly children books. Am hyper already with the great haul this year.

    Don't think can afford 3rd trip. Even now already reaching my tax exemption limit already. Lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Then can stop buy books lah 😂😂 I’m happy too with my haul this year 😍

      Delete
  8. siqahhhh, hehe saja singgah nak say hi :D lama betul tak update blog sendiri. dan kali ni BBW tak sempat nak pergi dek kerja. sobsss T_T
    take careeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi hanis :) Lama tak nampak Hanis, di blog dan instagram juga . hihi. Ala next year InshaAllah hanis boleh pergi BBW okay. Tahun ni baru kerja kan. Take care juga Hanis :)

      Delete
  9. Akak teringin sangat nak pi BBW..tapi tak dapat pi...last2 akak beli novel dari karangkraf 36 buah sempena 12.12 lepas..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. OMG!! Banyaknya kak 36 buku. Hihi. Satu buku bukan harga RM1 ke? Kalau tak silaplah nampak hari tu. Berbaloi-baloi tu kak dapat beli banyak buku dengan harga murah :D

      Delete
  10. wowww memborong sakan! Tak sempat nak pergi sebab busy dengan kerja. Anyway selamat membaca sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Thank you Farhana! Start baca next year. lagi 10 hari je pun. Hihi.

      Delete
  11. Tak pernah berjaya nak ke BBW ini.. Selalu je ada halangan.. Tapi memang seronok tengok kawan-kawan share buku yang di beli di BBW ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa kenapa pula Sha. Ingatkan Sha pergi sebab Sha kan pencinta buku. Takpelah, inshallah next year dipermudahkan untuk Sha ke BBW okay. Boleh borong buku banyak2 :D

      Delete
  12. Tu dia banyaknya food si bookworm hehe..

    ReplyDelete
  13. ya allah.... banyaknyaaaaa..... bestnyaaaa AHHHHHHHLSHJHKSKL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Seronok je letak dalam bakul. Ini pun ada buku terpaksa dikeluarkan T_T

      Delete
  14. Saya tak update lgi blog psal bbw . Masih di dalam draft tak publish2 hihi . Sbb belum amik flatlays lagi. Insyaallah harapnya sebelum masuk tahun baru publish lah kot . #masihbloggingslump .

    ReplyDelete
  15. weyhhh, ni memang sungguh sungguh haul ni. like omg. i give up pegi bbw sebab rasa overwhelmed sangat tengok macam-macam buku but like tak reti nak pilih. i need to up my book game first sebelum hauling bbw. btw, gambar flatlay cantik sangattt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Nampak kan kesunguhan di situ? :D Siqah ada banyak buku dalam TBR list so bila nampak ada kat BBW memang terus grab je tanpa fikir panjang. Belum tambah dengan buku yang baru dijumpai di BBW dan rasa menarik. Makin bertambahlah buku yang dibeli. Hihi. Terima kasih Afifah for your comment about my flatlays <3

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife