Hari Sukan Negara

instalife

October 11, 2015

Hari Sukan Negara


Nampak tak muka semangat tue nak berbasikal hari nie? Hehe. 

Kami beriya semalam nak pergi menyambut Hari Sukan Negara cuma sayangnya aku kerja. Habis kerja tengahari, pada mulanya nak pergi ke Putrajaya tapi cancel last minute. 

Makanya digantikan dengan hari nie. Delay satu hari menyambut Hari Sukan Negara. Hehe. Tema beriadah hari nie adalah berbasikal. Boring kalau jogging je tiap weekend. Kena ubah aktiviti jugak. 


Encik Suami yang sudah semakin sembuh lukanya. Kasihan dia semalam tak ke mana-mana sebab isteri dia kerja 😅


Taman Layang Layang Metropolitan Kepong


Jerebu dah kurang sebenarnya. Sebab tue kami beriadah di luar minggu nie. Tapi dalam gambar nampak macam tebal pulak.


Pipi tue! Pipi tue! Hahaha! 


Ada 3 tempat yang ada perkhidmatan sewa basikal. Aku sewa yang nie. Ambik basikal 2 orang sekali naik tue, harga RM25 untuk 1 jam. Basikal seorang, harga RM10 untuk 1 jam. 



Next time, nak cuba yang nie! Aku tak pernah main. Habislah jatuh je nanti. Bersiap sedialah. Hee. 


Yang nie harga RM10 dan mainlah selama mana pun. Katanya.. 

Bolehlah korang datang sini untuk melakukan aktiviti bersama yang tersayang. Aku lebih suka beriadah pada waktu pagi. Kalau petang mesti rasa malas. Haha. 

Tak kisahlah bila pun asalkan kita melakukan aktiviti pada hari cuti. Tak payahlah asyik ke shopping mall je kalau weekend. Hehe. 

No comments:

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife