Aidilfitri 2015 - Kali Pertama

instalife

October 12, 2015

Aidilfitri 2015 - Kali Pertama

Pelik kan? Dah tragedi oktober barulah aku nak update blog mengenai Aidilfitri tahun nie. Hehe. Pelik jugak kan? Bila sekarang aku asyik pulak update blog. Hehe. 

Nak update dah lama cuma tiada laptop dan tiada aplikasi phone yang boleh membuatkan aku nak update blog. Sekarang, baru try and test pelbagai blog application dan dah jumpa aplikasi yang boleh update blog tanpa menyebabkan gambar di blog besar as actual size di phone. Dah lama tahu pasal Blogger app cuma tak pernah nak cuba. Entah apalah tahap malas mencuba aku kan? Jadi, aku update blog melalui aplikasi phone je. Sebab gambar pun semua ambil guna phone 😊 

Makanya untuk entri kali nie aku nak bercerita mengenai pengalaman Aidilfitri tahun nie, 2015. Sukalah sangat sebab ada terjadi 3 perkara pada tahun nie:

• Tahun pertama aku dapat cuti raya selepas 4 tahun berturut-turut tak cuti raya. 
• Tahun pertama beraya bersama suami tersayang. Excited lebih kat sini. Hehe. 
• Balik kampung! Beraya di kampung halaman aku pada hari raya pertama dan balik Muar (kampung sebelah suami) pada hari raya kedua. 

Aktiviti fotografi semestinya akan dilakukan pada hari raya. Biasalah. Rasa semua keluarga akan buat camtu. Hee. Kita berkumpul juga pada hari lain cuma pada Aidilfitri, kelainan itu dirasai. 

Selepas solat sunat Aidilfitri, kami pergi beraya. Dah habis beraya, balik ke rumah Atok dan sesi pengambaran pun bermula. 

Tahun nie Aliff beraya bersama kami buat pertama kali. Dan sesungguhnya Aliff dikenali sebagai photographer dalam family aku. Hehe. 

Jomlah layan gambar-gambar raya aku sekeluarga. Walaupun dah basi cerita raya nie :D 


Salam terbang daripada Encik Suami. Stail tak kami salam memohon kemaafan camnie? Haha! Idea Encik Suami. Dia memang sel otak sentiasa berhubung. Itu yang ada je akal nak buat aksi. Hee. 


My lovely family! Sayang semua ketat2. Not in frame: adik lelaki aku, Anjang. Dia beraya sebelah mentua dulu.



Ayah dan Mama bersama cucu-cucu. Haikal, Erysya, Surfina, dan Thaqif 😊


Wanita dalam keluarga Ali


First time beraya kat kampung aku, sampai ke belakang rumah pun nak terjah 😆


Lagi aksi suami


Abg Ayin mangsa jadi tiang. Hehe.



Haikal yang comel. Dipakai sampin ala2 zapin dan buat gaya zapin. Mestilah Pak Lang dia a.k.a encik suami yang buat. 


Surfina yang semestinya tahu bergaya kalau kamera fokus pada dia. Hee.


Pak Jang dan Mak Jang. Dorang suka bergambar jugak. Tetiba boleh jadi Uda dan Dara pulak hari tue. Hehe.

Sekian saja cerita Aidilfitri aku untuk tahun nie. Sebenarnya banyak lagi gambar mahu dikongsi. Tapi gambar dalam komputer dan malas nak transfer. Maklumlah update blog guna phone je :) 

Next entri, aku akan ceritakan mengenai sambutan Aidilfitiri di kampung sebelah suami pula 😊

No comments:

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife